EHH…MEREKA INI SIAPA? KALAU BUKAN ANGGOTA PH, KENAPA SIBUK2 NAK TENTU HALA TUJU PH?

Selain mengumumkan Warisan akan menjadi parti nasional, tidak lagi semata-mata bertapak di Sabah, Shafie Apdal yang baru-baru ini melayang jawatan Ketua Menterinya tampil menyarankan agar PH menukar kepimpinannya.

Beliau berkata, PH sebagai pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama.

Sehubungan itu, katanya, perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh terhadap kepemimpinan yang ketika ini tidak menyatukan dan tiada arah tuju.

“Kita berjaya memenangi pilihan raya lalu, dan kemudian hilang kuasa. Kenapa? Ia kerana berlakunya pertelingkahan dalaman.

“Kita cuba menyatukan rakyat tetapi ia tidak akan ke mana-mana kerana tiada arah yang jelas daripada pemimpin,” katanya selepas perhimpunan agung tahunan Warisan, semalam.

Seterusnya, tegas Shafie lagi, tanpa mahu merujuk kepada sesiapa, tetapi sudah tiba masanya untuk perubahan dalam kepemimpinan PH yang menerajui pembangkang sekarang.

Sebelum ini atau lebih tepat tiga hari lalu, Timbalan Presiden Parti Pejuang yang belum diluluskan, Marzuki Yahya menyarankan perlunya pembentukan satu gabungan baru untuk menentang pentadbiran kleptokrat yang sedang menerajui negara.

Beliau berkata, gabungan baharu itu tidak harus terhad kepada parti politik semata-mata, tetapi mesti turut merangkumi Ahli Parlimen dan Adun lain yang tidak boleh menerima amalan tersebut.

Marzuki berkata, kredibilti Anwar Ibrahim dan beberapa Ahli Parlimen PH telah tercalar teruk apabila tidak meminta undi belah bahagi untuk peringkat dasar Belanjawan 2021.

Katanya, tindakan Anwar dan beberapa Ahli Parlimen dari PH dan Bebas begitu menghampakan penyokong mereka dan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan PN dan kepimpinan Muhyiddin Yassin.

“Berlatarbelakangkan kesemua itu, kami berasa sudah sampai masa kita perlu berusaha membawa rakyat keluar dari kecelaruan akibat daripada gabungan dan perikatan antara parti-parti yang wujud semata-mata untuk mendapat kuasa, tetapi berselindung di belakang slogan agama, bangsa dan tanah air.

“Kita perlu menubuhkan gabungan baharu yang berpegang kepada perjuangan iaitu untuk menyekat kleptokrat dan sekutu-sekutu baru mereka yang bersedia melakukan rasuah untuk berkuasa,” katanya lagi.

Ternampak bahawa nada kata-kata Shafie adalah selari dengan apa yang dilontarkan Marzuki tiga hari sebelum itu.

Dengan kedudukan Marzuki selaku Timbalan Presiden Pejuang di mana Tun Mahathir Mohamad adalah pengerusinya, maka tidaklah sukar untuk kita menelah bahawa kenyataan beliau yang senada dengan Shafie itu adalah sesuatu yang memang dirancang.

Ia tidak lain adalah untuk mengangkat balik idea lama iaitu sama ada Tun Mahathir atau Shafie haruslah dipilih untuk menerajui gabungan pembangkang atau PH, seterusnya sebagai calon Perdana Menteri.

Jika tidak, untuk apa Warisan tiba-tiba mahu melebarkan sayapnya menjadi parti nasional?

Soalnya, siapa Pejuang dan Warisan dan siapa Marzuki serta Shafie di sisi PH?

Adakah mereka merupakan komponen PH?

Sesungguhnya, dalam keadaan Pejuang masih belum diluluskan dan kedudukan Warisan bukan komponen PH, mereka tidak berhak sama sekali untuk campurtangan atau menentukan hala tuju PH.

Kepada Pejuang, selesaikan isu pendaftaran sendiri terlebih dahulu sebelum mahu sibuk-sibuk menentukan hala tuju PH.

Bak kata orang utara, hala tuju sendiri pun tak ketahuan, macam mana nak menentukan hala tuju orang lain.

