MUHYIDDIN AKAN HAPUS JAWATAN PENGERUSI BERSATU?

Setelah berjaya menjadi Pemangku Pengerusi Bersatu dengan bantuan RoS, kemudian dijangka memecat Tun Mahathir Mohamad dan selepas itu menjalankan proses pemilihan parti, apa seterusnya yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin?

Dalam keadaan semua dalam kawalannya, mungkin juga diikuti dengan pemberian jawatan-jawatan dalam GLC kepada pimpinan Bersatu di peringkat pusat, negeri dan bahagian, kalau pun Mukhriz Mahathir tidak turut dipecat bersama bapanya, Muhyiddin dijangka tidak lagi berdepan masalah mengekalkan jawatan Presiden Bersatu yang disandangnya sekarang.

Tetapi, adalah dijangkakan Mukhriz yang baru-baru ini kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah, hampir pasti akan turut dipecat keahliannya daripada Bersatu.

Dengan yang demikian, Muhyiddin pasti akan menang percuma untuk mengekalkan jawatannya dalam pemilihan nanti.

Makna kata, sebagaimana jawatan Perdana Menteri diperolehinya melalui tebuk atap, jawatan Pemangku Pengerusi Bersatu melalui tingkap, mengekalkan jawatan Presiden pula bakal diraihnya dengan cara menutup pintu cabaran lawan secara rapat dan ketat.

Maka, selepas pemilihan Bersatu nanti, berjayalah Muhyiddin menguasi Bersatu sepenuhnya, walaupun mungkin keahlian parti selepas itu tidak lagi seramai mana.

Jawatan Pengerusi Bersatu yang sepatutnya diisi oleh Tun Mahathir kerana telah menang tanpa bertanding, namun disebabkan beliau dijangka akan dipecat sebelum pemilihan diadakan, ia dipercayai akan dibiarkan kosong buat beberapa ketika sebelum kemudiannya jawatan itu akan dimansuhkan sama sekali.

Tanpa wujud lagi jawatan pengerusi, bermakna Muhyiddin selaku Presidenlah yang paling berkuasa dalam Bersatu selepas ini.

Mengimbas kembali proses awal penubuhan parti itu, seseorang yang rapat dengan Muhyiddin pernah memberitahu, Ahli Parlimen Pagoh itu sejak awal tidak berapa setuju dengan adanya jawatan pengerusi dalam Bersatu.

Muhyiddin sebaliknya mencadangkan jawatan pengerusi itu lebih sesuai digantikan dengan jawatan penasihat saja.

Beliau berhujah jawatan pengerusi itu, lebih-lebih lagi kerana ia disandang oleh Tun Mahathir, seolah-olah membayangi kedudukannya sebagai presiden parti.

Namun, seseorang yang rapat dengan Muhyiddin tadi berserta beberapa yang lain akhirnya berjaya meyakinkan Presiden Bersatu itu agar bersetuju dengan kewujudan jawatan pengerusi itu.

Alasan yang diberikan ialah supaya Tun Mahathir dengan jawatan Pengerusi lebih menampakkan peranannya yang sebenar untuk menarik sokongan rakyat kepada parti itu berbanding jika hanya berjawatan sebagai Penasihat Bersatu.

Lagi pula, pengaruh dan aura Tun Mahathir lebih diperlukan untuk memperlihatkan Bersatu sebagai pengganti kepada UMNO.

Yang kedua, Muhyiddin juga diyakinkan bahawa oleh kerana ketika penubuhan Bersatu pada 2016 itu Tun Mahathir sudah berusia 91 tahun, bekas Perdana Menteri dipercayai tidak mungkin hidup lama lagi di dunia ini.

Hanya setelah diyakinkan demikian, difahamkan barulah Muhyiddin kemudiannya mengalah dan sedia menerima wujudnya jawatan pengerusi dalam Bersatu.

