AWAL TAHUN 2020 SEBAIK-BAIKNYA MESTI SUDAH ADA TARIKH SERAH KUASA

Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebab mengapa Tun Mahathir Mohamad tidak mahu menentukan tarikh sebenar untuk menyerahkan jawatan kepadanya.

Menurut beliau, Tun Mahathir memberitahunya, soalan media yang berterusan tentang peralihan kuasa seolah-olah menggesanya segera meletakkan jawatan sehingga membuatkannya seperti seorang Perdana Menteri yang tidak berfungsi.

“Tun Mahathir telah mengulangi kata-katanya, tetapi biasalah Tun Mahathir kadang-kadang kata setahun (lagi), dua tahun, tiga tahun dan ia kelihatan seperti beliau mahu mengelak.

“Saya kata tidak, saya adalah Perdana Menteri menunggu dan orang ramai terus-menerus (bertanya), pada setiap sidang media (termasuk) CNN bertanya bila anda (Tun Mahathir) akan bersara.

“Saya takkan pandang ringan perkara ini. Berikan beliau masa dan teruskan (tugasnya). Itu adalah apa yang beliau katakan kepada saya dan saya menghargai tindakannya.

“Katanya, Anwar, saya telah janji dan saya akan kotakannya. Tapi jangan macam ini – paksa saya, buat saya umumkan tarikh sebenar kerana saya akan jadi (seperti) Perdana Menteri yang tidak berfungsi (lame duck),” jelas Anwar lagi.

Sehubungan itu, Anwar turut mengingatkan bahawa ada perjanjian bertulis berhubung peralihan kuasa tersebut yang menyatakan bahawa Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya beliau akan mengambil alih selepas dibebaskan dari penjara.

Tambah Anwar, tidak adil bagi Tun Mahathir, dirinya dan negara jika orang ramai tidak henti-henti membuat spekulasi berhubung perkara itu.

Justeru, Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson meminta semua pihak tidak terus bertanyakan kepada Dr Mahathir berhubung peralihan kuasa yang sudah dipersetujui itu.

Bagaimanapun semalam, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata di Dewan Rakyat, kekaburan tentang peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar boleh menjejaskan keyakinan pelabur ke negara ini.

“Keputusan pelaburan di Malaysia sangat dipengaruhi oleh kepastian dalam politik.

“Oleh sebab kini wujudnya ketidaktentuan politik berikutan kekaburan berhubung peralihan kuasa, sektor swasta merosot kerana sektor perniagaan tidak sedia membuat pelaburan berikutan hala tuju ekonomi yang tidak jelas,” kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Dalam hal ini, rata-rata ramai yang bersetuju dengan pandangan KJ, tambahan lagi Tun Mahathir sudah berusia lebih 94 tahun dan apa-apa saja boleh berlaku kepadanya dalam bila-bila masa.

Maka itu, kepastian tentang peralihan kuasa atau penyerahan jawatan itu semestinya dipersiapkan lebih awal untuk mengelakkan kekalutan yang sukar dijangka di masa akan datang.

Mengikut janji mulut awal Tun Mahathir sendiri, beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja bagi membolehkannya memperbaiki kerosakan negara dan memulihkan ekonomi.

Tempoh dua tahun bermula daripada tarikh mengangkat sumpah pada 10 Mei 2018 ialah 10 Mei 2020.

Sesuai dengan pandangan KJ yang dipersetujui ramai bahawa kekaburan tentang peralihan kuasa itu mesti segera diberi pencerahan demi kebaikan negara dan agar kesuraman ekonomi dapat dipulihkan, adalah dirasakan sebaik-sebaiknya menjelang awal tahun 2020 iaitu tahun depan, penyerahan jawatan kepada Anwar itu sudah pun ada tarikhnya yang khususnya.

Tidak boleh lagi ketidaktentuan dibiarkan berterusan kerana nampaknya selagi tiada kepastian, lagi banyak kekalutan dalam politik dan kesuraman ekonomi yang berpanjangan.

