YANG PENTING, ASALKAN BUKAN RAIS YATIM!!

UMNO didakwa turut menamakan calon sendiri untuk mengisi kekosongan jawatan Yang Di Pertua Dewan Negara walaupun Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah mencadangkan nama Dr Rais Yatim.

Hal itu menarik perhatian kerana ia membayangkan UMNO sendiri tidak menerima pencalonan Dr. Rais walaupun pemimpin Bersatu Negeri Sembilan itu asalnya dari parti tersebut.

Menurut sumber, asalnya Muhyiddin menamakan Dr. Rais pada pertengahan Ogos lalu.

Bagaimanapun katanya, belajar daripada insiden penukaran Yang Di Pertua Dewan Rakyat baru-baru ini, pembangkang turut mengemukakan calon sendiri.

Justeru dua nama ditampilkan, masing-masing Senator Yusmadi Yusoff dan Senator Theodore Douglas Lind.

Yusmadi dicadangkan oleh Ahli Dewan Negara dari Negeri Sembilan, Ahmad Azam Hamzah, manakala nama Lind – yang merupakan wakil Warisan dari Sabah – dikemukakan Senator Marzuki Yahya.

Sumber mendakwa, UMNO tampil mengemukakan nama keempat pada saat-saat akhir iaitu dua hari sebelum Dewan Negara bersidang pada esok, 2 September.

“Pada 31 Ogos seorang senator UMNO mencadangkan nama Mohamad Ali Mohamad untuk dipilih menggantikan SA Vigneswaran,” katanya kepada Malaysiakini.

Kata sumber itu, pada asalnya tidak nampak ada masalah untuk semua parti kerajaan menerima Dr. Rais sebagai calon bersama, namun perjalanan politik bekas Timbalan Presiden Parti Semangat 46 itu akhirnya tidak disenangi.

“Dr. Rais sudah menjadi ‘musuh bersama’ buat banyak parti, sama ada pembangkang atau UMNO,” kata sumber itu lagi.

Untuk rekod, selepas Semangat 46 dibubarkan, Dr. Rais bersama pemimpin lain parti itu menyertai UMNO.

Bagaimanapun dia kemudian menukar partinya sekali lagi dengan menyertai Bersatu sebaik hilang kuasa pada PRU14 lalu.

Bekas Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah, bagaimanapun kekal bersama UMNO dan ketika ini dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat parti berkenaan.

Sementara itu, Muhamad Ali yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan dia tahu namanyabdicalonkan untuk mengisi kekosongan yang ada di Dewan Negara.

“Tetapi saya tak pasti sama ada nama saya benar-benar diserahkan secara rasmi ke Dewan Negara untuk dipertimbangkan atau tidak,” katanya.

Updated: 1 September 2020 — 3:59 pm

11 Comments

Add a Comment
  1. BANI DAJJAL TAK BOLEH BERENGGANG DENGAN BANI YAKJUJ MAKJUJ…….

    Pejuang tak ke mana tanpa PH kata Awang Azman Pawi…..,

    Dua penganalisis berkata kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim pada Sabtu bukti Dr Mahathir Mohamad dan parti barunya Pejuang tidak boleh pergi jauh tanpa bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).
    Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, keputusan PRK itu menunjukkan populariti Mahathir semakin lemah, sementara Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berpendapat calon Pejuang hanya mendapat 1/3 daripada undi diperoleh PH pada 2018.

    Awang Azman berkata, Mahathir amat popular pada suatu ketika kerana sokongannya kepada Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan perdana menteri, tetapi popularitinya semakin merosot ketika beliau menolak pencalonan Anwar sebagai perdana menteri.

    Sebilangan besar penyokong PH, menolak Mahathir kerana marah dan kecewa.

    “Jika Pejuang sudah berasa tersekat, maka ia harus mengakui dasar dan pendirian PH. Tanpa PH, Mahathir dan Pejuang tidak boleh pergi jauh,” kata Awang Azman.

    “Sekiranya mereka bergabung dengan PH, tetapi tidak bersetuju mengenai perkara asas seperti pencalonan Anwar, maka Mahathir dan Pejuang akan dianggap hanya memecah-belahkan PH. Oleh itu, PH harus menolak Mahathir dan Pejuang,” katanya.

    Jika PH memilih untuk menolak Mahathir dan partinya, ini boleh menjadi “pengakhiran” kepada parti itu, kata Awang Azman.

