PENOLAKAN KEPADA PN SEKARANG MIRIP PENOLAKAN TERHADAP BN SEBELUM PRU14 LALU

Apakah kerajaan Perikatan Nasional atau PN benar-benar akan tumbang dalam masa terdekat ini atau ia sekadar perang psikologi yang dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH)?

Inilah antara persoalan yang sedang bermain dalam kepala majoriti rakyat ketika ini.

Sesetengah rakyat percaya PN akan tumbang dalam masa terdekat, manakala yang lain pula yakin ia mampu bertahan sehingga PRU15 akan datang.

Sementara sokongan yang ada pada PN sebagai kerajaan amat runcing dan terumbang-ambing iaitu hanya dua majoriti Ahli-Ahli Parlimen dan mungkin berkurangan lagi dalam waktu terdekat ini, yang sukar dinafikan juga ialah penolakan rakyat ternampak terus berkembang daripada semasa ke semasa.

Ada banyak isu yang menyebabkan rakyat mula sangsi dengan kerajaan sekarang, antaranya rungutan berhubung bantuan kepada rakyat akibat Covid-19 tidak seperti yang dijanjikan, tiada pelan untuk rakyat yang hilang pendapatan, masih tidak membela nasib Adib Kassim, anggota Bomba yang terbunuh dalam tragedi Kuil di Subang, hudud dan RUU355 masih kabur, kerajaan terlebih memanjakan Ahli-Ahli Parlimen dengan lambakan jawatan GLC dan pelbagai lagi.

Gembar-gembar kononnya kerajaan PN ini adalah kerajaan Melayu/Islam hampir tiada maknanya bagi rakyat kerana apa yang mereka bising-bising sebelum ini semuanya jadi senyap belaka apabila sudah beroleh kuasa.

Selain itu, dari sudut politik, cara Muhyiddin Yassin menangani isu Bersatu dengan keghairahan bertindak ala diktator turut membuatkan rakyat terhakis keyakinan terhadapnya.

Ramai yang melihat Muhyiddin atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak harus bertindak sekeras itu terhadap Tun Mahathir Mohamad selaku pengasas Bersatu atau kepada Mukhriz Mahathir yang akan mencabarnya bagi jawatan Presiden parti, sebaliknya perlu berhadapan secara “gentleman” dengan mereka dalam proses pemilihan.

Jika diperhatikan cara Muhyiddin ini tidak ubah seperti apa yang dilakukan Najib Razak sebelum beliau tumbang pada PRU14 lalu.

Ketika itu, semua yang cuba menentang dan melawannya akan dipecat dan diketepikan melalui kuasa dan keangkuhan yang bertapak tinggi dalam dirinya.

Najib juga pada waktu itu tidak memperdulikan banyak teguran yang bertujuan memperbaiki kelemahannya lantaran terlalu yakin dirinya kebal daripada dijatuhkan.

Akhirnya, dengan serangan demi serangan yang mengakibatkan penolakan kian membesar, sokongan yang ada padanya terhakis sedikit demi sedikit dan akhinya berjaya ditumbangkan.

Apa bezanya dengan kedudukan Muhyiddin sekarang?

Kalau diperhati dan diteliti, semuanya saling tak berbeza sama sekali.

Sementara majoriti yang ada padanya hanya cukup-cukup makan dan serangan pihak lawan iaitu PH dan kumpulan Tun Mahathir sentiasa agresif, berfakta dan boleh diterima, ditambah rasa tidak puas hati rakyat yang terus membuak-buak, hakikatnya penolakan kepada Muhyiddin sekarang ini tak ubah seperti bagaimana Najib dan BN ditolak sebelum dijatuhkan pada PRU14 lalu.

Melihat semua perkembangan mutakhir, jika diadakan PRU mengejut sekali pun dalam waktu terdekat ini, kalau mereka tidak berpecah dan mampu berpakat sekali pun, PN tetap sukar untuk mencapai kemenangan berbanding PH.

Apa lagi kerana PN beroleh kuasa melalui pengkhianatan dan perampokan di tengah-tengah jalan, gelodak rakyat untuk membalas dendam tidak pernah surut selagi ia tidak dilampiaskan.

