LESEN UNTUK HENTAM KERAJAAN….

Kepada yang masih berkira-kira sama ada mahu menghentam PH atau tidak atas pelbagai kelemahan dan tidak terkecuali kebodohan seetengah menteri, kini mereka tentunya sudah mula rasa lapang di dada.

Mereka mulai sekarang sudah boleh menghentam kerajaan tanpa rasa berdosa apa-apa.

Ini berikutan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin sendiri memberi laluan ke arah itu.

Kata beliau, masa untuk memberi nasihat sudah tamat dan kini adalah masa untuk menghentam pula.

Bagi yang sudah lama menghentam PH atas pelbagai kelemahan dalam mengurus kerajaan, tentunya seperti blog ini, ciapan Kadir ini adalah ibarat lesen besar untuk melakukan hentaman dengan lebih agresif lagi.

Realitinya, setelah 17 bulan tidak makan nasihat dan masih juga menunjukkan kebodohan, seperti menteri yang tak sudah-sudah dengan projek kereta terbang misalnya, jalan yang tinggal hanyalh dengan menghentam mereka.

Jika Najib Razak sebelum PRU14 telah dihentam kiri dan kanan sehingga akhirnya BN tumbang, kalau tidak berubah, PH juga harus sedia menerima hentaman yang lebih agresif mulai sekarang.

Mudah-mudahan hentaman yang semakin agresif nanti membuka hati untuk mereka berubah.

Jika tak mampu berubah, undurlah secara terhormat.

Dengan Penasihat Media dan Komunikasi PM sendiri memberi laluan serta lampu hijau, takkan nak dibiarkan begitu saja kesempatan yang ada.

Marilah kita hentam PH ini secara berjemaah mulai sekarang. (ShahbudinHusin 22/10/2019)

Kongsikan artikel ini
Updated: 22 October 2019 — 12:18 pm

33
Leave a Reply

avatar
6 Comment authors
Wau BuleMAHATHIRVSANWARTanpa NamaLame Duck In The HouseTanpa Nama Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Wau Bule
Guest
Wau Bule

Partly setuju Artikel ini namun penggunaan HENTAM salah. Sepatut KRITIK.

Do not start the game again, Shah.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

Teater seks di kala gejala sosial parah ALOR SETAR: Kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini bukan tiket untuk mempromosi pementasan teater berunsur lucah. Pesuruhajaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, program seumpama itu boleh mendatangkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat Islam. Kata beliau sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang tidak bersikap tegas menguatkuasakan undang-undang tidak mustahil perkara serupa akan berulang. “Kita bimbang lama-kelamaan teater seumpama itu menjadi kebiasaan. Sedangkan negara sekarang menghadapi masalah sosial yang makin parah,” katanya di sini. Pementasan teater yang pada awalnya dinamakan ‘Sex in Georgetown City’ dijangka diadakan di Pulau Pinang pada 14 Februari.… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

Kerajaan DAP izin tayangan teater seks? PEMUDA PAS Pulau Pinang mengecam tindakan pihak pembuat teater “Love in George Town” atau tajuk asal “Sex In George Town” yang masih berusaha untuk terus membuat tayangan bermula pada hari ini sehingga 17 Februari. Walhal ia mendapat tentangan daripada rakyat termasuk laporan Polis oleh aktivis-aktivis NGO dan parti politik. Pemuda PAS Pulau Pinang memberi amaran kepada pihak terbabit agar membatalkan terus hasrat mereka walaupun mendakwa akan menukar tajuk tayangan. Teater yang berteraskan seks termasuk perbuatan luar tabii secara terang mempromosi aktiviti tidak bermoral dan berakhlak ini mencabar sensitiviti umat Islam di Malaysia. Kerajaan DAP… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Hangpa PAS dgn DAP mcm anjin dgn kucin.

Dgn Umno dok kapiaq mengkapiaq tak habaigh2.

Boleh masuk syurga ke hangpa lagu tuh?

