JIKA DIJATUHKAN, MUHYIDDIN TIDAK MUNGKIN MOHON PARLIMEN DIBUBARKAN

Antara kelebihan yang dikatakan ada pada Muhyiddin Yassin jika beliau kalah dalam usul undi tidak percaya atau PN ditumbangkan dalam waktu terdekat ini ialah pilihan untuk membubarkan Parlimen.

Ramai yang meyakini Muhyiddin akan menggunakan kelebihan yang ada padanya itu dan dengan demikian PH tidak dapat sesegera itu menjadi kerajaan semula.

Lebih daripada itu, ada juga yang berkata, usaha untuk melihat hadirnya seorang Perdana Menteri baru jika Muhyiddin dijatuhkan adalah sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku berikutan kelebihan untuk membubarkan Parlimen tersebut.

Tambah mereka lagi, usaha menjatuhkan Muhyiddin atau PN sebenarnya hanyalah kerja sia-sia saja buat PH atau Tun Mahathir Mohamad kerana yang muncul akhirnya adalah pilihanraya umum secara mengejut, bukan pertukaran kerajaan.

Muhyiddin, jelas mereka yang mempunyai keyakinan sedemikian yang rata-rata adalah penyokong Perdana Menteri, UMNO dan Pas, tidak akan membiarkan dirinya dijatuhkan begitu saja tanpa berbuat apa-apa.

Memohon kepada Agong untuk pembubaran Parlimen adalah kelebihan dan pilihan yang dikatakan terbaik buat Muhyiddin agar beliau dapat menjaga air mukanya bila kalah dalam usul undi tidak percaya dan kemudian sama-sama bersaing semula untuk menjadi Perdana Menteri.

Adakah benar itu yang mungkin dilakukan oleh Muhyiddin?

Dalam keadaan biasa, memang diakui itulah pilihan paling logik untuk diambil oleh Muhyiddin.

Tetapi, dalam keadaan luar biasa seperti sekarang ini, adakah Muhyiddin cukup keberanian untuk membubarkan Parlimen?

Sekurang-kurangnya ada empat keadaan luar biasa sedang membelenggu dan tidak memihak kepada Muhyiddin jika beliau memilih untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat ini.

Pertama, Bersatu sedang parah berpecah belah dan perseteruannya dengan kem Tun Mahathir Mohamad ketika ini tengah berada di kemuncaknya.

Oleh kerana difahami kira-kira 90 peratus orang Melayu yang masuk menjadi ahli Bersatu adalah kerana Tun Mahathir dan bukan disebabkan Muhyiddin, berapa peratus keyakinannya mampu mencipta kemenangan jika diadakan pilihanraya umum?

Lebih penting, sesiapa pun yang menjadi Perdana Menteri, apabila mengambil keputusan membubarkan Parlimen, keutamaan dan keyakinan tertinggi ialah untuk menang, bukan sebagai pelarian kerana kalah dalam usul undi tidak percaya yang lebih mungkin menyebabkan kalah kemudiannya.

Adakah dalam situasi Bersatu sedang berpecah dan kemungkinan kalah lebih tinggi berbanding menang, wajar bagi Muhyiddin berdepan dalam pilihanraya?

Kedua, Perikatan Nasional atau PN bukan saja belum didaftarkan, malah banyak parti-parti dalam kerajaan sekarang ternampak tidak sedia dengan pendaftaran gabungan tersebut.

Oleh itu, jika pilihanraya umum diadakan, Muhyiddin dan kem dalam Bersatu yang ada bersamanya mahu bertanding atas tiket apa?

Ketiga, melalui kenyataan beberapa pemimpin utamanya seperti Najib Razak, Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, UMNO dengan jelas mahu meninggalkan Bersatu dalam PRU15 akan datang, sebaliknya hanya ingin bekerjasama dengan Pas saja melalui Muafakat Nasional atau MN.