Lantaran itu, mungkin faktor paling pokok ialah tidak sanggup kecundang dalam PRU15 akan datang, dalam waktu-waktu mendatang ini akan terlihat perkembangan beberapa Ahli Parlimen PN menyeberang kembali kepada PH.

Mungkin bermula dengan seorang, diikuti seorang dua selepasnya, kemudian ada lagi menyusul, realitinya PN dalam potensi yang sangat besar untuk menjadi kerajaan paling singkat dalam sejarah negara.

Oleh itu, kemungkinan PN akan tumbang dalam waktu terdekat ini bukan sekadar perang psikologi, tetapi realiti yang paling mungkin menjadi kenyataan. (Shahbudindotcom 02/06/2020)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 2 June 2020 — 6:13 pm
Subscribe
Notify of
guest

75 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
david
david
6 June 2020 1:48 pm

Siapa yg tolak PN? Awak mungkin……….Jadi tak perlu racuni pemikiran kami sebagai rakyat Malaysia. “Please don’t put word into our mouth”. Kalau awak tolak PN , itu hak awak. Kami pun ada hak untuk menilai kerajaan PN. Kami beri PH tempoh 22 bulan memerintah…..apa yg kami dapat? You have failed us. We queue and lined up for more than 3 hours at the Polling Site for the 14th GE, to vote for a change….but what do we get. Everyday…politicking….and power struggle. For the B40 under BN regime almost all get BR1M but under PH some of the B40 – BSH… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
3 June 2020 7:23 am

PARTI KADOK DITUBUH DR MANDELIAR UNTUK PECAH BELAHKAN MELAYU……ELOK SANGAT JIKA DIHARAMKAN…… Krisis kepimpinanan bakal membawa kepada pengharaman parti Bersatu……. Mencongak masa depan Bersatu: Mengulangi nasib Umnokah? Bersatu merupakan parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Umno dalam usaha mereka menumbangkan BN yang ketika itu dipimpin Najib Razak. Kelahiran Bersatu berlaku selepas Muhyiddin Yassin – ketika itu menjadi timbalan presiden Umno – dan Dr Mahathir Mohamad disingkirkan kerana kritikan mereka dalam skandal 1MDB. Penubuhan Bersatu menyaksikan Mahathir dilantik sebagai pengerusi manakala Muhyiddin menjadi presidennya. Bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir, pula diletakkan sebagai timbalan presiden. Semuanya kelihatan berjalan lancar sehinggalah berlaku… Read more »

Rosli
Rosli
3 June 2020 7:02 am

PN = Pengkhianat Negara wajib ditumbangkan kerana mempermain mandat rakyat.

anonymous
anonymous
3 June 2020 8:10 am
Reply to  Rosli

Dah elok-elok rakyat bagi mandat pd PH, atok pi letak jawatan dan runtuhkan sendiri kerajaan. Bila Agong buat keputusan sibuk pasal mandat pulak?
Bodoh simpan sikit utk faraid kpd anak cucu.

david
david
6 June 2020 2:06 pm
Reply to  anonymous

Setuju sgt…..

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:01 am

Tajuk entry ni sepatutnya begini.
PENOLAKAN KEPADA PH MIRIP KPD PENOLAKAN RAKYAT KPD BN DULU. Buatlah analisa 5 PRK terakhir. PH letak siapa pun calon, yg pasti rakyat akan tolak. Scenario yg sama waktu PH menang PRU14. Ditambah pulak PH ni buat janji pilihanraya palsu menipu dan hidup atas fitnah.
Tunggulah saat kejatuhan PH pd pru15 nanti.
Di Tjg piai, org melayu sanggup sokong cina dari BN di kwsn majoriti melayu, tapi calon melayu dr PH ditolak mentah2.

#asalbukanPH.

Goh
Goh
3 June 2020 7:11 am
Reply to  Anonymous

Yaa betul…

apabila dimomokkan kepada melayu yg ph dikawal dap, mca pula memomokkan org cina yg dap terlalu lembut dan mengikut kata tun m

david
david
6 June 2020 2:10 pm
Reply to  Anonymous

Betul sgt….PH sepatutnya “Tengok diri dia dalam Cermin”. Asyik syok sendiri…….Bila niat dari awal tak betul….yakni membohongi rakyat dgn Manifesto nya…..iyu lah jadi. Tak Selamat. KARMA…..

