MUHYIDDIN LEBIH BAHAYA DARIPADA NAJIB

Trend mengikat Ahli-Ahli Parlimen dengan menawarkan mereka jawatan lumayan menerajui GLC untuk menjamin sokongan dalam usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen sebagaimana dilakukan secara berleluasa sekarang oleh Muhyiddin Yassin adalah sesuatu yang merbahaya dan tidak beretika.

Meskipun melantik Ahli-Ahli Parlimen menerajui GLC bukan sesuatu yang salah, tetapi melantik semua Ahli Parlimen penyokong kerajaan dengan kedudukan dalam GLC tanpa mengambil kira kelayakan dan kebolehan serta pengalaman mereka, adalah jelas amalan yang salah.

Selama ini, kalau pun tidak semua, tetapi majoriti Ahli Parlimen yang dilantik menerajui GLC adalah berdasarkan kebolehan, kelayakan dan pengalaman mereka dalam bidang pengurusan, kewangan, perniagaan dan sebagainya.

Di era PH, lebih ramai golongan profesional dilantik menerajui GLC berbanding pemimpin politik, bahkan pemimpin politik yang dilantik lebih didahulukan faktor kelayakan dan kebolehannya sebagai syarat utama.

Tetapi, kerana takut kalah dalam usul undi tidak percaya pada 18 Mei ini, Muhyiddin telah melakukan “lantikan borong” iaitu asal saja mereka Ahli Parlimen penyokong kerajaan, maka pasti ada jawatan menerajui GLC akan diperuntukkan.

Ahli-Ahli Parlimen yang sedar lantikan mereka itu semata-mata untuk menyokong kedudukan Perdana Menteri, bukan kerana kebolehan, kelayakan dan pengalaman, selain berkebarangkalian tinggi tidak akan mempedulikan prestasi dan kemajuan GLC yang diterajui, malah lebih mungkin menyalahgunakannya untuk kepentingan politik peribadi masing-masing.

Amalan itu seterusnya akan mendedahkan GLC terbabit kepada campurtangan politik, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang tindakan atau teguran oleh Perdana Menteri.

Juga GLC-GLC terbabit akan terdedah sebagai tempat mengukuhkan kedudukan politik Ahli-Ahli Parlimen berkenaan dengan bercambahnya amalan kronisme dalam meraih kontrak-kontrak yang diperuntukkan.

Mereka tahu, selagi mereka menyokong Muhyiddin yang kedudukannya tidak stabil itu, selagi itulah keududukan mereka dalam GLC tidak berani diusik.

Akhirnya semua GLC akan terdedah kepada kerugian sedangkan GLC diwujudkan untuk membantu kerajaan menambah kedudukan kewangan negara melalui keuntungan dan cukai tahunan.

Amalan ini juga jelas lebih bahaya daripada pendekatan “cash is king” yang diamal dan dibudayakan oleh Najib Razak sebelum ini.

Jika Najib hanya gemar melakukan pemberian wang tunai untuk mendapatkan sokongan, tindakan Muhyiddin membeli sokongan dengan mempertaruhkan jawatan menerajui GLC demi kepentingannya politiknya lebih melibatkan kerugian yang besar kepada kewangan negara.

Akibatnya, keuntungan lumayan yang dinikmati oleh GLC selama ini tidak lagi berlaku dan seterusnya akan mengancam kedudukan kewangan negara.

Adalah tidak mustahil, lebih banyak GLC akan rugi berbanding untung selepas ini, tidak terkecuali mungkin ada yang menanggung hutang lebih tinggi berbanding beban 1MDB.

Sebab itulah Muhyiddin dengan amalannya yang merbahaya ini tidak boleh diberi masa yang lebih lama mentadbir negara sebagai Perdana Menteri.

Titik noktah mesti diberikan kepadanya pada 18 Mei akan datang ini, sebelum lebih banyak kerugian dan kemusnahan kepada negara terus berlaku. (ShahbudinHusin 11/05/2020)

Updated: 11 May 2020 — 9:10 pm

39 Comments

Add a Comment
  1. Tidak semudah itu nak jatuhkan moooidin maa…PH baru ada 108 kerusi kurang 4….tentunya si semburit tak akan duduk diam!!!

