MENGADAKAN PRU MEMANG TAK SESUAI, TAPI MENUKAR PM KEPADA ANWAR TINDAKAN PALING SESUAI

Berbanding semua penyelesaian yang ada yang menjadi perbualan ramai untuk mengatasi kemelut dalam negara ketika ini, melantik Perdana Menteri baru yang dipercayai memiliki sokongan majoriti adalah pilihan paling munasabah sekali.

Dengan sokongan majoriti telah tiada sehingga sanggup mahu menggantung Parlimen melalui perisytiharan darurat untuk melepaskan tengkuknya agar dapat kekal sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tidak logik lagi untuk terus dikekalkan menerajui kerajaan.

Jika beliau terus kekal, masalah politik negara akan berlarutan lagi dan di masa-masa akan datang, mungkin entah apa-apa lagi helah mabuk kuasa akan dilakukannya.

Begitu pun, dalam suasana kes Covid19 makin menaik ketika ini, mengadakan PRU untuk memilih kerajaan baru tentu saja tidak begitu sesuai.

Sama seperti PRN Sabah baru-baru ini yang puncanya adalah disebabkan Musa Aman dengan sokongan Muhyiddin melalui Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Politiknya, Nardin Awang yang cuba menjatuhkan Shafie Apdal sehingga DUN dibubarkan, adalah dibimbangi kes Covid juga akan mencanak naik jika PRU diadakan pada waktu ini.

Untuk itu, pilihan yang terbaik ialah menukar Perdana Menteri yang tiada lagi sokongan kepada pemimpin lain yang dipercayai memiliki majoriti.

Tidak seperti mengadakan PRU yang berpotensi menyebabkan meningkatnya kes Covid19, sebaliknya menukar Perdana Menteri tidak membawa risiko yang sama.

Ini kerana pertukaran itu boleh dilakukan tanpa memerlukan sebarang perhimpunan awam, kempen atau sebagainya, tetapi cukup melalui nasihat Agong dan Majlis Raja-Raja agar Muhyiddin yang tiada lagi sokongan majoriti melepaskan jawatannya dengan segera.

Seterusnya, Agong boleh memilih calon Perdana Menteri baru demi menyelesaikan kekalutan ini daripada berterusan.

Dalam hal ini, adalah dirasakan Agong tidak perlu lagi melakukan proses temubual terhadap semua Ahli Parlimen sebagaimana yang dilakukan baginda sebelum ini.

Proses kali ini memadai dengan menyambung semula majlis mengadap ketua-ketua parti dan beberapa Ahli Parlimen tertentu yang telah menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, tetapi ditangguhkan kerana perintah PKPB.

Dalam majlis mengadap Agong pada 13 Oktober lalu, Anwar telah mempersembahkan bukti sahih mengenai sokongan yang dimilikinya daripada pelbagai pihak untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang benar-benar memiliki majoriti.

Berikutan mengadapnya Anwar itu, antara ketua parti yang telah ditetapkan untuk mengadap Agong ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Tetapi, semua majlis mengadap itu kemudian ditangguhkan oleh Istana Negara atas alasan adanya perintah PKPB yang berkuatkuasa sehingga 27 Oktober.

Memandangkan Majlis Raja-Raja akan bersidang petang ini di Istana Negara untuk membincangkan apa yang diminta oleh Muhyiddin, bahawa adalah molek sementara permintaan darurat tidak dipersetujui oleh majoriti rakyat, perlantikan Perdana Menteri yang baru adalah suatu tuntutan yang pasti menggembira dan menceriakan seluruh negara.

Dengan pihak Istana Negara berkenan memanggil semula mengadap ketua-ketua parti yang tertangguh sebelum ini, maka keabsahan majorit yang didakwa dimiliki Anwar dapat disahkan.

Walaupun Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan gencatan politik dan menyokong semula PN, tetapi sehingga ini beliau dan Najib Razak tidak pernah menafikan tentang surat sokongan kepada Anwar yang viral di media sosial itu.

Dengan tidak menafikan perkara itu, bermakna Zahid Hamidi dan Najib masih tidak mengubah sokongannya kepada Anwar.

Selain mungkin ramai yang mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi siapakah selain Anwar yang berani mengadap Agong untuk mempersembahkan mereka ada sokongan majoriti?

Yang terpenting sekali, oleh kerana yang menang pada PRU14 lalu adalah PH dan menjadikan Anwar yang kini dipercayai ada sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri lantaran disokong oleh Zahid Hamidi, Najib dan beberapa Ahli Parlimen yang lain, selain dengan sokongan parti-parti dalam PH, secara tidak langsung mandat rakyat yang dicuri oleh Muhyiddin dengan menubuhkan PN dapat dikembalikan semula. (Shahbudindotcom 25/10/2020)

Updated: 25 October 2020 — 9:24 am

43 Comments

Add a Comment
  1. UMNO AKAN TERSUNGKUR TIDAK DAPAT BANGUN LAGI JIKA PAK KOMEDI SATU KELAMBU DENGAN PAK DAJJAL……..

    PAK SYAM BUKAN ORANG YANG TEGUH DAN STABIL UNTUK TPM……LANTIK TOK MAT LAGI STEADY…….

    PALING PENTING UMNO KORBANKAN PEMIMPIN2 YANG ADA KES MAHKAMAH………

    _____

    UMNO mahu pilihan raya umum selepas COVID-19 terkawal…….

    Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini memutuskan agar pilihan raya umum (PRU) diadakan selepas pandemik COVID-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum.
    Dalam satu kenyataan malam ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat rakyat perlu dikembalikan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil.
    Keputusan itu merupakan antara enam perkara yang dicapai selepas mesyuarat itu berlangsung hampir empat jam.
    Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO sekali lagi mengulangi pendirian bahawa parti Melayu itu dengan jelas menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

    Jelasnya lagi, pendirian tersebut termasuk memastikan negara tidak diisytiharkan darurat sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan.
    “UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang sudah berkali-kali dikeluarkan tentang peri pentingnya gencatan politik dan Rekonsiliasi Nasional demi mendepani wabak COVID-19.
    “Selain itu, untuk menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik,” katanya lagi.
    Dalam kenyataan sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberi keutamaan kepada agenda rakyat.

  2. Sokong DSAI PM dan ZH TPM. Jika ini berlaku ZH menjadi kesayangan rakyat sebab inisiatif ZH membuahkan kemenangan UMNO di hati rakyat.

  3. PALING SESUAI PAK DAJJAL LETAK JAWATAN BARU KURANG HURU HARA..

    SUARA HATI RAKYAT BUBAR PARLIAMEN……..

    100 ahli akademik tandatangan petisyen tolak darurat…….

    Seramai 100 ahli akademik menandatangani petisyen menolak pengisytiharan darurat seperti dicadangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi menangani krisis koronavirus (Covid-19).
    Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kumpulan ahli akademik tersebut meminta kerajaan memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat, menghentikan politiking, menyelesaikan masalah secara jujur dengan berunding dan tidak mengisytiharkan pemerintahan darurat.