Bermakna, menjelang awal tahun depan, tarikh untuk Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8, tidak boleh tidak, mesti segera ditentukan bagi mengelakkan segala ketidaktentuan.

Dengan adanya tarikh penyerahan jawatan itu, ketidaktentuan dalam politik dan ekonomi dapat segera ditamatkan.

Dengannya juga, Anwar dapat mempersiapkan dirinya untuk menerajui negara ini.

Dan dengan sendirinya selepas itu tiadalah lagi suara seperti mendesak Tun Mahathir meletakkan jawatan atau pihak berkepentingan yang memintanya menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Bukankah ia sesuatu yang lebih baik untuk kita semua?

Tun Mahathir pun seharusnya rasional dalam hal ini dan tidak hanya memikirkan kedudukannya yang mungkin tidak lagi berfungsi apabila tarikh penyerahan jawatan sudah ditentukan, tetapi harus juga memikirkan kedudukan Anwar dan PH yang turut dilihat tidak berfungsi apabila ketidaktentuan mengenai peralihan kuasa masih lagi berterusan.

Lagi pula, ketika Tun Mahathir pada 2002 dahulu dengan sukarela menetapkan tarikh penyerahan jawatannya pada 31 Oktober 2003 kepada Tun Abdullah Badawi, dalam jangka masa hampir setahun tempoh peralihan waktu itu, adakah beliau menjadi Perdana Menteri yang tidak berfungsi?

Bukankah ketika itu masih banyak projek besar untuk negara, antaranya pembinaan rel berkembar Utara ke Selatan dan Jambatan Bengkok di Johor Bahru masih dapat dipersetujui oleh kabinet? (ShahbudinHusin 15/10/2019)

Kongsikan artikel ini
Updated: 15 October 2019 — 11:41 am

30
Leave a Reply

avatar
7 Comment authors
Lame Duck In The HouseanonymousMAHATHIRVSANWARAnonymousIbnu Ibrahim Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Lame Duck In The House
Guest
Lame Duck In The House

Saya nak lagi 3 tahun. Bolehlah. Saya nak juga.

anonymous
Guest
anonymous

Mungkin ada yang bertanya apakah jalan penyelesaian kepada masalah umat melayu ini? Jawapannya ialah… Tiada penyelesaian. Umat melayu hanya menunggu mati sahaja. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Kita telah diracun tanpa kita sedari dan tak sempat lagi untuk mengambil ubat penawar. Cuma sebelum mati eloklah kita mengucap terlebih dahulu. Kalau nak buat postmortem akan kehancuran umat melayu sebenarnya adalah disebabkan hanya satu sebab sahaja. Walaupun puncanya adalah satu namun sifat kesyaitanannya terlalu banyak hingga tak mampu untuk diruqyah secara serentak. Untuk mengubat penyakit umat melayu memerlukan masa dan kesabaran. Orang melayu perlu mula berjinak jinak ke masjid untuk solat… Read more »

anonymous
Guest
anonymous

Orang melayu di lalikan dengan banyak perkara iaitu hiburan dan juga politik. Orang melayu berpolitik bukan untuk menambah kebaikan tetapi memecahbelahkan. Ini tidak berlaku kepada dap… Dap berpolitik untuk menguatkan cengkaman kaum mereka. Tapi orang melayu masih belum sedar… Bukanlah nak mengata tetapi memang nampak jelas dan nyata apabila berkait rapat dengan melayu semua pemimpin didalam PH agak berhati hati dalam mengeluarkan statement. Tetapi apabila berkaitan dengan bangsa lain mereka akan cepat dan pantas mempertahankan walaupun ia membabitkan kes jenayah. Ini benar benar mendatangkan syak wasangka di mana kita boleh membuat andaian bahawa orang melayu tidak selamat dibawah pakatan harapan.… Read more »

