APABILA EGO MENGATASI NAFSU

Tamrin Tun Ghafar

Tarikh : Rabu – 15/04/2020

( 1 – 27 )

1. Apabila ditanya apakah ada perang yang lebih besar dari perang – perang sebelum ini ; Rasulullah menjawab dengan tegas – ‘NAFSU’

2. Setiap makhluk tidak boleh lari dari ini , samada keinginan makan minum, berjalan , malah apa saja yang berada dalam pemikiran sesaorang

3. Ahli politik bernafsu menjadi Wakil Rakyat atau pemimpin , selepas itu nafsunya meningkat mahu jadi Menteri dan akhirnya Perdana Menteri

4. Bagi memenuhi nafsu , orang politik akan lakukan apa saja termasuk memfitnah , menyusun perancangan sulit dan akhirnya menumbangkan sape saja asalkan berjaya

5. Tidak ketinggalan ada yang sanggup berpura – pura sebagai orang yang berilmuan tinggi seperti guru agama , ustaz dan pemimpin parti Agama

6. Tidak ada dalam sejarah Islam dimana wujudnya Parti Islam seperti yang terdapat dinegara kita

7. Samada perjuangan mereka benar – benar ikhlas nak mengembangkan Syiar Islam atau hanya menggunakan Islam bagi memenuhi nafsu , Wallahualam !

8. Islam yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad SAW TIDAK pernah mengajar malah melarang kita berpuak – puak

9. Yang ada pada Islam ialah Iman dan Amalan TANPA kira bangsa dan keturunan

10. Umat Islam dilarang bermusuhan dengan sesiapa pun malah kita diajar berbaik – baik dan menghormati walaupun dengan bukan Islam

11. Malangnya hari ini kita lihat sebahagian Umat Islam secara terang – terangan melakukan perkara yang bertentangan dengan Ajaran Rasullulah walaupun kita tidak meninggalkan Solat, dan menghadiri ceramah – ceramah Agama

12. Oleh kerana SIFAT EGO nya yang terlalu tebal sehingga kini, Hadi yang telah secara sinis mengait dan menuduh UMNO KAFIR kerana mengamalkan Perlembagaan dan undang – undang Barat ( KAFIR ), dan sehingga hari masih TIDAK MAHU meminta maaf SECARA TERBUKA, maka UMNO itu masih lagi Kafir ; tidak hairanlah kini di mana dunia makin tua dan hampir pupus orang Islam boleh ‘menghawani’ orang kafir dan duduk bersama menjamu ‘daging babi’

13. Bukankah Islam menganjurkan kita bermaafan

14. Apakah ‘PERKAHWINAN’ antara PAS dan UMNO ini ikhlas atau setakat kahwin ‘MUTAAH’ saja atau dalam bahasa Inggerisnya ‘ MARRIAGE OF CONVENIENCE’

15. Pesan Tok Guru Nik Aziz ,

“UMNO APABILA LEMAH AKAN CARI KITA , APABILA KUAT SEMULA AKAN TENDANG KITA ( PAS )”

16. Selepas PRU 14 yang berlangsung pada Rabu 9hb Mei 2018 , UMNO tercungap – cungap seperti ikan mencari oxygen ; ahli – ahli nya bertaburan seperti

‘Anak Ayam Kehilangan Ibu’

17. Nasib baiklah beberapa orang pemimpin PAS sudah kekenyangan dedak yang dimakan menjelang PRU itu lagi

18. Bak kata Najib

“I SCRATCH

YOUR BACK ,

YOU SCRATCH

MINE”

19. ‘Ada Budi

Ada Batas

Ada Budi

Ada Balas’

Mungkin itu lah sebabnya terlalu mudah bagi PAS menerima lamaran UMNO ; jestru dengan aluan kompang dan doa mereka ‘BERSANDING’

20. ALLAH SWT MENGUJI kita semasa susah dan MENGUJI kita juga semasa senang

21. Walaupun PAS hanya mempunyai 18 Ahli Parlimen namun kehadiran mereka amat diperlukan oleh Muhyiddin

22. Sebenarnya kedudukan Muhyiddin begitu ‘PANAS’ ;

‘Nyawa Beliau

Berada

Di Hujung Pedang’

