MUHYIDDIN SEPATUTNYA PECAT ATAU MINTA ATTAKIRI BERUNDUR, BUKAN SEKADAR BERI KENYATAAN MEDIA

Sementara pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap Khairuddin Attakiri kerana melanggar SOP kuarantin diri, Muhyiddin Yassin semalam mengeluarkan kenyataan media memberi jaminan bahawa tiada sesiapa terkecuali jika melanggar undang-undang.

Kata beliau, kerajaan mengambil maklum dan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Khairuddin setelah dia pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali.

“Sehubungan itu, saya serahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Begitu pun, tindakan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan media ini bukan saja agak terlambat kerana isu Attakiri sudah berlarutan sejak seminggu yang lalu, bahkan ia tidak perlu pun sebenarnya.

Rakyat bukan lagi mahu mendengar jaminan mulut seperti kenyataan bahawa undang-undang tidak memilih bulu, tiada sesiapa terkecuali daripada tindakan, kerajaan memandang berat dan sebagainya.

Rakyat tidak mahu semua itu kerana telah terlalu biasanya mendengarnya sejak dulu lagi.

Selalunya bersama kenyataan seperti itulah seseorang itu dilindungi dan tidak diambil apa-apa tindakan.

Apa yang rakyat mahu ialah ada sesuatu tindakan dan sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin sepatutnya pantas dalam bertindak, terutamanya terhadap menteri yang telah terbukti memalukan kerajaan seperti perlakuan Attakiri itu.

Jika pun Attakiri perlu berdepan proses undang-undang atas kesalahan yang dilakukannya, biarkan saja proses itu berjalan seperti biasa.

Tetapi, sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin harus mengambil tindakan lain dari segi poliitik terhadap Attakiri.

Dalam kes kesalahan yang telah dilakukan Attakiri, Muhyiddin seharusnya menasihatkannya agar berundur dengan segera atau bertindak memecatnya daripada kabinet kerana perlakuannya itu.

Ini kerana Attakiri jelas telah melakukan kesalahan yang serius dengan sengaja sehingga memberi malu dan menyebabkan kerajaan dipersenda oleh rakyat.

Hakikatnya, dalam keadaan itu, untuk apa lagi Attakiri dikekalkan dalam kabinet?

Lebih daripada itu, terdapat pula percubaan daripada pemimpin tertentu UMNO dan Pas untuk membela Attakiri dengan hujah-hujah yang tidak masuk akal.

Hujah seorang pemimpin UMNO bahawa Attakiri pergi ke Turki dengan kononnya membawa balik pelaburan bernilai RM82 bilion adalah bukti wujud percubaan untuk menutup kesalahannya.

Bagaimana pemergiannya bercuti bersama keluarga ke Turki boleh membawa masuk pelaburan untuk negara?

Bahkan, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pun belum mampu membawa masuk pelaburan untuk negara dengan jumlah sebanyak setakat ini.

Seperti kata Terese Kok, kalau benar sebanyak itu pelaburan yang mampu dibawa balik oleh Attakiri yang tiada pengalaman sebagai menteri sebelum ini, lebih baik jadikannya saja sebagai Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin?

Hujah pemimpin dan walaun Pas lagi menggelikan hati, antaranya membandingkan Attakiri dengan drebar lori yang setiap hari berulang alik antara Malaysia dan Singapura yang langsung tidak dikuarantin, tiada kluster Khairuddin yang wujud, kononnya Attakiri sebagai menteri yang sentiasa sibuk tidak perlu kuarantin diri dan pelbagai lagi.

Rakyat bukan saja mual dengan alasan-alasan seperti itu, lebih daripada itu, sebenarnya juga tidak memerlukan lagi watak seperti Attakiri sebagai menteri untuk rakyat.

Dalam hal ini, adalah menghairankan bagaimana Muhyiddin masih tidak mahu bertindak terhadap pemimpin Pas itu.