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

Mengapa kes Siti Kasim ditarik? PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tindakan Pejabat Peguam Negara yang menarik semula pendakwaan terhadap Siti Kasim kerana mengacungkan jari tengah dalam sebuah forum mengenai pindaan Akta 355 di Shah Alam tahun 2016. Walhal, sekurang-kurangnya terdapat tiga kes seumpama itu yang dilakukan oleh orang awam telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Ketiga-tiga mereka telah dihukum penjara dan denda atas kesalahan berikut. Namun, kes Siti Kasim yang mengacungkan jari tengah kepada peserta forum serta videonya telah ditularkan dalam media sosial langsung tidak dibicarakan di mahkamah mahupun didakwa oleh Peguam Negara. Pengguguran dakwaan tersebut menyebabkan timbul persepsi negatif dalam… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

Kalaulah benar Tun M tak mungkir janji SEMEMANGNYA melucukan apabila pemimpin-pemimpin PKR dan DAP ‘mengamuk ‘ dan menganggap Tun Dr.Mahathir Mohamad memungkiri janji apabila menerima kemasukan enam bekas ahli Parlimen UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Mereka tidak dapat menerima tindakan Perdana Menteri itu kerana menganggap kesemua ahli Parlimen berkenaan adalah ‘sampah’ UMNO. Persoalannya, kenapakah baru sekarang bercakap soal tidak menepati janji? Apakah soal berjanji hanya berkaitan menerima atau tidak, bekas pemimpin UMNO ke dalam komponen Pakatan Harapan sahaja? Kenapa tidak menjerit-jerit meminta Perdana Menteri mengotakan segala janji yang dibuat kepada rakyat ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu?… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

Pasca kes LGE, di mana nilai kes Khir Toyo? PEJABAT Peguam Negara boleh memberi apa sahaja alasan dan justifikasi pengguguran kes rasuah Menteri Kewangan Lim Guan Eng (LGE) minggu lepas. Hakikatnya kes tersebut tidak mungkin digugurkan jika pejabat Peguam Negara tidak diketuai oleh bekas peguam beliau Tommy Thomas. Semua orang bercakap mengenai persamaan kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan Lim Guan Eng. Terdapat juga komen-komen mereka yang tidak mengikuti kes Mohamad Khir dengan terperinci cuba menyatakan ada perbezaan kepada inti pertuduhan yang menyebabkan Dr Khir didapati bersalah dan Lim Guan Eng dibebaskan. Oleh kerana kedua-dua kes… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Hentam pon tak guna kalo tak ingat yang kita akan MATI. (Ini bagi menteri dan MP PH yang beragama Islam saja) & pesanan ini termasuklah untuk kita semua.
Ubat untuk semua ini – INGAT YANG KITA AKAN MATI sebab kita akan dipertanggungjawabkan apa yang kita perbuat diatas muka bumi Allah ni.
Kita dah tahu nasib kita MACAM MANA seawal keadaan MALAIKAT MAUT datang untuk mencabut roh kita.
Fikir-fikirkan apa yang kita buat…dan bersediakah kita untuk melaluinya……..

Lame Duck In The House
Guest
Lame Duck In The House

Hang ni mengaku kalah ka? Saya nak jadi PM lagi 3 tahun dapat macai lembam macam hang? Apalah nasib pak hang ni nak oi… Saya nak jadi PM lagi 3 tahun.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Hang tak reti pun nak bezakan Tanpa Nama yang mana satu.

Padan lah Umno & geng terlungkup di Pru14.

Anonymous
Guest
Anonymous

Irah,

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Mmg lah berat hati merindu, bila kita berjauhan
Diri abg ini..spnjang masa asyik dlm keresahan
Merindui diri mu Irah sungguh abg tak tertahan
Apa yg abg dpt buat hnyalah berdoa kpd Tuhan
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Biar saja abg luahkan rindu ini, dengan keluhan
Belajar lah adinda dengan penuh kesungguhan
Smga, sgala ursn study Irah..Allah bri kmudhan
Oh ya..ptg ini, abg dgn form5 ada kls tambahan
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

Lame Duck In The House
Guest
Lame Duck In The House

Saya nak habaq selagi sampah sarap dalam parti UMNO-PAS-GPS-MCA-MIC termasuk PH nak jilat pungkok saya, hangpa selamat walaupun kena hantam Rakyat berjamaah. Kalau hangpa lawan nanti hangpa kena. SPRM tak akan masuk dalam Parlimen Tanjung Piai, PMO Lame Duck 3 tahun, Putrajaya dan padang golf sahaja. Tempat lain sampai lubang pungkok depa cari.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Saya tak kasi sesiapa yang nak pungkoq saya. Saya nak bawak ke penjara bila di hukum nanti.

Chet, depa ni tak sporting. Aku nak balun RM2.6 biliun dari 1MDB pun dok hingaq.

