PRN SABAH MEMALUKAN MUHYIDDIN?

Ramai yang percaya PN tidak ada harapan untuk menang pada PRN Sabah, 26 September ini.

Walaupun PN bergabung dengan BN dan PBS untuk membentuk GRS bagi menumbangkan Warisan, parti pimpinan Shafie Apdal itu dilihat masih lagi berada di depan dari segi sokongan rakyat.

Dengan itu, Warisan diramalkan akan terus kekal mentadbir Sabah selepas ini.

Jika perkembangan semasa ini kekal dan Warisan terus mentadbir Sabah selepas 26 September nanti, kegagalan GRS merampas kerajaan negeri itu lebih merupakan kegagalan yang memalukan buat PN dan Muhyiddin Yassin.

Ini bermakna, Sabah merupakan satu-satunya negeri yang gagal dirampas oleh Muhyiddin sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.

Sejak Muhyiddin mengkhianati PH sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, beliau turut melakukan pengkhianatan seterusnya dengan menjatuhkan beberapa kerajaan negeri bermula dengan Johor, Melaka, Perak dan Kedah.

Beliau kemudian merestui gerakan yang dilakukan oleh bekas Ketua Menteri, Musa Aman untuk merampas kerajaan negeri Sabah melalui aktiviti lompat parti secara beramai-ramai dengan dua orang kanannya, Hamzah Zainuddin dan Nardin Awang dikatakan terlibat sama membuat perancangan, termasuk mengadakan pertemuan dengan TYT Sabah.

Bagaimanapun, gerakan itu berjaya dipatahkan oleh Shafie yang segera memohon agar Dun Sabah dibubarkan untuk pilihanraya semula diadakan dengan segera.

Dengan itu, berlakulah PRN Sabah yang sedang rancak sekarang ini.

Gagalnya Musa Aman mengambil alih kerajaan negeri Sabah adalah kegagalan pertama Muhyiddin di mana beliau tidak berjaya menukar kerajaan negeri sepertimana sebelum ini berjaya dilakukannya di Johor, Melaka, Perak dan juga Kedah.

Melalui PRN Sabah itu juga memperlihatkan hubungan yang semakin retak antara UMNO dengan Bersatu.

Usaha Bersatu untuk mendapat lebih kerusi untuk ditandingi telah menemui kegagalan di mana parti itu hanya memperolehi 19 kerusi berbanding UMNO sebanyak 31 kerusi.

Dari segi gabungan pula, PN bertanding sebanyak 29 kerusi berbanding 41 oleh BN.

Ini bermakna, Bersatu dan BN gagal mengatasi UMNO dan BN dari segi jumlah kerusi yang ditandingi.

Ini adalah kegagalan kedua buat Muhyiddin di mana kedudukan beliau dan partinya tidak dihormati oleh UMNO dan BN.

Berdasarkan perkembangan semasa setakat ini, Warisan bukan saja diyakini akan terus mendapat sokongan dan kekal memerintah Sabah, malah lebih ramai yang yakin dan percaya jumlah kerusi yang dimenangi UMNO dan BN bakal melebihi kerusi yang mampu dimenangi Bersatu dan PN.

Untuk seterusnya, ini adalah kegagalan ketiga buat Muhyiddin kerana PN adalah kerajaan di peringkat persekutuan dan beliau adalah pengerusi gabungan itu yang memegang jawatan Perdana Menteri.

Berbeza dengan UMNO dan BN, mereka hanya menumpang dalam

PN serta menolak untuk menyertai gabungan tersebut.

UMNO dan BN sebahagian besarnya bergantung kepada gerakan kempen Najib Razak yang nampaknya turut mendapat sambutan hangat ke mana-mana saja beliau berkunjung.

Sekaligus ini bermakna, Najib lebih disukai, disokong dan diterima oleh rakyat Sabah berbanding Muhyiddin yang poster dan gambarnya bersepah-sepah di seluruh Sabah.

Dengan gagal menumbangkan Warisan dan gagal juga memenangi lebih kerusi berbanding UMNO dan BN, bermakna usaha Muhyiddin untuk meletakkan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri turut menemui kegagalan.

