Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APA LAGI YANG MAHATHIR CARI?

Barangkali ramai yang terfikir-fikir, mungkin juga ada yang pening kepala memikirkannya, dalam usia menuju 95 dan sudah dua kali menjadi Perdana Menteri, untuk apa lagi Tun Mahathir Mohamad masih bermati-matian untuk memegang jawatan tersebut buat kali yang ketiga?

Apa lagi konon ikrarnya kali ini hanya mahu jadi Perdana Menteri selama enam bulan saja.

Malah, apabila Anwar Ibrahim menolak untuk bekerjasama dengannya, Tun Mahathir mahu mencari jalan lain pula, ternampak asalkan hajat menjadi Perdana Menteri tetap dapat dicapainya.

Apa lagi yang mahu dicarinya?

Benarkah beliau mahu menyelamatkan negara?

Apakah semata-mata mahu menjatuhkan Muhyiddin Yassin atas faktor marah dan dendam yang bersarang dalam dadanya?

Atau untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri?

Mungkinkah juga Tun Mahathir mahu kembali sebagai Perdana Menteri bagi menutup kes-kes lama yang dikaitkan dengan era lamanya yang nampak kian banyak didedahkan oleh Najib Razak kebelakangan ini?

Ataukah beliau masih belum cukup “menyamun” kekayaan negara untuk keluarga, anak-anak dan para kroninya?

Yang mana satu agaknya?

Dalam diri manusia normal, perlakuan Tun Mahathir ini memang nampak luar biasa dan sukar difahami.

Sebagaimana beliau dianggap manusia luar biasa oleh sesetengah pihak, keinginannya untuk kembali berkuasa sekali lagi jauh lebih luar biasa sebenarnya.

Di Malaysia dan mungkin di dunia, hanya beliau satu-satunya yang ada nafsu luar biasa seperti itu.

Inikah kejayaan sebenar Wawasan 2020?

Tinjauan umum dengan pelbagai pihak turut tidak dapat menyimpulkan apa yang sebetulnya dimahukan oleh Tun Mahathir sekarang ini.

Setiap orang yang ditanya, jawapan yang diperolehi selalu saja berbeza-beza.

Ada yang percaya untuk menyelamatkan negara, ada yang percaya kerana dendam kepada Muhyiddin, ada yang percaya untuk menghalang Anwar, ada yang percaya untuk menutup kes-kes lamanya dan tidak kurang ada yang percaya beliau masih belum cukup untuk mengenyangkan keluarga, anak-anak dan kroninya dengan kekayaan yang luar biasa.

Jika begitu, bolehkah disimpulkan tujuan besar Tun Mahathir untuk kembali berkuasa sekali lagi buat kali ketiga ini adalah untuk mencapai semua tujuan itu secara sekaligus, kecuali untuk menyelamatkan negara yang barangkali merupakan faktor terkecil sekali ada dalam hatinya kerana tanpa beliau jadi Perdana Menteri pun, realitinya tiada sesiapa yang terancam kehidupannya di negara ini? (Shahbudindotcom 25/06/2020)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

111 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
111
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x