Bagi Warisan pula, lebih tidak wajar untuk parti itu bercakap soal siapa yang harus menerajui PH kerana ia sendiri tidak pernah berada dalam PH dan sentiasa tidak menyokong Anwar selaku Pengerusi PH untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Jika dia sendiri tidak pernah menyokong Anwar, bagaimana dia mahu mengharapkan sokongan PH untuk dirinya atau atau Tun Mahathir menerajui PH?

Lagi pula, Tun Mahathir mempunyai rekod buruk mengkhianati PH dan Anwar sehingga kemelut yang berlaku dalam negara yang berlarutan sampai sekarang adalah berpunca daripada karenahnya belaka.

Untuk itu, tidak munasabah sama sekali, dengan rekod buruknya itu, beliau mahu diangkat kembali menerajui PH.

Shafie pula adalah pemimpin yang gagal di Sabah dan telah ditolak dalam PRN negeri itu baru-baru ini.

Bagaimana seorang yang gagal dan ditolak di negeri tiba-tiba ada cita-cita untuk jadi Perdana Menteri?

Berbanding Anwar, walaupun usahanya menjadi Perdana Menteri belum berjaya setakat ini, beliau tiada rekod gagal seperti Shafie atau rekod khianat seperti seumpama Tun Mahathir.

Beliau sebaliknya dipecat kerana takutkan kemaraan serta pengaruhnya dan sentiasa ingin dihalang daripada menjadi Perdana disebabkan ada yang sentiasa tidak senang dengan kewibawaannya.

Maka itu, selain Anwar paling layak menerajui PH, biar parti-parti komponennya sendiri yang menyelesaikan masalah, menentukan hala tuju atau memilih siapa pemimpin yang harus menerajui gabungan itu.

Orang luar dan mereka yang tidak berkenaan harap duduk diam-diam di tepi saja.

Kalau gatal juga mahu berkuasa, Pejuang dan Warisan bolehlah menubuhkan gabungan pembangkang kedua tanpa melibatkan PH atau parti komponennya.

Kalau hebat sangat, kenapa masih berharap kepada PH yang sudah sedia ada pemimpinnya? (Shahbudindotcom 13/12/2020)

0 0 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 13 December 2020 — 1:59 pm
Subscribe
Notify of
guest
27 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
13 December 2020 8:09 pm

UMNO DAN PH PATUT TUKAR DASAR KEPADA MACHIIAVELE…… PAS tidak pernah menyimpang perjuangan……. PAS menyangkal tuduhan beberapa pihak yang mengatakan bahawa parti itu telah menyimpang daripada perjuangan setelah kini bersama dengan Kerajaan Persekutuan. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa melakukan muhasabah pada setiap kali muktamar dilakukan dan akan mendengar pandangan semua pihak. “Ahli-ahli PAS sentasa melakukan muhasabah setiap muktamar dan kita (pimpinan PAS) mendengar pandangan setiap muktamar PAS. “Sehingga hari ini kita turun ke bawah, Alhamdulillah jentera PAS memberi kerjasama yang sangat baik. Sangat produktif kepada peranan PAS dalam kerajaan,” katanya pada Majlis Dialog… Read more »

Azmi
Azmi
13 December 2020 8:03 pm

dr ko sibuk2 hal ph baik ko srttlekn hal ko dgn ROS.. Takut sampi nxt GE korag dok tepi jd calon BEBAS
Yg sekor lg tu baik ko focus kat sabah bah.. Menangkn balik sabah tu.. Umah tanga sdiri goyang nk ckp umah tangga org.. Wat malu bah.

Dasar nyamuk.. Bisibg dgn bunyi.. Nk mengifgit sedut darahhhh je keja korg ni. Musim2 covid ni pi cari keja lbh baik n beri manafaat kat masyarakat.. Tak habih2 politiiiikkkk je. Sampi nk masuk 6 kaki ke vawah pun politikkkk lg. Bnyk2 zikir solat tobat sucikn diri sblom pergi mghadap Yg Maha ESA…

