UMNO MESTI DIELAK DARIPADA ‘DIMAMPUSKAN’, JANGAN SAMPAI SEJARAH UMNO DIMATIKAN BERULANG LAGI

Walaupun desakan UMNO ketika ini mahu PRU segera seolah-olah menggambarkan parti itu tidak sabar dan begitu yakin mampu berkuasa semula, tujuan sebenarnya lebih daripada itu.

Tujuan utama UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan keluar daripada kerajaan PN ialah lebih untuk mengelakkan parti itu daripada “dimampuskan” secara perlahan-lahan.

Selama 10 bulan berada dalam kerajaan PN dan berkubang dengan Bersatu, UMNO akhirnya sedar mereka banyak dibuli dan dilemahkan oleh parti serpihannya sendiri.

Hanya kerana Bersatu memiliki banyak kuasa, semua itu digunakan untuk melemahkan UMNO supaya akhirnya Bersatu dapat berperanan menjadi penggantinya.

Bukan saja dalam konteks memenangi kerusi pilihanraya di mana Bersatu mahu mengambil kerusi-kerusi milik UMNO, malah tanpa UMNO juga, Bersatu tidak mungkin mampu menang banyak kerusi Melayu.

Sebagaimana dalam PRU14, pergantungan UMNO adalah kepada PKR dan DAP, untuk PRU akan datang, sasaran berpaut mereka ialah kepada UMNO dan Pas pula.

Tetapi, kekuatan Pas semata-mata mungkin tidak mampu mengekalkan kuasa Bersatu, maka menjadi dedalu di atas dahan UMNO adalah pilihan yang paling munasabah untuk mengekalkan kuasa yang ada sekarang ini.

Yang pasti, selagi membiarkan dirinya ditumpangi dedalu Bersatu, UMNO pasti akan “mati” akhirnya kerana tidak ada dedalu yang tidak memakan dahan yang ditumpanginya.

Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bukan saja tidak akan membiarkan pemimpin UMNO diberi tempat sewajarnya dalam kerajaan, malah alan mengurangkan jumlah kerusi untuk UMNO agar tidak melebihi apa yang dimiliki Bersatu.

Sekarang ini, selain dibuli dalam banyak aspek seperti pembahagian jawatan dalam kerajaan dan sebagainya, dalam tempoh 10 bulan saja sudah ramai pemimpin UMNO yang hati dan kiblat politiknya lebih condong ke arah Bersatu.

Tetapi, pernahkah kita dengar ada pemimpin Bersatu yang pro kepada UMNO?

Semua itu berlaku kerana Bersatu sedang memiliki banyak kuasa serta mampu menawarkan pelbagai jawatan dan kemewahan.

Kelebihan yang ada itu sedang digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan kedudukan Bersatu, melemahkan UMNO dan kemudian menjadikannya parti yang tidak lagi bermaya.

Jika hanya dalam tempoh 10 bulan saja sudah kedapatan ada pemimpin kanan UMNO yang pro Bersatu, ditambah dengan sekumpulan mereka yang khianat menyertai Bersatu sebelum, tidak dapat ditolak lagi lama masa berlalu, lagi macam-macam kemungkinan boleh berlaku.

Untuk itu, UMNO tidak ada pilihan selain bertindak menghentikan kemungkinan lebih buruk berlaku kepada masa depannya dengan sesegera dan secepat yang boleh.

Jika dirasakan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari nanti terlalu lama dan mungkin ia cuba dihalang atas pelbagai sebab, maka tindakan mengumumkan keluar segera daripada kerajaan dan menarik sokongan terhadap Muhyiddin adalah pilihan yang tidak boleh dielak lagi.

Hanya dengan keluar daripada PN saja UMNO dapat menyelamatkan masa depannya dan ketika ini mereka jangan fikir bahawa tindakan itu mesti berakhir dengan PRU semata-mata.

Setelah jatuh Muhyiddin dan PN, kemudian jika kerajaan baru terbentuk juga dapat membuatkan UMNO lebih terjamin masa depannya.

