AHLI PARLIMEN TERAJUI GLC HANYA FIKIR ‘NEXT ELECTION, BUKAN NEXT GENERATION’

Apakah peranan ahli-ahli parlimen seramai 222 orang di seluruh Malaysia?

Ini satu persoalan yang perlu dijawab dalam keadaan sekarang ramai ahli parlimen kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak jadi menteri telah dilantik menjadi pengerusi GLC (Governments-Link Companies).

Mengapa ahli parlimen Malaysia 222 orang? Soalan ini ada jawapannya dalam Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih.

Gabungan empat parti yang bernama Pakatan Harapan (PH) ada mengemukakan manifesto pilihanrayanya semasa berkempen di dalam Pilihanraya Umum ke-14. Antara lain dalam manifesto itu di sebut di dalam Janji No.22 iaitu Kerajaan Pakatan Harapan akan mempastikan perlantikan ahli-ahli lembaga pengarah GLC peringkat negeri dan peringkat pusat berdasarkan merit dan professionalism, bukan berdasar politik.

Apabila Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkuasa setelah Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan pada 24 Februari 2020 (bukan melalui pilihanraya tetapi melalui rampasan kuasa pintu belakang), Kerajaan PN telah menamatkan ramai pengerusi-pengerusi GLC yang dilantik oleh kerajaan PH dengan diganti oleh ahli-ahli parlimen PN.

Jadi kembali kepada soalan di atas tadi.Apakah peranan sebenar ahli parlimen?

Tugas ahli parlimen, antara lainnya ialah menggubal undang-undang; meminda undang-undang; memansuhkan undang-undang; dan meluluskan rang undang-undang berkenaan kewangan seperti belanjawan negara.

Pada hemat saya, Ahli parlimen tidak boleh dibenarkan menjadi ahli lembaga pengarah GLC atau pengerusi kepada GLC seperti yang dilakukan oleh kerajaan PN sekarang. Kenapa? Kerana amalan itu boleh membawa kepada percanggahan kepentingan (conflict of interest), salah guna kuasa dan rasuah.

Sebagai ahli parlimen, saya ada sedikit sebanyak pengalaman apa yang berlaku di Dewan Rakyat untuk dikongsikan disini.

Semasa parlimen bersidang, kerajaan akan mengemukakan berbagai-bagai laporan dari berbagai agensi kerajaan termasuk GLC. Di Parlimen, akan dibentangkan laporan dari Tabung Haji, Felda, Mara, Risda, Felcra, Khazanah Nasional, PNB, MAS, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional (TNB) dan 1MDB, sekadar menyebut beberapa contoh.

Tugas ahli parlimen backbencer kerajaan (yang tidak jadi menteri) dan ahli-ahli parlimen pembangkang ialah untuk menyemak dan meneliti laporan-laporan itu, membahaskannya, mengemukakan cadangan-cadangan untuk tujuan menambah baik pengurusan dan prestasi agensi-agensi dan GLC-GLC tersebut.

Jika ahli-ahli parlimen backbencer kerajaan juga menjadi Pengerusi-pengerusi agensi-agensi dan GLC kerajaan, maka bagaimana mereka untuk menyemak dan menelitik laporan-laporan tersebut? Sebab mereka adalah pihak yang berkepentingan.

Ahli-ahli parlimen backbencer kerajaan (yang tidak menjadi menteri) sepatutnya kekal menjadi pihak yang melaksanakan semak dan imbang (check and balance) terhadap pihak kerajaan (eksekutif) bersama-sama ahli-ahli parlimen pembangkang.Itu tugas sebenar ahli parlimen yang bukan anggota kerajaan atau eksekutif.

Saya sebagai ahli parlimen Pakatan Harapan (dari Parti Keadilan Rakyat) memuji langkah PH dahulu yang ingin membuat reformasi dalam soal pengurusan GLC seperti tercatat di dalam Janji No.22. Niat itu baik. Sekurang-kurangnya ada niat baik.

Ada yang dapat dipenuhi dengan melantik individu-individu yang ada merit dan professional untuk mengetuai sesebuah GLC yang penting itu.Tetapi ada juga di banyak hal, kerajaan PH gagal memenuhi janji No.22 itu.

Jadi adalah sukar kepada ahli parlimen pembangkang seperti saya sekarang untuk mempertahankan rekod bersih PH dalam soal menunaikan janji manifestonya itu.

Apabila ahli-ahli parlimen PH sekarang hendak menegur amalan kerajaan PN berkenaan lantikan GLC, maka tentu ada orang yang akan berkata:’’ mengata dulang, paku serpih….’’ atau perumpamaan; ‘’Kuali kata periok hitam’’.