Anonymous
Anonymous
13 December 2020 7:39 pm

Pimpinan tertinggi WARISAN & PEJUANG hanya pentingkan tembolok dan nafsu serakah diri dan kelompok dekat mereka saja. Mereka2 ni sibuk utk kayakan diri, nak pastikan terus dapat hidup mewah untuk bela bini2 dikalangan selebriti. “Kepala Mamak Kerala” depa ni siap ada bot mewah dan cara hidup keluarga dan anak cucu mereka jauh dari Islam yg kononnya mereka perjuangkan. Hangpa nak terus pilih puak hipokrit yg cakap tak serupa bikin ni lagi??? Tak serik ka kena kencing zaman berzaman??? Sampai bila nak angkat depa ni, isi depa sapu, kuah saja untuk rakyat. Sudah2 la kena berak dan kencing dgn puak2 ni!!!… Read more »

Geng Syurga
Geng Syurga
13 December 2020 8:04 pm
Reply to  Anonymous

sukar aku nak mengutuk TUN M dan Shafie,pasal mereka semua ahli syurga.

Anonymous
Anonymous
13 December 2020 9:50 pm
Reply to  Anonymous

Plan nak nasionalkan Warisan adalah strategi segera Atok96 nak branding Piee Bedal sbg kuda dia, Sama je kuda satu lagi dlm UMNO, KuLi. Inilah reaksi Atok96 kpd strategi Anwar dan PH setelah mendapat sokongan SD2 MP UMNO utk rampas balik mandat rakyat kpd PH yg telah dirampas PN hasil kerja awal Atok96 nak khianat PH. Semua berlaku sehari dua ini selepas scare diPerak UMNO dan PH akan tubuh Kerajaan baru Perak, timbul pulak khabar angin Anwar dah ready to strike dgn senarai nama majoriti. Ini jugak selepas jawapan Taki kaki bohong PAS diParlimen mengenai usul2 VOC yg diperapkan oleh Speaker… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 December 2020 7:05 pm

No DAP – Kerusi DAP tak kena cah keting

No Anwar – Kerusi Anwar tak mampu nak dicah keting

Ini polisi bahagi kerusi ke? Boleh selamat dari kes cah keting? Kahkahkah!

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
13 December 2020 6:43 pm

BANI YAKJUJ MAKJUJ HANYA TAHU CAJ RAKYAT…..TAPI DIA SENDIRI MAHU PERCUMA…… ______ Tak wajar Kedah korban hutan tadah air, P. Pinang kaut untung percuma – Sanusi……. SANUSI: PBAPP dan kerajaan Pulau Pinang patut membayar caj pengekstrakan air daripada sumber air mentah Kedah. – Gambar fail ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata tidak wajar bagi kerajaan Kedah mengorbankan hutannya yang luas untuk dijadikan kawasan tadahan air sementara Pulau Pinang mengaut keuntungan daripadanya secara percuma. Justeru katanya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan kerajaan Pulau Pinang patut membayar caj pengekstrakan air daripada sumber air mentah Kedah agar… Read more »

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
13 December 2020 6:29 pm

KALAU PEMIMPIN2 PH BUAT PERKARA SAMA TENTU DIBUANG DARI PARTI…..TAPI PH GUNA MATLAMAT HALALKAN CARA…… Pemimpin BN sokong Anwar Ibrahim perlu keluar parti Annuar berkata, jika ada yang ingin menlanggar dasar parti, mereka yang terlibat perlu berhenti menjadi ahli parti. KOTA BHARU: Dasar ‘No DAP, No Anwar’ merupakan ketetapan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan jika ada ahli yang melanggarnya maka mereka sudah melanggar dasar parti, kata Setiausaha Agong BN, Tan Sri Annuar Musa. Katanya, ia termasuk pemimpin BN dan UMNO jika benar dakwaan mereka memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan perkara itu ketika… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 December 2020 6:23 pm

Gabungan kuat depa pakai SD, surat, piagam, janji dan MOU yang boleh dikhianat disemburit tak kira masa. Siapa yang nak? Kahkahkah!