anonymous
Guest
anonymous

Tugas terakhir Tun sebagai perdana menteri adalah perlu memastikan kuasa tidak jatuh kepada pemimpin yang mudah tunduk kepada dap. Tugas ini agak mencabar kerana Tun duduk dikalangan mereka yang mesra dap dan hampir kesemua mereka pernah termakan budi dengan dap di zaman mereka susah dahulu. Dap agak merbahaya kepada orang melayu kerana mereka bijak dalam memelihara orang melayu yang begitu bencikan bangsa melayu itu sendiri. Sebenarnya orang melayu masih belum sedar… Mereka diulit dengan terlalu banyak hiburan. Orang melayu sukakan nyanyian maka lahirlah perbagai rancangan yang berbentuk nyanyian seperti gegar vaganza. Orang melayu suka memperlecehkan orang sambil ketawa maka keluarlah… Read more »

anonymous
Guest
anonymous

Melayu adalah satu satunya bangsa yang apabila berkuasa mereka tidak akan menzalimi bangsa lain tapi yang peliknya mereka akan menindas bangsa sendiri.

Nampaknya benteng terakhir orang melayu adalah Tun. Sekiranya Tun tumbang maka hilanglah kuasa orang melayu secara tak langsung.

Kit Siang dilihat benar benar sukar untuk menjinakkan Tun. Tidak seperti pemimpin melayu lain yang kadangkala kelihatan berpelukan dengan pemimpin dap walaupun macam bermusuh.

Tetapi Tun di lihat agak stabil mentalnya. Beliau tidak berpelukan dengan sesiapa walaupun dalam keadaan tergugat mahupun dalam keadaan gembira.

Sebaliknya seorang taikun pernah tabik spring kepada beliau selepas memenangi pilihanraya.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

KITA DAH SEBUT SEBELUM NI…..HARTA NEGARA DITOMPOK DI PP…. SINGAPORK2…… RM100 Juta Cuba Di Selewengkan Dalam Bajet 2020?…… Dalam Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan dana sebanyak RM100 juta untuk tujuan membina sistem kereta kabel baharu ke Bukit Bendera, Pulau Pinang (BACA DI SINI)… Menjadi satu tandatanya kepada kita, mengapakah kerajaan persekutuan perlu membelanjakan duit rakyat sebanyak RM100 juta untuk tujuan itu? Lebih memusykilkan lagi ialah Bukit Bendera diuruskan oleh operator swasta bernama The Habitat Penang Hill… Syarikat ini diberi hak menguruskan Bukit Bendera dari zaman Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

PH BIADAB TAK PATUT JADI KERAJAAN…..MASIH HIDUP DALAM GUA…..SEDARKAH SIKIT KAU TU DAH JADI KERA….. Majlis Konvo UM Tercemar Siapa graduan biadap yang menjerit-jerit, tayang plakad protes Naib Canselor UM di atas pentas ketika Istiadat Konvokesyen sedang berlangsung? 1. Graduan kejuruteraan tersebut bernama Wong Yan Ke, Presiden UM Association of New Youth (UMANY). UMANY merupakan pertubuhan pelajar Cina UM pro-DAP yang ditubuhkan pada 2001. Video insiden: https://www.facebook.com/177896126093/posts/10156802171361094/ 2. Wong banyak mencetuskan kekecohan sepanjang bergelar siswa UM. Kebiadapannya dalam Istiadat Konvokesyen tersebut adalah rentetan daripada kempennya mendesak Naib Canselor UM, Dr Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan. Wong mendakwa Naib Canselornya itu… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