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
3 June 2020 6:40 am

MUNAFIK MELAYU BEGITU MUDAH PANDANG SEPI MAKAR DAN MUNGKAR 24/7 PHDAPIG……MEREKA SANGGUP JUAL AGAMA DENGAN HABUAN DUNIA YANG SEDIKIT……. DAP angkuh tajamkan ketegangan politik…….. Melalui satu kenyataan media Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, biadab, celupar, melampau dan ekstrem telah menjadi pendekatan dibawa DAP dalam politik negara. Tanpa selindung dan angkuh, politikus DAP sentiasa menjadikan politik negara berada dalam suhu yang panas dan tegang. Politik fitnah, adu-domba, kecaman dan merosakkan karektor individu sudah tidak segan silu lagi menjadi mainan DAP. Bahkan rakyat Malaysia tidak akan lupa sepanjang hampir 22 bulan DAP menjadi ‘Abang Besar’ dalam Pakatan Harapan, parti itu mencengkam kuku… Read more »

Goh
Goh
3 June 2020 7:12 am

Rosmah binti mansur paling sesuai menjadi dajjal

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 8:07 am
Reply to  Goh

Kata-kata mcm kau biasanya berbalik kpd kau atau anak bini kau. Kau tunggulah saat bala yg akan menimpa kau dan anak bini kau hasil drp penghinaan kau pd org lain.

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 9:17 am
Reply to  Anonymous

Yer ker?

Kau masih percaya filem P Ramlee ker?

sasha
sasha
3 June 2020 6:04 am

Betul ke Budin???? Tajuk kau tu…
Macam syiok sendiri ajer..
Siapa yg tolak PN??
Kalau org melayu, yg tolak hanyalah 15 %…ini semua penyokong dungu PH yg masih tinggal
Hehehehe…..PH akan berkubur…percayalah…
Ini masa untuk kau pindah kapal la Budin…
Jgn jadi bodoh!!!…..nak mempertahan org yg telah ditolak oleh rakyat…..Byk ke dedak yg kau dapat????….hehehehe

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 6:34 am
Reply to  sasha

Kapal Najib Klepto wal Jibo dah tenggelam di Pru14.

Najib nya sendir dah di tendddang ke lobngkang. Kes songlap berbillion Ringgit wang rakyat di 1MDB.

Kau suruh percaya PH akan terkubur? Mengarut lah kamu di pagi2 buta ini. Bukan kelakar pun, Dol. Pembangkang yang terhorai borai antara korang.

Givap lah, join parti pemerintah. Tak guna terhegeh hegeh sebagai Pembangkang.

Muhamad Asri b Musa
Muhamad Asri b Musa
3 June 2020 1:22 pm
Reply to  sasha

Memang Budin ni bodoh pun , cerita pun ulang2 macam tok dia si madet yg autism tu ..

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
2 June 2020 11:16 pm

KES KEMASUKAN BERAMAI2 PENDATANG ASING ERA PHD4PIG ANTARA DIRAGUI RAKYAT….. MEREKA TUKAR KERAJAAN SUPAYA KEADAAN INI DIPERJELASKAN…..TOK MUDIN MEMANG LEMBIK KERANA DIA JUGA BERASAL DARI PH…… KP Imigresen, sila jawab mana 100,000 pelancong India, China?…….. PEMBELA sambut baik kejayaan PDRM Johor tumpas sindiket PATI Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyambut baik kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor mengesan dan menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI), baru- baru ini. Bagaimanapun, Naib Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari berkata, sindiket berkenaan kebanyakannya bermula daripada negara jiran sahaja. “Tetapi, isu sindiket pemalsuan kad pengenalan atau MyKad dengan kehilangan 100,000 pelancong China dan India sangat berkait… Read more »

Lelaki Tanpa Nama
Lelaki Tanpa Nama
2 June 2020 10:53 pm

Tuan Budin menulis “Sementara sokongan yang ada pada PN sebagai kerajaan amat runcing dan terumbang-ambing iaitu hanya dua majoriti Ahli-Ahli Parlimen dan mungkin berkurangan lagi dalam waktu terdekat ini, yang sukar dinafikan juga ialah penolakan rakyat ternampak terus berkembang daripada semasa ke semasa”.