zunnun
zunnun
13 December 2020 5:27 pm

bila annuar hamzah mencadangkan gagasan lebih besar melibatkan pN, bN & gPs, 2 yg terkemudian tidak berminat …. yg teruja dan teramat minat tak lain malaun2 pAs, cepat2 bersetuju… ngape ? selama ini pAs tak lain parti kampung pejenamaan & ketrampilan mereka dan hobby utama mereka perdagang2 dan penunggang2 agama…. dgn pN, tiba2 malaun2 pAs merasakan mereka tak bertapak di seluruh semenanjung selain menjawat menteri & gLc… kini dgn gagasan yg lebih besar seperti mana yg di acukan oleh hamzah, malaun2 pAs melihat sabah & sarawak utk menyebarkan sayap mereka…. hanya yg perlu di tanya, rakyat di sabah & sarawak… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 December 2020 6:03 pm
Reply to  zunnun

Tunggu tuan anjing bagi arahan kepada Sultan Anjing dari Istana Marang. Anjing lain akan ikut sampai Derhaka. Kahkahkah!

zunnun
zunnun
13 December 2020 5:17 pm

dgn usaha anwar utk meraih bilangan mp2 menumbangkan kerajaan #melayu2islam yg ‘islam’ mereka jauh sekali dgn ISLAM SEMESTA…. akan membuat anwar menjadi sasaran keji oleh mereka yg pertahankan kerajaan kesundalan #melayu2islam si Moo & hadi… jika uasaha terakhir ini gagal, baik tumpu kpd usaha perkasakan parti selain pH bagi menghadapi pru 15 di jadualkan pd tahun 2022/23 kerana kerajaan #melayu2islam masih tidak bersedia pd tahun 2021 , maka perlu utk perkasakan struktur pN + bN yg masih menghadapi jurang perbezaan yg amat ketara… …selain mengumpul dana pilihan raya yg memerlukan anggaran RM 1-1.5 Billion baik dgn resmi mau pun melalui… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 December 2020 5:05 pm

Madey si Kitol hati hitam kaudu
Mampus berdiri acah ada majoriti
Habis dihasut dicucuk didomba adu
Saka 95 PRU15 boleh pergi mati.
Kahkahkah!

Anon
Anon
13 December 2020 7:35 pm

pakai jolok dildo jambo
nbr kaki jubo
dah lari tahik terabo
nasi dah jadi bobo

kik kik kik
bahlul!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 December 2020 5:00 pm

Pecah belah Melayu Islam
Kerja kapir penjajah silam
Tapi sekor Mamak Kerala berdendam
Politik pecah undi juga dihentam.
Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 December 2020 4:47 pm

Hang nak pi mana
Hang nak folo sapa
Hang nak ikut saka
Hang nak mati ka
Belah sana dia pakai Azmin Semburit
Belah sini dia cucuk Kartel Semburit
Anjing Pas dia sudah lama Semburit
Madey si Kitol bapa politik Semburit
Kahkahkah!

zunnun
zunnun
13 December 2020 4:24 pm

kekuatan parti bukan kerana kekuatan lawan tapi permasaalahan dalaman yg menjadikan nya lemah…

pN & pAs kini meraih kekuatan dgn kerajaan yg mereka tunggang tapi penuh dgn kelemahan2 dasar dan perlaksanaan nya…

…yg akan membawa kehancuran mereka dgn permasaalahan ekonomi yg amat terkesan..

zunnun
zunnun
13 December 2020 4:16 pm

pkr sebagai tunggang pH perlu berani membenarkan ‘voices of dissent’ utk memberi kebebasan bersuara…

tapi bila “voices of dissent” di salah gunakan dgn menyebarkan nya dgn Group Watsapp, membelakangi forum dalaman party, ini satu ciri2 yg akan memecah belahkan parti…

perkara sedemikian kini di hadapi dgn ketara nya oleh omNo …..

dgn itu, pkr jgn jadi sampai tahap yg di hadapi oleh omNo kerana saki baki pengaruh assmin masih kuat mengelilingi anwar, menunggu utk mengambil peluang…

rafizi perlu di beri tugas utk perkasakan kerja perhubungan parti dgn perhubungan negeri selain gerak mula invoke utk data francishing & sampling pengundi2..