Sekarang, setelah menjadi Perdana Menteri, berbalah pula dengan Tun Mahathir dan seterusnya dapat menerobos tingkap untuk duduk sebagai Pemangku Pengerusi Bersatu, adalah mustahil jika Muhyiddin tidak berbuat apa-apa, apa lagi sanggup membiarkan bekas Perdana Menteri itu kembali sebagai Pengerusi Bersatu yang bermakna akan terus wujud gangguan terhadapnya dalam menguasai parti.

Memecat Tun Mahathir serta menjadikan kemenangannya tanpa bertanding jawatan Pengerusi sebagai sesuatu yang sia-sia dan seterusnya menghapuskan jawatan pengerusi adalah rangkuman pilihan paling logik buat Muhyiddin, bukan saja untuk memastikan Bersatu secara mutlak berada dalam kawalannya, tetapi juga untuk menunaikan perasaan terpendam dan tidak selesanya selama ini dengan kewujudan jawatan yang disandang oleh bekas Perdana Menteri itu. (Shahbudindotcom 20/05/2020)

Kongsikan artikel ini
Updated: 20 May 2020 — 8:32 am

67
Leave a Reply

avatar
14 Comment authors
MAHATHIRVSANWARMuhamad ZainalAnonymousAnonymousAnonymous Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

CAI2 PHD4PIG BILA LAGI NAK BUANG DEWA2 KORANG……DEWA ILLUMINITY…DEWA FREEMASON…. TOKONG KOMUNIS…….LETAK JAWATAN DAN BERTAUBAT DOK SEMBAH DAJJAL YAKJUJ MAKJUJ……..

Warga Hindu India Buang Patung Dewa Ke Sungai Karena Tak boleh Apa-Apa terhadap Virus Covid-19………

Berita PSBB Indonasia menyiarkan Warga Hindu India Buang Patung Dewa Ke Sungai Karena Tak boleh Apa-Apa terhadap Virus Covid-19. Mereka kecewa dengan dewa berkenaan.

: Hanya yang Maha Berkuasa aje dapat membantu

Muhamad Zainal
Guest
Muhamad Zainal

Muhidin sudah menjadi Diktator baru dalam Malaysia kerana nafsu serakahnya untuk kekal menjadi PM Malaysia. Jangan ingat Sikitol duduk diam, Sikitol juga mengidam jawatan PM dan ingin naik cepat, dia juga sedang merancang sesuatu, pasti dia akan melakukan serangan hendap buat kali ketiga setelah 2 kali berjaya. Langkah Kajang, Langkah Sheriton dan yang ketiga mungkin Langkah Putrajaya. Sikitol dan the geng sedang menyusun strategi dalam gelap. Pengail sudah bagi umpan, mungkin ikan dan makan, pada masa yang sesuai pastinya pancing akan di sentap bila ikan sudah termakan pancing. Ini ingatan pada Muhidin, pengkhianat akan mengkhianati rakan bila ada peluang. Bila… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

Anwar tahu dan mengerti Mahathir suka mempergunaankan dan menipu………. Ada perpatah mengatakan jangan disengat dua kali pada satu lubang. Anwar dah dua kali kena sengat dengan Mahathir. Dia sangat kenal Mahathir lidah bercadang. Hari ii cakap lain, esok dia cakap lain. Dia akan ambil apa kesempatan dan mengulang-gulang sesuatu kenyataan supaya nampak betul walaupun perkara itu salah. Mengikut sumber dalaman PKRmemang Anwar mendapat jemputan untuk menghadiri sidang media berkenaan – yang diadakan beberapa jam selepas sidang parlimen ditangguhkan oleh Mahathir tetapi Anwar enggan menghadiri sidang media tersebut. Anwar tak mahu dipergunakan oleh Mahathir dalam mendapat suara dalam BERSATU. Sumber PH… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

PM lemah Kerajaan lemah negara lemah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Budak kecik, Jangan mengacau di tempat orang dewas berbincang. pergi main jauh di sana.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pencuri dan pengedar dadah yang mahu pulang balik separuh barang jenayah boleh jumpa Peguam Negara. Janji bebas tanpa lepas.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya tak mahu dengar PN dipanggil Kerajaan Melayu Islam. Bila PM lemah kaduk naik junjung.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak mahu, jangan masuk di sini. Di sini bebas bersuara.