Percayalah, dengan kedudukan Muhyiddin mula merudum dari segi keyakinan rakyat sekarang ini, jika beliau berani memecat atau meminta Attakiri berundur, pujian rakyat akan melimpah-limpah terhadapnya. (Shahbudindotcom 25/08/2020)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 25 August 2020 — 7:19 pm
Subscribe
Notify of
guest

42 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
26 August 2020 10:45 am

PARTI KEZALIMAN SEJAK BELUM PRU14 ASYIK KUTUK JIBENG AND WIFE SAMPAI SEKARANG….BILA KENA TOKONG SUCI KORANG BUAT TAK NAMPAK…. INILAH NAMANYA POLITIK DAJJAL….BUTA SEBELAH MATA…… PARTI KEZALIMAN TAK CADANG PUN MENTERI DIPECAT MASA PH JADI KERAJAAN……MEMANG SAH LEER TOKONG SUCI KORANG…… KES RASUAH NOBITA AND WIFE TAK ADA SATU PUN ENTRY KAT SINI…..SAH LEER TOKONG SUCI KORANG……. INI ENTRY KE TUJUH PASAL TAKIRI…..PASAL PAK SHEIKH KUAT BERJUBO LANGSUNG BUAT LUPA…..SAH LERR TOKONG SUCI BUDIN…… pejuWANG TAKUT DENGAN MANIFESTO NANTI KELUAR KENCING…… Calon Pejuang elak guna perkataan “Manifesto” dalam kempen PRK Slim ….. PRK SLIM | Calon bebas Amir Khusyairi Mohamad… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 11:51 am

Jibeng kena kutuk berterusan. Supaya tiada siapa ikut jejak langgkah dia meng songlap berbillion wang rakyat.

Goh
Goh
26 August 2020 12:41 pm
Reply to  Anonymous

Jibeng dan anak beranak dia tu sememangnya layak dikutuk walaupun dia dah mereput dalam kubur…

Kahhh kahh kaaaahhh kukk uhuk uhuk

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
26 August 2020 9:57 am

PARTI KEZALIMAN TAK CADANG PUN MENTERI DIPECAT MASA PH JADI KERAJAAN……MEMANG SAH LEER TOKONG SUCI KORANG…… KES RASUAH NOBITA AND WIFE TAK ADA SATU PUN ENTRY KAT SINI…..SAH LEER TOKONG SUCI KORANG……. INI ENTRY KE TUJUH PASAL TAKIRI…..PASAL PAK SHEIKH KUAT BERJUBO LANGSUNG BUAT LUPA…..SAH LERR TOKONG SUCI BUDIN…… pejuWANG TAKUT DENGAN MANIFESTO NANTI KELUAR KENCING…… Calon Pejuang elak guna perkataan “Manifesto” dalam kempen PRK Slim ….. PRK SLIM | Calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berkata bahawa dia tidak berminat menggunakan perkataan… Read more »

Wau Bule
Wau Bule
26 August 2020 10:02 am

Kes Guan Eng in the court. Tak perlu diperkatakan lagi. Boar mahkamah tentukan

Kes Anwar dah selesai disahkan peliwat oleh mahkamah. Buang masa berdebat tentangnya

Kes Khairuddin perlu dipanjangkan kerana tindakan mahkamah perlu untuk keadilan. Kan PAS the champion of Islam and justice?????

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 9:54 am

MENTERI YANG WAJIB DIPECAT

1. KHAIRUDIN ATAKIRI TAKKURANTINI – LANGGAR UNDANG2 NEGARA
2. MOHD AZMIN ALI – ROSAK AKHLAK – KES SEMBURIT – LIWAT
3. HJ HADI AWANG – PENGAMAL TAKFIRI – KES GULAI + KETUL BABI
4. HISAMUDIN HUSIN ON – BIADAP – HISAP VAPE DLM DEWAN PARLIMEN
5. MOOYIDIN YESIN DAN SEMUA MENTERI YG MENGGULINGKAN KERAJAAN SAH PILIHAN RAKYAT PAKATAN HARAPAN

KERAJAAN PNkhianat BUKAN PILIHAN RAKYAT KATA PERDANA MENTERI.

TEPAT LAGI BENAR. PNkhianat IALAH PILIHAN AHLI2 POLITIK.

KITA PECAT MEREKA DALAM PRU15 NANTI

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 11:54 am
Reply to  Anonymous

Tiada butiran2 terperini kesalahan depa. Sebut tarikh, apa dia buat / tak buat, dsb nya.

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
26 August 2020 9:49 am

KES RASUAH NOBITA AND WIFE TAK ADA SATU PUN ENTRY KAT SINI…..SAH LEER TOKONG SUCI KORANG……. INI ENTRY KE TUJUH PASAL TAKIRI…..PASAL PAK SHEIKH KUAT BERJUBO LANGSUNG BUAT LUPA…..SAH LERR TOKONG SUCI BUDIN…… pejuWANG TAKUT DENGAN MANIFESTO NANTI KELUAR KENCING…… Calon Pejuang elak guna perkataan “Manifesto” dalam kempen PRK Slim ….. PRK SLIM | Calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berkata bahawa dia tidak berminat menggunakan perkataan “manifesto” untuk berkempen bagi pemilihan pada 29 Ogos nanti. Namun, katanya, dia berikrar untuk setia bersama… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 11:58 am

Ko sbut ajer apa yang tak di sebut, dengan butiran2 nya sekali, sudah lah.

