Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

IKHLASKAH MUHYIDDIN MAHU MEMBANTU SABAH?

Perkara yang menjadi bualan di kalangan rakyat Sabah ketika ini adalah tentang keikhlasan Muhyiddin Yassin dalam setiap ucapannya yang berjanji pelbagai projek dan program untuk membantu negeri Sabah kononnya rakyat negeri itu mundur dan ketinggalan.

Mereka mempersoalkan keberadaan Muhyiddin yang sibuk di Kuala Lumpur sehinggakan sekali pun tidak menjenguk negeri Sabah ketika di landa teruk gelombang wabak Covid-19.

Adakah orang Sabah ini sekadar “second class” kepada Muhyiddin dan hanya diperlukan semasa pilihan raya sahaja untuk meraih undi?

Mungkin juga itu pandangan Muhyiddin dan para pegawainya, jika tidak masakan para pengamal media juga mula meluahkan rasa kurang senang mereka dengan para pegawai media Muhyiddin yang susah untuk berurusan.

Pegawai penerangan dan media daripada Jabatan Penerangan Sabah juga dikatakan mula kurang senang apabila mereka diarah memberikan liputan kepada Muhyiddin dan tidak perlu memberikan liputan kepada Ketua Menteri sementara, Shafie Apdal.

Lebih mengecewakan, pada awal krisis politik Sabah ini bermula apabila Muhyiddin menghantar dua orang kepercayaannya iaitu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Politik, Nardin Awang sebagai operator utama untuk berunding dengan bekas Ketua Menteri, Musa Aman bagi merampas kerajaan negeri Sabah dari Warisan.

Kali pertama Muhyiddin turun ke Sabah adalah pada 29 Ogos lepas dan ia adalah lawatan kali pertama beliau sebagai Perdana Menteri sejak dilantik pada 1 Mac lalu.

Sedikit pun beliau tidak pandang negeri Sabah ini penting sehinggalah rancangan untuk mengambil alih negeri tersebut secara pintu belakang yang direncana oleh Hamzah dan Nardin gagal.

Muhyiddin sebenarnya tidak menyangka rancangannya itu digagalkan, tidak seperti yang berlaku di Johor, Kedah dan Melaka apabila pentadbiran kerajaan negeri tersebut bertukar tangan kepada UMNO dan rakannya, PAS.

Kini, tembelang Muhyiddin sebenarnya sudah terdedah, beliau adalah arkitek utama polemik politik di Sabah ini.

Dan kini beliau mahu menagih dan meminta simpati pengundi Sabah untuk menyokongnya kerana kegagalannya untuk merampas kerajaan secara pintu belakang seperti dilakukannya di Semenanjung sebelum ini.

Sekarang, apabila tiba kempen pilihan raya Muhyiddin juga tanpa segan silu turun berkempen dengan membawa sentimen Semenanjung untuk menawan hati para pengundi dengan mengumumkan pelbagai macam projek dan program yang kononnya untuk membantu rakyat Sabah.

Tidak cukup dengan itu, Muhyiddin juga secara terang-terangan menghina orang Sabah dengan mengatakan “Sabah negeri Miskin, rakyatnya tidak membangun”.

Bagi orang Sabah ini adalah satu penghinaan daripada orang Semenanjung kepada mereka kerana selama ini bukankah UMNO dan Barisan Nasional yang paling lama memerintah negeri tersebut?

Begitu mudah seorang Perdana Menteri menghina orang Sabah dengan kata-kata yang tidak membina dan membantu, beliau mungkin terbawa-bawa corak kempen semasa di Semenanjung yang boleh membeli rakyat dengan gula-gula atau pun budaya dedak yang pernah dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Jika orang Sabah mahu terus dihina dan tidak memiliki harga diri, mereka boleh memilih Muhyiddin dan konco-konconya Barisan Nasional, tetapi jika ingin menjadi orang Sabah yang dihormati dan mempunyai harga diri, beranilah melakukan perubahan dengan menolak budaya politik Semenanjung.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

38 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
38
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x