Anonymous
Guest
Anonymous

PM lemah ayam mahal anak tiri penyamun dapat diskaun.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kawin Mak janda, harap bini kau ok.

Anonymous
Guest
Anonymous

Riza Aziz dapat bebas bayar diskaun 50% daripada wang haram 1.26b dicuri dalam 1MDB. Orang Pekan boleh Raya beli ayam mahal berpuluh kilo.

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang Pekan gamak nya dapat subsidi dari Najib Al Jibo.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak faham kenapa gembira sangat rampas negeri yang MB dari parti PM yang lemah? Bukti jelas gila kuasa PM lemah boleh buat parti sendiri huru hara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Baca banyak2, nanti faham. Jangan malas membaca.

Anonymous
Guest
Anonymous

PM yang lemah buat negara huru-hara. Kawal harga ayam dan sayur pun gagal.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kau kawal mulut kau sendiri pun tak boleh.

Anonymous
Guest
Anonymous

Huru-hara? Ayam mahal masa Raya Covid? Bantuan BPN pula kena scammer. Tak dapat dinafikan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah zaman Covid, kau makan ikan dan sayur lah.

anonymous
Guest
anonymous

Kerana PM yg lemah itulah seluruh gerombolan penjahat2 dari PH jadi kelam kabut, huru hara, berbalalah sesama sendiri, hilang kerajaan dan seterusnya menyondol gila babi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kamu yang babi menyondol secara liar saja, nanti tersondol razor blade, rabak nuncong kamu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Waaah tak syiok zunnun pukimak tak keluar arini. Dah mamposss kot.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kot dia dah ditangkap sebab selalu menghasut kaum Melayu dan agama Islam.

anonymous
Guest
anonymous

kehkehkeh….join d4p je la. boleh terus berdansa ngan kit malang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kau patut berdansa dengan Hadi Awang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Raya Covid ayam mahal balik kampung kena saman. Anak tiri bebas pulang balik duit curi. PM lemah negara lemah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau emak dia tak boleh kawal, kesian lah anda ada anak tiri yang watak bermasalah. Sudah tentu dia rebellious dengan bapak tiri. Minta lah nasihat doktor pakar bagaimana nak coba berbaik dengan dia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak pangku Pengerusi pun salahguna kuasa ROS. PM minoriti yang lemah. PN makin goyang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apasal salahguna kuasa ROS pulak? Itu pndapat kamu saja mengata PN goyang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Negeri parti PM yang lemah pegang mana? O? PN ada PM parti minoriti. Lemah.

Anonymous
Guest
Anonymous

PM lemah jaga harga ayam pun gagal.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kamu rakyat lemah tak bela ayam di rumah.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

PH Sedang Menuju Pengakhiran………. Mungkin tajuk ini agak terburu buru dan ada yang tidak sependapat berkenaannya. Namun menilai kepada kepada perkembangan semasa yang sedang berlaku di setiap komponen parti dalam Pakatan Harapan, ia agak relevan sebenarnya. PKR dilihat semakin hari semakin berpecah. Pengikut dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat pemimpin, ramai keluar meninggalkan parti ini. Aktiviti keluar meninggalkan parti PKR ini dipercayai akan berterusan sehingga menjadikan parti ini perlu mengambil waktu yang cukup lama untuk kembali pulih serta kukuh semula. Manakala untuk parti Bersatu pula, kebelakangan ini semakin ramai ahlinya yang bangkit menyebelahi TSMY. Kem Tun pula sudah mula… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kpd pembangkang di blog ni, ketua pembangkang serta yg duduk di section pembangkang, udah-udah le gila meroyan tu, dah dekat nak raya ni, malu lah sikit pd anak cucu. Nanti mereka ckp, atok ni dah tua pun masih gila meroyan lagi. Lagipun, org gila tak boleh jd pemimpin, apatah lagi jd kerajaan.