Walaupun dalam kerajaan, UMNO berada di bawah Muhyiddin dan Bersatu, tetapi dari sudut politik PN yang tidak didaftarkan, khususnya disebabkan BN adalah blok terbesar dengan jumlah 43 Ahli Parlimen, parti itu adalah “abang besar” yang sebenar-benarnya dalam gabungan tersebut.

Jika UMNO tidak setuju dengan sesuatu perkara, apa cadangan pun berkaitan PN tidak akan menjadi kenyataan.

Tujuan UMNO hanya mahu bekerjasama secara sementara dengan Muhyiddin dalam kerajaan PN dan bukan sehingga pilihanraya akan datang adalah kerana kedua-dua parti Melayu itu bertanding di kawasan yang sama dalam pilihanraya.

Melalui kerjasama dengan Pas pun soal pembahagian kerusi dijangka rumit untuk diselesaikan oleh UMNO, membawa sekali Bersatu tentulah akan perbincangan tiga pihak bertambah-tambah kronil jalan penyelesaiannya.

Maka, meninggalkan Bersatu dan menumpukan kepada Pas saja adalah pilihan terbaik dan ideal bagi UMNO, sesuai dengan keinginan parti untuk berkuasa semula secara dominan sebagai ketua dalam kerajaan.

Lagi pula, berbanding Pas yang mempunyai akar umbi serta jentera pilihanraya yang lebih kuat berbanding Bersatu yang ditafsirkan banyak pihak hanya sebagai “parti sepenggal” saja, mendakap erat parti Islam itu dan melepaskan pelukan Bersatu yang kini berpecah hampir merupakan keputusan yang tidak dapat dielakkan lagi buat UMNO.

Akhirnya, dengan ditinggalkan UMNO serta BN dan tidak pula dipedulikan oleh Pas, Muhyiddin dan geng Bersatu mahu bertanding atas kekuatan apa untuk berhadapan dengan PH?

Selain itu, sebagai faktor keempat, meskipun memohon kebenaran membubarkan Parlimen adalah kelebihan yang ada di tangan Muhyiddin sekiranya beliau kalah dalam usul undi tidak percaya, namun keputusan akhirnya adalah di atas budi bicara Yang Dipertuan Agong.

Dengan PRU14 baru saja diadakan pada Mei 2018, negara masih diancam bahaya Covid-19 dan soal ekonomi masih perlu ditangani dengan serius, besar kemungkinan Yang Dipertuan Agong akan menolak permohonan membubarkan Parlimen yang dipohon oleh Muhyiddin.

Sebagai ketua negara, Yang Dipertuan Agong tentu lebih setuju pertukaran kerajaan tanpa kos serta beban kepada kewangan negara berbanding mengadakan pilihanraya yang bukan sedikit belanjanya.

Tolak campur darab bahagi, jika ditakdirkan jatuh terlentang dalam waktu terdekat ini, pilihan paling munasabah dan terpuji diambil Muhyiddin ialah berundur secara baik serta menyerahkan kepada penggantinya yang ada sokongan majoriti mengurus negara ini, bukannya memohon pembubaran Parlimen.

Setidak-tidaknya dengan bersara secara baik, kemudian berehat bersama keluarganya, Muhyiddin sudah ada rekod pernah juga merasa duduk sebagai Perdana Menteri, walaupun dengan tambahan “kecemerlangan” hanya dalam tempoh paling singkat dalam sejarah negara.

Dan, itu tentulah jauh lebih baik berbanding jika memanggil pilihanraya umum mengejut dan kemudian kalah teruk akibat dibiarkan bertanding sendirian serta tidak disokong oleh rakan-rakan sendiri. (Shahbudindotcom 31/05/2020)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 31 May 2020 — 4:36 pm
Subscribe
Notify of
guest

40 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Kato Jre
Kato Jre
4 June 2020 12:08 am

