Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

DR. PUAD INGATKAN TAKIYUDDIN – UMNO JUJUR SOKONG MUHYIDDIN, TAPI….

Takiyuddin bangkitkan isu “Legasi paling murni seorang pemimpin sejati”. Dia merujuk saranan saya supaya MP UMNO tarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai PM.

Sepatutnya PPBM yang komen, tetapi Setiausaha Agung PAS pula yang berbunyi.

Menurut Takiyuddin, legasi paling murni ialah pemimpin itu mempertahankan penyatuan dan perpaduan. Ia mesti berasaskan kejujuran. Jika tidak, ia adalah konspirasi.”

Tidak pasti siapa pemimpin legasi yang Takiyuddin maksudkan. Tidak mungkin saya. Saya hanya ahli politik biasa yang bersuara ikut “hati nurani” saya.

Saya tidak fikir cadangan tarik balik sokongan daripada Muhyiddin sebagai PM membawa kepada perpecahan. Ini untuk rakyat, kerana janji memudahkan rakyat tidak dipenuhi.

Apabila PAS berkawan dengan DAP, apakah itu perpecahan Melayu? Apabila PAS berpisah dengan DAP, ia juga tidak dianggap sebagai perpcahan masyarakat dan negara.

Peluang penyatuan terbesar ialah apabila UMNO-PAS tandatangan Piagam Muafakat Nasional. Peluang itu akan terlepas begitu sahaja kerana banyak sangat pakatan, gagasan dan gabungan yang mahu disertai.

Takiyuddin adalah betul dalam soal kejujuran politik. Tanpa kejujuran politik Ia adalah konspirasi.

Sebenarnya MP UMNO sudah bersikap jujur kerana menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri walaupum dia terlibat dalam konspirasi menjatuhkan UMNO di PRU ke 14.

DS Najib juga buat kenyataan jujur dan terbuka mengenai “sokongan bersyarat” terhadap Bajet di Dewan Rakyat.

Bahkan DS Najib juga secara jujur membuat kenyataan terbuka, jika tiada perubahan dan kerajaan PN terus berdolak dalik selepas satu tempoh yang munasabah, BN masih ada cara untuk bertindak.

Semua itu terbuka. Tiada sembunyi sembunyi.

PAS mungkin selesa, kerana dalam PN dan MN tiada Amanah (PAN). Tiada siapa kacau.

Justeru, yang perlu Takiyuddin jawab ialah, apakah main kayu tiga bukan konspirasi?

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

27 Disember 2020.

4 6 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

213 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
213
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x