Berbanding Muhyiddin dan Bersatu yang hanya boleh terus hidup jika UMNO berjaya dibuli dan dilemah sehingga akhirnya “dimatikan”, Anwar Ibrahim dan PKR sebaliknya tidak berniat sama sekali untuk “memampuskan” UMNO demi survivalnya.

PKR dan UMNO hanya musuh politik, tetapi bukan pesaing yang berkubang di lubuk yang sama.

Dalam hal berkaitan, jika UMNO sebelum ini pernah diharamkan untuk mengelakkan pemilihan 1987 daripada diadakan semula, seterusnya untuk menghalang Tengku Razaleigh Hamzah daripada terus berada dalam UMNO yang dibarukan, apakah tidak mustahil Muhyiddin juga melakukan hal yang sama kepada UMNO demi masa depannya?

Bukankah Muhyiddin dan Tun Mahathir, selain dalam kelompok Team A ketika bersama UMNO, mereka berdua juga sama-sama menubuhkan Bersatu sebelum ini?

Mustahilkah gaya politik Tun Mahathir menjadi tiruan bagi Muhyiddin? (Shahbudindotcom 09/01/2021)

4 5 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 9 January 2021 — 8:24 pm
Subscribe
Notify of
guest
34 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
19 January 2021 12:48 pm

DI BAWAH PHD4PIG BANI LGBT KUASAI KABINET……..PENYEBAR AJARAN SESAT BERTERABUR…….. PAK JUB MAHU KUASA UNTUK KUMPUL KOLEKSI MAT JAMBU…….. PAK JUB HANYA BERWIBAWA DI KALANGAN BANDUAN……… PRU15 AKAN TENTUKAN NASIB POLITIKUS……… DARURAT SEKADAR UNTUK TANGGUHKAN PILIHAN RAYA DAN JANGKITAN OLEH POLITIKUS2……. Why The Emergency Is Good For The Economy…………. Foreigner investors actually welcome the declaration of the Emergency. They would even be happy if the Emergency is forever so that there is no political instability and threats of a coup. The Emergency will in the long-term help Malaysia’s economy recover and the Rakyat will be able to see better times… Read more »

zunnun
zunnun
19 January 2021 1:19 am

parti pAs perlu di haramkan kerana hadi hingga kini enggan memohon maaf dgn ajaran sesat seketul daging babi yg membawa kematian2 ..

di memali

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
14 January 2021 1:12 pm

SEMOGA PARTI BARU DITUBUHKAN SEPERTI PKR DLL CEPAT PAKAT HANCUR PH…….. KESIAN PHD4PIG…. POLITIK DARURAT NEGARA BANGKRAP TAK MENJADI…… PHDAPIG DAH CONFIRM GAGAL…… PALING SESUAI HADI JADI TPM…… SUDAH RESAM POLITIK NEGARA INI…… PEMIMPIN2 POLITIK TIDAK AKAN LETAK JAWATAN SUKARELA…….. JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN PHD4PIG…..PN JAUH LEBIH BAIK…….. SALAH SATU PENYEBAB COVID TERSEBAR IALAH POLITIKUS……DIMULAI KEGAGALAN PHD4PIG HALANG KLUSTER TABLIGH DAN SABAH……… YA BETUL…..HADI PALING SESUAI JADI PM INTERIM…….. RAMAI TAK PERCAYA POLITIK EKONOMI NEGARA MASIH DIKAWAL DAJJAL ILLUMINITY……… PKR, UMMO tidak boleh diselamatkan lagi……… “Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin akan bekerjasama dengan Team A atau Anwar, kerana bukan… Read more »

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 January 2021 9:36 pm

Apo nak jadi KERAjaan sotongah masak. Nak mampuih ko apo Tetuang Buding.

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 January 2021 5:30 pm

KERAjaan ding dong namo ea. Tahu.

zunnun
zunnun
13 January 2021 3:19 am

hadi awang tak memohon maaf ke kpd rakyat kerana di dapati sesat dgn mengamalkan ajaran seketul daging bai nya hingga membawa kematian2 di memali….