Kihkihkih

Anonymous
Guest
Anonymous

Tapi kamu jadi apa pun tak boleh. Tukang angkat tahi saja boleh, tapi dan ada pembentongan najis, tak pakai tukang angkat najis lagi. Tapi kalu ko minat, kasi tau lah, aku akan aturkan.

Kamu Atuk 80an tahun terasa tua awat nak kenen kat orang. Kerja angkat tahi tak boleh meroyan. Hidung tak payah pakai face mask, Covid masuk pun tak kisah.

anonymous
Guest
anonymous

Anonymous 1:32

Apa yg kau merepek ni bahlol?

Anonymous
Guest
Anonymous

Mat Tonjol bangang 159 pm,

Baca lah lagi hingga kau faham.

Kalau tak faham juga, kau hantuk2 kan kepala kau ke dinding.

Sheraton
Guest
Sheraton

Selepas pemilihan atau mungkin pemilihan sedang berjalan pada waktu ini… ada yang mengikut tindakan Muhyiddin.

Oleh kerana parti masih baru barangkali tidak banyak berlaku saingan atau mungkin terpaksa menguna ‘rundingan’ takut-takut perbalahan akan menyebabkan ahli-ahli lari.

Orang Muhyiddin yang bertanding perlu di cabar sekurang-kurangnya mereka kena keluar modal lebih untuk menang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Modal? Pakai wang ke?

Ada bukti yang kukuh wang digunakan di masa lalu?

Kalau main cakap2 saja, tak minat nak dengor.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sedang menunggu zunnun the lanun atau sesiapa saja yang coba menghasut kaum Melayu dan agama Islam.

Belum dapat my fun and entertainment membalun menibai membantai penghasut2 itu.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

TENGOK MACAM MANA DAJJAL BUAT MATA RAKYAT JADI KELABU DAN OKAY JER BOLEH LEPAS… . Mahthir suap projek kepada anak beranak – Ini semua kebetulan sahaja …….. Ini semua kebetulan sahaja: ZAMAN PM-4: — Awal tahun 2001: Anak tertentu umum bersara dari dunia korporat kerana tak mahu ada tuduhan nepostime terhadap ayahnya. https://www.malaysiakini.com/news/2523 Akhir tahun 2001: Tubuhkan syarikat Kencana secara senyap dengan modal RM30 juta walaupun beberapa bulan dahulu sahaja dia telah umum bersara dari dunia korporat. https://www.thestar.com.my/…/after-og-whats-next-for-mokhz…/ Tahun 2002: Syarikat diberi lesen Petronas semasa ayahnya masih PM. Hanya 7 buah syarikat seluruh negara yang diberi lesen tersebut. Tiada pengumuman… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak buta mata, ada hak bertanya, sekarang akan cek info yang kami kasi, Dol.

Kamu melompat menuduh orang buta mata, pahal? Ada info yang tak tepat ke?

Bukan semua yang di lapor media massa itu betul, jangan bodoh lah.

Jibeng
Guest
Jibeng

Oleh kerana ada satu dalam sejuta orang yg baca C&P mangkok MVSA macam engkau ni Dol dan respond pulak, makanya mangkok tu bersemangat untuk terus melakukan kerja jahatnya.
Dol…. barangkali kau adalah satu2 nya makhlok atas dunia ini yg baca bahan C&P sampah yang dibuat oleh MVSA itu….
Dol…. mangkok MVSA itu dibayar untuk kerja C&P jahatnya…. jadi dia akan terus berbuat demikian…. kalau tidak…. tak makan magge dia ni…. ya la…. elaun buat kerja C&P tu bukannya besar…. budak cerdik sikit dari kanak- kanak lembam dah mampu lakukannya…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kau cakap dari lubang bont.t kau mengata ada satu dalam sejuta orang yg baca C&P mangkok MVSA

Nak tulis lebih tak guna, kepala hotak kau kecil sangat nak faham.