  2. TOK MUDIN MAKAN KIRI KANAN TAPI RAKYAT MASIH TARUH HARAPAN….SEBAB DIA TELAH SELAMAT KAN NEGARA DARI BANGSA DAJJAL YAKJUJ MAKJUJ……TOK MUDIN PERLU BUKTIKAN MANDAT RAKYAT ITU SAHAJA SEPERTI DAKWA KE MAHKAMAH KLEPTOKRAT PHD4PIG….

    Zahid Tells Umno Members Not To Demand For Positions In PN Government………

    (The Mole) – Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today said elements within the party should stop demanding for appointments in the Perikatan Nasional (PN) government.

    He said the reminder was especially directed at some “main players” in the party who have been vocal in saying that Umno should be given important ministries or more places in the administration.

    He said party members should accept the reality that Umno is not the dominant party in the PN coalition and that it is now only a part of the government.

    “We shouldn’t blame those making the decisions or put a burden on their shoulders that we must pressure them to get what we should have.

    “I think there must be willpower at the bottom, ” he said in an interview in conjunction with the Umno’s 74th anniversary today.

    Umno, as part of Barisan Nasional, together with PAS and Gabungan Perikatan Sarawak (GPS), formed PN with Pribumi Bersatu and several PKR lawmakers who left their party, in February.

    Zahid also said that Umno is ready for negotiations to determine the future of its position in PN.

    He appealed to party members to stop all personal political moves as these had created many problems for Umno, especially in its effort to recover from the loss in the last general election.

    1. Kan bg kat mat asan terus ari tu…senang cerita….tak ada le plot mendayu2 mcm ni

  3. Sudah viral rakyat Pakat² memuji nama mo1 yg kerap memberi habuan….xada mo1 yg paling kerap memberi beri habuan begini sejak merdeka sampai ke skrg.

    Aku kira bosskurrr pon kalah dgn strategi mo1 yg baru ni

    Baguskah situasi begini utk negara jika seseorang mo1 sekadar mengambil langkah,strategi utk poupular semata²???

    1. Atau malaysia sememangnya negara kaya ?? Tidak kekurangan peruntukkan kewangan seperti di jaja kerajaan ph??

      1. Terima kasih memuji Kerajaan PH, hehe

    2. Bg aku ini bkn idea sejati moooidin….moooidin tukang ON je fikir ku….ini aku rasalah idea si sem***** yg amat takut jika PN ranap dlm masa terdekat!!!

      1. Apakah melaxx akan makin kaya di bawah mo1 yg baru ni?? Atau menteri² dan mp kerajaan tebuk atap yg makin kaya raya??

  4. 😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀
    Bila Kejora lihat, komen di YouTube..jdi terbatuk
    Mmg teruk betul le TDM tu, kpala, netizen ketuk
    Macm dah jdi kebiasaan dia digelar si tua kutuk
    Bahkan, ada pulak yg menggelar Kamal Ataturk
    👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎

    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
    👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏

    1. Kebanyakkan yang kutuk atau guna bahasa kesat kepada sesiapa sahaja yang bukan orang disokong mereka kita boleh nilai berapa umur, pekerjaan, dan pendapatan untuk sara diri mereka. Di musim covid-19 sekarang peserta baru atau cyber trooper bertambah ramai. Mereka ini biasanya kurang ilmu/kemahiran/pengalaman. Semua YouTube terbitan terbaharu akan diteroka. Cuma tengok tajuk, dengar tak sampai habis terus komen. Komen kalau berfakta atau secara ilmiah ok juga tapi…..tidak peduli dosa pahala.

  5. 👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
    Lihat komen2 kat YouTube Kejora jadi tersentak
    Mmg teruk le..dlm Youtube tu TDM kena hentak
    Netizen kata dulu negarawan, kini pemberontak
    Bahkan depa kata, dia berjuang utk Boboi botak
    👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎

    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
    👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏

  6. 👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
    Udah2 le tu Budin..berpijaklah sdr di bumi nyata
    Masuklah ke laman YouTube untk melihat fakta
    PN danTSMY disokong & dipuji netizen merata2
    Sebaliknya PH/TDM/DSAI, asyik sja dicaci nista
    🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕

    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
    👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏

  7. Apakah negara ini hanya milik 2 org itu saja. Seakan tiada siapa lg yg berdaya mentadbir negara ini. Cukuplah 22 bulan PH memerintah dgn penipuan berbagai dan menyusahkan rakyat. Kerana 2 org inilah membuatkan negara kucar kacir. Kenyataan yg dibuat oleh 2 org ini baru2 ini mengenai kerajaan yg diketuai oleh TSMY adalah sebagai menghina SPBYDA dan wajar diambil tindakan. Jgn dibiarkan penghinaan ini berlalu begitu sahaja. Kerajaan mesti mengambil tindakan kerana boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara dan tindakan ini boleh memberi pengajaran kpd semua pihak. Sedangkan 2 org ini faham akan akibatnya.