    Kata kenyataan itu, pemerintahan darurat hanya akan merosakkan kedudukan antarabangsa, reputasi kewangan, iklim pelaburan, dan kredibiliti pemerintahan negara kita.

    Berikut kenyataan yang dikeluarkan:

    Kami, yang bertandatangan di bawah ini, memerhatikan dengan penuh prihatin dan khuatir yang amat sangat tentang perkembangan politik terkini mengenai laporan bahawa Kabinet menasihati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pemerintahan darurat.

    Menurut Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan, pengisytiharan darurat dapat dikeluarkan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong jika Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa ‘satu keadaan darurat yang teruk berlaku di mana keselamatan, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana sebahagian daripadanya terancam’. Pada masa kini, jelas sekali negara tidak berada dalam keadaan seperti itu.

    Adalah jelas bahawa negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi serta krisis kesihatan awam yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 terutamanya di Sabah, dan kedua-dua krisis ini benar-benar membimbangkan.

    Meskipun demikian, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan memiliki sejumlah pilihan undang-undang dan juga pilihan langkah perubatan yang mencukupi demi meratakan lengkung jangkitan Covid-19, seperti yang dilakukan pada gelombang kedua.

    Kami khuatir tindakan mengisytiharkan pemerintahan darurat berdasarkan Fasal 150 didorong oleh situasi politik yang tidak menentu dalam pemerintahan PN itu sendiri dan kebimbangan bahawa Rang Undang-undang Belanjawan 2021 mereka akan dikalahkan dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada awal November.

    Sekiranya demikian, kami menggesa pemerintah PN dan semua anggota Parlimen lain supaya berfikir dengan tenang dan bertindak dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

    Kami berpendapat mereka harus menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memelihara cara hidup demokratik yang merupakan hasil peralihan demokrasi secara damai, di samping menjunjung kedaulatan undang-undang dan demokrasi berparlimen yang pencapaiannya telah meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

    Dalam semangat demi melindungi kepentingan negara dan rakyat, mereka seharusnya menunjukkan sifat kenegarawanan dengan duduk bersama merundingkan belanjawan yang dipersetujui untuk diluluskan oleh Parlimen.

    Kita semua tentu sedar bahawa pemerintahan darurat memberikan monopoli kuasa kepada Badan Eksekutif tanpa proses semak-dan-imbang yang perlu oleh Badan Kehakiman dan Badan Perundangan.

    Keadaan sedemikian hanya akan menjejaskan tadbir urus yang baik dan melemahkan pemerintahan menurut undang-undang dan akauntabiliti.

    Sekiranya kita tidak mengambil berat perkara penggantungan dan pengabaian institusi demokrasi ini, akibatnya nanti akan menjerumuskan negara kita ke jalan kemunduran, iaitu pemerintahan autoriter dan diktator, suatu perkembangan yang biasa berlaku pada abad yang lalu.

    Hal ini hanya akan merosakkan kedudukan antarabangsa, reputasi kewangan, iklim pelaburan, dan kredibiliti pemerintahan negara kita.

    Inilah harga mahal yang kita semua – rakyat dan negara – akan terpaksa membayarnya nanti.

    Sehubungan dengan itu, kami menyeru supaya semua pihak berfikiran waras dan tenang, bersifat hikmah dan menunjukkan prinsip kenegarawanan: tumpukan kepada kepentingan rakyat, hentikan politiking, selesaikan masalah secara jujur dengan berunding, sekali-kali jangan isytiharkan pemerintahan darurat!

    Senarai penandatangan:

    1. Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong, pesara akademik

    2. Prof Emerita Datuk Dr Wazir Jahan Karim, ‘Anthropologist and Conservationist’

    3. Prof Dr Syed Farid Alatas, Universiti Nasional Singapura

    4. Prof Emeritus Dr Tham Siew Yean, pesara akademik

    5. Prof Emeritus Datuk Dr Muhamad Salleh

    6. Prof Zaharom Nain, University of Nottingham Malaysia

    7. Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    8. Prof Dr Maude E Phipps, Monash University Malaysia