Tak payyah komplen mcm ko Pesuruhjaya Blogs. Takda jawatan mcm tu pun, Dol.

Wau Bule
Wau Bule
26 August 2020 9:37 am

PN or MN viz BN is just theatrical acts. All doing circus acts like trapeze

Muhyiddin, the end is near and expect a lot of bumpy rides and strong winds blowing. History in the making……

Bani melayu umno
Bani melayu umno
26 August 2020 9:32 am

INI ANTARA CONTOH ULAMAK PENUNGGANG AGAMA YANG PALING JELAS SEKALI.MINTA RAKYAT CAM KAN MUKA DAN NAMA DIA.TOLAK DIA KE LONGKANG PADA PRU15 NANTI. BERITA Tuan ibrahim pertahankan menteri perusahan langgar perintah kuarantin – Pemandu lori yang berulang-alik menghantar sayur ke Singapura pun tidak perlu kuarantin diri, kata Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai hujahnya mempertahankan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali. Timbalan Presiden PAS itu berkata, apa yang paling penting, meskipun Khairuddin tidak melakukan kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari Turki, namun dia bebas daripada Covid-19 dan tidak menyebarkan wabak berkenaan. “Tiap-tiap hari lori bawa sayur… Read more »

Wau Bule
Wau Bule
26 August 2020 9:31 am

Was Muhyiddin being BLACKMAILED when he agreed with Azmin to work with the kleptocrats viz The Sheraton Move??????????????

He is seen as totally oblivious to political moves and actions surrounding him, initiated by both Umno and PAS. He only dares in engaging and or making rhetorical statements.

Rumors abound he was blackmailed!!!! Only the kleptocrats could save him from complete embarrassment.

Bani melayu umno
Bani melayu umno
26 August 2020 9:21 am

MUAFAKAT APA KEJADAH INI? BERITA Satu kerusi pun BN takkan bagi pada Bersatu – MT Umno 25 8月 2020, 3:51 – Majlis Tertinggi Umno memutuskan bahawa BN akan bertanding di kerusi yang mana ahli parlimennya berpaling tadah selepas menang pada PRU14. “Kerusi-kerusi yang BN menang dulu yang melompat, maka kita ambil balik. Itu keputusan MT, bukan keputusan presiden. “MT Umno membuat keputusan bahawa, kerusi-kerusi yang dulunya dimenangi BN, maka BN akan ambil balik. “Perkara ini sudah pasti,” tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin pada video di portal berita hari ini. Jelasnya, jika Bersatu mahu bertanding pada PRU15, maka… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 12:03 pm

Yang kuat buat keputusan. Yang tak kuat / yang baru coba runding, runding, runding seboleh boleh nya.

Tak boleh, takpa. Tunggu yang kuat jadi lemah, yang tak kuat jadi kuat, boleh diktat jumlah kerusi, meja, apekebende lagi.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
26 August 2020 8:19 am

Kedaulatan undang-undang double standard. Kerajaan Pintu Belakang Menteri sendiri ingkar dan lawan undang-undang negara. Bala bala bala. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 8:35 am

Dia ni berjenaka Kahkahkah saja.

Pintu Belakang entahapekebende.

Jangan pedulikan dia.

konrol ku bersunat
konrol ku bersunat
26 August 2020 7:52 am

budin kempunan jawatan besor bila nuar x dpt jadik pm .. meroyan hari2

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 8:09 am

Sunat lagi. Supaya boleh mengkritik Budin dengan berpatutan. Pada umum nya, dia fair.

Goh
Goh
26 August 2020 9:56 am
Reply to  Anonymous

Penunggang agama mmg patut dikeritik hari² tampa jemu

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 12:06 pm
Reply to  Goh

Asalkan da bukti mcm mana tunggang agama, fakta, punca maklumat yang boleh di percayai.

Yang hantam keromo ajer perlu di hentam juga.