Lame Duck In The House
Guest
Lame Duck In The House

Nak seru unduq hangpa minta semua Menteri unduq pun tak pa. Saya masih nak jadi PM lagi 3 tahun. Kalau bakal PM ke 8 dan 9 hangpa nak suruh unduq lagi baguih. Saya bulih jadi PM sampai mampuih masuk kuboq.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Yang dah nak mampuih masuk kuboq ia lah Najib Al Jibo.

Kot masuk penjara dulu. 10-20 tahun.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tn Budin,

👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
Stuju sgtlah dgn Kadiaq, kalu PH terus dihntam
Terutamanya yg dari geng ost fasiq panji hitam
Ketua depa pun, dah senget, serupa dgn ketam
Kejora ni dok tergelak sakan, sampai nak pitam
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh

Lame Duck In The House
Guest
Lame Duck In The House

Saya dah suruh hantam sejak 3 hari sebelum Raya baru ni masa TNB penaik rega elektrik. Kesilapan teknikal CEO TNB sampai la ni tak turun-turun rega. Hantam saja labu. Depa ini bodo punca saya tak bulih claim nak jadi PM lagi 3 tahun.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Yangpa tau nak penaik yang celah kelengkang hangpa aja.

Yang lin tak boleh. Mana reti merintah. Itu pasai lingkup di Pru14.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

Kena tegur baru minta maaf — sahkan kereta miliknya di parkir OKU PETALING JAYA: Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan gambar tersebar di media sosial membabitkan kereta yang parkir di petak khas orang kelainan upaya (OKU) adalah kenderaannya. Menteri di Jabatan Perdana itu berkata, anak-anaknya menggunakan petak khas parkir OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada ayah mertuanya yang uzur. “Saya menjaga ayah mertua yang keuzuran dan berkerusi roda. Sewaktu kejadian ini anak-anak saya membawa datuk mereka untuk makan di restoran. “Mereka menggunakan kemudahan parkir OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada datuk mereka yang uzur. “Saya… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Puak Pembangkang, ditegur pun tak mintak maaf. Buat derk ajer. Itu pasai lingkup di Pru14.

Masih lagi begitu. Akan jadi gitu juga di Pru15.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

Maqasid syariah zaman BN sekali atau PH sahaja, PAS sindir Hasanuddin PETALING JAYA: PAS mempersoalkan kenyataan Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus yang mengatakan pemasangan kamera AES menepati maqasid syariah, sama ada ia terpakai di zaman Pakatan Harapan (PH) sahaja atau termasuk ketika Barisan Nasional (BN) memerintah. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam nada menyindir berkata Hasanuddin cuba menggunakan pendekatan agama untuk menghalalkan pemasangan tersebut oleh kerajaan PH. “Mengapa pemasangan AES dan saman yang disifatkan menekan serta menzalimi rakyat oleh PH dahulu tidak dimansuhkan, sebaliknya ditambah apabila berkuasa? “Menepati maqasid syariah (pemasangan AES) ini adakah zaman BN… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

KESAL KERAJAAN PH BENARKAN SYARIKAT JUDI TAJA LAWATAN PEGAWAI TERTINGGI PDRM Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dengan pendedahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengakui bahawa *lawatan kerja 16 Pegawai Tertinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ke Istanbul ditaja Syarikat Da Ma Cai iaitu syarikat judi nombor ekor terkemuka.* Nampaknya Kerajaan Pakatan Harapan khususnya Menteri Kewangan DAP Lim Guan Eng lansung tiada perasaan sensitif terhadap hukum Islam dan sentimen rakyat dengan membenarkan *sebuah syarikat judi membiayai lawatan kerja sebuah institusi awam yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara dengan lambangnya jelas tertera kalimah Allah dan Nabi Muhammmad SAW.* Selain itu juga apakah… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

Menghina Agong salah sikit Hari ini ada orang kata, menghina agong salah sikit (Kecil). Bukan salah banyak (besar) Demikian pernilaian yang di buat satu golongan penyokong kerajaan Pakatan harapan yang memerintah Malaysia hari. Oleh itu, cadangan supaya dilucutkan kewarganegaraan terhadap mereka yang didapati menghina agong dikatakan melampau. Siapakah sebanarnya yang melampau? Tidak lain dan tidak bukan mereka yang menghina agong itulah yang melampau. Mereka yang mencadangankan supaya mereka menghina agong dilucutk kewarga negaraan dianggap melampau sebenarnya bagus. Ini bersadarkan hadis Rasulullag SAW yang makasudnya, mengutuk seorang muslim adalah kefasikan sedang membunuhnya adalah kekafiran (hadis riwayat jamaah kecuali Abu Daud dari… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