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 8:52 pm

BIAR PHD4PIG MAMPUS SELAMANYA………. KERAJAAN PH GAGAL WAJAR DIJATUHKAN……….. RAKYAT HANYA PERLU TAKSUB KEPADA KEBENARAN…….BUKAN PARTI ATAU PEMIMPIN……… 10 Tahun Berlalunya Arab Spring: Iktibar dan Pengajaran Di Sebaliknya……….. Tahun ini genap 10 tahun berlakunya Arab Spring yang telah menggoncang politik Dunia Arab sehingga kesannya masih lagi dirasai sehingga ke hari ini. Tunisia yang menjadi pencetus kepada kebangkitan ini adalah sebuah negara kecil dan tidak mendapat perhatian yang meluas dalam kancah politik Dunia Arab dan Dunia Islam secara umumnya. Namun pada Januari 2011, negara kecil yang terletak di Utara Afrika ini mendapat perhatian dunia apabila seorang pemuda yang bernama Mohammad Al-Bu… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
10 January 2021 1:12 pm

Macai Madey si Kitol pun belasah Puppet PM? Parah sangat Granpa Boboy kali ini. Dah lupa ke minggu ke dua Puppet Perogol Nika Gee keluar berdoa di TV lepas jadi PM Puppet… tiba Saka menyokong Puppetnya kerana ramai (113) MP nak perogol bini orang jadi puppet PM. KAHKAHKAH!

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
10 January 2021 1:00 pm

THE PROBLEMS STARTED WHEN DAJJAL ILLUMINITY AND DAJJAL FREEMASON UNITED TO BRING DOWN RINGGIT TREMENDOUSLY……….

Kereta Rasmi KM Penang Bertukar 3 Kali Dalam Tempoh 7 Tahun?…….

Sejak projek terowong ajaib dianugerahkan, ketua menteri Pulau Pinang sudah tukar kereta rasmi 3 kali.

Guan Eng guna Toyota Camry untuk sebulan sahaja. Lalu dia gantikannya dengan kereta Mercedes S-class baru.

Kereta rasmi ditukar 3 kali sejak tahun 2013 tapi kerja pembinaan terowong tak pernah bermula sejak 8 tahun dahulu.

DAP ada hati lagi nak kecam kerajaan PAS Kelantan beli Mercedes dan fitnah MB Kedah beli Vellfire?

Wau bulenngy
Wau bulenngy
10 January 2021 8:28 am

The problems started > when a perceived clean Malay and muslim leader prefer to sleep than remain awake, > when a supposedly trusted Malay and muslim leader expected to follow his legendary father shows his true colour that he is a actually a thief > when a tainted Malay and muslim immoral leader convicted, jailed and later pardoned failed to understand Malaysia is a Muslim Nation > when a Malay and muslim leader who plays god, indiscriminately calling fellow muslim apostates > when a Malay and muslim leader failed to heed a serious advice that is now leading him to… Read more »

saturn
saturn
10 January 2021 7:33 am

hapuskan virusAtok, berkuburlah bersatu.
antidotnya? ameno kejesama dgn anwar.
simpel.
xde rumit apa2.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 7:42 am
Reply to  saturn

Inilah jenis Melayu di zaman serangan Portugis di Melaka di tahun 1511.

Dia keluarkan pendapat simpleton. Tak kaji masalah, cara2 UMNO nak berkerjasama dengan Pak Sheikh Nuar, dll.

Dia tak pikir langsung: kalau takda rumit, mengapa tak berlaku selama ini.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 8:01 am
Reply to  saturn

saturn tak suka Atok, tak suka Bersatu.

Tapi jenis yang keluar pendapat saja, takda fakta, bukti atau penerangan lanjut ini merbahaya.

Boleh membawa yang percaya dengan nya ke Saturn, jauh dari dunia,

Malang nya, takda siapa yang pernah ke sana diam di sana, kot berterabur lah di angkawan Saturn jika ikut dia.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 9:17 am
Reply to  Anonymous

di angkasawan Saturn

najib bini rosmah
najib bini rosmah
10 January 2021 1:17 pm
Reply to  saturn

PPBM terpaksa anjingkan Parti Anjing SeMalaysia. Free no charge. Kempen anjing dan tuannya? UMNO sayang DAP. DAP sayang UMNO. Kahkahkah!

