KENAPA ANNUAR MUSA ASYIK MERATIB ‘NO ANWAR NO DAP’ SEDANGKAN YANG MAHU ‘BUNUH’ UMNO ADALAH BERSATU?

Setiap kali ada ura-ura Anwar Ibrahim akan mengambil alih teraju kerajaan, baik melalui usul di Parlimen atau sokongan SD, selain Tun Mahathir Mohamad yang diketahui cukup bimbang dengannya, barangkali yang turut diresapi penyakit yang sama ialah Annuar Musa.

Lihat saja reaksinya setiap kali isu berkenaan timbul, pasti beliaulah yang dilihat paling susah hati, mengelabah, begitu cepat mengeluarkan kenyataan dan seolah-olah berpeluh dingin di seluruh badannya.

Oleh kerana usaha pengambil alih kerajaan itu diperkatakan mengaitkan sokongan beberapa Ahli Parlimen UMNO, Annuar yang merupakan Setiausaha Agung BN akan segera tampil mengingatkan tentang prindip “No Anwar, No DAP”.

Rasanya sejak sembilan bulan lalu, sudah lebih 10 kali Annuar tampil memberi peringatan berkaitan “No Anwar, No DAP” itu.

Kenapa hanya Annuar yang risau, bimbang dan mengelabah, sedangkan Ahli Parlimen UMNO yang lain, termasuk yang sama memegang jawatan menteri sepertinya nampak relaks saja?

Malah Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan pun kelihatan senyap saja?

Apa yang Annuar bimbang dan ingin pertahankan?

Adakah prinsip dan pegangan UMNO yang ingin dipertahankannya atau nasib Muhyiddin Yassin yang bakal jatuh lebih dibimbanginya?

Atau Annuar begitu sayang dengan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang dipegangnya sekarang?

Semalam, apabila sekali lagi timbul isu mengenai adanya sokongan beberapa Ahli Parlimen UMNO dalam bentuk SD kepada Anwar, Ahli Parlimen Ketereh itu sekali lagi tampil bersuara.

Kali ini selain meratib lagi tentang “No Anwar, No DAP”, bellau juga menggesa Ahli Parlimen UMNO yang dikaitkan memberi sokongan dalam bentuk SD kepada Anwar itu agar segera berterus-terang atau membuat laporan polis jika ianya bukan suatu kebenaran.

Malah beliau juga menegaskan, mereka yang berbuat demikian perlu keluar parti kerana melanggar ketetapan yang telah diputuskan sebelum ini.

Ternampak di sini Annuar semakin ketakutan dan mula meraban, sedangkan beberapa Ahli Parlimen yang dikaitkan itu semacam santai saja sambil membuat penafian.

Dalam hal ini, Muhyiddin yang bakal jatuh dan pemimpin Bersatu yang pasti tergolek sama jika Perdana Menteri hilang kuasa pun tidak kelihatan mengelabah seperti Annuar.

Apabila Annuar terlalu kerap tampil bersuara dengan nada yang sama dan dilihat keinginannya hanya untuk mempertahankan Muhyiddin, maka banyaklah kedengaran suara-suara dalam UMNO sendiri yang tidak setuju dengannya.

Kata mereka, kenapa dalam isu lain yang melibatkan UMNO, Annuar hanya membisu saja, tetapi begitu pantas bersuara bila saja dalam perkara yang terkait dengan kedudukan Muhyiddin?

Lantaran ada yang bertanya, sebagai Ahli Parlimen UMNO, apakah keutamaan beliau – masa depan parti atau masa depan Muhyiddin?

Sebenarnya jika Annuar sedar tentang kedudukan dan masa depan UMNO sekarang, pihak yang ingin menelan serta membunuh parti itu bukanlah Anwar atau DAP, tetapi Muhyiddin dan Bersatu.

Jadi, kenapa takut untuk bersama Anwar dan DAP?

Mengapa beliau tidak takut dengan Muhyiddin dan Bersatu yang survival kedua-duanya bukan saja bergantung kepada lemahnya UMNO, bahkan mereka akan lebih selamat jika UMNO dapat “dimatikan” dengan segera?

Apakah Annuar lebih rela melihat UMNO “mati”, asalkan Muhyiddin, Bersatu dan dirinya terus bernyawa? (Shahbudindotcom 14/12/2020)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 14 December 2020 — 9:49 am
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
15 December 2020 6:59 am

YANG BUNUH UMNO IALAH UMNO SENDIRI BUKAN ORANG LUAR……. BANI MACHIIAVELE UMNO MESTI DIPERANGI HABIS2AN….BAKA ZIONIST UMNO TAK BOLEH DIBIARKAN ……. #VIRALAdakan solat hajat setiap tahun, Tauke Cina pentingkan solat pekerja Islam…….. Masyarakat Malaysia sememangnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Apa yang membuatkan negara masih lagi harmoni adalah sifat saling menghormati dan faham antara satu sama lain. Jadi, disebabkan hidup dalam lingkungan yang bercampur, tidak hairan jika kaum Cina, India ataupun sebagainya mampu bertutur dalam bahasa Melayu dalam loghat negeri masing-masing. Wajib orang Melayu sahaja yang kerja Paling mencuri tumpuan sudah tentu masyarakat di Pantai Timur dimana kebanyakkan mereka… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
14 December 2020 4:28 pm