Adakah Tuan Budin setuju bahawa yang menyanjung PN dan mengutuk PH adalah terdiri dari cyber trooper. Group mereka seperti dalam agensi pemerintah yang beruniform, ada berjawatan tetap dan yang voluntary hanya dibayar elaun. Sebab itu mereka boleh dijumpai dimerata seperti YouTube, Malaysiakini dan shahbudindotcom.net etc.

Saya hanya peminat tulisan Tuan Budin bukan politik tertentu.

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 6:38 am

“.. dijumpai dimerata seperti YouTube, Malaysiakini dan shahbudindotcom.net etc.”

Tak berapa ketul saja di sana sini. Buat heboh saja. Tarak kesan pun.

Macam melukut di tepi gantang.

Sheraton
Sheraton
2 June 2020 10:39 pm

Video di percayai suara Muhyiddin yang menyogok jawatan dengan upah yang lumayan ada benar bagi rakyat.

Hal seperti ini membuat rakyat marah.

Bukan mereka yang di berhenti kan kerja saja yang marah. Mereka yang dulu undi PH pun tetap marah. Bermakna sokongan PH bertambah.

Sampai bila Muhyiddin boleh bertahan dengan cara tidak bermoral macam ini.

sasha
sasha
3 June 2020 6:08 am
Reply to  Sheraton

Itu video lama la….masa Bersatu bersama PH lagi…
Atok dan bersatu masa tu memang kerja mereka nak memancing org UMNO…..
hehehehe….sekarang tak lagi….tak lama lagi PBBM pun akan dibubar sebelum PRU 15….semua masuk UMNO semula..
Muhyiddin pun dah kata dia TOTOK UMNO….akan kembali kepada UMNO jugak nanti

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 6:46 am
Reply to  sasha

M’kini pakar ke? Ada lesen tukang telek ke. Awat bukti, fakta dan hujah2 pun tak di keluarkan. Hanya menuduh atau claiming itu ini saja.

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 6:42 am
Reply to  Sheraton

Lihat video itu betul2. Dengar betul2 apa yang di kata. Suara macam Yiddin ke, bahasa yang diguna jenis yang Yiddin guna ke, ideas nya mcm ideas Yiddin ke.

Mungkin itu semua mengarut, rekaan tukang karut puak Pembangkang.

Goh
Goh
3 June 2020 7:13 am
Reply to  Anonymous

Suara macam suara rosmah binti mansur jer aku dengor

Wau kemetek
Wau kemetek
3 June 2020 4:46 pm
Reply to  Anonymous

Dalam kes 1MDB DSN nak panggil pakar tulisan dari Australia. Bab menentukan pakar perbandingan suara, dalam dunia ini pakar dari negara mana patut kita jemput.

Goh
Goh
3 June 2020 5:10 pm
Reply to  Wau kemetek

Pakar tak jadi datang…pembela ckap tiada keperluan dah pakar dilanggil

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 9:36 pm

Apa ke bodohnya pemimpin2 PH ni, bilangan kerusi dah 129, bila lg nak mengadap YDPA. Atau mak tunggu menipusto baru siap dulu? Menipusto yg dulu tu tak nak pakai ke?

Kihkihkih

Sheraton
Sheraton
2 June 2020 10:28 pm
Reply to  Anonymous

PH bukan bodoh.

Sebelum mengambil tindakan mengambil alih Kerajaan oleh PH, perlu di dedahkan sikap buruk Muhyiddin dan kegagalan PN.

Setelah rakyat melihat semua itu maka mudah bagi PH mengambil alih Kerajaan. Dan rakyat menerima PH lebih baik dari PN yang merampas kuasa.

Wau kemetek
Wau kemetek
3 June 2020 4:55 pm
Reply to  Sheraton

What a brilliant thought. Wow! I like your opinion. You should be always on Mr. Budin’s blog. Just in case.

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 11:31 pm
Reply to  Anonymous

Penyokong PNkhianat pun tak kenal YB Shahruddin siapa agaknya?

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 6:50 am
Reply to  Anonymous

Kamu selalu jenaka Kihkihkih saja. Sapa nak caya apa kamu cakap bila cakap dengan Kihkihkih.

Court Jester, kata omputih. Tukang lompat2 mcm katun, kata orang Melayu. Kihkihkih sana sini kerja kamu. Apa daaaaa..