    Pejuang perlu keluar daripada bayangan Mahathir jika parti itu benar-benar ingin membuat percaturan politik, yang boleh dilakukan dengan memberi lebih banyak ruang kepada pemimpin muda untuk menyuarakan pandangan mereka dan menentukan arah tuju parti.

    Muafakat lonjak BN, Pejuang hilang pengundi PH

    Azmi Hassan berkata, majoriti besar BN pada PRK itu dibantu oleh gabungan Muafakat Nasional (MN) Umno dan PAS, sementara calon Pejuang hanya mendapat sekitar 1/3 undi yang diperoleh PH pada 2018.

    Katanya, itu adalah isu yang Mahathir perlu lihat, sambil menambah pemimpin PH tidak bersungguh-sungguh berkempen untuk calon yang disokong Pejuang, mungkin menjadi salah 1 sebab utama ianya suram.

    “Saya rasa Pejuang harus bersama PH, dan bukan hanya menjadi parti bebas yang mesra PH, kerana ia nampaknya tidak berjaya di Slim.

    “Bebas daripada PH akan memperoleh undi simpati orang Melayu, itu objektif utama Pejuang. Tetapi hasil pada PRK jelas menunjukkan strategi itu gagal, sebagaimana PPBM gagal menentang Umno pada pilihan raya 2018,” katanya.

    Pejuang tidak boleh bersendirian. Ia memerlukan sokongan bukan Melayu. Bergabung dengan PH akan menjamin mereka mendapat sokongan DAP dan PKR, kata Azmi.

    Pada PRK Slim, calon BN Mohd Zaidi Aziz dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) baru.

    Beliau memperoleh 13,060 undi dengan majoriti 10,945 berbanding calon bebas disokong Mahathir, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, mendapat 2,115 undi.

    Kemenangan BN memulihkan semula penampilannya yang suram pada pilihan raya 2018 apabila mengekalkan kerusi itu dengan majoriti hanya 2,183.

    #Sumber : FMT

    MR : pejuang patut bubar serap aje kepada PKR, AMANAH atau DAP

    1. BANI PENYAMUN TAKKAN BERENGGANG DGN BANI PENIPU!

  2. Proksi Madey si Kitol nak pecah belah undi Melayu muda tua PRU15 dalam PH. Pancung dan tebang terus. Kasi mati sorang-sorang. Jangan kita bikin semak dan membela saka dalam rumah. Kahkahkah!

  3. Sudah tua ganyut gali kubur saja. Apa lagi mahu fikir dunia? Alam barzakh melambai-lambai. Bukan lambaian udang galah. Kahkahkah!

  4. RAKYAT AKAN PASTIKAN TIADA LAGI MUKA2 MP HARI INI SELEPAS PRU15…….

    RAKYAT SUDAH MAKLUM SIAPA SEBENARNYA DAJJAL ILLUMINITY DAN DAJJAL FREEMASON….. MEREKA TIDAK AKAN TERPEDAYA LAGI……

    SELAMA 22 TAHUN DAJJAL ILLUMINITY BERKUASA RINGGIT MERUDUM TERUK AKIBAT SELAMAT KAN SYARIKAT2 KRONI2 DAN ANAK2 DENGAN DANA RAKYAT……

    MCA KURANG AJAR BILA DAPIG PERINTAH NEGARA…..APAKAH MCA SUDAH INSAF……

    RAKYAT MAHU EKONOMI ADIL DAN MAMPAN…… SISTEM BANKING BERTERASKAN KEUNTUNGAN BISNES SEBENAR BUKAN BERGANTUNG DENGAN RIBA YANG AKHIRNYA MENGAYAKAN KAPITALIS…..

    Siapa paling layak jadi PM?…….

    KALAU anda ahli Pas, anda akan pilih Perdana Menteri dalam kalangan Yang Berhormat Pas sahaja. Kalau anda ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), anda juga akan memilih PM yang sekurang-kurangnya sekutu bagi PKR.

    Maknanya kita memilih PM berdasarkan parti. Alasan kita ialah setiap parti ada misinya. Maka, bila kita pilih parti, kita pilih misinya.

    Ini adalah perspektif yang terlalu simplistik, yang melihat hanya pada kulit permainan politik. Bayangkan sekumpulan harimau menubuhkan sebuah parti politik yang menjanjikan misi membela maslahat kambing.

    Kalau anda adalah kambing, adakah anda akan meletakkan nasib anda hanya pada misi parti harimau ini?

    Misi parti harimau ini menjaga maslahat saya sebagai kambing, maka saya pilih parti ini.

