PUTUS HUBUNGAN DENGAN BERSATU, BERERTI PUTUS JUGA DENGAN PAS

Sementara UMNO dalam peringkat akhir menuju keputusan muktamad sebelum memisahkan dirinya dengan Bersatu dan mahu memastikan kerajaan PN dijatuhkan, parti itu dalam masa yang sama tetap berharap hubungan dengan Pas terus berkekalan.

Setelah semalam Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO bahagian seluruh negara dan persoalan meninggalkan daripada kerajaan turut ditekankan, keputusan akhir mengenainya bakal dimuktamadkan dalam mesyuarat MT UMNO malam ini.

Beberapa pemimpin UMNO, kecuali di Kelantan dan Terengganu, berharap muafakat politik dengan Pas tidak terjejas di sebalik putusnya hubungan dengan Bersatu itu nanti.

Bahkan, Zahid Hamidi sendiri dilapor mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Hadi Awang sebaik selesai berjumpa Ketua-Ketua UMNO bahagian semalam.

Ia menandakan UMNO amat berharap mereka terus dapat bersama Pas menghadapi PRU15, bukan saja untuk mengalahkan PN, bahkan juga untuk memastikan PH tidak mampu bangkit lagi.

Tercapaikah hasrat UMNO itu?

Dua persoalan yang meragukan tentang harapan UMNO itu ialah kerana Pas sudah berada secara rasmi dalam PN dan pendirian UMNO di Kelantan dan Terengganu yang seolah-olah tidak boleh berbaik langsung dengan parti tersebut.

Meskipun Pas kerapkali bernada lunak mengatakan ingin terus memperkasakan MN dan dalam masa yang sama mahu mempertahankan PN, hakikatnya kedudukan Pas dalam PN adalah rasmi, manakala kedudukannya dalam MN tiada ikatan apa-apa.

Jika wujud pilihan untuk PRU akan datang, sudah tentu Pas lebih memilih PN berbanding MN, tambahan lagi Pas juga agak selesa dan terhutang budi kepada Muhyiddin Yassin lantaran diberi banyak nikmat jawatan dalam kerajaan sekarang ini.

Lebih daripada itu, selain PN sendiri sudah membentuk barisan kepimpinan peringkat pusatnya, gabungan itu juga turut mengumumkan perlantikan pengerusi-pengerusi negeri, baru-baru ini.

Semua ini menandakan Pas lebih mungkin bersama PN dan meninggalkan UMNO dalam PRU akan datang ini.

Tidak mungkin setelah berada sejauh itu dalam kerangka gabungan PN, Pas tiba-tiba mahu meninggalkannya untuk bersama MN dan UMNO yang tiada ikatan yang sah mengikat mereka.

Kemungkinan Pas terus bersama Bersatu dalam PN dan meninggalkan UMNO serta MN turut dipermudahkan lagi dengan pendirian UMNO di Kelantan dan Terengganu yang enggan bersama parti itu.

UMNO Kelantan memberi kata dua kepada Pas agar memilih untuk bersama MN atau PN dan mengumpamakan ibarat seorang isteri yang tidak boleh bersuami dua, UMNO Terengganu lebih keras lagi dengan enggan sama sekali bersama dengan Pas.

Realiti ini, sama ada UMNO sedar atau tidak, mereka harus bersedia dengan hakikat tiada jodoh lagi dengan Pas selepas ini.

Berharap dapat kekal bersama Pas selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah suatu pengharapan yang sia-sia saja buat UMNO.

Walaupun Pas lebih lebih dulu bertemu UMNO, tetapi hatinya nyata lebih terpaut kepada Bersatu yang jauh berkemampian serta lebih berada.

Putusnya hubungan UMNO dengan Bersatu boleh dikata putuslah juga hubungan parti itu dengan Pas.

Di depan yang menanti selepas keputusan MT UMNO malam ini tidak lain ialah pertandingan tiga penjuru atau lebih daripada itu.(Shahbudindotcom 06/01/2021)

4.6 5 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 6 January 2021 — 2:22 pm
Subscribe
Notify of
guest
15 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
zunnun
zunnun
24 January 2021 10:41 pm

usaha utk mendakwa hadi awang akan di libat gandakan sejerus kerajaan #melayu2islang tidak lagi berkuasa utk mengelakan fahaman extremist hadi berulang lagi yg mana tercetus peristiwa berdarah ..

di memali

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
7 January 2021 9:52 am

ORANG SALAH MEMANG PENAKUT……..PAK JUB BANGANG…..JAHID BODOH ……. MCA DAN DAP SAMA SAHAJA RASIS…… 20 wakil rakyat DAP masuk MCA? – Adakah Ini Agenda UMNO?…….. Biasanya berita politik Cina yang dilaporkan secara eksklusif dalam akhbar Cina tidak pernah menipu kerana akhbar Cina memang benar-benar berobjektif. Baru-baru ini, akhbar China Press melaporkan tentang khabar angin bahawa akan ada ‘perpindahan’ beramai-ramai wakil rakyat DAP ke MCA. Dilaporkan juga ini disambut baik oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon. Jika benar khabar tentang ‘rancangan’ mereka ini, maka saya tidak terkejut kerana kita tahu yang parti politik Cina hanyalah wadah bagi menjayakan… Read more »

langkasuka
langkasuka
7 January 2021 8:37 am

Anwar dah malas nak layan geng2 kena dakwa ni. Hari tu dah hulur tangan. Lepas tu tak jadi. Akhirnya kena kencing dgn wak pagoh.