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 9:32 pm

Rakyat tak sabar tunggu PH berkuasa semula kerana mereka rindukan menteri elefen fight elefen grass dan e-wallet 30.00.

Kihkihkih

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 6:55 am
Reply to  Anonymous

Kamu masih lagi dengan jenaka lama? Berapa lama lagi agak nya? Aku nak tahu supaya senang nak skip kamu punya komen dlm tempoh itu.

Zut
Zut
2 June 2020 9:31 pm

Sebenarnya rakyat sudah meluat dgn sikap 2 org yg merasakan mereka shj yg hebat. PM sekarang telah direstui oleh YDA dan tiada istilah pengkhianat. PH saja buat tak faham yg boleh dianggap sbg biadap kpd YDA. Sebenarnya rakyat sudah selesa dgn kerajaan skrg walau pun baru 3 bulan mentadbir negara. PH memerintah 22 bulan apa yg mereka buat..hanya menyusahkan rakyat.

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 9:29 pm

Kalau pm7 kuat dan tak nyanyuk, takkan PH boleh jatuh tersembam atas taik lembu…

Kihkihkih

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:39 am
Reply to  Anonymous

Tapi yang nyata telah jatuh tersembam ia lah Najib Klepto wal Jibo. Tersembam di longkang di Pru14.

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 9:27 pm

Dah seminggu kira kerusi tak cukup lagi ke Budin? Kalau dah cukup tunggu apa lagi. Sanggup ke kau tengok 2 ekor tu meroyan gila talak?

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
2 June 2020 9:20 pm

PH JATUH KERANA MELAYU MARAH DENGAN DAPIG THE BIGOT GOG MAGOG……MEREKA MELAKUKAN MAKAR DAN MUNGKAR 24/7……PN NAIK MELAYU LEGA WALAUPUN MASIH BANYAK KEKURANGAN….. ‘Jangan sewenang-wenang cabar mahkamah syariah’…….. PENDESAK HUDUD TAPI BENCI SILA BACA…… Pastikan undang-undang Islam dihormati, disegani dalam Malaysia BANGI, 10 Syawal 1441H, Selasa – Peruntukan kesalahan jenayah syariah sedia ada sudah memadai untuk mendidik masyarakat Islam mengenai perkara salah dan berdosa di sisi agama. Pensyarah Kanan Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Ramizah Wan Muhammad berkata, apa yang perlu ditingkatkan ketika ini ialah penguatkuasaan dan pentadbiran agama Islam. Selain itu, boleh… Read more »

Usrynorie
Usrynorie
2 June 2020 9:16 pm

Cukup-cukuplah berperang..

Kalau nak ambil balik, cepat ambil. Jangan dok ‘hang’ macam ni. Lagi lama ‘hang’ lagi susah..

Kalu tak cukup kerusi.. tak payah cakap banyak.. Terima kenyataan dan Jadilah saja pembangkang yang berkaliber. Biar Muhyidin perintah sehingga PRU 15.

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 8:53 am
Reply to  Usrynorie

Perang mesti sentiasa berlaku. Itu sudah jadi adat, jadi tamadun / budaya manusia.

Tuhan jadikan manusia mempunyai akal tersendiri, berlainan antara satu sama lain. Berunding, berdiplomacy nak seleasaikan Perang dalam aman ke, dalam peperangan ke. Berperang lah bila tak setuju perkara besar.

Dah beratus peperangan berlaku di seluruh dunia, ada dua perang dunia (World Wars).

Perang ada lah an extension of diplomacy, kata ahli2 falsapah Omputih.

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 9:03 pm

Dua PM yang lemah ini juga kongsi prinsip yang sama. Cash is king. GLC is king. PM Melayu Islam perasuah.

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:00 am
Reply to  Anonymous

Ada Melayu yang bukan Islam ker?