    9. Prof Dr Edmund Terence Gomez, Universiti Malaya (UM)

    10. Prof Dr Sharmani Patricia Gabriel, UM

    11. Prof Dr Teh Yik Koon, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

    12. Prof Dr Mohamed Aslam Haneef, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

    13. Prof Dr Nor Faridah Abdul Manaf, UIAM

    14. Prof Dr Chin Yee Whah, Universiti Sains Malaysia (USM)

    15. Dr Ong Puay Liu, pesara profesor antropologi

    16. Abdul Halim Ali, pesara profesor sosiologi

    17. Datuk Dr Ahmad Mahdzan Ayob, pesara profesor dan bekas timbalan naib canselor universiti

    18. Dr Francis Loh Kok Wah, pesara profesor politik

    19. Dr Subramaniam Pillay, pesara akademik dan pengasaa bersama Aliran

    20. Dr Madeline Berma, pesara akademik dan felo Akademi Sains Malaysia

    21. Norani Othman, pesara profesor sosiologi

    22. Prof Madya Dr Helen Ting, UKM

    23. Dr Hew Wai Weng, UKM

    24. Prof Madya Dr Lew Bon Hoi, New Era University College

    25. Dr Lai Suat Yan, UM

    26. Dr Khoo Ying Hooi, UM

    27. Prof Madta Dr Yeoh Seng Guan, Monash University Malaysia

    28.Prof Madya Dr Kuik Cheng Chwee, UKM

    29. Dr Mohd Faizal Musa, UKM

    30. Dr Greg Lopez, Murdoch University

    31. Dr Charis Quay Huei Li, Université Paris-Saclay

    32. Dr Rusaslina Idrus, UM

    33. Dr Phua Kai Lit, pesara profesor madya

    34. Prof Madya Dr Sumit Mandal, University of Nottingham Malaysia

    35. Dr Por Heong Hong, USM

    36. Dr Lim Teck Ghee, pesara akademik

    37. Prof Madya Dr Khoo Gaik Cheng, University of Nottingham Malaysia

    38. Dr Mazlan bin Che Soh, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

    39. Dr Chong Wu Ling, UM

    40. Dr Muhamad Azwan Abd Rahman, Universiti Utara Malaysia (UUM)

    41. Mr Bealeatham Kalimuthu, pesara akademik

    42. Dr Teo Lee Ken, penyelidik bebas

    43. Muhammad Ariff Asyrul Adnan, UiTM

    44. Rosli H Mahat, pesara profesor madya fizik

    45. Dr Omar Shawkataly, pesara akademik

    46. Dr Ngo Sheau Shi, USM

    47. Dr Yuwana Podin, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)

    48. Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, UIAM

    49. Azmyl Yusof, ‘Sunway University’

    50. Dr Andrew Aeria, pesara akademik

    51. Tricia Yeoh, calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ‘University of Nottingham Malaysia’

    52. Dr Azmil Tayeb, USM

    53. Dr Koh Sin Yee, Monash University Malaysia

    54. Dr Brendan J Gomez, ‘independent scholar’

    55. Dr Show Ying Xin, ‘Australian National University’

    56. Dr Ramze Endut, UKM

    57. Dr V Selvaratnam, pesara akademik

    58. Haris Zuan Jaharudin, ahli akademik dan calon PhD ‘Cranfield University’

    59. Fatimah Mohd Tajuddin, ahli akademik dan calon PhD

    60. Mohd Sazni, calon Ijazah Sarjana

    61. Syahida Johan, ahali akademik

    62. Ooi Kok Hin, calon Ijazah Sarjana dan penyelidik bebas

    63. Zikri Rahman, calon PhD ‘National Chiao Tung University’

    64. Helmy Muhammad, calon PhD

    65. Aisyah Tajuddin, ahli akademik

    66. Nabilah Huda, ahli akademik

    67. Fairuzzaman Shaharuddin, calon PhD

    68. Dr Wan Manan Wan Muda, pesara akademik

    69. Dr Azizan Bahari, pesara akademik dan penulis

    70. Dr Wan Puspa Melati Wan Abdul Halim, ahli academik

    71. Marilyn Ong Siew Ai, pesara akademik

    72. Dr Athi Sivan T Mariappan, penyelidik bebas

    73. Dr Chan lean Heng, pesara akademik

    74. Dr Wilson Tay Tze Vern, Taylor’s University Malaysia

    75. Fang Yi Xue, INTI International University) dan calon PhD

    76. Dr Lee Hwok Aun, ISEAS-Yusof Ishak Institute

    77. Dr Sharifah Munirah Alatas, UKM

    78. Dr Chai Ming Hock, USM

    79. Ab Bassit Husain, ahli akademik Universiti Kuala Lumpur

    80. Akmal Hisham Abdul Rahim, UiTM

    81. Aznijar Mohd Yazid, UM

    82. Dr Simon Soon, UM

    83. Dr Chang Teck Peng, Tunku Abdul Rahman University College

    84. Dr Wong Kok Keong, Berjaya University College

    85. Dr Welyne Jeffrey Jehom, UM

    86. Dr Ngeow Chow Bing, UM

    87. Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor, UKM

    88. Dr Peter Chang, UM

    89. Prof Madya Dr Sivachandralingam Sundara Raja, UM

    90. Prof Madya Dr Chang Yun Fah, Taylor’s University Malaysia

    91. Mr U K Menon, Ketua Pegawai Eksekutif Espact Education

    92. Dr Johan Saravanamuttu, Professor Emeritus, USM

    93. Dr Cecilia Ng, pesara akademik

    94. Dr Fiona Lee, University of Sydney

    95. Dr Tan Beng Hui, penyelidik bebas

    96. Dr Tan Sooi Beng, pesara profesor muzik

    97. Andrew Khoo, bekas felo profesional komanwel

    98. Dr Agnes Yeow, UM

    99. Prof Madya Dr Leong Kar Yen, Tamkang University Taiwan

    100. Dr Ngu Ik Tien, UM

    #Sumber : SH

  4. Saham naik bila Anwar umum PM Puppet hilang majoriti. Saham jatuh bila PM Puppet umum jumpa Agong nak minta darurat sebab hilang majoriti. Saham pun pandai dari orang. Kahkahkah!

    1. Hihi lucu tapi memang betul pun. Bursa Saham pun menyampah kat Mooidn dan PN.

  5. Cukup sebulan PM Tebuk Atap hilang majoriti. Masih nak bertai-chi dengan darurat dan nak rompak bajet tanpa melalui Parlimen. Kalau letak jawatan macam Madey si Kitol senang. Lupa memang Madey si Kitol nak bagi senang pun. Kahkahkah!

  6. PRN Sabah bukti Kerajaan Tebuk Atap gagal kawal dan patuh SOP. Masih mahu percaya mereka kata selamat buat PRU awal? Hilang majoriti letak jawatan bukan minta darurat. Kahkahkah!

  7. APA HENDAK DIBUAT…..NASI SUDAH JADI BUBUR….TOK MUDIM PERLU AMBIL IKTIBAR…..JANGAN BERLAMA2 BILA SUDAH SAMPAI PUNCAK…….

    Najib Razak Rakyat Marhaen
    DS Najib menangis melihat keperitan hidup Rakyat Marhaen……..

    DS Najib melalui laman Facebook telah menulis satu sajak yang menunjukkan keprihatinan beliau mengenai keperitan dan kesusahan yang dialami rakyat marhaen di waktu gelombang covid-19.

    Beliau menggesa agar kerajaan lebih mengutamakan kebajikan rakyat yang ramai kehilangan pekerjaan dan mata wang pencarian.

    DS Najib juga bertekad akan terus menyuarakan suara rakyat di laman FB beliau agar kebajikan rakyat marhaen terbela.

    Berikut merupakan luahan hati DS Najib, pemimpin yang sangat berjiwa rakyat seperti bapa beliau Tun Razak yang begitu rapat dan mesra dengan orang kampung.

    1. Najib ambil kesempatan nangis bukan kerana sedih simpati dgn rakyat tetapi sedih sbb dah dijatuhkan hukuman (menanti Rayuan) dan sbb sudah tidak jadi PM.

  8. PRU TAK PERLU KEMPEN KERANA RAKYAT SUDAH TAHU PARTI MANA HENDAK DIPANGKAH……..

    Muhyiddin Gunakan Darurat Untuk Terus Bertahan!!!…….

    Petang semalam (23 Pktober 2020), Perdana Menteri, TS MUhyiddin Yassin, telah mengadap ke bawah DYMM SPB YDP Agong Ke XVi, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah, di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang selepas mempengerusikam mesyuarat tergempar kabinet pada hari yang sama.

    Turut sama didalam rombongan Muhyiddin ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral TS Affendi Buang.

    Muhyiddin dan rombongannya yang tiba di Istana Abdul Aziz pada pukul 4.40 petang, dilihat meninggalkan istana 3 jam kemudian.

    Sumber memberitahu, tujuan Muhyiddin mengadap SPB YDP Agong adalah untuk mendapatkan perkenan baginda bagi mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

    Admin tidak mahu mengupas tentang darurat kerana pembaca boleh baca tulisan dan kupasan dari Profesor Dr Shamrahayu Aziz dan Isham Jalil.

    Apa yang ingin admin kupas di sini ialah apakah puncanya yang mewnyebabkan kerajaan terpaksa membuat keputusan untuk mengisytiharkan darurat?

    2 alasan utama yang Muhyiddin gunakan untuk meyakinkan SPB YDP Agong supaya baginda memperkenankan pengisytiharan darurat dilakukan.

    Yang pertama ialah kerana keselamatan dan kesihatan rakyat terancam akibat peningkatan mendadak kes jangkitan baharu Covid-19 yang melanda negara dalam gelombang ketiga ini.

