Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SATIRA POLITIK SEMASA – KAJANG MOVE

Oleh: C. Nicholl (Bahagian II)

Setelah tayar bas diganti dengan sebiji tayar baru oleh kuli Hamzah, mereka semua kembali ke dalam bas.

Muhyudin kembali ke tempat duduk pemandu, lalu menyalakan injin sambil menunggu seorang demi seorang mendaki tangga bas untuk masuk ke dalam. Seperti yang dirasainya sendiri, dari pandangan Muhyudin, mereka semua seperti kehausan.

Yang paling akhir naik ialah Annuar.

‘Kau kira dulu, semua dah masuk ke?’ Kata Muhyudin kepada Annuar.

‘Ok, pm.’ Jawab Annuar pendek sambil menghitung penumpang yang semuanya duduk.

Dalam seminit kemudian dia berpusing balik  dan kembali ke depan dan membisik kepada pm.

‘Tiga penumpang tak ada, pm..’ suaranya yang agak perlahan masih dapat didengari oleh dua penumpang paling depan, Redzuan dan Takiyudin.

‘Sapa..?’ Tanya pm sedikit gusar.

‘Najib, Zahid dan Maslan.’ Jawab Annuar tegas.

‘Aku dah agak dah..’ kata Redzuan lagaknya seperti menyindir. ‘Mereka naik bas depan tu tadi..’

‘Bas PKR 1 tu tadi, ye..?’ Tanya Muhyudin seperti meminta pengesahan.

‘Ada kemungkinan..’ kata Takiyudin seperti membantutkan tohmahan. ‘Tapi mungkin tidak.’

‘Mungkin mereka pergi minum dan tunggu di depan..’ kata Annuar seperti mahu mengamankan keadaan.

‘Tak pa, pm..kita jalan dulu..nanti saya hantar text kat depa bertiga tu..’ jelas Annuar.

‘Ini yang aku tak gemar ni..kalau nak tukar bas pun, beritahulah dulu. Apa aku nak cakap kat hakim besok?  Tak kan nak mintak postpone lagi..leceh betullah mamat-mamat ni..’  Sambil bercakap, dia mula menggerakkan bas memasuki lorong paling kiri lebuhraya yang agak sibuk itu.

Annuar masih berdiri sambil memegang tiang besi keselamatan disebelah Redzuan.

‘Kita ada game minggu depan..itu hari mereka bertiga tu cakap nak main team kita..itu pasal aku nak bawa mereka selesaikan kes mereka dulu..tidak budak bertiga tu tak leh main..’ Sambung Muhyudin.

‘Oh macam tu ke kapten..’ Takiyudin bertanya pm yang juga menjadi kapten team mereka semua.

‘Undang-undang baru ke pm..?’ Tanya Redzuan.

‘Tak lah ..dah lama.. kalau tukar team, kena report dulu kat mahkamah. Tidak, tak leh main..’

‘So, bagusnya, mereka pun tak leh main team lawan jugak..’ kata Takiyudin.

‘Ye lah..mereka lupa tu..’ jawab Annuar sambil melihat kepada talipon bimbitnya.

‘Oh ada message dari Najib.’ Kata Annuar.

‘Oh apa katanya?’ Tanya Muhyudin.

‘Kami sedang makan satay di Kajang. Kalau perlu kami dalam team, sila datang ambil kami… Itu message dia,’ kata Annuar.

‘So, macam mana, pm.?’ Tanya Takiyudin. ‘ ..kita masuk Kajang dulu, makan satay dan ambil mereka? Dah tak jauh dari sini..’

‘Ya, bagus juga. Saya pun lapar ni..’ Annuar seperti mengesor.

‘Saya setuju.’ Sampuk Redzuan.

Selepas semuanya diam beberapa ketika Muhyudin bersuara.

‘Ok, beritahu kepada semua dalam bas.’ ‘Malam ni pm belanja makan satay Kajang.. dengan satu syarat.’

‘Apa syaratnya, pm..?’ Tanya Annuar.