Tetapi saya berani kata, amalan kerajaan PH yang melanggar janji manifestonya sendiri tidaklah seteruk perbuatan Kerajaan PN yang tidak bermanifesto itu. Kerajaan PN sekarang amat ketara bertindak sesuka hati secara sewenang-wenang melantik ahli-ahli parlimen mereka yang tidak jadi menteri diangkat menjadi pengerusi-pengerusi GLC.Di mana meritnya? Di mana professionalismenya?

Sebagai rekod bertulis, saya pernah membangkitkan soal lantikan terhadap GLC di Parlimen.

Dalam Soalan No.15 dalam urusan Pertanyaan Lisan pada 29 Oktober 2018 (Isnin), Ahli Parlimen Pasir Gudang [Hassan Abdul Karim] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan Pakatan Harapan berpegang kepada manifestonya untuk membawa reformasi di dalam urusan GLC supaya badan-badan GLC seperti Khazanah Nasional bebas dari diterajui oleh ahli-ahli politik.

Berikut dinyatakan jawapan daripada kerajaan kepada soalan di atas.

‘’ Tuan Yang Dipertua,

Sepertimana manifesto Kerajaan Pakatan Harapan di bawah Teras 2 iaitu Mereformasi Institusi Pentadbiraan Dan Politik, kerajaan baharu tidak meneruskan amalan Kerajaan terdahulu di mana Ahli Lembaga Pengarah bagi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dilantik dikalangan ahli politik atau amalan kronisme.’’

Saya percaya, satu daripada isu yang akan dibangkitkan di parlimen nanti apabila Dewan Rakyat mulai bersidang kembali pada 18 Mei 2020 akan datang ialah soal lantikan-lantikan yang melibatkan GLC.

Soal lantikan itu penting dibahaskan kerana GLC memainkan peranan yang amat besar terhadap kemajuan dan pembangunan rakyat serta negara dalam bidang ekonomi serta sosial.

Walaupun saya seorang ahli politik, tetapi saya berpendirian: Jangan kita biarkan GLC dikuasai dan dimonopoli oleh orang-orang politik yang hanya memikirkan kuasa, wang dan pengaruh,yang hanya memikirkan ‘’next election; bukannya next generation’’.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Rabu 15 April 2020

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 16 April 2020 — 4:35 am
Subscribe
Notify of
guest
19 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
16 April 2020 12:15 pm

Beruk Tua Geng Najib yang menjilat Najib mengguna berbgai nama tak dapat naik muka di sini. Masuk saja di atas apa nama pun, boleh dikenalpasti sebagai Beruk Tua itu dan diba;un, ditibai dan dibantai.

zunnun
zunnun
16 April 2020 8:38 am

ni nak tanya kpd keldai2 belaan pAs di sini, pAs parti “islam” ko? “islam” mcm mano ? (1) mcm tabuk2 atap ko? (2) mcm ‘undi pAs masuk syurga’ ko? (3) mcm dah di beri mandat utk jadi brokar “islam” dlm pengtabiran kerajaan Moo ko? (4) mcm di lantik duta khas ko negara2 telok ? (5) mcm “penyelamat melayu2 islam” ko? (6) menegakan RUU 355 main tarik undur di parlimen ko? (7) mcm melulusan perkhawin pornpuan bawah umur ko? (8) mcm nak buka pasaran besar besar minyak sawit ke teluk sbb penduduk nya ramai mengantikan India dan China ko? (9) mcm… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 April 2020 10:43 am
Reply to  zunnun

zunnun the lanun bukan Melayu bukan Islam, coba menghasut berkenaan Islam di sini.

KEPALA BAPAK KAMU, kata Najb Al Jibo. Puccimmak kamu, kata Bang Ali mencari kau punya jub.r.

Anonymous
Anonymous
16 April 2020 10:59 am
Reply to  Anonymous

zunnun the lanun orang DAP. DAP seteru tradisi dgn PAS.

Tapi PAS akan menang. Lk 60% orang Islam di negara ini, sokong PAS masa bertembung dengan kafirun DAP.

