Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BILA ISLAM SUDAH JADI ALAT MERAIH HABUAN….

Masih ingat dengan amanat ini?

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.

Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.

Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.

Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.

Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Tetapi apa jadi sekarang?

Semalam, Hadi Awang berkata – “Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti. Kita tak boleh berpisah dengan UMNO, tak boleh berpisah dengan BERSATU.”

Ia berikutan beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Orang yang sama yang melafazkan amanat di atas pada 1981 dahulu, hari ini orang sama, bukan saja sudah berpeluk erat dengan UMNO, bahkan sudah tak mahu berpisah lagi dengan parti itu.

Ada yang berasa pelik?

Tidak ada yang pelik…tapi inilah padahnya bila Islam bukan lagi sebagai wadah perjuangan, tetapi sudah ditukar menjadi alat dunia untuk meraih habuan serta jawatan. (Shahbudindotcom 04/08/2020)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

118 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
118
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x