    Yang kedua ialah keadaan politik semasa negara yang berada di dalam keadaan yang sangat tidak stabil dan membimbangkan.

    Apa Punca Sebenar Negara Di Landa Gelombang Ketiga Covid-19

    Malaysia sudah hampir berjaya mengawal dan memutuskan rantaian Covid-19, kalau dilihat dari data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia mula jatuh ke angka satu digit p[ada awal minggu kedua bulan June 2020 dan angka satu digit menjadi konsisten sehingga ke bulan Julai 2020.

    Ekoran itu, kerajaan mula mengisytiharkan negara memasuki fasa baru PKP iaitu fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP.

    Tetapi segala-galanya musnah bila berlaku pergolakan politik di Sabah yang membawa kepada Pilihanraya Negeri Sabah, sehingga menyebabkan bermula dari pertengahan Oktober 2020 sehingga ke hari ini, kes baharu jangkitan Covid-19 kembali mencatatkan 3 digit malah melepasi angka 500 jangkitan baharu setiap hari.

    Apa dan siapakah sebenarnya yang menyebabkan keadaan politik di Sabah menjadi tidak stabil hingga membawa kepada PRN Sabah?

    Perancang utama yang menjatuhkan kerajaan Warisan Sabah ialah PPBM.

    Tentu kita masih ingat, Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, telah pergi ke Sabah sebelum keadaan politik di Sabah menjadi semakin tegang.

    Campurtangan pemimpin PPBM di Putrajaya telah diakui dan didedahkan oleh pemerhati politik, Dr Awang Azman Awang Pawi, malah Shafie Apdal juga pernah mendedahkan perkara yang sama.

    Tetapi perancangan Hamzah gagal bila Shafie memilih untuk membubarkan DUN Sabah, walau pun ketika itu Covid-19 sudah mula menulart dengan luas di Sabah.

    Pembubaran DUN Sabah disokong sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

    Di dalam tempuh berkempen, maka berpusu-pusu penggiat politik dan pemimpin politik dari Semenanjung bertumpu ke bumi Sabah tanpa menghiraukan kes penularan Covid-19 yang semakin meningkat.

    Akibatnya bukan sahaja rakyat Sabah terdedah kepada risiko jangkitan ketika tempoh berkempen dan hari mengundi, rakyat di Semenanjung juga menghadapi risiko yang sama bila penggiat politik dan pemimpin politik kembali ke Semenanjung.

    Maka berlakulah apa yang telah berlaku pada hari ini, kes jangkitan baharu semakin tidak terkawal!!!

    Punca Keadaan Politik Yang Tidak Stabil

    Pergeseran antara UMNO dan PPBM bermula bila dalam ucapan Persidangan Tahunan PPBM, Muhyiddin secara jelas menyatakan hasrat beliau untuk ‘hijacked’ Muafakat Nasional yang telah diasaskan bersama oleh UMNO dan PAS.

    Ketegangan antara UMNO dan PPBM semakin memuncak bila PPBM menunjukkan keangkuhan dalam PRN Sabah dengan beberapa kali cuba ‘memperbodohkan’ UMNO.

    Pemimpin Pakatan Harapan pantas mengambil kesempatan dari keadaan yang tegang ini.

    Beberapa Ahli Parlimen UMNO yang kecewa dan marah dengan keangkuhan PPBM telah cuba dipengaruhi supaya menarik balik sokongan ke atas Perikatan Nasional.

    Kemuncaknya bila Anwar mengumumkan sudah mempunyai bilangan sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menjatuhkan Perikatan Nasional.

    Tetapi usaha Anwar gagal; bila SPB YDP Agong ‘menasihatkan’ supaya ahli politik menumpukan perhatian kepada masalah Covid-19 yang semakin meruncing.

    Keadaan menjadi semakin tegang bila Presiden UMNO mwengumumkan UMNO akan menilai semula sokongan terhadap Perikatan Nasional dan usaha untuk melakukan undi tidak percaya ke atas Muhyiddin mula digerakkan oleh Dr Mahathir dan Ku Li.

    Bila mendapat respon yang negatif dari Yang Di Pertua Dewan Rakyat, maka ada gerakan yang akan cuba membantah Bajet 2021 Kerajaan Perikatan Nasional yang dijangka akan dibentangkan pada awal November ini.

    Sekiranya Perikatan Nasional gagal mendapat majoriti undian menyokong bajer mereka, maka Muhyiddin tidak ada pilihan lain kecuali mengadap SPB YDP Agong dan mempersembahkan kepada baginda sama ada surat perletakan jawatan atau memohon supaya baginda membubarkan parlimen.

    Sebelum perkara itu berlakui, Muhyiddin bertindak awal dengan memohon perkenan baginda supaya diisytiharkan darurat seluruh negara.

    Apabila darurat diisytiharkan, maka parlimen akan digantung, jadi tidak akan ada undi tidak percaya dan tidak akan ada pembentangan Bajet 2021 oleh Perikatan Nasional.

    Kalau ugama pun sanggup Muhyiddin gunakan untuk mendapat sokongan rakyat bagi memastikan dirinya beerkuasa, apalah sangat dengan pengisytiharan darurat.

    Jadi, fikir-fikirkanlah, siapa Muhyiddin sebenarnya!!!
    The Unspinners

  9. POLITIKUS YANG TIDAK MAHU SEGERAKAN BUBAR PARLIAMEN TERBUKTI JELAS UTAMAKAN KEPENTINGAN DIRI DAN TIDAK HIRAUKAN NASIB RAKYAT…….

    Tangani krisis COVID-19 ikut lunas Perlembagaan – ……..

    Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menegaskan kerajaan mesti menangani krisis COVID-19 dengan mengikut lunas Perlembagaan.

    Beliau dalam satu hantaran di akaun media sosialnya berkata, krisis ini dapat diatasi dengan menggunakan pendekatan saintifik, pemulihan ekonomoi dan kepatuhan kepada Perlembagaan.

    “Tanganilah krisis ini dengan mempertahankan perlembagaan, membenarkan demokrasi berfungsi, memperkemaskan respons sistem kesihatan dan keselamatan awam,

    “Utamakan kepentingan rakyat biasa dengan tidak menambahkan kesusahan kepada mereka,” tegas Tok Mat.

    Beliau menambah kemampuan sistem kesihatan negara telah diuji dan diiktiraf oleh dunia sebagai salah sebuah negara terbaik dalam menangani wabak ini.

    “Justeru, apa jua tindakan menangani krisis ini mestilah memaparkan keupayaan Kerajaan bertindak dengan wajar, saintifik dan mengambil kira kepentingan awam,

    “Sesuatu yang membelakangkan sains, menjejaskan ekonomi dan memencilkan peranan perlembagaan akan memburukkan lagi keadaan, meletakkan negara serta rakyat dalam keadaan yang lebih sulit,” ujarnya.