MACAM NI PENYAMUN TARBUS PUN BOLEH JADI PM ……. RAMAI BETUL BADUT POLITIK KAT NEGARA KITA…….. RAMAI BETUL DOK TRY JADI NAK JADI PM…..CEPAT BUBAR PARLIAMEN TOK MUDIM OOOOIII……KO PUN DOK SAYANG JAWATAN……..NAMAPUN KULI NAK JADI PM MACAM MANA…… Seteru lama, Mahathir – Ku Li kongsi pentas petang ini……. Pertarungan sengit mereka suatu ketika dahulu menyaksikan Umno terbelah dua, namun bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh dijangka berkongsi pentas di tengah ketidakstabilan politik dan ekonomi. Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh dijangka mengadakan sidang media bersama petang ini. Sidang media itu adalah yang pertama… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
14 December 2020 2:57 pm

Formula undi Melayu sekarang perlu pilih satu parti Melayu dari tiga. Yang nampak hancur dan tidak boleh dipakai ada dua = PPBM dan Pas. Jadi formula sebenar Penyatuan kerusi Ummah ialah NO PAS, NO PPBM. Annuar Musa ni jurucakap terhormat Presiden PPBM. Mana dia ikut UMNO sekarang. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
14 December 2020 2:40 pm

Formula bahagi kerusi paling merepek dalam PN. Tolak calon parti lawan. Kena cah keting parti kawan sendiri. Paling jahanam jadi pengkhianat macam Annuar Musa jadi jurucakap Presiden PPBM. Kahkahkah!

zunnun
zunnun
14 December 2020 11:53 am

terkini, warisan & si tua OT96 sepakat agar warisan lebarkan sayap nya ke,semenanjung…

maka, slogan warisan…

“….saban for sabahan…”

adakah dgn ke semenanjung warisan ada slogan lain pula seperti…

semenanjung utk semenanjung pula…?

atau

warisan akan beritahu sabahan, sabah utk malaysian?

bagaimana pula slogan hadi #melayu2islam yg mana melayu2 semua nya islam….

adakah slogan sedemikian bermakna, melayu2 dah di jamin syurga kerana semua dah islam….

zunnun
zunnun
14 December 2020 12:26 pm
Reply to  zunnun

…mungkin si tua akan berslogan utk warisan ke kedah…

“…kedah for kedahan…”

utk si tua OT96 dapat kembali berkuasa utk anak nya di jadikan ketua menteri…

mungkin juga kerana terkeliur dgn reserve RM 62 Billion RRE tersimpan di kedah…

mungkin juga membolehkan menjana pendapatan RM 50/tahun dari PP dari sumber air di Ulu Muda…

sekurang2 nya, tak dapat kerajaan federal, kerajaan negeri jadi lah sebelum ‘bersara’…

zunnun
zunnun
14 December 2020 12:27 pm
Reply to  zunnun

ketua menteri – menteri besar

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
14 December 2020 10:58 am

cino meniago untung3x cey untung3x cey
koliong meniago cikit4x tipu3x
melayu meniago tak2x tak2x untung
sudahnyo penguasa sapu semuwo
boyi balik pado rakyat.
baru boto … oleh itu
sorah jo pado tuhan
bereh boh. Tahu.

zunnun
zunnun
14 December 2020 10:07 am

..tapi bila annuar musa mengeluarkan surat sokongan kpd kontractor utk mendapatkan kintrak SPINE HIGHWAY di kelantan yg sudah mendapat kelulusan EPU/MOF utk di BINA…..

adakah ini juga dasar –

“No Surat Sokongan dari Menteri”

ada dua darjat, dgn No DAP, NO ANWAR

tapi tak ape pula dgn

Yes, tak ape dgn surat sokongan menteri..

terdahulu annuar syorkan buat report polis…

terkemudian, ngape senyap2 dan membisu pula tak report polis…

zunnun
zunnun
14 December 2020 10:11 am
Reply to  zunnun

kontrak

najib bini rosmah
najib bini rosmah
14 December 2020 2:44 pm
Reply to  zunnun

Polis pulak masuk ke dalam nanti. Tukang repot rasuah Annuar Musa sambut. Perasuah Negara #anjing Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
14 December 2020 9:53 am

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
Majlis kelmarin tu, Kejora lah yg jadi jurugambar
Lihat pengantin, atas pelamin, hati jadi berdebar
Adik beradik dok perli..rasa diri ni mcm tercabar
Rasa diri nak berumahtangga, spt dah tak sabar
🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱
💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️
👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳

💖❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhhh kaaaaaahhhhh
😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓

Anonymous
Anonymous
14 December 2020 9:51 am

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kejora tak masuk ke blog Budin ini..dah dua hari
Sibuk, tolong bapa sedara di Perlis, urus kenduri
Berdebar di hati tengok pengantin cantik berseri
Diri ini pulak..tak tahu lah bila lagi akan beristeri
🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱🤱
💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️🌻🌼💮💐🌹🥀🌷🌺🌸🏵️
👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳👳

💖❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhhh kaaaaaahhhhh
😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