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
7 January 2021 12:32 am

BELUM TENTU KLEPTOKRAT UMNO BOLEH LEPAS KES MAHKAMAH BILA JOIN PHD4PIG……..LEPAS MULUT BUAYA MASUK MULUT ANACONDA…….. MEMANG PATUT PHDAPIG SAYANG KLEPTOKRAT UMNO……… Letak Islam Di Depan? Kenapa Tak Komen Pasal MCA Kominis? Semalam Islam Umno Letak Kat Mana? Tanya Jer… LAKONAN APA YG UMNO NAK WAT NI? Dalam UMNO, kes rasuah bertali di mahkamah, tupΒ² bila TSAM sekat arak, pertahankan penyatuan Islam, dipecat atas nasihat BN, boleh pinda perlembagaan kepada Islam? Bagus lah kalau ada kesedapan. Kalau retorik, Allah akan kenjahkan perangai buruk Umno. TS Annuar Musa sekat arak di KL, sekat warga asing di KL, bagi lesen kepada peniagaΒ²… Read more »

EdiBawang
EdiBawang
6 January 2021 10:30 pm

BMF…buy mercedes first

zunnun
zunnun
6 January 2021 6:28 pm

mengape kah rakyat kelantang suka di perbodohkan oleh malaun2 pAs ? adakah kerana rakyat kelangtang bodoh ? mengape pula rakyat kedah suka di perbodohkan oleh malaun2 pAs ? adakah rakyat kedah serba bodoh ? bagaimana pula rakyat trengganu ? kerana kini omNo trengganu sudah keluarkan slogan… “NO pAs ” No Mu”FUCK”at…. di selangor, tak susah pun, tiap kali assmin dtg berkempen, mainkan sj video semburit utk meraikan kedatangan nya…. bodoh atau cerdik rakyat selangor… kan video ada ? atau video dah jadi bahan haram oleh kerajaan #melayu2islam tapi sesama2 mereka, asmin di peluk dan di puja… ambil iktibar dari pH,… Read more »

EdiBawang
EdiBawang
6 January 2021 10:35 pm
Reply to  zunnun

rakyat bodoh Dan bangang….lagi senang lobai cari makan ….Dulu,kini Dan selamanya.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
6 January 2021 3:50 pm

Parti mana pi bayaq ahli parti kawan suh bubaq cawangan dan markas? Baik hangpa mengaku cepat khinzir. Hangpa toksah buat ketegaq macam anjin. Perang cah keting baru nak mula. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
6 January 2021 3:36 pm

189 Bahagian Umno tolak PPBM? Anjing PPBM sudah keluar dan menyalak. Rosak program depa. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
6 January 2021 3:26 pm

Madey si Kitol dan Azmin Semburit nak hapuskan Umno, Amanah dan Parti Anjing SeMalaysia. Satu sudah sedar diri dan jalan terus. Dua ekor lagi mahu jadi anjing PPBM sampai PRU15. Jaga anjing PPBM jenis pengkhianat, kuat melompat dan suka letak jawatan tanpa sebab. Sekor dah mampus jadi bangkai. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
6 January 2021 3:04 pm

Selesai bahagi kerusi paling awal. No PPBM No Madey si Kitol. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
6 January 2021 2:01 pm

RAKAN-RAKAN BLOGGING YG DIHORMATI:

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Semoga di blog ni, silaturrahim kita dapat pererat
Wlau pun kita kejar dunia jgn sampai lupa akhirat
Jgn lah pula ada yg tampil cara samseng keparat
Bukan le apa, takut kot nanti, dapat sakit yg berat
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

Anonymous
Anonymous
6 January 2021 3:24 pm
Reply to  Anonymous

Jangan pulak niat nak beri amaran
Buka apa, takut nanti di sekel kepala

Anonymous
Anonymous
6 January 2021 1:51 pm

RAKAN-RAKAN BLOGGING YG DIHORMATI:

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Sesiapa yg ingin beri komen, mmg anda dipersila
Tapi sama2 lah kita menjaga adab dan tatasusila
Jgn ler pulak kiranya ada yg komen mcm org gila
Bukan apa..takut lah nanti klu org tu ditimpa bala
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

Anonymous
Anonymous
6 January 2021 3:23 pm
Reply to  Anonymous

Jangan pulak niat nak beri amaran
Buka apa, takut nanti di sekel kepala