APA2 CUKAI PUN MEMBEBANKAN RAKYAT Rakyat mula sedar GST bukan punca utama harga barang naik PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat mula sedar pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan faktor utama kenaikan harga barang. Ini kerana, katanya, sudah 6 bulan GST dimansuhkan dan digantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sejak 1 September lalu. Bekas perdana menteri itu berkata, harga barang tetap naik selepas SST dilaksanakan dan keadaan itu dijangka berterusan. “Saya dah beritahu sebelum ini, bagaimana peniaga ambil kesempatan atas kelemahan sistem SST untuk elak cukai dan menjejaskan hasil kerajaan. “Sebab itu tiada negara, kecuali Malaysia yang… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

, tanpa bukti, fakta dan punca maklumat yang sahih.Bodoh bangang ler kalau kata ada cukai yang tak membebankan rakyat.

Soal nya ialah: patut ke rak cukai itu. Tapi ramai Pembangkang bukan reti pun nak bincang itu. Biasa sangat dengan tuduh liar, tanpa bukti, fakta atau punca maklumat yang sahih.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

RM900 sebulan, apa nasib pekebun kecil? Diterbitkan 29 Okt 2018, 11:53 pagi | A+ A- Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan yang menurutnya tidak merasai denyut nadi rakyat, khususnya, seperti golongan pekebun kecil. Melalui satu hantaran di Facebook, katanya rakyat semakin hari semakin tertekan, dengan harga komoditi jatuh mendadak, selepas pilihan raya umum lalu pada Mei lalu. “Misalnya harga sawit, hari ini pekebun kecil ada yang hanya mendapat serendah RM300-RM400 setiap tan. “Dahulu, kerajaan BN sentiasa berusaha membantu para pekebun kecil. Misalnya dalam kunjungan ke luar negara, saya telah meyakinkan negara besar dan rakan pelaburan… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Pekebun kecil nasib nya baguih. Tapi yang dok ikut apa lanun Pembangkang kata, jatuh ke longkang juga macam Najib.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

Bangkit Wahai Melayu… Pakatan Harapan berada didalam keadaan yang sangat kucar-kacir. Di mata rakyat Malaysia, mereka adalah gabungan yang bersatu hati, realitinya mereka sangat benci antara satu sama lain. Kesimpulannya, Pakatan Harapan tidur satu bantal, mimpi lain-lain. DAP, PKR dan PPBM bergaduh sesama mereka sendiri. Disebabkan kebencian mereka yang sangat tinggi antara satu sama lain ini, mereka tidak dapat lagi menyorok dimata rakyat Malaysia. Apabila Kit Siang memecahkan PAS dan mewujudkan Amanah, ianya bertujuan untuk mencuri bukan sahaja pemimpin PAS malah penyokongnya sekali agar dapat menjadikan Amanah ini sebagai ‘PAS Baru’. Kita mengetahui bahawa PAS memperjuangkan dan mempertahankan Islam, tetapi… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Melayu dah lama bangkit. Hangpa saja yang tak bangkit. Yang celah kelengkang hangpa pun gitu.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Ingat, jika asyik main hentam kromo saja, nanti yang menghentam kena hentam dengan senjata yang sama. Macam boomerang, senjata orang asli Australia.

Setiap gomen ada kelemahan nya. Ada kesalahan tidak dirancang, ada yang dirancang. Mcm wang RM2.6 billion di 1MDB, di songlap. Yang ini Najib memang patut masuk penjara. Sebab wang itu masuk ke akaun bank nya. Dinafikan nya pada permulaan nya. Nak cari pasal. 2 kali salah.

Tanpa Nama Umno kena, hingga terlungkup di Pru14.
Guest
Tanpa Nama Umno kena, hingga terlungkup di Pru14.

Hentam lah mana yang patut. Macam

Tapi perlu ada bukti, fakta dan punca2 maklumat yang boleh dipercayai. Kalau tak, hanya menuduh liar, pembaca pun mluat, pengundi pun benci BN dan gerombolan nya.

Rasa nya tak begitu teruk, PM nya tak mencuri RM2.6 biliun di 1MDB. “Curi, rompak, lanun”, kata TDM. Setuju. Even daylight robbery. RM2.6 biliun masuk akaun bank Najib Al Jibo begitu saja.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Macam Umno kena, hingga terlungkup di Pru14.