Dulu sokong Bersatu lawan Pas, klu mgundi lg..dua2 x undi dah

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
1 June 2020 3:30 pm

DAPIG AKAN PASTIKAN RAKYAT SENTIASA MABUK SUPAYA AKAL TAK WARAS AKIBAT AIR KENCING SYAITAN AKAN SOKONG PUAK2 SYAITAN…… Retak Tempurung Kepala, Mabuk Lagi! ……… Penunggang motor retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk SEORANG lelaki yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas pergi ke kedai runcit retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk malam tadi. Mangsa Bishamhadi Mohamad Hasbi, 41 dilanggar suspek berusia 63 tahun yang memandu kereta Iswara terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa dari belakang di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong, Kangar, Perlis. “Suspek dari Kangar yang memandu dalam keadaan mabuk dikatakan ingin pulang ke rumahnya di… Read more »

Toyyib
Toyyib
1 June 2020 1:44 pm

Umno suka dgn PAS sbb boleh Perkudakan jentera akar umbi parti PAS masa PRU15 nanti dan kos nya murah2 saja atau mgkn frre bila laung takeabirrr… Kos jentera BN fuhhh mahal sapa x tau xde fulusss x jalan wehh… Xleh nk bayang para tok lebai akan usung bendera dacing kelak masa PRU15 hahaha… malang sungguh buat penyokong PAS yg tertipu dgn takebirr pemimpin mereka…

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
1 June 2020 12:02 pm

TONG BOLEH TUBUH PARTI BARU…..KENAPA SUKA KECOH…… Gugur keahlian Dr M dan 4 lagi bukan tindakan terburu-buru,…… Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin berkata, tindakan menggugurkan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan 4 pemimpin lain tidak dilakukan secara terburu-buru, walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan diambil terhadap mereka. Katanya, beliau mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa saja tindakan yang dibuat perlu berlandaskan perlembagaan parti serta tiada individu yang mengatasi perlembagaan parti. “Tentunya kita berasa dukacita dengan pilihan dibuat Mahathir untuk tidak berada bersama-sama kita dalam wadah dan haluan perjuangan parti, sepertimana yang diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi. “Mahathir bersama pengikutnya yang… Read more »

Sang Pewaris Bangsa
Sang Pewaris Bangsa
31 May 2020 9:03 pm

HARAP SEMUA YANG BERTELAGAH DALAM BLOK INI,MENGHAYATI FAKTA-FAKTA MUDAH YANG AKU BERI DI BAWAH 1.Permainan bola sepak ditentukan oleh bilangan jaringan.Tak kira berapa jaringannya,kalau lebih satu maka menanglah pasukan tersebut. Bila masuk fasa kalah mati,jika seri pula, jaringan ditempat lawan sebagai penentu siapa menang.Dalam masa perlawanan,tidak ujud pemain yang melompat masuk ke pasukan lawan. 2.Dalam permainan politik,komponen parti- parti yang berjaya membentuk kerajaan dikira sebagai pemenang.Ramai belum berpengalaman,malah tidak tahu langsung pasal “Kerajaaan Pintu Belakang” kerana sejak 14 PRU yang lalu,tidak pernah terjadi sebegini.Sistem demokrasi membenar Adun atau MP bermain lompat-lompat tetapi ada syarat lain pula,jika nak jadi pemenang. Ini… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 June 2020 1:15 am

Westminster system memang benarkan. Tapi pelaksanaannya dilakukan orang bodoh macam Mahyudin dan Azmin Sandakan. Hasilnya jadilah Kerajaan yang ada. Tak berfungsi langsung. Bahagi ghanimah semata.

Selumbar
Selumbar
31 May 2020 8:30 pm

Pekara mengenai usul undi tidak percaya hanyalah salah satu tekanan pada kerajaan tebuk atap. Permainan ini akan menyusahkan kedua belah pihak untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya tergempar. Ia boleh dijadikan pilihan terakhir jika keadaan memaksa untuk menyingkirkan Muhyiddin dalam keadaan segera. Pandangan orang luar terhadap pemimpin Pakatan Harapan, mereka hanya perlu bersedia pada soalan dan pertanyaan yang bakal di suarakan dalam parlimen. Pertanyaan dilawan dengan jawapan. Kita sama-sama lihat kewibawaan kerajaan Muhyiddin melaksanakan tugas nya. Apakah mereka menyelamatkan Malaysia atau sedangkan menjahanamkan Malaysia. Ini adalah tindakan yang paling ditakuti oleh Muhyiddin kerana ahli PKR DAP PAN sudah ada pengelaman jadi… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 7:34 pm

