Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TIADA HARAPAN BERSATU NAK BERADA DALAM MN?

Tidak sampai seminggu selepas Muhyiddin Yassin mengumumkan Bersatu setuju untuk menyertai Muafakat Nasional atau MN, namun reaksi daripada UMNO jelas cukup tidak menyenangkan.

Jika sebelum ini Zahid Hamidi, Khaled Nordin dan Shahrir Samad mengatakan Bersatu mesti ikhlas dan tiada agenda lain jika mahu menyertai MN, terbaru ini bibit-bibit penolakan untuk Bersatu berada di dalam MN nampaknya semakin ketara dan boleh dibaca.

Selain respon pemain media sosial UMNO hampir 90 peratus menolak hasrat Bersatu itu, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan menegaskan, akar umbi parti juga rata-ratanya berpendirian sama.

Katanya, majoriti akar umbi UMNO kurang setuju Bersatu menyertai MN.

“Tapi akar umbi punya pandangan ini perlu diambil berat kerana jika tiada akar umbi, tiadalah ‘pokoknya’,” jelas beliau lagi.

Sehubungan itu, tambahnya isu penyertaan Bersatu itu akan dibincangkan dalam Biro Politik secepat mungkin sebelum dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO untuk diputuskan.

Susulan kenyataan Mohamad itu, Zahid Hamidi malam tadi turut sepandangan dengan timbalannya itu.

Melalui media sosialnya, Zahid Hamidi menulis – “Pandangan akar umbi UMNO dan nerizen pasti diberi keutamaan dan didengar sebelum Muafakat Nasional membuat keputusan untuk memuktamadkan penerimaan rakan kongsi politik baharu. Majlis Tertinggi UMNO akan memutuskannya”.

Sebagaimana disebut sebelum ini dan tentunya disedari oleh mereka yang aktif di media sosial, lebih 90 peratus pandangan akar umbi UMNO dan netizen adalah menolak kemasukan Bersatu ke dalam MN.

Jadi, apa sebenarnya maksud kenyataan Zahid Hamidi dan Mohamad yang mahu mengambil kira pandangan akar umbi dan netizen mengenai perkara itu?

Bukankah ia petanda yang tidak diragui bahawa kemasukan Bersatu ke dalam MN akan ditolak akhirnya?

Lalu, ke mana hala tuju Bersatu? (Shahbudindotcom 19/08/2020)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

69 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
69
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x