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
26 August 2020 7:15 am

INI ENTRY KE TUJUH PASAL TAKIRI…..PASAL PAK SHEIKH KUAT BERJUBO LANGSUNG BUAT LUPA…..SAH LERR TOKONG SUCI BUDIN…… pejuWANG TAKUT DENGAN MANIFESTO NANTI KELUAR KENCING…… Calon Pejuang elak guna perkataan “Manifesto” dalam kempen PRK Slim ….. PRK SLIM | Calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berkata bahawa dia tidak berminat menggunakan perkataan “manifesto” untuk berkempen bagi pemilihan pada 29 Ogos nanti. Namun, katanya, dia berikrar untuk setia bersama pengundi tanpa melalui protokol ketat. “Ada orang tanya saya apa dia manifesto? Saya tak suka mengguna… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 12:11 pm

Ko keluarkan ler pasal berjubo. Ramai yang suka baca cerita lucah.

Tapi kasi butiran lanjut lah. Siapa, dengan siapa, bila, di mana, mcm mana depa buat ….

Dan butiran saksi. Kalo takda, ko ha nya mengarut ajer.

sasha
sasha
26 August 2020 6:49 am

Budin…kenapa nak pecat??? Kau ni dengki sgt la….. Dia dah byr denda …lagipun dia negatif.. Dia dah minta maaf. Kes yang ramai org bandingkan tu memang kena denda lebih sebab orang tu kemudian didapati positif dan telah menyebabkan byk kesusahan, kedai kena tutup dan kena buat contact tracing yg ramai…. Ada juga yg kena denda lebih sebab biarpun org tu negatif, tapi siap buat dalam internet ajar netizen macam mana nak bukak pink gelang tu dan macam mana nak pakai semula… Ada ramai jugak yg kena denda RM 1000….kenapa tak bising??? menteri ni memang tak patuh SOP, tapi dia didapati… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 8:32 am
Reply to  sasha

Negatif tak negatif, dia perlu ikut SOP. Melainkan, contoh nya, dia nak berkejar ke mesyuarat kabinet, lambat sebab kapal terbang atau sebagai nya.

Goh
Goh
26 August 2020 9:55 am
Reply to  sasha

Kau ingat negara bapak kau ke suke² xpayah ikut sop…Kikikiki

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 12:14 pm
Reply to  Goh

Kalo nak hamun, jangan letak Kikikiki. Nanti orang ingat ko the Blog Joker, tak pedulikan ko.

Goh
Goh
26 August 2020 12:44 pm
Reply to  Anonymous

Kikikiki…lantok lerr

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
26 August 2020 1:01 am

pejuWANG TAKUT DENGAN MANIFESTO NANTI KELUAR KENCING…… Calon Pejuang elak guna perkataan “Manifesto” dalam kempen PRK Slim ….. PRK SLIM | Calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berkata bahawa dia tidak berminat menggunakan perkataan “manifesto” untuk berkempen bagi pemilihan pada 29 Ogos nanti. Namun, katanya, dia berikrar untuk setia bersama pengundi tanpa melalui protokol ketat. “Ada orang tanya saya apa dia manifesto? Saya tak suka mengguna perkataan manifesto ketika ini. Lebih-lebih lagi, saya bukan calon daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Saya lebih… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 5:14 am

Amendenye kamu sibukkan istilah manifesto, Mat.

Tengok apa yang dia janji nak buat. Dan apa yang dia tak janji.

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
26 August 2020 12:54 am

KELING BENDAHARA MENYAMAR MELAYU BERJAYA PECAH BELAHKAN MELAYU……. Hasrat saya tercapai sebelum tutup mata –…… Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meluahkan impiannya yang sekian lama telah tercapai sebelum beliau meninggal dunia. Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata, beliau kini berasa amat gembira kerana dua parti Melayu terbesar telah bersatu dan dapat duduk bersama. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memberitahu, penyatuan tersebut membolehkan orang Melayu tidak dapat dikalahkan lagi biarpun ada cabaran mendatang. “Saya amat sukacita dan kalau tidak panjang umur kerana ajal maut kita tidak tahu, saya amat gembira dan hasrat telah tercapai. “Perpecahan orang… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 5:19 am

Kamu menghasut mengguna istilah “Keling”.

Dulu sekolah SJK ke? Tak bercampur dengan ramai semua kaum di negara ini. Luaskan minda kamu, Mat.