Parti komponen PH ada 4 iaitu PKR, DAP, PAN dan PPBM. Bila berlaku lompat melompat antara PH kpd PN, MP/ADUN parti yg tidak terlibat hanyalah MP/ADUN dari PAN sahaja. DAP ada ADUN yg melompat.
PKR ada ADUN/MP yg melompat
PPBM ada ADUN/MP yg melompat.

Itulah hebatnya PAN. Anjing yg paling setia pd tuannya. Anjing yg komited kpd tuan yg memberi makan kpdnya. Anjing DAP.

Goh
Goh
31 May 2020 7:37 pm
Reply to  Anonymous

Anjing2 rosmah mansur lagi setia….

Mat Cepat
Mat Cepat
31 May 2020 9:20 pm
Reply to  Anonymous

Sdr saya percaya sdr seorang Muslim tetapi bahasa yg sdr guna langsung tidak mencerminkan adab seorang penganut Islam.Kalau Nabi saw berada bersama kita pada masa ini Saya yakin tentulah Baginda tidak akan kenal sdr sebagai pengikut baginda. Saya nasihatkan ubahlah sikap spt ini dan kembalilah kpd ajaran dan adab Islam yg mulia in sya Allah.

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 11:33 pm
Reply to  Mat Cepat

Adab islam tak menghukum org lain sbg pencuri, perompak sebelum dibuktikan. Yg menuduh tu mcmana? Kena btg pelir sendiri, diam.

Anonymous
Anonymous
1 June 2020 12:07 am
Reply to  Anonymous

Bengong. Bukti sudah berlambak keluar di mahkamah. Bukti tandatangan sendiri tak kenal. Bukti saksi kes. Bukti dokumen. Bukti barangan beli hasil haram. Kau duduk gua mana dol?

Anonymous
Anonymous
1 June 2020 12:08 am
Reply to  Anonymous

Terbaru bukti pulang separuh wang curi untuk bebas. AG Melayu Islam kata plea bargain.

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 7:14 pm

Atuk aku kata, bila depa tak ada fakta2 yang kukuh dan hujah2 yang boleh tahan dibalun, ditibai dan dibantai disini, hantam lah berterusan.

In the process, you can get good fun and entertainment on and out of them.

Have a good day, folks.

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 7:24 pm
Reply to  Anonymous

The innocent comments, jangan balun, biarkan.

Tapi yang coba menghasut bangsa Melayu dan agama Islam itu balun lah sepuas puas nya.

Asalkan jangan melanggar undang2, ok lah.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
31 May 2020 6:26 pm

Kesian kat penduduk Melayu Islam & bumiputra. Bahana segelintir mereka yg berebut kuasa & pangkat menyebabkan akan melukut ditepi gantang pd masa akan datang. Tinggal kuasa politik yg tinggal pd org Melayu Islam & bumiputra… Cuba renung kembali semasa PH berkuasa…kuasa politik org Melayu Islam & bumiputra tak sampai 50%. Manakala kuasa politik bukan Melayu lebih dari 50%. Tak sedar-sedar lagi…. Orang Melayu Islam & bumiputra adalah MAJORITI dalam negara ni tetapi jadi MINORITI apabila PH berkuasa. FIKIR-FIKIRKAN….JANGAN SAMPAI NASI DAH JADI BUBUR. KEBANYAKAN AHLI POLITIK YG ADA SEKARANG UMUR PUN DAH SUBSIDI SEBAB AKAN MATI BILA-BILA MASA…. SEKURANG-KURANGNYA FIKIRKAN… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 6:42 pm
Reply to  Tanpa Nama

WHAT TALKING ONE YOU, KONTOL, WHERE GOT “KEBANYAKAN AHLI POLITIK YG ADA SEKARANG .. AKAN MATI BILA-BILA MASA…”?