Goh
Goh
16 April 2020 7:58 am

Udah semua mp jadi boss glc ape yg nak di bahaskan lagi…Ape boleh buat ulamak pon dah bersetuju

Anonymous
Anonymous
16 April 2020 10:51 am
Reply to  Goh

Kalau betul tak betul (kata AR Badul, hehe), tunggu Pru15 ler.

anonymous
anonymous
16 April 2020 7:50 am

PH bercakap soal pwrlantikan jawatan dlm GLC.
Masa PH jd kerajaan dulu, bukan kata GLC, pwrlantikan menteri pun langsung tak berguna tiada merit.
Menteri kewangan dilantik bkn kerana kompetensi, tapi atas dasar perjanjian antara parti politik sebelum menang pru. Sbb tu diangkutnya penasihat dan pegawai khas yg entah apa2 tugasnya. Nasihat yg berkesan mungkin kacau dan jual harta TH, harta khazanah dan buat lapuran yg silap titik perpuluhan.
Tu baru satu contoh seorang menteri. Ada banyak lagi, jgn bimbang nanti saya tulis satu-satu kalau ada masa.

Goh
Goh
16 April 2020 7:58 am
Reply to  anonymous

Sehabis boleh nak megiyakan hahahaha

anonymous
anonymous
16 April 2020 9:14 am
Reply to  anonymous

atok yg benarkan (tidak bantah) supaya orang melayu marah PH.
atok ni nyamar je jadi ketua pasukan bolesepak PH. bawah jersey PH, ada jersey PN (Pakatan Nasional?). Tu pasal minit2 terakhir, tendang bola masuk gawang PH.
hehehe….kita mungkin berbeza, tapi tak perlu gado2.
dapat bendung virusGianEng, 50% matlamat tercapai.
dapat bendung virusAtok, tercapai matlamat 100%.
aman tanah air.

Anonymous
Anonymous
16 April 2020 10:53 am
Reply to  anonymous

Dapat basmi kamu dan jenis kamu, aman seluruh dunia.

Sheraton
Sheraton
16 April 2020 7:10 am

Sepatutnya mereka ada rasa malu mengambil alih jawatan Pengurusi di GLC dari orang yang berpengalaman dan berpengatahuan lebih jauh dari mereka.

Bagi Lobai-Lobai.. Setiap hal hendak lah di serahkan pada ahli nya cuma terpakai dalam hal agama. Sedangkan apa yang kita lakukan untuk menjalani kehidupan ini ada lah ibadat. Menjadi Pengurusi GLC ada lah ibadat.

Menjadi Pengurusi atas lantikan politik sebagai habuan dunia juga ibadat. Ada dosa dan pahala nya.

Wallahhuaqlam.

Goh
Goh
16 April 2020 10:47 am
Reply to  Sheraton

Apa boleh buat…lebai pun udah kelabu mata

Anonymous
Anonymous
16 April 2020 11:05 am
Reply to  Goh

Yang tak lobai – mcm kamu – lebih dari kelabu. Buta.

anonymous
anonymous
16 April 2020 6:34 am

Mahathir urges US not to give 1MDB funds back to KL
the biggest crook is atok, then gianEng. Period.

Anonymous
Anonymous
16 April 2020 6:53 am
Reply to  anonymous

Talking like that shows you are having your period. Mmeleleh di kelengkang.

Anonymous
Anonymous
16 April 2020 11:11 am
Reply to  anonymous

Yang tuduh liar saja kemungkinan tak berpelajaran tinggi.

Kalau ada pun, salah campur. Mata juling bila bersama yang rabun.

Tapi yang banyak dikutuk pasal 1MDB ia lah Najib Kllepto Al Jibo

zunnun
zunnun
16 April 2020 5:19 am

laa, tak kan hasan tak mengerti, yg melontar idea2 kan takiyudin dan gerombolan muaFUCKat nya…

Moo masih berdiam diri sj.

Moo tertekan, kerana kanak2 jagaan nya di bawah menjerit2 utk mendapatkan permainan2 yg byak utk menghiburkan hati mereka.

ini dilemma kerajaan yg tiada wawasan, atur cara, perjanjian, manifesto, utk rakyat, bagi rakyat kpd rakyat.

semua ad hoc sogmo.

Anonymous
Anonymous
16 April 2020 6:59 am
Reply to  zunnun

zunnun the lanun menuduh secara liar saja. Mengeluarkan pendapat2 sendiri saja. Takda bukti, fakta atau punca maklumat yang sahih.

zunnun the lanun yang menjerit jerit, lanun lah katakan.

Puak Geng Najib yang asyik menjilat Najib mengguna berbagai nama. Najib yang bukan saja takda manifesto dsb nya, tambah pulak mengsonglap berbillion Ringgit wang rakyat di 1MDB. Bedebah.

Wau bule
Wau bule
16 April 2020 4:54 am

Correct decision…..period