    1. Kerajaan memegang kuasa sepenuh nya. Termasuk kuasa menilai sesuatu tindakan itu eghina YDPA atau tidak.

      Tak suka Kerajaan ini kena tunggu Pru15 coba undikan depa out.

  8. Insya Allah PN akan terus memerintah hingga PRU 15
    Muhyiddin akan terus jadi PM
    Atok dan anak dia serta PH akan menerima malu besar dan akan dikutuk oleh rakyat bila cuba nak usulkan undi tidak percaya..
    Sekarang masa untuk covid dan ekonomi serta rakyat…Bukan masa untuk politik….

    1. Politik berlaku dan dilakukan bila2 masa, tiada soal bila ada covid atau ekonomi tak baik tak boleh berpolitik.

      Contoh ya, jika tindakan terhadap Covid tak memuaskan, tentu lah pemerintah boleh di balun.

      1. Macam2 definisi politik –

        politik juga dapat ditilik dari sudut pandang berbeda, yaitu antara lain:

        politik adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama (teori klasik Aristoteles).
        politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara.
        politik merupakan kegiatan yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di masyarakat.
        politik adalah segala sesuatu tentang proses perumusan dan pelaksanaan kebijakan publik.

    2. Yaa saya setuju pn terus memerintah…

      lagipun mp² yg sudah dapt habuan xboleh dah tarik diri dari memberi sokongan kepada mo1

    3. Enam teori konspirasi ‘Langkah Sheraton’
      https://www.sinarharian.com.my/article/73027/BERITA/Politik/Enam-teori-konspirasi-Langkah-Sheraton

      Kenapa berlaku ‘Langkah Sheraton’ pada hal ketika itu covid-19 telah ada. Siapa yang paling teruk berpolitik.

      https://www.malaysiakini.com/news/524448
      Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak cadangan agar parti itu menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi, kata sumber kepada Malaysiakini hari ini.

      Sumber terbabit berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat MT yang diadakan pada Isnin lalu, dan ia bertujuan menjaga kedudukan dan kepentingan parti berkenaan.

      MT sebulat suara tolak, kita tak mahu jadi parti kecil. Kalau banyak parti dalam PN, Umno tak boleh nak jadi macam dalam BN sebelum ini.

      “Insya Allah PN akan terus memerintah hingga PRU 15
      Muhyiddin akan terus jadi PM”. BSP kenalah berusaha agar dapat melembutkan kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS.

  9. Mengarut la kau Budin…
    Sembang ajer lebih…
    Dulu PH ada buat mainifesto yg mengatakan ahli politik tak boleh dilantik dalam GLC atau badan2 kerajaan berkanun….
    Wah, masa tu nampak bagus…Rakyat pun sokong..
    Lepas dah menang, semuanya di capatikan..
    Berebut rebut ahli politik mereka diambil dlm semua agensi kerajaan termasuk GLC……Hipokrit dan penipu betul mereka ni !!!

    Skrg, konon nak buat baik la…podahhhhhh…
    Kau boleh cadang dan komen….tapi kamu bukan kerajaan…hehehehe.
    Kau nak menyalak, menyalak la…..rakyat nk tengok hasil dan kecekapan memimpin….bukan nak tgk siapa yg duduk kat situ…
    Yg sibuk nk tgk siapa yg duduk kat situ hanyalah pembangkang yg dengki dan iri hati…..hehehehe

    1. Ada syarikat swasta menemuduga pemohon kerja seperti berikut: “Kalau syarikat beri awak gaji RM20,000 sebulan, awak seorang mesti cipta/dapatkan keuntungan kepada syarikat sebanyak RM1 juta sebulan”
      Dapatkah ahli-ahli politik PN menunaikan hajat rakyat Malaysia seperti syarikat swasta tersebut.

  10. 👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👊👍👊👊👍👍
    Youtube..tmpt Kejora mncari maklumat yg pasti
    Nmpaknya bg netizen PN/TSMY melekat di hati
    Tapi PH/TDM/DSAI, rakyat cerca tak henti-henti
    Mmg PH nk lungkup PRU15 akn jadi satu realiti
    👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏

    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
    💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪

  11. MAHATHIRVSANWAR

    YANG PALING BAHAYA TOKONG2 NAGA KAPITALIS PENGGANAS KOMUNIS GANGSTER SOSIALIST PEMBERONTAK SYIAH……..