MENGAPA KAMU MNGONTOL SAJA PASAL “DI TANYA DI MAHKAMAH ALLAH”? KAMU DAN PUAK KAMU PUN DIANYA JUGA. APA KAMU TINGGALKAN KPD GENERASI KAN DATANG? TABIAT MENGHASUT KAMU?

BILA LKAMU EMIKIR,INGATKAN LAH BAHWA BANG ALI SENTIASA DI BELAKANG KAMU. FIKIR TAK BETUL, CAKAP TAK BETUL SAJA, KAMU DIBALUN, DITIBAI, DIBANTAI BERTERUSAN DI SINI.

Goh
Goh
31 May 2020 6:52 pm
Reply to  Tanpa Nama

Yaaaa…betul² tulisan saudara Kita tgok sejarah bila umno yg berkuasa ketika tahap kehebatan meraka tak terbatas selama hampir 70 tahun . Ketika umnk berkuasa Melayu kita telah berjaya menguasai dunia..di bawah bosskurrr mantan presiden umno negara kita amat terkenal sehingga hujung pelusuk bumi. Ketika umno berkuasa Tiada lagi org melayu yg susah merana,papa kedana sejak merdeka sehingga lah 2018 Islam amat dimakmurkan di negara selama umno memerintah. Org melayu amat mematuhi dan taat pada agama islam.setiap urusan mengikut ajaran al quran. Sehinggalah sejak 22bulan ph memrintah melayu jadi susah² belaka…islam diabaikan dan org melayu ditindas sehingga merana setiap hari…tanah² org… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 7:06 pm
Reply to  Goh

Balderdash, gubladegook mengata “bosskurrr .. terkenal sehingga hujung pelusuk bumi.

Betul terkenal, sebagai pengsonglap berbillion ringgit wang rakyat di 1MDB. Tidak ada heinous crime lebih besar dari itu di negara ini.

Mengarut mengata “islam diabaikan dan org melayu ditindas sehingga merana setiap hari.”

otak kamu di letak di kepala lutut kamu?

Goh
Goh
31 May 2020 7:40 pm
Reply to  Anonymous

Hahaha aku berkias² perli pon tak paham ke broooooooo…

anonymous
anonymous
31 May 2020 7:51 pm
Reply to  Goh

Budak Anon tu terencat akal Goh…dia bukannya faham sangat apa yang orang tulis, tapi dia tetap gian nak komen. Bodohnya melampau-lampau. Orang tulis secara berkias dia baca straight… susah ada mangkok yang macam ini. Dia rasa dialah yang pandai. Semua orang mahu dikomennya.

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 8:04 pm
Reply to  Tanpa Nama

Lucu betul analisa ni…punca orang melayu islam gagal bukan kerana DAP, PH tapi pemimpin Melayu Islam..PH berapa lama berkuasa? 20 bulan?..UMNO berkuasa berapa dekad? DEB berapa lama? Renungkanlah….

Kautty
Kautty
31 May 2020 5:39 pm

Kita tengok sajalah PH menjahanamkan diri sendiri. Nak jawab sapa jd PM kalau Yiddin dijatuhkan ataupun bila ada pru semula pun tak berani. Tp yg nyata majoriti org melayu sanggup pilih Muafakat Nasional berbanding parti ” malaikat” PH yg sanggup jd “barua DAP”. 99 peratus kafir harbi sokong PH. Di situ pun kita boleh agak kenapa. Tambah 10 peratus melayu barua DAP, masih tak cukup kuat.Mengalu alukan sama ada kekal kerajaan yMLUPN mahupun pru semula. Namun tidak utk kerajaan “barua DAP”

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 5:44 pm
Reply to  Kautty

Agak saja ler kamu.

Ketua komunis
Ketua komunis
31 May 2020 5:14 pm

Sprm sudah hubungi setiausaha sulit pak din untuk buat tempahan awal supaya hadir ke pejabat sprm di putrajaya.

