Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ARAHAN MENTERI KOMUNIKASI TAK MUNASABAH, LANGKAH KE BELAKANG

Saya ambil maklum kenyataan terkini Menteri Komunikasi & Multimedia di Dewan Rakyat mengenai rencana kerajaan terkait penerbitan video dan filem.

Rakyat tertanya mengapa langkah ini diambil, sehinggakan arahan yang dimaklum Menteri itu terlalu umum sehingga ia akan mengesankan mereka yang menggunakan media sosial, termasuk pelantar YouTube, TikTok, Instagram, dan lain-lain.

Perkembangan ini membimbangkan, tatkala serangan dan gangguan ke atas media termasuk Al-Jazeera terus berlaku sejak kerajaan ini tertubuh Mac lalu.

Ternyata kerajaan mahukan semua pihak, tidak kira samada ahli politik, mahu pun penggiat media sosial akan dikenakan tindakan atas pelanggaran sesuatu kandungan yang mungkin tidak cocok dengan pandangan kerajaan.

Arahan tidak munasabah ini adalah langkah kebelakang. Dalam masa yang sama pula, kerajaan percaya ia akan terus mendukung kebebasan bersuara. Apakah masuk akal?

Perlu diingatkan di sini bahawa kerajaan Pakatan Harapan yang lalu telah berjaya melonjakkan tahap kebebasan media ke satu tahap yang bukan sahaja menaikkan imej negara, malah telah memberi keyakinan kepada pemerhati dan pelabur asing.

Dengan rencana terkini ini, kerajaan akan memadam usaha dan upaya kerajaan lalu sekaligus menginjak tatanan dan demokrasi negara hukum.

ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang/Presiden PKR

23 Julai 2020.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

31 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
31
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x