Pak Lang Ali
Pak Lang Ali
10 January 2021 7:20 am

Betul. Betul. Betul. Umno dan Bersatu harus dipisahkan. Pecah belahkan PN, barulah PH ada ruang utk bernafas. Untuk melaga- lagakan Pas dan Bersatu agak sukar kerana Pas sentiasa istikomah dgn keputusannya dan sukar dimomokkkan dgn jawatan dan sebagainya. Hanya satu jalan sahaja yg kelihatannya amat rapuh dan senang diapi- apikan. Iaitu Umno. Umno senang dimomokan dgn jawatan dan habuan kerana itulah punca kerosakan Umno dari dalam. Teruskan Tn.Shahbudin mengapi-apikan Umno agar terpisah ikatan mereka didalam PN, barulah PH ada ruang utk bertindak. Selagi UMNO dan Bersatu masih terikat amat sukar PN diganggu gugatkan. Teruskan usaha anda Tn. Sahabudin menghasut org2… Read more »

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 7:31 am
Reply to  Pak Lang Ali

Ramai yang sudah sedar. Hanya depa rasa puas hati dengan pendiian depa bila tahu ramai yang lain bersependirian.

Budin tak payah “membatu api”, cukup dengan hanya mengeluarkan fakta spt yang di buat nya.

Mengata “UMNO MESTI DIELAK DARIPADA ‘DIMAMPUSKAN’ialah pendapat yang membayangkan simpati nya kpd Umno.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 7:16 am

Memantun mantat biasa nya di lakukan di masa riang, gembira.

Wak Gontol Kejora Kojolla memantun mantat dimasa dibalun, titibai dibantai berterusan disini.

Dia jenis yang takda maruah, tak kisahkan di keji, cerca merba, buat tak tahu saja. Buat “nohe”, kata orang Parit, Perak.

Wau bulenngy
Wau bulenngy
10 January 2021 6:46 am

Mahathir dah nasihatkan Najib pasal 1MDB…..sombong tak mahu dengar…macamana keadaan najib sekarang?

Mahathir dah nasihatkan Muhyiddin pasal kerjasama dengan penyamun2 umno……sombong kata dia boleh… macamsna kedudukan muhyiddin sekarang?

I had said it before and would say it AGAIN…….. TULAH, TULAH, TULAH.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 6:15 am

Tak salah “politik Tun Mahathir menjadi tiruan bagi Muhyiddin”.

Tun M pernah menjadi PM selama 22 tahun berterusan. Mesti bijak punya politik, kalau tak, takkan dapat memerintah demikian lama.

Tun M telah banyak berjasa kpd bangsa Melayu dan negara. Dapatkan 30% kekayaan korporat untuk Melayu, tiada siapa yang boleh bikin begitu.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 6:19 am
Reply to  Anonymous

Politikus Melayu mesti sentiasa coba tiru langkah2 TDM. Mesti capaikan kemajuan ekonomi kaum Melayu supaya seimbang dengan ekonomi bukan Melayu.

Mungkin berbunyi “a tall order”, tapi sellagi tak di cuba, tak akan sampai ke mana2. Bila di coba berterusan, akan berganjak ke depan sedikit demi sedikit.

Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak berjumlah lk 70% penduduk di negara ini.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 6:28 am
Reply to  Anonymous

Tak tentu jika politik Pak Sheikh Nuar boleh membawa kpd pencapaian kemajuan tersebut.

Pak Sheikh banyak berkompromi. Mendapatkan kemajuan ekonomi bangsa Melayu setaraf dengan bukan Melayu tidak boleh di kompromi.

Dasar Ekonomi Baru ke 2,3,4 dan berterusan mesti di wujudkan dan dipesatkan.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 5:58 am

Umno parti yang ulung, dah tua. Mesti sentiasa bertanggung jawab.