    Mahathir & Anwar: Too Little, Too Late………..

    To mark the second anniversary of that seminal event in Malaysian history – the May 9th elections that brought Pakatan Harapan (PH) to power – Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim issued a rare joint statement recalling that momentous night and urging Malaysians “to rise again and return the people’s mandate to the rightful party.”

    “Never forget,” they intoned, “the sacred date of May 9, 2018. It was the date when kleptocracy fell. It was the date of the people’s victory. It was the birth of Malaysia Baru.”

    If they are hoping that such an insipid and fatuous statement – a statement that even Mat Sabu and Lim Guan Eng couldn’t apparently be persuaded to join – will galvanize public support for them, they are simply delusional.

    In the first place, the people need no reminders; it’s the politicians – Mahathir and Anwar in particular – who need to reflect long and hard on what brought us to this forlorn moment in time. Who, after all, lost Malaysia Baru?

    It is worth remembering that after GE14, Mahathir had everything going for him and the government he led – a clear majority in parliament, a convincing and widely supported agenda for reform, talented and dedicated parliamentarians and a strong popular mandate. Malaysians, by and large, wanted him to succeed and cheered him on at every turn. Perhaps no other government had as much going for it as the PH government post GE14.

    PH, however, proved incapable of working together to advance the people’s agenda. And for that, Mahathir must shoulder much of the blame. Right from the beginning, he sought to manipulate parties and personalities in pursuit of his own ambitions. He walked back on manifesto promises; he flirted with UMNO and PAS; he indulged his enormous appetite for race-based politics.

    As well, he went out of his way to undermine his designated successor by pitting Azmin Ali against him and stoking doubts about his ability and suitability for the job at every turn. To say that he and his party were never fully committed to PH would be an understatement.

    In the end, PH collapsed not because of external pressures; it was brought down by intrigues from within. It is no secret that Mahathir himself was getting ready to ditch PH in favour of an all Malay government in order to stymie Anwar and rein in the DAP. And he would have succeeded if not for the treachery of those closest to him – Muhyiddin and Azmin.

    As he played his games, did he ever think about the people who trusted him and worked so hard to elect him? Did he think about all the people who overcame their own misgivings and embraced him despite all the damage he had inflicted upon the nation in his first term? It’s all too rich, too convenient for him to now appeal for the support of the people; after this, few will ever trust him again.

    Besides, what can we expect from Mahathir should he return to Putrajaya at the head of a patched-up Pakatan Harapan coalition? Is he going to endorse Anwar? Are both of them going to work together as a team or will the sparring between the two of them once again overshadow everything else?

    Will he go all out to honour Pakatan’s manifesto promises or will he continue to make excuses? Will he truly fight corruption wherever it may be found – even within his own camp – or will his anti-corruption campaign continue to be limited only to his immediate political adversaries? Will he work to build “Bangsa Malaysia” or will he instigate and encourage the Ketuanan Melayu crowd once more?

    And what about all those PPBM and PKR turncoats? Is everyone going to kiss and make up and return to being one big unhappy family again? Are we expected to forget their treachery and welcome them back into the PH fold as if nothing has happened?

    Anwar too doesn’t come out of all this with his credibility intact either. Since returning to parliament as head of PKR, what has he accomplished? His strategy – lie low and wait for the durian to fall – is hardly an inspiring one.

    He has rarely ventured out into the Malay heartland to make his case and neither has he emerged as the forceful voice of reformasi that many thought he would be. Worse still, he appears to have been unwilling to make the tough choices that leadership demands, refusing for months to call out Azmin and the other renegades in PKR for their treacherous behaviour.

    Even now, after all Mahathir has done to discredit him and side line the reformasi movement, despite the fact that Mahathir still refuses to endorse him, Anwar is willing to glibly issue a joint statement with Mahathir. Was he hoping that no one would notice that there’s no love lost between them or that they are still miles apart politically? Perhaps Mahathir was right about him after all.

    Whatever it is, there’s no escaping the reality that PH is irretrievably broken. The damage is done; there’s no going back to the halcyon days immediately following GE14. Trying to revive Pakatan is simply a fool’s errand, more about salvaging the tattered political careers of a few ambitious men than about restoring Malaysia Baru.