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
2 June 2020 8:57 pm

BENDERA HITAM TAK PERLU MP….HANYA SOKONGAN KUAT DARI 313 AHLI SAHAJA…… GPS Sarawak Dan PPBM Sabah Sokong Muhyiddin, Celah Mana Dapat Angka 129 Tu?……… Ada pihak dakwa Dr. Mahathir sudah ada nombor yang cukup untuk jatuhkan Muhyiddin Yassin. Betulkah apa yang didakwa atau hanya sekadar psywar dari team Dr. Mahathir? GPS Sarawak Sudah Nyatakan Sokongan Kepada Muhyiddin Tidak pelik kalau GPS Sarawak keluarkan kenyataan menolak sokongan kepada Dr. Mahathir (BACA DI SINI). Kerana walau pun sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak 2 kali selama 22 tahun + 22 bulan, Dr. Mahathir sering mengingkari janji beliau kepada Sarawak. Malah Sarawak dianggap sebagai… Read more »

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 8:50 pm

Setakat ini desakan bubar Parlimen hanya akan menguntungkan MNkhianat. Politik khianat ala Bersatu dan Kartel Azmin akan terkubur tanpa nisan. Boleh apply borang UMNO atau Pas sebagai talian hayat politik. My 2 cent.

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:04 am
Reply to  Anonymous

You will get 3 cents if you explain macam mana nak terkubur tanpa nisan.

Kalau main tuduh liar saja, kamu nak dapat 1 cent pun susah.

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 8:43 pm

PN bukan sahaja Rakyat tolak. MP PN sendiri paksa PM bubar Parlimen. Nampak PNkhianat tak ada harga langsung walaupun penuh ghanimah.

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:07 am
Reply to  Anonymous

Kamu mengkomen menuduh liar saja takda bukti, fakta, walau penerangan pun, bikin kamu tak ada harga langsung. Half boleh diberi.

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:08 am
Reply to  Anonymous

Half sen pun tak boleh di beri.

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 8:42 pm

BN dahulu Rakyat tolak tapi MP BN sokong sampai angkat sepanduk I love PM dan tabik tentera Yahudi pada Najib.

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:14 am
Reply to  Anonymous

MP mcm itu kalau belum di tendang ke longkang lagi, perlu di terajang join Nnajib di longkang.

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
2 June 2020 8:39 pm

SIAPA YANG SIBUK DESAK LAKSANAKAN HUDUD KENA SETUJU DENGAN YANG INI DULU…… Semua lesen minuman keras baru dibekukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pembekuan semua ……. permohonan baru untuk lesen minuman keras berkuatkuasa serta merta. “Dimaklumkan bahawa semua permohonan baru lesen minuman keras dibekukan serta merta. “Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen,” kata jabatan perlesenan dan pembangunan penjaja, DBKL dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, kementeriannya bersedia menimbang cadangan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membekukan lesen baru penjualan arak berikutan sejak… Read more »

Wau kemetek
Wau kemetek
2 June 2020 11:04 pm

“Walau bagaimanapun, katanya, keputusam membekukan lesen perlu dibuat secara teliti kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc”.

Terminating the license means no more
Freezing a license means one day it might melt
Restricting the license means opening up to a bribe

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:17 am
Reply to  Wau kemetek

Setuju dan sokong “perlu dibuat secara teliti kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc”.

Goh
Goh
2 June 2020 8:22 pm

A + A – KES NAJIB | Aliran keluar wang RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd (SRC) adalah sebahagian daripada kecurian oleh beberapa orang yang tidak dikenali dan ia tidak diketahui Najib Razak, kata peguam bela bekas perdana menteri itu hari ini. Semasa penyampaian penghujahan lisan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi, Harvinderjit Singh berkata itu adalah antara kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan bukti yang dikemukakan sepanjang perbicaraan berlangsung. Peguam bela Najib itu berpendapat bahawa hal itu dapat dilihat kepada penglibatan sejumlah individu dan entiti dalam aliran keluar dana berkenaan dari akaun SRC. Semasa peringkat pendakwaan… Read more »

Goh
Goh
2 June 2020 8:25 pm
Reply to  Goh

Saya tak tahu siapa masukkan Duit dalam akaun saya.so saya enjoy la perabis

Wau kemetek
Wau kemetek
2 June 2020 11:25 pm
Reply to  Goh

Semasa dibaca afidavit Najib, saksi berkata, Najib mengaku dalam afidavit sumpah bahawa wang RM42 juta itu adalah daripada SRC. “Najib juga berkata antara 24 Dis, 2014 dan 6 Feb, 2015, sejumlah RM42 juta dipindahkan ke dalam akaunnya menerusi dua perantara. “Bagaimanapun, Najib berkata beliau tidak ada pengetahuan peribadi bahawa wang itu dimasukkan ke dalam akaunnya menerusi dua pengantara iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. Semasa satu majlis di Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur pada 3 Okt, 2015, Dr Ling berkata, Najib tidak layak menjadi perdana menteri dan menggesa peletakan jawatannya selepas laporan akhbar… Read more »

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:23 am
Reply to  Wau kemetek

Tak payah baca, dah boleh buat rumusan –

Duit masuk dalam akaun kamu, diamkan saja, Mak Badak boleh enjoy?