Fakta Kes : merasuah mp umno dan pas dengan jawatan glc,menteri dan timbalan menteri sebagai balasan sesiapa yg menyertai PN

Tarikh kejadian:23feb 2020

Kikiki

Ketua komunis
Ketua komunis
31 May 2020 5:20 pm
Reply to  Ketua komunis

Jeng jeng jeng

cerita seram bakal bermula.sprm perlu memainkan watak sebenar mereka bagi isu ini.disini kredibiliti sprm bakal teruji.rakyat sedang memerhati situasi ini

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 5:41 pm
Reply to  Ketua komunis

Sapa cakap?

Hopeful thinking ker?

ady
ady
31 May 2020 4:55 pm

berani ke yidin menghadapi masa depan..tido x lena..mandi x basah…makan x kenyang…

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 5:00 pm
Reply to  ady

Awat tak habaq pasai berak? Aku nak cadang tapi tengok komen hang seterus nya camna.

anonymous
anonymous
31 May 2020 4:53 pm

pakat gila kuasa bial ada kuasa tak tau berkuasa
melalak aja lebih kita akan jaga hak melayu islam hukum islam
ada kuasa leka
bila ada pru melalak lagi

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 4:59 pm
Reply to  anonymous

Menuduh liar ini kerja bodoh.

Kasi lah sikit bukti, fakta, atau penerangan yang punca maklumat nya sahih.

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 4:39 pm

90% rakyat melayu yg mengundi PH pd pru14 dulu tertunggu2 pru15. Mereka dah tak sabar nak pijak dan humban PH ke longkang. Kakitangan awam persekutuan 99% benci PH. Tak percaya boleh pergi buat survey di putrajaya.

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 4:46 pm
Reply to  Anonymous

Mengarut lah kamu, dah takda bukti atau fakta yang punca nya sahih, suruh pembaca tanya di Putrajaya pulak.

Jangan bodoh, pegawai2 Kerajaan menjalankan kerja tanpa dipengaruhi pendirian politik mereka. Kalau di tanya, tentu mereka kekok menjawab, pesongkan ke sana sini jawapan nya, menghasilkan rumusan jawapan yang kabus.

kabus = tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 4:52 pm
Reply to  Anonymous

Yang nak kena pijak dan humban ke longkang itu ia lah Klepto Najib wal Jibo dan gerombolan nya, mcm telah di buat kpd mereka di Pru14.

Skandal songlap berbillion wang rakyat di 1MDB akan meluap luap di hati sanubari ramai pengundi, akan menyebabkan longkang juga dia dan puak Pembangkang di tendang di Pru15.

Goh
Goh
31 May 2020 5:16 pm
Reply to  Anonymous

Nampaknya 99% rakyat malaysia kembali menyokong najib razak dan rosmah mansur.

Tahniah semua

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 5:38 pm
Reply to  Goh

Sapa cakap?

Hopeful thinking ker?

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 4:34 pm

Tak kisah lah jika usaha menjatuhkan Muhyiddin sia-sia saja buat PH atau Tun Mahathir Mohamad kerana yang muncul akhirnya adalah pilihanraya umum secara mengejut, bukan pertukaran kerajaan.

Yang penting ialah Muyhiddin digobarkan, diterperanjatkan. Jika membawa kpd PRU15, rakyat sudah lihat, malah rasa, Muhyiddin gobar itu. Dengan itu, penyokong2 nya dalam parti akan juga gobar, kelam kabut, dan tak tentu haluan.

Bila begitu, InsyaAllah, Tun Mahathir dan pasukan nya akan menang dan memerintah Malaysia lagi. Tak kisah umur dah tinggi, dia doktor, isteri nya doktor, kesihatan nya OK.

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 4:41 pm
Reply to  Anonymous

Dia sihat tp dah nyanyuk.

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 4:56 pm
Reply to  Anonymous

Kamu cakap macam baru kena jolok.

Anonymous
Anonymous
31 May 2020 5:11 pm
Reply to  Anonymous

441 baru lepas jumpa Bang Ali ker?