    It should be clear by now that the current crop of leaders (on both sides of the aisle) have proven themselves unworthy of our trust and of our vote. Their time is past; we can no longer look to them to bring us to the promised land of Malaysia Baru. The struggle for reform must now await younger, more principled leaders without the baggage of the past, and who are genuinely committed to building a united, democratic and just nation…….

  12. 👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
    Mmg jelas dan nyata yg PH kini sangat tertekan
    Komen2 netizen kt Youtube Kejora buat rujukan
    Dkat PN & TSMY sbg PM, netizen sokong sakan
    Nmpak gaya PRU15 nanti..PH tk blh cari makan
    👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍

    🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

  13. Borong jangan x borong mo1….

    rakyat berbangsa melayu,india,cina sedang memerhati

  14. Malu lah wei kalau dia break record sbg PM paling singkat berkuasa. Nak tak nak terpaksa sogok apa yang boleh asalkan kedudukan dia boleh bertahan. GLC nak lingkup, negara nak punah, peduli apa. Lagi lama jadi PM, lagi banyak income boleh kumpul. Kalau dah terpaksa, lacurkan agama dan bangsa pun apa kisah. Janji terus berkuasa. Pegang lama sikit.. boleh pencen besar tuu.

  15. najib bini rosmah

    Mara, TH, 1MDB semua melingkup dengan skandal kewangan bawah kuasa ahli politik. Mat Sembab hanya PM Kerajaan Pintu Belakang puppet Madey si Kitol. Yang penting hanya perut, lagu Dendang Perantau dan Nika Gee. Kahkahkah!

    1. Bru ni dah dilantik profesional sudah di pecat secara pukal lah pulak…

      nanti makin ramai la bani melaxx berbondong² masuk bersatu gamaknya sb nak kejar jawatan

      Maka berbanggalah mo1 drpada kaum bani² melaxx berkata kita telah berjaya mengkayakan bumiputera..

      Very good mo1

      1. Bodoh lah kamu nak selindungkan perkataan Melayu pada hal maksud kamu nyata. Kamu buat begitu sebab tak pastikan apa yang kamu kata itu betul?

        Salah ke sesiapa mengata dia dah mengkayakan Bumiputera? Kamu Ultra Kiasu ker, mementingkan kaum kamu saja yang telah menjadi kaya di negara ini?

        Perkara 153 Perlembagaan negara menyebut Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera. Boleh memperkayakan mereka. Kalau kamu tak suka, hijrah lah.

        1. Yaaa aku setuju memperkayakan ,melebihkan melaxx,memanjakan melaxx…mmg dah termaktub dah x dipertikaikan

          tapi bodoh la sapa yg gunakan isu agama dan isu kaum lain utk dipersalahkan setiap kali nak dpt sokongan melaxx

          1. Tak boleh lari dari itu.

            Contoh nya, nak naikkan semangat ekonomi Melayu boleh bandingkan nya dengan ekonomi Cina.

            Tak cukup dengan kata maju lah melayu bertalu talu saja.

            Takda salah nya membuat bandingan begitu.

    2. Muhyiddin tidak fokus bantu rakyat yang sedang berjuang ‘membeli beras’ sebaliknya sekali lagi membelanjakan wang rakyat kepada kakitangan awam dan pesara untuk membeli ‘biskut raya’.

      Penjawat awam dapat gaji penuh walau hanya tidur dirumah. Diberi lagi ‘2 kali bonus’ ketika lena beradu. Tanpa syarat. Tetapi elaun Covid19 untuk frontline diletakkan banyak syarat.

      Sepatutnya gaji mereka dipotong sekurang-kurangnya 25%. Ketika ini tiada bebanan hutang (moratorium) serta tiada pelbagai kos datang bekerja. Mereka boleh teruskan gaya hidup seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

      Ketika ini lebih 1 juta pekerja hilang pendapatan. Membeli makanan pun satu cabaran selain sewa rumah, bil dll. Jika kerajaan prihatin menyalurkan jumlah wang tersebut (mungkin RM 2 billion) kepada rakyat miskin RM500 satu isi rumah, ia boleh menyambung nyawa satu keluarga selama 1 bulan. Oleh itu lebih kurang 5 juta nyawa boleh makan selama 2 bulan.

      Adakah memberi kegembiraan di Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara lebih utama daripada berjuta rakyat yang kelaparan?

      1. SERABUT SERABAI

        TIADA BEBANAN HUTANG?