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
26 August 2020 12:45 am

MEMANG LEER OTAK PARTI KEZALIMAN DAH HILANG SKRU.WAYAR PUTUS…. ZIONIST SETIAP HARI BUNUH UMAT ISLAM DIANGGAP BAIK…… Shafie jangan hipokrit sangat…….. – Ketua Wanita Parti Cinta Sabah (PCS) meresa pelik apabila Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal cuba menonjolkan imejnya sebagai seorang yang berintegriti walhal hakikatnya beliau adalah seorang hipokrit. Dr Regina Lim mendakwa, Shafie juga dianggap sebagai seorang pemimpin yang tidak mampu menghadapi kenyataan yang akhirnya bertindak mengugut untuk menyaman mana-mana pihak yang bersuara lantang terhadapnya. Malah sifat itu sedang di tonjolkannya secara terbuka kepada rakyat Sabah, ujarnya. Sifat hipokrit Shafie sememangnya satu fenomena biasa yang sudah ada dengannya… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
25 August 2020 10:33 pm

Sekapir kapir kapir harbi Zionis Yahudi lagi teruk kapirnya Islam Attakkuarantin. Pakai gelang pink dan letak jawatan Menteri kapir harbi AudiQ7. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 5:21 am

Islam Attakkuarantin?

Mengarut kamu.

Goh
Goh
25 August 2020 10:22 pm

Kahhh kahhh kahhh kahhhhhhh….82billion ??

Kahh kahh kaaaahhh kahh kukk uhukk. Uhukk

Malaon punya lebai boleh bawak balik pelaburan 82billion???

Aku Hakkkk tuiiii muka hg aziz mamak

Goh
Goh
25 August 2020 10:25 pm
Reply to  Goh

Hoiii ajis mamak…

hg ingat kami mcm org baling ka xreti apa langsung hal ekonomi???

Anonymous
Anonymous
25 August 2020 10:18 pm

Attakiri At Takfiri…lupa diri bila dah jadi menteri. Lagaknya atasi Agung & Perdana Menteri. Elok dia jadi drebar lori, kerana kata walaun tak payah kuarantin diri. Bila ketam jadi menteri, begini lah jadi, kerana tak nampak baghal sendiri.

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
25 August 2020 8:33 pm

PHD4PIG PUN TAK LETAK JAWATAN BILA PEMIMPIN2 MEREKA BERMASALAH….PRU15 NANTI PASTIKAN MP2 YANG ADA HARI TAK ADA LAGI LEPAS TU……ADA SETUJU KAAA….. Time To Put A Stop To Lim Guan Eng’s “Tai Chi” Performances…….MASTER OF TAI CHI PUN TAK NGAKU BERAK ATAS JALAN…… 1. Finance Minister Tengku Zafrul Aziz has revealed that 101 projects worth a staggering RM6.61 billion were approved through direct negotiations by the Finance Ministry under the Pakatan Harapan (PH) government. 2. His revelation has directly implicated former Finance Minister and DAP secretary general Lim Guan Eng, who is also Bagan Member of Parliament and former Penang… Read more »

Anonymous
Anonymous
25 August 2020 10:14 pm

Woi penyamun2 tarbus PNkhianat hamPAS semua, kontrak direct nego bekalan alatan PPE covid19 anak beranak suku sakat geng geng menteri kesihatan minum air suam anak Baba asal johor kroni PM juga dari johor. Tu lulus masa KERAjaan PNkhianat hamPAS tulah contohnyerrrrrrrrrrrr……………….

PNkhianathamPAS bahalol sampai kiamat woiiiiii…………

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 5:27 am

Jika betul begitu banyak pprojects/contracts tak di tender, memang perlu dibalun, ditibai dan dibantai berterusan.

Siapa yang boleh, cari lah bukti nya/ senarai nya dn keluarkan di sini.

Ini isu kepentingan hak kita rakyat.

Anonymous
Anonymous
26 August 2020 6:03 am

Ini baguih, Tun M sendiri katakan –

Dr M also wants finance minister to come clean, tells him to reveal names

This comes after Zafrul claimed that Harapan approved 101 projects worth RM6.61b.

Wau bule
Wau bule
25 August 2020 7:31 pm

Apa hukun samun dan curi? Melayu Muslim kata HARAM DAN BERDOSA
Apa hukum khianat? Melayu Muslim kata HARAM DAN BERDOSA
Apa hukum perdagangkan agama? Melayu Muslim kata HARAM DAN BERDOSA

Akan tetapi melayu muslim kata “wajib sokong” sebab yang melakukannya melayu dan muslim. Dan semua salah bangsa lain terutamanya kafir harbi DAP!

Pelik tapi benar…itulah melayu muslim walaupun bukan semua