Suka atau tidak, demi menentukan jawatan Perdana Menteri tidak bergoyang, Muhyiddin TERPAKSA MENGHORMATI dan BERSETUJU dengan SEGALA kemahuan PAS, ia tak ubah seperti

‘Menatang Minyak

Yang Penuh’

23. ALLAH SWT Melihat begitu juga umum khususnya ahli – ahli PAS yang cerdik dan mempunyai fikiran waras dan siuman juga menunggu – nunggu apakah pemimpin mereka AKAN MENGGUNAKAN PELUANG KEEMASAN INI BAGI MELAKSANAKAN SEGALA HUKUM ALLAH SWT YANG DIPERJUANGKAN SEJAK 69 TAHUN DAHULU

24. Bak kata Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS yang baru dilantik sebagai Menteri Undang – Undang dan Hal Ehwal Parlimen pada bulan Februari yang baru lalu semasa menjawab isu RUU355 , “Hanya Kerajaan Sahaja Yang Boleh Membawa Usul Sebegini

25. Apakah Hadi dan penganut nya AKAN mengeluarkan ‘fatwa’ baru bagi melewat – lewat kan perlaksanaan HUKUM ALLAH atau melupakan nya sahaja atas alasan itu semua adalah rekaan yang diada – adakan ; dalam lain – lain perkataan

PAS SEMEMANGNYA TIDAK PERNAH BERNIAT DAN BERJUANG BAGI MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH

26. JANGAN SAMPAI SENJATA MAKAN TUAN !!

27. Bacalah Dengan Hati Mu , Bukan Setakat Mulut Mu !

Wassalam

Terima Kasih.

Kongsikan artikel ini
Updated: 16 April 2020 — 2:23 pm

6
Leave a Reply

avatar
6 Comment authors
AljuburipieminwaitinganonymousMAHATHIRVSANWARzunnunOthman!! Ahmad Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
anonymous
Guest
anonymous

ALLAH SWT Melihat begitu juga umum khususnya ahli – ahli PAS yang cerdik dan mempunyai fikiran waras dan siuman juga menunggu – nunggu apakah pemimpin mereka AKAN MENGGUNAKAN PELUANG KEEMASAN INI BAGI MELAKSANAKAN SEGALA HUKUM ALLAH SWT YANG DIPERJUANGKAN SEJAK 69 TAHUN DAHULU tegak hukum Allah bukan kewajipan pas saja lain pati orang islam wajip jugak amano pkr amanah tak mauka tegak hukum Allah tak malu ka idup kat bumi Allah tak mau berhukum ngan hukum Allah Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul”, niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

TAMRIN PERNAH IKUT ARQAM SESAT….JADI DIA SIMPAN DENDAM TERSEBUT SEBAGAI MODAL POLITIK…..ORANG SESAT TAK AKAN MENGAKU SESAT SEPERTI JUNNUN…..

Aljuburipieminwaiting
Guest
Aljuburipieminwaiting

Butuhee pakhang

Othman!! Ahmad
Guest
Othman!! Ahmad

KEBANGGAAN KITA BERSAMA – Tahniah Datuk Dr Noor Hisham. Menurut laporan CGTN (China Global TV Network), Dr Noor Hisham kita adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang coronavirus, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield. Ketiga-tiga mereka dipuji kerana sejak beberapa minggu lalu, mengenengahkan penampilan yang ‘tenang, jelas dan meyakinkan’ bagi menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai mengenai pendemik ini. Menurut CGTN, mereka bukan menteri Kabinet, namun berjaya muncul sebagai ‘wajah’ negara masing-masing dalam memerangi wabak COVID-19, malah ada yang menggelar mereka ‘pujaan hati, rock… Read more »

zunnun
Member
zunnun

hadi $$$$, lebai2 dan keldai belaan mereka tak blh berbangga dgn pengiktirafan sedemikian dari communist…

kena ikut, dan seiring dgn ‘kebijaksanaan’ ulamak tersohor yg kerap mimpi ‘rasullulah penjenamaan nya’..

durhaka pd ‘ulamak’ tak masuk syurga.

maka, selain communist negara2 liberal dan freemason juga mesti di jauhi dari ‘commune’ pAs.

anonymous
Guest
anonymous

Sekadar nak tahu, Tamrin ni jenis 2 alam atau 3 alam?