HUSAM SAH LETAK JAWATAN NAIB PRESIDEN AMANAH

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diadakan pada 6hb September lepas telah meluluskan permohonan Datuk Husam Musa untuk melepaskan jawatan Naib Presiden AMANAH.

Permohonan perletakan jawatan ini adalah untuk membolehkan beliau memberikan tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi untuk AMANAH di Kelantan, khasnya di kawasan Parlimen Kota Bharu yang beliau ketuai.

Memandangkan kebolehan dan kemampuan beliau masih diperlukan di peringkat nasional, JK Nasional AMANAH telah mengambil keputusan untuk meminta beliau berperanan memantau dan bertindak sebagai penasihat kepada tiga biro AMANAH dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke15.

Tiga Biro ini adalah Biro Pilihanraya, Biro Komunikasi dan Biro Strategi. Kertas cadangan berhubung peranan baharunya sedang disediakan untuk persetujuannya.

Apa jua gambaran bahawa beliau meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan Presiden atau mana-mana pimpinan AMANAH adalah tidak berasas. Sebaliknya ianya dilakukan demi melonjak dan mengukuhkan lagi kedudukan AMANAH di Kelantan, khususnya di Kota Bharu.

Sekian, terima kasih.

KHALID ABD SAMAD

Pengarah Komunikasi AMANAH

14 September 2020

Kongsikan artikel ini
Updated: 14 September 2020 — 2:44 pm

3
Leave a Reply

avatar
3 Comment authors
TN BodoMAHATHIRVSANWARAnonymous Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

KASIHAN KUSAM MUSANG…..SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA….TERJELEPUK ATAS TAHI …… WARISAN. BUKAN SEBARANG WARISAN…. WARISAN DARI DAJJAL ILLUMINITY….. Luahan Penghuni Rumah Kontena: Mana Rumah Kami? Kami Manusia, Bukan Binatang…….. BATU SAPI, 14 Sept – Mana rumah kami… kami sudah cukup tersiksa tinggal dalam kontena, kami bukan binatang, kami bukan pendatang asing, kami adalah pengundi di Negeri Sabah… itu adalah antara luahan mangsa kebakaran rumah di Kampung Gas, Batu Sapi. Sejak kediaman mereka terbakar pada tahun 2018, sehingga kini mereka tinggal dalam kontena iaitu penempatan sementara yang dijanjikan hanya enam bulan namun kini menjadi kediaman tetap mereka. Bagi Jainah Mustafa, 53, kehidupan… Read more »

TN Bodo
Guest
TN Bodo

Nasib Hadi Marang Perapu Kepunden Marang Kerepot lagi menyedihkan. Kena ludah, pijak dan dihalau macam kucing kurap di PRN Sabah….aduhhh hina nya PAS

Anonymous
Guest
Anonymous

Wah, kuat semangat Husham, letak jawatan untuk menumpukan usaha memenangkan kerusi untuk AMANAH di Kelantan, khasnya di kawasan Parlimen Kota Bharu yang beliau ketuai.