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
13 December 2020 4:04 pm

MACAM NI LAH BARU BERPEGANG PADA PRINSIP NAMANYA…..JANGAN IKUT RESAM UMNO DAN PH SANGGUP KORBANKAN PARTI UNTUK BEBERAPA PEMIMPIN……… ‘No DAP, No PH’ masih kekal selari dengan pendirian Pusat. ️……… Pemuda-Armada Johor tegas ‘No DAP, No PH’ PERTEMUAN mahabah di antara Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dan Armada BERSATU Johor berjaya dilaksanakan. Pertemuan yang bukan sekadar untuk mengenali barisan kepimpinan Armada bahkan bertujuan untuk mempererat jalinan hubungan silaturahim sedia ada. Pemuda PAS Johor terus memperingatkan bahawa hubungan kedua pihak perlu terus dipupuk atas dasar taawun iaitu hubungan untuk bertolong-tolong kepada perkara kebaikan dan meninggalkan sebarang perkara yang membawa kepada dosa… Read more »

Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
Ane bo lui bo cak kase yilek tak mkn no food
13 December 2020 3:31 pm

Agung tentukan le. Tahu.

zunnun
zunnun
13 December 2020 3:30 pm

pengundi dlm pru 15 nanti, bilangan akan jatuh mendadak kerana bosan dgn sandiwara2 pemimpin2 politik semasa….

..selain terkesan dgn permasaalah ekonomi yg di hadapi mereka

zunnun
zunnun
13 December 2020 3:23 pm

marzuki seperti zahidi seperti peja seperti zuraidah ….. dgn kelulusan sijil palsu, maka yg di krluar dsri milut mereka palsu belaka marzuki kena tunjuk berani menyindir pH lebih2 lagi dAp & pAn kerana masih bersama anwar lebih dari si tua nya, OT96 pejuang aka warisan akan focus dgn sabah & kedah dan serpihan ketrampilan meteka di negeri2 lain si tua 0T96 kini uzur dgn sawan babi nya, tidak sehebat ketika pre pru 14 yg mana dapat bantuan dari pkr, dAp & pAn … yg memberu pH kekuatan, kerana keupayaan mereka utk menguasai Selangor, PP, WP, NS sekain mempunyai bilang kerusi2… Read more »

zunnun
zunnun
13 December 2020 3:24 pm
Reply to  zunnun

Oops

yg memberi pH kekuatan….

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
13 December 2020 2:51 pm

SELAIN UMNO…. PEMBANGKANG JUGA PUNYAI KRISIS KEPIMPINAN….. ANWAR: MEYAKINKAN NAMUN TIDAK MEYAKINKAN…… 1. Pakatan Harapan sebenarnya ketandusan fakta untuk berfungsi sebagai pembangkang yang lebih berkesan dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen seperti di Malaysia. Kegagalan ini mencerminkan ketidakupayaan mereka menjalankan tugas semak dan imbang (check and balance) kepada parti pemerintah. 2. Seolah-olah bagai mahu “menutup ketidakupayaan” mereka itu seringkali Ketua Pembangkang sengaja menggembar-gemburkan kononnya parti pembangkang mempunyai “convincing and formidable figures” di kalangan Ahli Parlimen untuk mengambilalih kerajaan tetapi sehingga kini masih gagal. Keakuan punya bilangan yang dikatakan ‘meyakinkan’ itu telah 3 kali diulangi. 3. Kesediaan DYMM SPB YDP Agong menerima… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 December 2020 2:37 pm

Kalau jadi belaan Saka 95 memang sial. Sampai negeri sendiri pun tolak dan tergolek dog. Tak caya tanya Peja. Kahkahkah!

zunnun
zunnun
13 December 2020 2:24 pm

..saat bila warisan mula bertapah di semenanjung, ketika itu sah, si tua OT96 akan bersama mereka, utk pru 15

maka, pru 15 di sabah..

akan jadi pertaruhan terbuka pH vs pN vs bN vs Warisan

manakala sarawak pula pH vs gps vs psb

di semenanjung

pH vs bN vs pN vs warisan

maka persiapkan parti masing2

negeri2 akan jatuh mengikut “party line”

pH – selangor, NS, Johor, WP, PP

bN – pahang, perak,

pN – kelantang

warisan – 0

gps – sarawak

Melaka, trengganu, kedah, perlis, sabah – akan jadi swing states

kerajaan persekutuan – Coalition

najib bini rosmah
najib bini rosmah
13 December 2020 2:22 pm

Depa ni mengundi belah bahagi pun lari. Nak masuk Semenanjung jadi saka 95? Wayang geng semburit Madey. Kahkahkah!