Ini adalah kegagalan keempat Muhyiddin, malah ibarat suatu tamparan yang tepat tertepek dan melebamkan mukanya.

Menolak calon Ketua Menteri pilihan Perdana Menteri sendirinya bermakna penolakan terhadap Muhyiddin.

Berikutnya, kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRN Sabah ini adalah umpama beliau berjalan di atas duri serta api.

UMNO dan BN dipercayai akan terus mengasak dan menekannya dari segi pembahagian kerusi dan usaha Bersatu untuk memperolehi lebih daripada 13 kerusi untuk ditandingi dalam PRU15 pasti bertambah sukar.

Hakikatnya tiada asas untuk UMNO berkompromi dengan Bersatu dalam soal kerusi, khususnya memberi muka kepada Kumpulan Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali.

Akhirnya, sokongan pengundi kepada Warisan dalam PRN Sabah adalah detik penting bukan saja untuk Muhyiddin digambarkan sebagai gagal dan dimalukan, bahkan sebagai pembalasan atas pengkhianatan yang dilakukannya terhadap PH sebelum ini. (Shahbudindotcom 23/09/2020)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 23 September 2020 — 8:19 am
Subscribe
Notify of
guest

25 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
chekmat
chekmat
27 September 2020 9:00 am

PRN Sabah bukan memalukan Muhyidin tetapi memalukan SHABUDIN dengan ramalan dan analisis yg dangkal….kah kah kah…

Pkrkalah
Pkrkalah
27 September 2020 7:49 am

Dah kalah encik pkr..

MAHATHIRVSANWARp
MAHATHIRVSANWARp
23 September 2020 8:21 pm

PAK DAJJAL FREEMASON TUNGGU SEPTEMBER UNTUK BERBOHONG……. Anwar Promises To Drop The Charges Against Najib And Zahid If He Becomes PM9………. Anwar Ibrahim has promised to drop the corruption cases against Najib Tun Razak and Ahmad Zahid Hamidi if Umno supports him to take over as Prime Minister or PM9. Umno MPs “free” to support Anwar – Zahid (The New Sarawak) – UMNO will not stop its MPs from backing PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister as he tries to form the Federal Government. Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said he was informed that many… Read more »

Bogek
Bogek
23 September 2020 4:22 pm

Budin ni borak ayat gempak je lebih, tapi kenyataan dia semua auta. Aduhhh….

Wau bule
Wau bule
23 September 2020 1:46 pm

This is another September.
Why alwsys September?

Tunggu 2.30pm … antother joker to announce something.

Silap2 PM inn waiting lagi…iih iihh…iiih…iiih

MAS MERAH
MAS MERAH
23 September 2020 1:03 pm

Dah dapat lampu hijau,tanding perlimen
Kata abg Fareez,kat situ gak dun teruna
Alahai boleh nanti,tolong2 Mas kempen
Takkan tak nak,tapi kini teruna di mana?

DR. MAS MERAH/MAS ELINA THOMSON
SAKURA LAND

Jigit
Jigit
23 September 2020 1:09 pm
Reply to  MAS MERAH

woiit… kat mana ada kekosongan kawasan Parlimen tu… setahu aku, PRN Sabah tu cuma state seats yang dipertandingkan. Tu la…jangan minum ayaq ketum banyak sangat…

MAS MERAH
MAS MERAH
23 September 2020 1:43 pm
Reply to  Jigit

Salam Uncle Jigit,

DARI LAH DANOK,MENUJU KE SEGAMBUT
WAKTU PKP,ORANG BERASAK RASA RIMAS
SERONOK MAS,BILA UCL JIGIT SAMBUT
TERUNA TU KEJORA,BEKAS PAK WE MAS

PISANG EMAS,MASAK DI ATAS PETI
MAKANNYA SESIKAT,OLEH PAK ZAIN
YANG MAS SEBUT NI,PRU 15 NANTI
BUKAN NYERR KAT SABAH,ITU LAIN

DR. MAS MERAH/MAS ELINA THOMSON
SAKURA LAND-TOKYO

MAS MERAH
MAS MERAH
23 September 2020 1:45 pm
Reply to  MAS MERAH

Uncle tinggal kat mana?