KEPALA BAPAK KAMU, kata Najib Klepto wal Jibo kpd diri nya sendiri ini kali.

Wau kemetek
Wau kemetek
2 June 2020 11:15 pm
Reply to  Goh

KES NAJIB | Seorang peguam memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa Najib Razak mengaku dalam saman fitnah yang difailkan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Dr Ling Liong Sik bahawa RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya. Peguam Ranjit Singh, yang bertindak bagi pihak Dr Ling dalam saman itu berkata, bekas perdana menteri itu membuat pengakuan itu dalam satu afidavit sebagai respond kepada kenyataan pembelaan yang dikemukakan oleh anak guamnya. Saksi pendakwaan ke-55 itu berkata demikian semasa pemeriksaan ketua oleh pendakwa ad-hoc V Sithambaram pada perbicaraan hari ke-45 Najib berhubung penyelewengan wang… Read more »

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:27 am
Reply to  Wau kemetek

Wang RM42 juta begitu banyak masuk akaun bank dia, dia diamkan saja, tidak di pulangkan, sebab Mak Badak nak enjoy?

Gubladigook.

Wau kemetek
Wau kemetek
3 June 2020 5:10 pm
Reply to  Anonymous

KES SRC NAJIB | Jam tangan mewah bernilai RM466,330 yang dibeli Najib Razak di Honolulu, Amerika Syarikat sebagai hadiah ulang tahun kelahiran Rosmah Mansor dipilih sendiri oleh isteri bekas perdana menteri itu.

Najib, 66, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, pembelian jam tangan berkenaan bertujuan menebus rasa bersalah memandangkan percutian bersama keluarga terpaksa ditangguh dan kebetulan ulang tahun kelahiran isterinya ialah pada bulan berkenaan. https://www.malaysiakini.com/news/503074

Najib terpaksa meninggalkan isteri tersayang untuk terbang ke Kelantan melawat mangsa banjir. SEDIH sebagai isteri MO1 (First Lady) sampai hati tidak ikut suami bersama melawat rakyat yang sedang menderita. Lebai-lebai walaun tak perasan ke?

Wau kemetek
Wau kemetek
4 June 2020 11:23 am
Reply to  Wau kemetek

Pihak pendakwaan meminta mahkamah mensabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak atas semua tujuh pertuduhan membabitkan kes dana SRC International Sdn Bhd (SRC). Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, berkata pihak pendakwaan berjaya menangani tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahkan kedudukan yang dihadapi Najib. “Saya dengan rendah hati mengemukakan bahawa tujuh pertuduhan tersebut telah terbukti. Yang Arif, saya sudah selesai dengan penghujahan dan esok pihak pembelaan akan membantah penghujahan pendakwaan,” katanya selepas menyelesaikan penghujahannya hari ini. Bagi tiga pertuduhan CBT, Sithambaram berkata Najib mempunyai pengetahuan mutlak bahawa wang RM42 juta dalam tiga akaun… Read more »

Wau bulen
Wau bulen
2 June 2020 7:59 pm

There is a traitor who is crazy for power
To realise his dream he invites a deserter
To enhance his grip, he ropes in pillager
Happily supported by religious peddler

PH targetted downfall of kleptocracy
To ensure Cash is King removed permanently
PN through backdoor without meritocracy
Sharing the loots without feeling guilty

Awang hitam
Awang hitam
2 June 2020 7:58 pm

Ape lg yg ko meroyan wahai shahbuddin..x penat ke hari2 buat psywar..brp lah dap byr kt ko utk semua ni..ingt2 lah mati sikit

Goh
Goh
2 June 2020 8:05 pm
Reply to  Awang hitam

Nama hitam tapi hati lagi hitam

Awang hitam
Awang hitam
2 June 2020 10:41 pm
Reply to  Goh

Biar Hitam to tak hancing mcm PHancing,Ada lg org2 bangang yg sokong pakatan hancing ni..kesian kuyup kena Kencing x serik,..pops silap bangang Ada di mana mana..Kahn..Kah..