        HAIYA!!!!

        HUTANG DITANGGUH WOI!
        (tak sesuai sebut tiada bebanan)

        KAKITANGAN KERAJAAN BERKHIDMAT UNTUK KERAJAAN,
        MEREKA BEKERJA DAN MEMBAYO CUKAI PENDAPATAN,
        cukai itula antara yg diguna bagi wang free tanpa sumbangan kepada suku sakat yang hidup hanya mengharap pemberian bantuan.

        pinjam kata-kata Tun
        “TUAN APA,KALAU HIDUP HARAPKAN BANTUAN”

        kah kah kah

        1. SERABUT SERABAI

          POTONG GAJI KAKITANGAN KERAJAAN PEMBAYAR CUKAI
          PENDAPATAN YANG SELAMA INI PENYUMBANG KEPADA
          WANG BANTUAN?

          bagi kakitangan yang bergaji RM5000 sebulan,
          rasa aku cukai pendapatannya tidak kurang dari
          RM1200 setahun.Bermaksud mereka selama inilah
          yang menanggung bantuan BRIM(istilah lama)
          kepada sorang penerima!

          LU PIKE LA SENDIRI

          kah kah kah

      2. Mat, kau kata “berjuta rakyat yang kelaparan”. Betul ke? Di mana? Macam mana? Berilah bukti, link kpd berita berkenaan dsb nya.

        Betul, ada yang kelaparan. Tapi mengata berjuta itu menunjukkan mulut kamu celupar saja. Bertanggung jawab sikit lah bila bukak mulut tu, Mat.

        1. Pekerja restoran tomyam, penjual burger, kueh, nasi lemak, pekerja kontrak, upah harian, penoreh, pemandu teksi dll serta pekerja swasta yang diberhenti kerja berjumlah tidak kurang 1.4 juta setakat ini (Laporan MIER).

          Padan muka mereka sebab tak memohon kerja kerajaan yang ada jaminan tetap ada gaji, ada bonus ada pencen dan hospital pun free satu keluarga.

          Kerajaan Muhyiddin jangan pedulikan mereka yang hanya membebankan negara, mereka parasit. Sebaliknya boleh fikirkan untuk tambahan bantuan kepada penjawat awam & pesara selepas Hari Raya.

          Pekerja kerajaan (yang diberi cuti bergaji & bonus ~ jangan samakan dengan parasit) patut bersyukur dan terus berdoa agar PKP diteruskan hingga sekurang-kurangnya hujung tahun. Inilah masa kerajaan membalas budi pekerjanya yang amat bersih, cekap & amanah.

          Hidup kerajaan Melayu yang sangat Islamik dan prihatin!

          1. Yang boleh memohon kerja Kerajaan biasa nya rakyat Malaysia sahaja. Yang mendapat kebenaran duduk tetap (permanent residents) boleh lah kerja penjual burger dll itu.

            Yang memohon Permanent residents tidak akan diluluskan sebab bermakna depa coba ambil kerja2 untuk rakyat Malaysia. Melainkan kerja Kerajaan melambak hingga rakyat tak mahukan nya. Walau sebagai peon atau Dispatch clerk pun.

            Permanent residents ialah mereka yang boleh berdikari – berniaga, contoh nya. Tidak boleh membebankan negara ini, tidak ada kerja, tak boleh berniaga dsb nya.

            1. Pendatang boleh kerja dengan pegawai KERAJAAN yang bergaji besar. Kerja kosong seperti tukang masak, tukang kebun, tukang jaga anak, tukang basuh, pemandu etc. Isteri pegawai yang tidak bekerja hanya melayan suami dan menyelia tukang-tukang tersebut.

            2. Setuju?

              Sebagai penjawat awam yang berfikiran waras, memang patut menganggap sesiapa sahaja yang bukan kerja kerajaan ialah pendatang tanpa izin atau permanent resident. Walaupun dilahirkan disini sudah 7 keturunan Melayu Islam mereka tidak layak jadi warganegara kerana profession mereka penjaja, kerja kilang, Ustaz, business man, bertani dsb.

              Syarat utama menjadi warganegara ialah Penjawat Awam walaupun bermata sepet atau berkulit hitam. Malaysia memang unik.

              Kekayaan negara hak penjawat awam. Tidak perlu simpati dengan keadaan semasa atau berkongsi biskut raya!

Leave a Reply to MAHATHIRVSANWAR Cancel reply

Your email address will not be published.