‘Syaratnya semua mesti makan. Jangan ada yang tinggalkan kita, cakap satay Kajang tak sedaplah, nak pergi cari ayam kampunglah, nak cucuk satay sendirilah, nak bakar satay sendirilah..dan macam-macam lagi.. ini semua tak boleh.. tidak dibenarkan Salam pasukan kita.’

‘..dan satu lagi..’ dia sambung. ‘ ..lepas makan, kembali terus ke bas..jangan nak ngeteh pulak..kita dah tak ada masa dah.. kena praktis sebab game kita dah tak lama lagi.’

‘Ok pm..’ mereka semua menjawab hampir serentak.

Setiba mereka di satay Kajang, kelihatan ramai peminat sudah menunggu. Kelihatan ramai juga polis yang mengawal jalan masuk yang begitu sibuk dengan orang ramai yang lagaknya seperti sudah menunggu ketibaan mereka.

Dari jauh kelihatan bas PKR 1 meninggalkan jalan keluar dari Kajang satay.

‘Mereka telah disini lebih awal.’ Fikir Muhyudin sendirian. Dalam kesamaran malam dan keadaan trafik yang begitu sibuk, dia sahaja sebagai pemandu yang dapat melihat dengan jelas kenderaan lain yang bergerak di depan.

Banyak penumpang di dalam basnya bersikap benar-benar seperti penumpang; bukan pemandu. Banyak yang tidur dan tidak arif dengan persekitaran apa lagi aktiviti-aktiviti di jalanan.  Cuma dia, sebagai supir, yang lebih mengetahui keadaan sekitar.  

Bas mereka yang dua tingkat, tinggi dan panjang itu bergerak perlahan memasuki ruang parkir yang telah di kosongkan. Dia memberhentikan basnya betul-betul di depan ruang makan yang agak besar dan sudah tersedia. Ruangnya dengan barisan meja dan kerusi serta hidangan diatas, masih agak kosong kecuali satu meja dihujung yang telah diduduki beberapa orang tamu.

Dari sudut tempat duduk pemandu, Muhyudin dapat melihat dengan jelas siapa mereka bertiga.

‘Celaka punya gang.’ Dia berkata dalam hatinya. ‘Mereka makan di kedua pihak. Dengan team lawan dia makan.. dan makan lagi dengan team aku pulak.’

Dia lantas mematikan injin bas dan membuka pintu bas dengan menekan buka butang otomatiknya.

Di depan pintu bas ramai orang yang berpakaian agak kemas bersama beberapa ramai gadis penyambut tetamu, dalam dua barisan telah menunggu.

Seorang lelaki yang agak gempal dan besar badannya, berpakaian lounge suit serta tali leher berwana biru muda yang lagaknya seperti ketua mereka, naik ke tangga bas dan membaca satu nota di tangannya.

‘Selamat Latang ke Kajang Satay, tuan-tuan dan puan-puan… Makan malam ini, ditaja oleh Latuk Kunang Kunang, dengan dukacita, menjemput anda sekalian dari pasukan..’ dia melihat notanya dengan lebih dekat.

Sambil menyambung. ‘…pasukan perniagaan.. bukan, pengkiatan..bukan,  percakaran… peniakan.. peranakan… pemakan…semua bukan.’

Dia mendongak kepada pm. ‘.. sorry ah..gua tak tahu cakap…ini tulisan cina.. ‘

‘ tapi itu Latuk Kunang, Kunang panggil saya bayar untuk kasi makan.. sila tulun..sila tulun..’

Mereka yang di dalam bas melihat sesama sendiri tanpa berkata sepatah kata sambil bangun untuk turun.

Muhyudin yang pertama turun, diikuti Redzuan dan Takiyudin.

‘Sila Latuk..’ lelaki gempal itu berjalan bersama Muhyudin ke ruang makan.

‘Sana, Latuk Najib sudah tunggu..’ tambahnya.

Malam itu, satu jamuan satay Kajang yang melibatkan satu bas dan beratus peminat mereka menjadi satu sejarah, The Kajang Move.

14 Nov 2020.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

30 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
30
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x