    Tok Mat menjelaskan, Malaysia tidak berada dalam kelumpuhan ekonomi, sistem kesihatan dan keselamatan awam.

    Menurutnya lagi, Malaysia telah berada dalam fasa pemulihan ekonomi yang terfokus, dirangsang dengan pelbagai stimulus.

    “Ini selari dengan kepentingan rakyat dan sistem kesihatan yang berfungsi baik walaupun dalam keadaan tertekan,

    “Rakyat yang terkesan dengan krisis ini terus patuh dengan protokol kesihatan yang diwartakan,

    “Malah rakyat Malaysia terus gigih berikhtiar memberdayakan diri mereka dengan pekerjaan dan perniagaan bagi kelangsungan kehidupan,” ujarnya. – airtimes.my

  10. WABAK USA JAUH LEBIH DAHSYAT…..ELOK JEER BUAT ELECTION…….

    Ku Li tidak nampak alasan jujur sebalik cadangan PM mahu isytihar darurat……..

    Tengku Razaleigh Hamzah terkejut dengan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pengisytiharan darurat dan mendakwa pelaksanaan cadangan itu akan memburukkan lagi ekonomi negara.

    ”Seandainya Perdana Menteri berjaya melaksanakan perintah darurat yang dicadangkan, sebagai seorang ahli ekonomi dan bekas Menteri Kewangan, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (dan bekas Pengerusi Bank Dunia dan IMF), saya boleh katakan ia memburukkan lagi ekonomi yang sudah terjejas teruk.

    “Pelabur asing dan tempatan akan menjauhi kita. Keyakinan perniagaan akan merudum,” katanya dalam satu kenyatan sambil melahirkan rasa sayu menyaksikan rakyat terpaksa bergelut dengan kepayahan, kesusahan dan penderitaan akibat penularan wabak Covid-19.

    Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu menambah, beliau bukannya mahu mempersoalkan hak Muhyiddin untuk memohon pengisytiharan itu daripada Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

    Cuma mempersoalkan dasar, rasional, waktu dan motif sebenarnya memandangkan negara sekarang menghadapi krisis penjagaan kesihatan awam yang sangat mempengaruhi kehidupan dan ekonomi rakyat, yang mana kerajaan mungkin tidak menguruskan krisis dengan sebaik mungkin demi kepentingan umum.

    ”Saya tidak dapat melihat asas yang jujur ​​untuk permohonan seperti itu sebaliknya mengesyaki motif yang tidak jujur,” ujarnya.

    Tengku Razaleigh berkata, beliau mempunyai sebab-sebab untuk mempercayainya kerana Perdana Menteri dan Kabinetnya tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

    Malah, tindakan Muhyiddin yang enggan membenarkan pembentangan usul tidak percaya dalam sidang Dewan Rakyat membuktikan beliau tidak mempunyai majoriti.

    Sebelum ini, pejabat Tengku Razaleigh telah mendedahkan surat beliau kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri diberi keutamaan pada sidang akan datang.

    Permintaan itu, katanya, seiring dengan prinsip-prinsip Sistem Demokrasi Berparlimen, yang mana Perlembagaan adalah yang tertinggi dan di atas ketetapan Peraturan Mesyuarat dan pihak berkuasa Dewan jauh lebih tinggi daripada seorang menteri.

    “Oleh itu, inisiatif saya dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak harus dilihat sebagai kepentingan diri saya atau saya ada minat untuk jawatan Perdana Menteri.

    “Tetapi tetapi ia sebagai mempertahankan prinsip sistem Parlimen,” tegasnya.

    Dakwanya, sekiranya benar Muhyiddin memohon darurat diisytiharkan, ini bermakna beliau mahu menyelamatkan kedudukannya tanpa proses semak dan imbang.

    Mengenai pengurusan pandemik Covid-19, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pendekatan kerajaan yang begitu teratur serta berkesan di peringkat awal pandemik itu kini kelihatan kurang terurus sehingga ternampak kelemahan di sana sini. – MalaysiaGazette

  11. CARA TANGANI WABAK TELAH DIAJAR NABI SAW…..LEBAI WAHABI DAN PAS WAJIB BERI NASIHAT BETUL……

    Azmin bidas Anwar gila kuasa………

    Menteri Kanan, Mohamed Azmin Ali membidas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai pembohong gila kuasa yang cuba menimbulkan ketidakstabilan dan kebencian ketika penularan Covid-19, oleh itu beliau menggesa ahli politik bersatu menentang Covid-19.

    Beliau berkata, tindakan presiden PKR itu cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin baru-baru ini “jelas ialah kerja individu gila kuasa yang didorong sikap mementingkan diri dan motif egotistik yang merasakan seolah-olah jawatan perdana menteri adalah haknya sejak lahir”.

    “Dalam usaha berterusannya untuk menjadi perdana menteri, Anwar menggunakan pembohongan secara terang-terangan dan helah bukan saja terhadap negara, tetapi juga Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pada 23 Sept lalu, Anwar mendakwa beliau mempunyai “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru.

    Ia disusuli ahli Parlimen Port Dickson itu menghadap Agong pada 13 Okt lalu untuk menunjukkan bukti beliau mempunyai majoriti mencukupi bagi menubuhkan kerajaan baru.

    Azmin turut menyifatkan kenyataan Anwar semalam mengenai kemungkinan negara menjurus ke arah pemerintahan diktator (jika darurat diisytiharkan) ialah tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab.

    Katanya, pemimpin politik, tanpa mengira fahaman mereka, perlu mengetepikan perbezaan dan bersama rakyat serta kerajaan untuk melawan Covid-19.

    Beliau turut mengkritik ahli politik pembangkang cuba menimbulkan ketakutan dan kebencian rakyat terhadap “usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk menjamin kesihatan dan keselamatan awam serta memastikan pemulihan ekonomi”.

    “Dalam keadaan ini, wajar untuk kita bersatu di sebalik semua usaha untuk membendung pandemik dan meratakan lengkung sambil memastikan gangguan minimum terhadap ekonomi.” FMT

  12. Tebuk atap ke sana ke sini dan bila hilang majoriti cuba lari guna pintu kecemasan darurat. PM jenis apa ini? Kahkahkah!

    1. Tak bole nk salahkan TSMY..dia meroyan tu sbb takde sokongan majority (goyang) ditambah dgn sakit kanser…meroyan lah.

  13. wabak sebenar nya penyularan covids atau kesundalan #melayu2islamhadi yg sebenar nya wabak yg tidak terurus… 🤔

    1. ko wabak sampah masyarakat kono tuhan boyi polompang Jopon nanti ko tuhan cokau tuhan kojokan cukup2 mulut puaka sial iblis syaitan ko tu. Inget ni jgn lupo.

  14. WABAK COVID DI TANAH MELAYU TIDAK SETERUK YANG DICANANG…..ITU PUN KAT SABAH DALAM TAHANAN……

    RUU355: Era Zaman BN Hingga Ke Era PN………

    RUU355 senyap sewaktu PH memerintah. Tidak ada sesiapa yang membangkitkan dalam atau luar Parlimen .