    Adakah janji dan misi sebuah parti berjubahkan Islamik, atau bertopengkan liberal benar-benar Islamik atau benar-benar liberal?

    Bila DAP memerintah dulu, kita perlu ingat bagaimana mereka berusaha menghalau Dr Zakir Naik balik ke India dengan pelbagai alasan. Isunya bukan sekadar tentang Dr Zakir Naik sebenarnya. Isunya soal hak asasi kemanusiaan yang DAP selama ini memperjuangkan atas nama liberalisme.

    Tetapi bila tiba soal hak asasi seorang pendakwah Muslim antarabangsa, DAP pula bersikap anti-hak asasi kemanusiaan pula! Pihak Dr Zakir Naik telah mencabar penfitnah-penfitnah untuk kemukakan bukti bahawa beliau adalah teroris, tiada seorang pun yang berani berdebat. Tetapi mengapa DAP masih kekalkan jawatan pemfitnah-pemfitnah ini yang jelas melanggar prinsip liberalisme?

    Walaupun isu-isu lama, tetapi ini adalah sejarah. Sejarah mengajar kita tentang hakikat budaya politik kepartian.

    Hakikatnya ialah parti yang dikuasai oleh harimau tetap memiliki nafsu yang kuat untuk makan kambing walaupun misi partinya berjanji menjaga maslahat kambing. Setiap ahli politik adalah harimau lapar tidak kira parti.

    Kalau anda begitu mudah percaya dengan janji parti, memang anda seolah-olah kambing yang percaya pada janji harimau lapar! Anda bebas untuk percaya pada sesiapa pun!

    Persoalannya, siapa paling layak jadi PM? Kambing tidak mampu lawan harimau seorang diri. Tetapi kambing akan berjaya membela diri kalau kambing-kambing semua bersatu dan melihat parti politik sebagai alat harimau untuk mempermainkan kambing.

    Yahudi hanya satu peratus di Amerika tetapi mereka menguasai pemilihan Presiden Amerika melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yahudi bernama AIPAC. Belajarlah daripada strategi Yahudi menggunakan sistem liberal demokrasi untuk menjaga maslahat Israel.

    Untuk lawan harimau, kambing perlu cerdik. Kerap wujudkan budaya jidal politik antara YB-YB demi untuk menilai ketelusan mereka dan siapa bakal PM kita. Tukang tembelang sangat fobia pada ketelusan.

    Fokus pada membina budaya mempersoalkan ketelusan parti dan pemimpin. Berhati-hati dengan YB yang percaya prinsip bahawa parti aku semua betul, parti kau semua salah!

  5. Rais ada pelajaran tinggi, loyar / peguam, biasa dengan undang2, mengkaji undang2, mengeluarkan pendapat nya berkenaan undang2. Dia ada PhD.

    Yang lain tu ada ker?

    1. Rais ada kes Amah nak disorok dan dicoverup. Tanya blogger Rockybru, orang kuat Najib dan blogger Tukartube, orang kuat Madey mcm kau pacak disini.

      Mereka bloggers menulis panjanglebar pasal kes moral ini yg tidak melayakkan Rais Yatim walaupun ada kelulusan Phd dan latarbelakang lawyer.

  6. kene sorok bibik2 laen nt semakin diburu

  7. Dr Rais Yatim ni sanggup bakar jambatan demi prinsip diri dan maruah. Harap jangan bakar diri sudahlah

    1. Kamu tahu ke ada yang bakar diri? Coba kasi contoh.

  8. BUDAYA BARU PN

    BERITA
    Kenapa SPRM masih tak ambil tindakan isu surat sokongan Ikmal?


    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti menjelaskan mengapa setakat ini tidak ada tindakan yang diambil terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz kerana mengesyorkan anaknya sendiri sebagai anggota lembaga pengarah Pharmaniaga, kata seorang bekas menteri
    Jelas belia, meskipun Ikmal sudah “mengakui” kesalahan berkenaan.

    “Tindakan Ikmal memberikan surat sokongan melantik anaknya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga ialah gejala salah guna kuasa, rasuah dan nepotisme yang muncul dalam pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

    “Tiada keraguan di sini bahawa SPRM perlu menyiasat dan mengambil tindakan kerana Ikmal telah meminta jawatan yang menguntungkan anaknya sendiri menggunakan kedudukan beliau sebagai timbalan menteri pertahanan,

Leave a Reply

Your email address will not be published.