Padan lah pun pakai nama Jibeng. Dari longkang yang Najib Al Jibo kena terajang yer?

Jibeng
Guest
Jibeng

Heh he he…
Ghurka sudah marah.
Jangan marah…. nanti kena jual timbang kati

Ini ghurka cukup bodoh… dok pi baca copy& paste sampah…. macam itu gelandangan pengutip sampah tarafnya…
Kah kah kahhhhh cukup bodoh…!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Hahaha gengster ketawa. Jangan ketawa nanti hilang kerja nak Raya nih.

Ini gengster tak pakai otak, Tak baca nak komen. Jondol ler nama nya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Btw, sapa MR tuh? Awat tak tulis dengan terang? Takut malu kalau di tangkap kasi maklumat tak tepat ke?

ken
Guest
ken

Bersatu di bawah TSMY tak akan ke mana. Parti ini akan pupus dalam PU15. Umno dan PAS akan telan Bersatu hidup-hidup. Lagi pun PN tak akan kekal sehingga 2023. Akan roboh bila-bila masa sahaja. Dah goyah sangat sekarang dengan majoriti tipis. Pelabur pun kurang yakin dengan PN sekarang.

Tun tak perlu risau. Jika disingkir, penyokong Tun tetap bersama Tun. Lebih separuh daripada ahli Bersatu akan beralih kepada Tun. Tun boleh tubuh parti baru dan bekerjasama dengan PH. Atau menyertai Amanah – sebuah parti yang cukup berdisiplin dan berprinsip Islam.

Anonymous
Guest
Anonymous

SETUJU SETUJU SETUJU

SOKONG SOKONG SOKONG

Jika perlu, Lebih separuh daripada ahli Bersatu akan beralih kepada Tun.

jigit
Member
jigit

Saya bersetuju TDM menyertai AMANAH. Itu pun kerana usianya sudah hampir benar ke garisan penamat….. Kalau beliau berniat membawa kerosakan pun, masanya tidak akan lama. Sebenarnya negara memerlukan wajah2 baru dalam politik tanah air. Elok bawa Rafizi masuk AMANAH, dan letakkan beliau bersama Tun. Hakikatnya Tun tak ambil Rafizi tu masuk dlm kabinet dia dulu bukan pasal dia tak bagus….tapi pasal Rafizi terlampau menunjukkan kesetiaan dan dilihat terlalu “championing” brother Nuar… itu saja sebabnya dia dipinggirkan… “…SEKALI AKU BENCI SAMA AHLI MUSIK….KETURUNANNYA PUN AKU AKAN BENCI…”, kata mak mertua Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku. …. jangan confuse pulak dgn… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

https://youtu.be/lTW4Lyu5JgM

Bro jigit 12:01 pm,

👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
Jigit tak tengok kah, atuk punya rakaman suara?
Atuk ada sebut, nk tunggu dpt sokongan Umno
Siapa itu yg jigit maksudkan pak mertua Kejora?
Adakah mksud bro, Wak Suman atau Pak Yono?
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌

jigit
Member
jigit

Jigit dah dengar rakaman percakapan Tun
Yg ditunggu, umno yg baik2 bukannya penyamun
Apa pun Jigit tak suka mereka yang duduk berkerumun
Berkonspirasi sulit mcm pencuri dalam jerumun

Anonymous
Guest
Anonymous

Bro jigit,

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kejora panggil atuk, Bro boleh ler panggil uncle
Rupanya dgn Umno, ada hati ye atuk nak tackle
Atuk kata..”the support from Umno, is very fikle”
It is as if, in PH, our star doesn’t want to twinkle
👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

https://youtu.be/lTW4Lyu5JgM

Anonymous
Guest
Anonymous

Masuk Amanah bawa kerosakan? Mat Sabu tak cakap pun. Tun M walau mcm mana pun tak akan masuk Amanah. Nak kasi Mat Sabu jadi pemimpin di situ.

