Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KERAJAAN DARURAT YANG TAK HABIS2 DENGAN IDEA DARURAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk memohon pengisytiharan darurat untuk kawasan tertentu yang terlibat dengan pilihan raya.

Jelas menteri undang-undang itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan memohon pengisytiharaan itu dengan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut keperluan.

“Dalam Artikel 150 jelas Yang di-Pertuan Agong ada kuasa untuk adakan proklamasi darurat seluruh negara atau mana-mana bahagian, sekiranya dirasakan perlu mungkin kerajaan akan fikirkan.

“Kalau tak keseluruhan, mungkin mana-mana bahagian.

“Pokoknya dari segi perlembagaan ia dibolehkan,” kata Takiyuddin sewaktu soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Dua pilihanraya bakal diadakan dalam waktu terdekat ini iaitu PRK Batu Sapi di Sabah dan PRN Sarawak.

PRK Batu Sapi akan diadakan pada 5 Disember, manakala PRN Sarawak mesti diadakan sebelum Ogos 2021.

Nampaknya dengan jawapan Takiyuddin ini, PN mungkin akan mengisytiharkan darurat di Batu Sapi serta enggan memberi Warisan kemenangan percuma, walaupun PH, BN, PBS, STAR dan SAPP sudah mengumumkan tidak bertanding.

Hanya Bersatu belum memutuskan demikian.

Semalam, Muhyiddin Yassin berkata beliau telah mengarahkan SPR dan Jabatan Peguam Negara mengkaji beberapa aspek perundangan bagi membolehkan PRK Batu Sapi ditangguhkan sehingga pandemik Covid19 berakhir.

Kerajaan darurat akhirnya tetap mahu darurat. (Shahbudindotcom 05/11/2020)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

127 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
127
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x