Bila di hijack dek penyangak, penyamun, thug and gangster spt Najib Klepto wal Jibo yang songlap berbillion ringgit wang rakyat di 1MDB, mesti dibalun, ditibai dan dibantai berterusan di sini dll blogs.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 6:04 am
Reply to  Anonymous

Jangan di pilih Najib Klepto wal Jibo sebagai pemimpin lagi. Dia menghhampakan harapan rakyat yang menaruh kepercayaan kpd Umno sejak bapak dia Tun Razak memmimpin dulu.

Dia dan Mak Badak tembolok besar. Tak cukup dah dapat hidup dengan senang lenang sebagai PM, nakkan kaya raya dengan akuan2 bank yang bsear2 di Switzerland, England, dll.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 6:05 am
Reply to  Anonymous

akaun2 bank

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 7:23 am
Reply to  Anonymous

Mak Badak banyak menjatuhkan imej Najib. Imej rosak by association with Mak Badak.

Mak Badak melaksanakan rancangan menggoda Najib hingga menceraikan isteri dia, mengahwini Mak Badak.

Tak tahu ke mana sampai nya Najib dalam politik nya. Kalau masuk gaung, di tendang terajang ke longkang, Mak Badak banyak memainkan peranan ke arah itu.

Anonymous
Anonymous
9 January 2021 11:54 pm

terus lari wak gontol,selepas dibelasah secara bersepadu dan berterusan hari ini.kah kah kah. Bila masuk je,ada-ada saja pantun tahik yang dia reka.Patut la bau tahik kucing. Sekarang blog ini aman damai.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 5:50 am
Reply to  Anonymous

BRAVO.

Dia masuk lagi, kita balun lagi.

Anonymous
Anonymous
10 January 2021 6:42 am
Reply to  Anonymous

Wak Gontol Kejora Kojolla ialah Melayu jenis yang di tewas Portugis di tahun 1511.

Lepas serangan pertama, dia rehat memantun mantat.

Tak tahukan musuh bersembunyi, menyediakan serang hendap.

Bila di serang lagi, dia mempertahankan diri dengan memantun mantat.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
9 January 2021 9:10 pm

PRU awal PN akan mampus. Gabungan yang caca merba dan hanya tahu beli calon bebas dan lompat parti bila kalah. Ada sekor tu sampai kena pecat dengan SU Kerja sendiri. Kahkahkah!

Jigit
Jigit
9 January 2021 8:48 pm

Bidin might be right. The longer UMNO remain in the government, the party is exposed to all sort of tricks by Bersatu leaders. Muhyidddin could even declare UMNO illegal… ada asas untuk berbuat demikian seperti gagal mengadakan PAU di zaman Najjib di dalam tempoh masa yg ditetapkan.

Tapi saya lebih cenderung untuk percaya UMNO ttak sabar sabar nak buat PRU15 dengan harapan BN dapat kembali berkuasa dan beberapa pemimpin yg sedang menghadapi kes mahkamah boleh dilepaskan….

Anonymous
Anonymous
9 January 2021 9:00 pm
Reply to  Jigit

mana pantun Wak?,malam ni komen lain macam.Skejab Jig it,sokojab gontol!

Anonymous
Anonymous
9 January 2021 9:01 pm
Reply to  Anonymous

dah tak terlawan,sudah habis idea pantun maki hamun,asyik mengajuk

Anonymous
Anonymous
9 January 2021 9:23 pm
Reply to  Jigit

Pejuang pertimbang bertanding atas tiket Amanah January 9, 2021 Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mempertimbangkan tawaran daripada parti Parti Amanah Negara (Amanah) untuk masuk dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atas tiket parti itu. Menurut Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pelawaan itu boleh ditimbang tara sekiranya parti itu tidak meletakkan syarat tertentu. Katanya, apa yang penting adalah matlamat serta wadah perjuangan perlu selari untuk membangunkan negara serta menunaikan amanah rakyat. Jelas beliau, sekiranya Amanah tidak meletakkan syarat tiada kerjasama dengan kelompok menyokong kepemimpinan kleptokrat, beliau akan memikirkan perkara itu. Beliau berkata, kepemimpinan Pejuang terbuka untuk bekerjasama namun… Read more »