    Namun bila PN memerintah isu Ruu355 dibangitkan oleh pihak pembangkang.

    Soalan paling popular bila Tghh hendak membentangkan usul RUU355. Sekarang Pas sudah menjadi Kerajaan.

    Bagi mengimbau kembali RUU 355 ini, cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) di Persidangan Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 dengan mencadangkan hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati dan kemudian ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat berikutnya.

    Pada 24 November 2016 pula, Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan pindaan kepada usul pertama dibuat pada 26 Mei dengan mencadangkan hukuman denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali serta pindaan usul itu ditangguhkan.

    Pada 6 Mei 2017 pula, usul itu dicadangkan semula dengan lebih mendalam Ahli Parlimen Marang dan diperjelaskan oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) tetapi tidak dibahaskan kerana Dewan Rakyat menangguhkan usul berkenaan untuk dibahaskan ke persidangan berikutnya. Hingga kini RUU 355 belum dibahaskan.

    Rujuk link.

    https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/07/715517/ruu-355-tingkat-bidang-kuasa-mahkamah-syariah

    Video TGHH sedang membentangkan usul RUU355..

    TGHH bentang RUU355 secara Private Bill mengikut Peraturan Parlimen 49..

    Peraturan 49 Parlimen

    49. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam

    Perkara 67 dalam Perlembagaan siapa-siapa ahli yang bukan ahli Kerajaan yang hendak membawa Ran Undang-undang boleh meminta izin Majlis hendak berbuat demikian, dan ia hendaklah juga menyertakan bersama satu naskhah Rang Undang-undang berserta dengan huraian mengenai tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya, tetapi tidak boleh mengandungi apa-apa hujah pada masa membawa Rang Undang-undang itu.

    (2) Tiap-tiap permohonan demikian itu hendaklah dengan cara yang dikeluarkan usul, dan ahli yang mengeluarkan permohonan itu hendaklah juga menyampaikan kepada Setiausaha suatu salinan usulnya mengandungi nama Rang Undang-undang yang dicadangkan itu. Setiausaha hendaklah enggan menerima apa-apa permohonan yang tidak menepati kehendak Peraturan-peraturan Mesyuarat ini atau mana-mana undang-undang Persekutuan.

    Usul Tghh telah disokong oleh MP Kota Bharu

    Lihat video ini..

    https://youtu.be/CYbu2YriXBA

    Dan

    https://youtu.be/_jFhxJhy0Fg

    Bila usul itu sudah disokong maka usul tersebut sudah menjadi Agenda Kerajaan.

    Dan ianya berpindah kepada Peraturan Parlimen 48.

    Maka tanggungjawab untuk bentang adalah kuasa kepada Menteri Agama.

    TGHH tidak perlu lagi membawa usul tersebut.

    Untuk pembentangan Draf Akta Mahkamah Syariah seterusnya adalah sudah menjadi tanggungjawab Menteri Agama.

    Berucap dalam sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Dr Zulkifli menjelaskan setiap proses tersebut perlu diikuti agar pindaan tersebut dapat dibentang secara tertib dan teratur berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

    Video nya

    https://youtu.be/LSMYwKiwMVA.

    Kerajaan perlu melalui sejumlah proses yang melibatkan pelbagai pihak sebelum dapat membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau lebih dikenali sebagai RUU 355, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad.

    Berucap dalam sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Dr Zulkifli menjelaskan setiap proses tersebut perlu diikuti agar pindaan tersebut dapat dibentang secara tertib dan teratur berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

    “Ia perlu dibincangkan dalam jawatankuasa undang-undang syarak dan sivil yang ditubuhkan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi menilai dan menyeragamkan segala pindaan dan penggubalan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam.

    “Kerajaan perlu beri ruang dan masa yang wajar kepada jawatankuasa untuk meneliti cadangan dan berunding dengan negeri-negeri,” katanya.

    Rujuk link ini:

    https://www.mindarakyat.net/2020/08/sebelum-mati-harap-ruu355-dapat.html?m=1

    Jawapan Dr. Zulkifli itu senada dengan jawapan Parlimen oleh timbalannya Ustaz Ahmad Marzuk Shaary pada 22 Julai lalu bahawa setiap cadangan berkaitan penggubalan undang-undang perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Marzuk berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Anggota Parlimen Tampin, Hasan Bahrom berkenaan sama ada kerajaan berhasrat untuk membentangkan RUU tersebut buat kali kedua, serta bila ia akan dibuat dan bagaimana ia akan dilaksanakan.

    RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa penghukuman mahkamah syariah bagi kesalahan jenayah syariah daripada:

    i) Penjara tidak melebihi 3 tahun kepada penjara tidak melebihi 30 tahun.

    ii) Denda tidak melebihi RM5,000 kepada Denda tidak melebihi RM100,000.00.

    iii) Sebatan tidak melebihi enam kali kepada Sebatan tidak melebihi 100 kali

    Rumusan

    TGHH sudah berlepas tanggungjawab untuk membentangkan RUU355.

    Apa yang kita tunggu Akta Mahkamah Syariah (Pindaan..Draf RUU355 Pindaan ) yang akan dibentangkan oleh Menteri Agama bila Draf Akta mahkamah syariah pindaan itu siap.

    Maka tidak timbul lagi persoalan bila Tghh akan membentangkan usul RUU355.

    Ibnukhatir

    25 Oktober2020

    MAMPUCENTRE

  15. KESTABILAN POLITIK DAN EKONOMI JAUH LEBIH PENTING DARI WABAK COVID…….

    Gencatan politik Umno-PPBM mungkin cetus PRU kilat……

    : Beberapa ahli Parlimen Umno sedang bekerjasama dengan pemimpin PPBM mengenai kemungkinan pilihan raya umum diadakan secara mengejut, menurut individu yang tahu rundingan itu.

    Mereka memberitahu FMT, pilihan raya antara langkah yang dipertimbangkan susulan pengumuman gencatan politik oleh Umno dalam pertelingkahannya dengan PPBM.

    Mereka berkata, kedua-dua pihak sedang mempertimbangkan untuk mengadakan PRU selepas kes Covid-19 menurun secara ketara.

    “Rancangannya ialah mengehadkan ceramah dan menggunakan televisyen, radio serta media sosial.

    “Pembangkang akan mempunyai jangkauan baik di kawasan bandar melalui media sosial, tetapi kami akan memberi saingan kepada mereka di kawasan luar bandar, di mana kami berhubung lebih baik dengan pengundi.”

    Katanya, kelebihan Umno dan PPBM dengan pengundi luar bandar serta separa bandar akan berlipat ganda dengan mengehadkan ceramah akibat Covid-19 dan hubungan mereka dengan PAS.

    Beliau berkata, Muhyiddin Yassin dianggap calon perdana menteri kumpulan itu, susulan kemenangan dalam pilihan raya.