DR. MAS MERAH/MAS ELINA THOMSON
SAKURA LAND-TOKYO

Anonymous
Anonymous
23 September 2020 1:12 pm
Reply to  MAS MERAH

Amendenye cakap nih ..

SAKURA LAND, konon.

Dulu ditanya di mana, tak jawab.

Politikus apekebendenye mcm tuh.

Kawin Omputih gamak nya. Hebohkan nama asing, dia nak jadi wakil rakyat di sini ker

Goh
Goh
23 September 2020 12:05 pm

“Abah”kepala atok dia…kikiki

Wau bule
Wau bule
23 September 2020 12:04 pm

Sarawak GPS kingmaker?
Storm brewing…. Anwar at 12 noon, Muhyiddin at 2.30 pm.

Guess what……?

Anonymous
Anonymous
23 September 2020 12:34 pm
Reply to  Wau bule

Guess what? Atok sokong Anwar dan PH.

Wednesday, September 23, 2020
Intipati pc dsai:

1. Kerajaan Mahyuddin tak stabil

2. Ekonomi teruk

3.Rakyat gelisah

4. PM Tak sihat. Tak pernah buat PC post cabinet

5. AI Cukup sokongan

6. Dah ada SD

7. YDP dah Di maklum dan sokong

8. Umum kerajaan Mahyuddin sudah hilang majoriti

Wau bule
Wau bule
23 September 2020 12:40 pm
Reply to  Anonymous

Ingat macam main DAM ke?

Anonymous
Anonymous
23 September 2020 12:48 pm
Reply to  Wau bule

Hahaha, main DAM

Anonymous
Anonymous
23 September 2020 1:39 pm
Reply to  Anonymous

Soal nya, kalau betul, YDPA dah perkenan ke Pak Sheikh jadi PM?

Wau bule
Wau bule
23 September 2020 11:57 am

Muhyiddin to have special address this afternoon

Hahaha….another joker.

Wau bule
Wau bule
23 September 2020 9:47 am

Anwar to make an ‘important announcement’ at noon

Hahaha….Budin

Tak nak write article on this? Alleged realignment in pwrliament?
Anwar PM9?

Sampai bila this pm in waiting is going to live in fantasy full of fictions and falsities?????

zunnun
zunnun
23 September 2020 10:19 am
Reply to  Wau bule

yet with 6 parliament seats, mahathir thinks he lives in reality to be the next pm in waiting…

or perhaps he had all along been pampered to be Malaysia’s ideal..

after 63 years of independent, the people is still living in racial/religious divides

had he been living in selective dementia, assmin ‘semburit’ was more noble than anwar’s mattress day by day displayed at court..

#melayu mudah lupa

Wau bule
Wau bule
23 September 2020 11:46 am
Reply to  zunnun

Zunnun,

PM twice, once an interim PM is no comparison to a till kingdom comes pm in waiting. Period.

Anonymous
Anonymous
23 September 2020 11:47 am
Reply to  zunnun

“after 63 years of independent ..”

This bloke must be a product of sekolah SJK. English grammar berterabur.

Sure his comment wd not be worth much like that.

Anonymous
Anonymous
23 September 2020 11:52 am
Reply to  Anonymous

The bugger says, “the people is still living in ..”

He is talking about only one person.

KEPALA BAPAK DIA, kata Najib Klepto wal Jibo.

Anonymous
Anonymous
23 September 2020 11:48 am
Reply to  zunnun

zunnun bukan Melayu mudah mengarut.

Anonymous
Anonymous
23 September 2020 11:58 am
Reply to  zunnun

“Malaysia’s ideal..” or not, no better PM than him so far.

You are squint-eyed and IQ of half the average person if you don”t realize that.

You are a coyote if you endorse Najib Klepto wal Jibo who songlap-ed billions of ringgit of the rakyat’s money in 1MDB.

Anonymous
Anonymous
23 September 2020 12:05 pm
Reply to  Anonymous

PM for 22 years at a stretch, man …

He wouldn’t have lasted that long if he hasn’t been smart.

Those disagreeing and no better argument, eat your heart out.