Mat Sabu mesti tak benarkan korang cakap tak tentu arah terhadap Tun M. Sebelum Pru14, Dia ajak Tun M ke rumah dia makan mee goreng dia masak, rumah link house saja. Menang Pru14, dia dapat jadi Menteri, dapat bungalow di Bukit Federal ke mana. Alhamdulillah untuk Mat Sabu.

Dia orang baik, bebudak dia kekadang out of line.

justice4all
Member
justice4all

Tok Din dah terserlah “tanduk” dan perangainya yg sebenar. Ini mengiyakan dakwaan sms Tok Din kepada Khalid Samad sebelumnya yang memperli Khalid & PH bhw dia lebih cerdik dan cekap dalam “games” antara mereka. Rupanya anak Tok guru ni kemaruk nak jadi PM dalam diam. Tanduk serakahnya tersembunyi selama ini. Samada tebuk atap atau kuda kepangkan ROS dan kemungkinan banyak lagi institusi, Tok Din dah tak peduli asal dpt kekal jadi PM. Maruah dah di bawah tapak kaki.

anonymous
Guest
anonymous

Kemaruk dlm diam? Yg sekor tu, kemaruk selepas letak jawatan, yg sekor lg kemaruk seumur hidup. Yg ke 2 & 3 tu yg kau jilat sekarang ni.

justice4all
Member
justice4all

Putih di luar dalam hitam lebih bahaya. Wayang lebih! Kawan ke tak kawan, muda ke tua, tak peduli, sanggup kencing atas kepala asal dapat jadi PM. Kata orang, pijak semut pun tak mampus..elok bonar perangai begitu. Asal dapat BR1M dan BPN, semua nampak mulus belaka. Patut lah seluruh dunia ucap tahniah bagi pengiktirafan kerajaan legal. Kih Kih kih

Anonymous
Guest
Anonymous

pijak semut pun tak mampus?

Coba lah kau bring, suruh dia pijak. Habis berborai perut engkau, tahi pun tak tinggal.

justice4all
Member
justice4all

Org lain jadi PM tak lah sampai tergamak kencing kepala kawan. Nampak je baik, kebulur punya pasal, kencing berak kepala kawan pun dah kira halal. Hentam sajalah labu oii asal dpt jadi PM kerajaan Melayu selam. 🙂

Anonymous
Guest
Anonymous

kerajaan Melayu selam?

Korang tak pernah dapat jadi Kerajaan pun.

Melayu tak benarkan/

Melayu majoriti, bersama Bumiputera Sabah dan Sarawak lk 70% penduduk.

Anonymous
Guest
Anonymous

Satu hapah fakta takda, semua nya pendapat kamu.

Kamu dah dikudakan Pok Jib Al Jibo, ngaku ajer ler.

Anonymous
Guest
Anonymous

Gelojoh rakus tapi lemah. Patut Azmin sangat suka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Presiden gila kuasa macam ini boleh buat Bersatu bubar tak ada ahli.

Anonymous
Guest
Anonymous

What talking one, Dol, where got bubar tak ada ahli.

Only minus you and your friends.

U carry party membership card arr?

Anonymous
Guest
Anonymous

Member cakap2 ja

Anonymous
Guest
Anonymous

MN janji berapa kerusi sampai PM yang lemah jadi gila kuasa? 50?

adyunixmoment
Member
adyunixmoment

hapuskan jawatan presiden skali

Anonymous
Guest
Anonymous

Lagi bagus, hapuskan kamu, huhu