    Satu lagi sumber berkata, PPBM gembira dengan gencatan politik itu dan kerajaan Perikatan Nasional mungkin melantik ahli Umno sebagai timbalan perdana menteri.

    “Gencatan politik itu bersifat sementara kerana Umno mahu pilihan raya kilat. Semua parti, bahkan PPBM, perlu akur supaya BN, PAS dan PPBM terus bersama sehingga PRU15.

    “Tetapi, gencatan politik penting. Ia menyebabkan sokongan beralih daripada Anwar Ibrahim kepada Muhyiddin.”

    Sebelum ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beberapa ahli Parlimen parti itu menyokong Anwar, selepas ketua pembangkang itu mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.

    Baru-baru ini, Umno mahu diberikan jawatan timbalan perdana menteri dan kuasa sama dalam gabungan parti pemerintah itu.

    Satu lagi sumber Umno berkata, PN membuat keputusan berhubung gencatan politik dengan persefahaman pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.

    Katanya, lebih mudah untuk Umno membincangkan pembahagian kerusi bagi pilihan raya kerana beberapa pemimpinnya sudah lemah.

    “Ada beberapa puak dalam Umno. Ada yang menentang PPBM, ada yang sokong Zahid dan Najib Razak. Puak lain menyokong Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin.”

    Merujuk Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan, sumber itu berkata, beliau kelihatan diketepikan sekarang, walaupun ramai ahli parti percaya beliau boleh mengembalikan kegemilangan kepada Umno.

    Katanya, ahli Parlimen Umno akan menyokong seorang pemimpin, jika mereka yakin beliau akan menjadi perdana menteri seterusnya atau timbalan perdana menteri.

    Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/23/gencatan-politik-umno-ppbm-mungkin-cetus-pru-kilat/

  16. Dunt wury zunnun,abah ko nuar takkan jd pm sampai bila2.bangang zunnun mkn babi hari2.pg babi masak kicap,tghri babi masala,ptg babi goreng tepong,mlm sup babi.bodoh murakkab pnya zunnun kapir harbi tua kutuk nk mampos!!kah..kah..kah

    1. huh,

      jelas penyakit sawan babi ajaran seketul daging babi hadi kelihatan dgn tabii kapir mengapir selain harbi…

      woit, baru menunggang tuak air seketul daging babi hadi ke?

      1. Jago ko Zunnun babi sial mulut puaka iblis syaitan jago ko tuhan cokau siap tempeleng Jopon nanti tuhan sediyokan polompang tobaik punyo dtg khas dari Jopon boyi cukup2 penampau bia berdama ko ngasokan siap dgn cili giling topodeh siek2 sumbek mulut sial puaka ko tu … Inget ini yoy.

  17. ape yg membolehkan sesaorang mp di jadikan pm dari sudut perlembagaan ?

    tiada lain, bilamana beliau mendapat sokongan majority…..

    ini kebenaran…

    … dan pra-syarat2 lain itu bilamana moral absolute yg berbeza2 dlm setiap golongan2 yg berdasarkan sikap dan fahaman ‘puritan’ mereka semata….

    maka, jika anwar ‘commands such majority’, dari segi perlembagaan, maka teruskan, biar mereka yg menghalang melancap berterusan hingga pru 15 nanti…

    lagi sasau sawan #melayu2islam hadi…

    1. Ko Zunnun sial iblis syaitan tuhan boyi ko mulut ko tak goti jago ea. Siap ko tuhan dapek cakau tuhan kojokan cukup2 siek2 mulut puaka sial cilaka iblis syaitan bernama Zunnun. Siap ko … Ingek ni jgn lupo.

      1. den dah lamo inggek cirit laboh wak ang tolor di buntot jo ko …

        kok asyik benget ugut2an si, ngapan nih

        1. Jago ko Zunnun mulut puaka sial iblis syaitan tuhan dapek cokau ko tuhan kojokan cukup2 .. Ingek ini jgn lupo.

  18. Munculnya khalifah akhir zaman

    Situasi Jokowi dan Tun yg memenangi rapat umum diperbahaskan dan dipertikaikan cara politik. Indonesia mahukan takbir urus dari kalangan Islam begitu juga di M’sia yg mahukan kalangan Melayu takbir negara Islam. Skrg kedua-dua negara sibuk dgn isu bubar paska covid-19 yg masih ribut dgnnya juga ribut politik. Mutakhir Indonesia mahukan Habib Rizieq Shihad yg dianggap Imam Besar Nusantara dibawa pulang dari Arab Saudi yg dimahukan majoriti penganut Islam tapi dicurigai pihak yg berfaham liberal dan sosialis. Sama juga suasana di M’sia sdg skrg ini Anwar yg dikatakan liberal dan sosialis mahu diangkat PM yg baru tapi dicurigai penganut Islam. Nah dari sudut sejarah Tanah Melayu dimulai dgn pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yg berasal dari Majapahit berpunca kerajaan kuno Asoka dari India (Parameswara memeluk Islam). Saya yakin dan percaya ada sosok terakhir berdarah dari tanah Java dari hasil kacukan dgn Arab (Wali Songo) dgn takdirnya keturah ini menjadi pahlawan masyul Hang Tuah. Berkemungkinan juga dari kacukan keturunan Wali Songo Arab dan China (pendapat saya) mereka berketurunan bangsawan tapi hidup sederhana bergaol dgn masyarakat marhein (rakyat peringkat bawah) tidak suka kemasyuran. Berjiwa perwira pemberani akan dtg sendiri seorang diri terus terlantik dgn izin sampai waktunya berperanan mencari kebenaran menyampaikan kebenaran. Inilah yg sebenarnya yg dikatakan Trinity dlm pengajaran agama Kristen (3 daulah/pemerintahan) sesudah kakeknya Muhammad yg sebelumnya moyang Isa yg juga berkurunan pada Ibrahim pada Adam. Sejarah dunia terkibar sejurus tertabal bergelar DYMM Junjungan Besar Tuhan Al-Mahdi penamat pemerintahan negara2 dunia yg menekan mencengkam diganti dgn kesyumulan. Maka lengkaplah kepimpinan yg dimahukan sejagat dunia yg naik secara fitrah evolusi kembang-biaknya manusia serentak semua sudut pusingan dunia masa ke semasa dan skrg dimahukan suasana adalah sosok sebagai contoh. Dia dari kalangan marhein yg akan melayan sampai keperingkat bangsawan mengajak kepada perpaduan dan persaudaraan sama2 tolong-menolong semua negara2 dunia. Dialah khalifah mengajak semua negara2 sedunia sama2 membasmi kemiskinan sejagat dunia. Khalifah yg akan memerangi pihak berhaluan keganasan mewujudkan perdamaian kearah alam selanjutnya alam akhirat. Dgn izin Allah swt dipanjangkan usia kita semua dan dgn kemurahan Allah swt dibangkitkan dihidupkan arwah2 dihimpun bertemu semula sesampai sebelum Adam berjiran dgn dinasour dan manusia purba yg asal manusia dikembang biakan. Alam berubah lebih indah keamanan dicapai sama2 meneroka angkasa lepas juga planet-planet yg lain berkemungkinan ada mahlok kehidupan disana sama2 mengenali mengajak kepada perpaduan dan berbaik-baik dgn semua mahlok sejagat raya yg tiada penghujungnya.