Goh
Goh
3 June 2020 7:17 am
Reply to  Awang hitam

Hati hitam tu kene kencing dekat 70taun dah xsedor² lagi ke???

Dikencing bani melayu umno setiap kali perhimpunan umno di pwtc dgn jeritan hidup melayu hidup melayu.

Padahal hakikatnya bangsa ketingalan serba serbi..

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:31 am
Reply to  Awang hitam

Tak renti2 komen cara bodoh cakap hancing berterusan kamu pahal?

Dah affixated dengan istilah hancing ker?Dulu sekolah SJK, bila dapat istilah hancing, kamu melekap di situ ker?

Grow up, boy.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
3 June 2020 5:16 pm
Reply to  Anonymous

Lulusan Lower Six SRJK kot.

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 7:07 pm

Sila Budin atau sesiapa shj senaraikan, masa PH jd kerajaan, GLC mana yg dipegang oleh org UMNO/BN.

Wau bulen
Wau bulen
2 June 2020 7:30 pm
Reply to  Anonymous

Tak kan nak dipegang oleh penyamun perompak macam sekarang.

Itulah saya kata melayu muslim tak berealiti berfakta dan berkebenaran.

Jantan
Jantan
2 June 2020 6:41 pm

TM party pun tak ada, sedih TM dalam usia 95 tahun masih kuat bekerja untuk anak .
Jika bersatu tak mahu TM, mohon TM buat paty baru, Paty Berlima.

Anonymous
Anonymous
3 June 2020 7:35 am
Reply to  Jantan

Amacam kau nama Jantan tapi tulis komen mcm betina.

Tarak bukti tak di terima lah, Mamat.

Takda undi atau sebagai nya ikut cara yang demokratik.

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
2 June 2020 6:35 pm

BENDERA HITAM TAK PERLU KECOH2…..TUBUH JE PARTI BARU…..KAN AHLI 313 DAH CUKUP……. Pemuda Bersatu berkempen gesa siasatan atas dakwaan Guan Eng…….. Satu kempen di seluruh negara akan dimulakan Pemuda PPBM hari ini untuk membuat laporan polis yang menggesa siasatan ke atas dakwaan tindakan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yang dibekukan. Ketua Pemuda PPBM Putrajaya, Haris Faizal berkata, setiap bahagian Pemuda PPBM diminta membuat laporan polis berdasarkan satu laporan FMT pagi semalam. Beliau berkata, Pemuda bahagian di Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menyerahkan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 tengah… Read more »

Wau bulen
Wau bulen
2 June 2020 6:27 pm

Selagi melayu dan muslim masih berfantasi, berauta dan berkepalsuan, selagi itu tiada kesudahan politik yang sama.

Berpolemik dan beretorik kegemaran melayu dan muslim.

Bersuperficiality berhipokrisi tiada berkesudahan.

Mengapa?

TRIUNE EVILS…..

1. TAMAK BEREBUT KUASA DAN JAWATAN…ADA WANG RINGGIT
2. KUASA DAN JAWATAN DISALAHGUNA…ADA WANG RINGGIT
3. SALAHGUNA KUASA DAN JAWATAN MENJURUS PADA KORUPSI…ADA WNG RINGGIT.

Wheel of Evils akan berpusing tanpa henti

Inilah masaalah melayu dan muslim…..wallahuaklam

Anonymous
Anonymous
2 June 2020 7:01 pm
Reply to  Wau bulen

Bila PH beri jawatan dlm GLC kpd superman Hew, cina yg terang-terangan menghina melayu dan menghasut melayu supaya bergaduh sesama sendiri kau tak buat ulasan apa pun.
Masa PH jd kerajaan, tunjukkan GLC mana yg ada org umno/BN.
Tak payahlah tunjuk hero sgt setakat jd hero tamil.

Wau bulen
Wau bulen
2 June 2020 7:34 pm
Reply to  Anonymous

Itu i kata you tak guna otak yg Allah bagi. Tak kan penyamun penyangak diberi jawatan dalam GLC.

Be realistic, factual and in truth…..