Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

AKHIRNYA….SEBUAH PENGHARGAAN DARIPADA SEORANG SAHABAT BUAT TYT MELAKA YANG BARU

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu – 06/06/2020

( 1 – 15 )

1. Pesanan terakhir Megat Seri Rama, Laksamana Bentan sebagai balasan kekejaman Sultan terhadap isterinya Dang Anum sebelum menikam mati Sultan ialah ungkapan kata-kata:-

“RAJA ADIL

RAJA DISEMBAH

RAJA ZALIM

RAJA DISANGGAH”

2. Sejak peristiwa itu yang diingati sebagai ‘Sultan Mahmud Mangkat Di Julang’, Melaka tidak lagi mempunyai sebarang Sultan sehingga ke hari ini.

3. Namun Melaka terus membangun dan maju, malah lebih maju dan pesat dari negeri – negeri lain walaupun ianya tidak mempunyai sumber asli seperti balak dan bijih timah.

4. Seolah – olah tidak dipedulikan, bukan sahaja kehilangan Sultan tapi yang sedihnya sejak negara mencapai Kemerdekaan 63 tahun dahulu , AKHIRNYA buat pertama kali anak Melaka jati diangkat sebagai Tuan Yang Terutama ( TYT ) atau Gabenor Negeri Melaka.

5. Bagaikan :

‘Belut Pulang

Ke Lumpur ,

Haruan Pulang

Ke Lubuk ,

Sirih Pulang

Ke Gagang’

perlantikan Muhd. Ali bin Muhd. Rastam atau Ali Rastam pada hari Khamis 4hb Jun 2020 SEMEMANGNYA menjadi kebanggaan rakyat Melaka yang telah lama menunggu dan menunggu tak ubah seperti :

‘Pungguk

Rindukan

Bulan’

akhirnya segala mimpi dan harapan telah menjadi kenyataan.

6. Perlantikan Ali ( Tun ) mengingatkan kita sejarah kira – kira 1400 tahun dahulu apabila seorang Penghulu yang kebetulan mempunyai nama yang sama, Ali ( Tun Ali ) dilantik sebagai Bendahara ke-4 bagi Kesultanan Negeri Melaka.

7. Hanya yang membezakan kedua – dua insan ini ialah bapa Tun Ali adalah seorang saudagar yang kaya berasal dari India bernama Mani Purindam sedangkan TYT kita berasal dari keluarga miskin.

8. Perlantikan anak jati Melaka ini sebagai TYT ke-7 adalah satu lagi sejarah Melaka yang seharusnya dicatat dengan tinta emas kerana sebelum ini KESEMUA TYT Melaka adalahyang ‘di import’ dari negeri lain :

i. Tun Leong Yew Koh

( Perak )

31/08/1957 –

30/08/1963

ii. Tun Abdul Malek

Yusof

( N.Sembilan )

31/08/1963 –

30/08/1971

iii. Tun Dr. Hj Abdul

Aziz Abdul Majid

( Selangor )

31/08/1971 –

09/05/1975

iv. Tun Syed

Zahiruddin

Syed Hassan

( Perak )

25/05/1975 –

30/11/1984

v. Tun Syed Ahmad

Syed Mahmud

Shahabuddin

( Kedah )

04/12/1984 –

03/06/2004

vi. Tun Mohd Khalil

Yaakob

( Pahang )

04/06/2004 –

03/06/2020

9. Berbekalkan pengalaman luas sebagai Ketua Menteri Melaka selama 14 tahun iaitu dari 1999 hingga 2013 sudah pasti Ali selaku TYT yang baru beliau boleh memberi pandangan dan nasihat baik kepada Kerajaan Negeri.

10. Saya mula mengenali Ali apabila Othman Muhammad, Naib Ketua Pemuda, dan kemudiannya dilantik oleh Ali sebagai Speaker Dewan Negeri, membuat cadangan kepada saya selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam ketika itu untuk melantik beliau ( Ali ) sebagai Bendahari Pemuda Bahagian.

11. Selaku Ketua Menteri beliau sering mendapatkan pandangan dan nasihat ayah kami, Tun Abdul Ghafar Baba ( Alfatihah ) walaupun ketika itu beliau tidak lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

12. SAYA DAN RAKYAT MELAKA AMAT TERHARU DAN MENDOAKAN AGAR ALLAH SWT MERAHMATI SEGALA APA YANG BELIAU LAKUKAN SEBAGAI TYT MELAKA YANG BARU.

13. Semoga perlantikan anak jati Melaka ini akan dijadikan amalan yang berterusan selepas ini.

14. TAHNIAH

SAHABATKU !!

15. Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.

Wassalam

Terima Kasih.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

62 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
62
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x