    1. contoh2 sasau & sawan bila di beri kebebasan, ape yg terlintar di kepala di keluarkan….

      yg perlu di tanya, kepala mana asal sedemikan? dari #kepalabutuh ke mana akal yg di simpan…🤔

      1. Jago ko Zunnun mulut puaka sial iblis syaitan ko tuhan cokau tuhan kojokan cukup2. Inget ini jgn lupo.

      2. di levant, puak2 isis beriya2 taksub kpd khalifah akhir zaman mereka si baghdadi….

        di pantai timur, beriya2 puak2 yg mabuk dgn ajaran sesat seketul daging babi mengangkat hadi awang khalifah akhir zaman…

        tapi, negara malaysia selama 22 tahun mengangkat mahathir khalifah dgn slogan #melayu2mudalupa, tapi negara di bebani dgn buy-back segala projek perswataan croni2 nya bersama daim…

        jokowi & mahathir adalah species haiwan yg terlalu ‘narcissistic’ hidup utk di puji dan dewa..

        sindrome ketika kecil selalu di ‘abuse’ oleh orang tua mereka…

        1. Inget ni amuta & amem adalah org samo bogolar tuhan sejagat no 1 pelompang Jopon no 2 Tido dlm kandang babi muat2 tosolit colah babi tu no 3 Katey kolopey pala butuh saiz xxx nala punyo sumbek mulut dgn cili podeh impot dari Venuzuela. Ko jago selagi ko bernapeh tuhan cokau tuhan kojokan cukup2 mukut sial iblis syaitan ko tu. Mano ko nak lari maklumat keberadaan ko dapet tahu. Jado ko inget ini posan dari tuhan sejagat dunia.

          1. amuta aka amen puak suku..

            bila main, pun kono masuj suku jo ko…sialpaleh boto kao orang noghori, kaum2 suku…

            biduando kao mahathir/jokowi dari kerala/kalimantan ko?

            punyo turr

            1. ko jago Zunnun mulut puaka sial iblis syaitan tuhan cokau tuhan kojokan cukup2 .. Ingek ini jgn lupo tak goti jago mulut ea ., nanti tuhan siek2 sumbek dgn cili topodeh bia momobok mobok kapanasan. Ini tuhan boyi posan ko ado otak tak goti pakai ea. siap ko nanti tuhan kojokan cukup2.

  19. Wak Pornorogo dan Jibby sudah nampak bahaya Puppet Madey si Kitol dikawal Azmin Semburit. Akar umbi Umno tahu parti dalam ancaman diharamkan sebelum PRU15. Gabungan Hamzah, Hisham, Azmin Semburit wajib dihapuskan. Dinasti Madey si Kitol mesti dikuburkan bersama tuannya. Kahkahkah!

  20. PM minoriti tidak akan membantu moral frontliners dan politik negara. Perangai tebuk atap PM minoriti punca gelombang ke 2 dan ke 3 Covid19 naik mendadak. Berpolitik tak ingat dunia dan cari penyakit. Hilang majoriti baru mahu darurat. Kahkahkah!

  21. Kalau selain Anwar maka mereka ialah PM Puppet Madey si Kitol. Azmin Semburit? Shafie? Hadi? Puppet bila tuan sudah bosan akan dijatuhkan. Kahkahkah!

  22. jika segala #melayu2 semua tidak menyelerakan utk menjawat perdana menteri, baik di beri kpd kit siang sehingga #melayu2 dapat consessus…

    tapi, blh ke #melayu2islam hadi terima mya, kerana yg meletis dan sasau sawan babi tak lain golongan sedemikian…..🤣🤣

    1. Ko siap Zunnun ko Oden dapek cokau ko tuhan siek2 mulut ko tu tuhan sumbek dongan cili yg topodeh inpot dari Venuzuela bia mobobok bodok kepanesan mulut diboyi tuhan ko goti jago ea. Siap ko mulut sial celako lahabau binawe syaitan iblis yg bernamo Zunnun … jago ko inget ini tuhan posan kat ko tuhan sediakan sel di Tanjung Rambatan pasal ko dah gilo mano boleh campo org duduk2 ontok2 kat situ golak sorang2. Inget ni jgn lupo ea. jgn lupo penampau Jopon tuhan dtgkan khas dari negaro Jopon kojo ko cukup2 kmdn tido muat2 antaro babi yg paling koto kuat berak ko tido samo babi2 pujaan hati ko lagi satu kotey pala butuh paling nala punyo saiz sumbek kat mulut iblis syaitan ko tu sampai tosodak mampuih kiro takdir mati jongkeh tamat riwayat bangkai bernyawo sampah masyarakat. Siap ko tuhan kojokan cukup2.

      1. mak aii, pokat amek loghat noghori kao….

        kao orang pilah kao?

        1. Tak kiyo lah o’ang mano jago ko Zunnun silahabau mulut puaka sial iblis syaitan dapek tuhan cokau tuhan kojokan cukup2 … mulut tak goti nak jago ea … omak ayah ko dah tak boleh aja ko mako nanti tuhan cilikan mulut puaka sial iblis syaitan ko tu. Ingek ni jgn lupo.

          1. woit,

            takut amek nak boritahu nih ngapo, kao takut den rampeh anak bini kao kao?

            kao masih jual ‘tahu’ di pasar pilah lagi kao?

            jauh amik kono mongebaro ko rusila dari pilah sobab nak amik bokalan air kawah masakan seketul daging babi hadi…

            tuhan hadi blh berbahaso noghori jugo ko ?

            1. Eh ko jawab layi ea .. siap ko tuhan cokau cilikan mulut puaka sial iblis syaitan ko tu … jgn lupo besok ko lengok apo pasal Tun Memanda menteri pado tuhan … baghu ko tesada ngupo ea amuta alias amem dah jadi tuhan sejagat duniyo mako jago ko tuhan siek2 mulut puaka sial iblis syaitan sumbek dgn cili giling topodeh. Jgn lupo 1) Polompang Jopon 2) Tido colah2 dikandang babi yg asik2 teberak 3) Pwla butuh saiz xxx nala punyo sombek dlm mulut tosodak mati jongkeh ko. Ingek ini ea.

  23. Sdra Budin,

    1. In reality, factually and truthfully, Anwar could never be a PM in whatever scenario and or circumstances.

    2. Claiming of majority of MPs supporting him as PM is none other than another of his red herring. He had, has proven himself as such since september 2008 and will continue to do so till kingdom comes.

Leave a Reply

Your email address will not be published.