PH TARGET HUTANG NEGARA JADI RM1 TRILLION PADA 2023…..DEFISIT MAKIN NAIK….HUTANG NAIK……PASARAN SAHAM PALING COROT DALAM DUNIA……IMPORT TAMBAH….EKSPORT KURANG……POKET RAKYAT KERING…..MACAM MANA BOLEH LETAK ECONOMY GROWTH 4.8%?…..MASIH ADA LAGI ASET BELUM JUAL MURAH?…..HUTANG BANYAK PUN BUKAN PH YG BAYAR….. Ucapan #Belanjawan2020 DSN – JANGAN JUAL SAMPAI LICIN , JANGAN HUTANG BERGANDA UNTUK KERAJAAN AKAN DATANG. October 15, 2019 rhg Share UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2020 MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA PARLIMEN KE-14 (2019) 15 OKTOBER 2019 YB DATO’ SERI MOHAMMAD NAJIB TUN ABDUL RAZAK (AHLI PARLIMEN PEKAN) Andaian yang boleh diyakini oleh pasaran domestik dan antarabangsa, adalah antara perkara paling penting apabila… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

TAK BOHONG BUKAN PH… Wang Royalti Kelantan : Lim Guan Eng bohong lagi……. MB Kelantan: Itu wang ehsan, bukan royalti Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob menegaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan. Menurut beliau, kerajaan persekutuan bukan membayar wang royalti sebaliknya hanya wang ehsan. “Kenyataan itu kenyataan tidak benar dan mengelirukan rakyat. Yang dituntut oleh kerajaan negeri ialah royalti minyak atau gas. Yang diberi atau disalurkan adalah wang ehsan. “Apa yang disebut beliau telah mendahului tahun ini pada 7 September adalah mungkin di situ maksud menteri kewangan telah mendahului (bayaran) adalah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Munirah @ Irah gadis Jawa, kian popular nama
Dlm hdup Kejora bak dewi bidadari yg mnjelma
Bagi Irah, hrta bnda & wang tk jdi pilihan utama
Dia nak..jejaka berilmu..baik budi & taat agama
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Irah bijak dalm membuat pertimbangan neraca
Dia dpt bezakan Kejora intan dgn atuk tua kaca
Komen mrapu atuk ‘Ttamu Nraka’ Irah tak baca
Llu, atuk tu curi bunga Kejora buat byangn arca
👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kemunculan Irah, spt cahaya terang benderang
Dlm percintaan, Irah jujur & tdak pernah curang
Bgi dia, cinta yg diberi, hnya utk Kejora seorang
Dan utk Irh..pntun2, tk jemu Kejora reka karang
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Di blog ini lah, Irah temui cintanya yang prtama
Dgn seorang cgu berbakat, penuh dgn karisma
Hnya cinta dri cgu muda itu je, yg dia nk terima
Cinta pertama Irh itu..mnjdi cinta selama-lama
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Irah tk layan cinta murahan berasas hrta benda
Sawah atau ladang luas pun..Irah tk kan trgoda
Kerna Irah nakkan, org dgn ilmu & iman di dada
Dan ciri-ciri lelaki yg sebegitu, cikgu Kejora ada
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Irah tak pndng, kasta bngsa, Minang atau Jawa
Yg Irah maukan..lelaki yg beriman dan brtaqwa
Nk cari pasangan hidup yg kenal quran & fatwa
Kerna Irah mnghrap ke syurga dia akan dibawa
💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Irah dah temui, org, tmpt dia menangis & ktawa
Kebetulan lelaki Irah damba tu handsome lawa
Dilahirkan bijak, bserta dgn kbolehan istimewa
Bagi ckgu tu pula, Irh ibarat pnyambung nyawa
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

anonymous
Guest
anonymous

GENG KATAK PURU BAWAH TEMPURUNG: OTAK CIPUT KEPALA MANCIS RAJIN2LAH BUAT RUJUKAN DAN MEMBACA BERITA YANG SOHIH OK: ADA LEBIH SERATUS KEBAIKAN UNTUK RAKYAT DALAM BUDGET 2020 : KATAK KATAK PURU BAWAH TEMPURUNG @ GENG NAJIB, MAHATHIRVSANUAR,KEJORA DAN GEROBOLANNYA, SILA RUJUK SINI AGAR LEBIH TERBUKA MINDA CIPUT KEPALA MANCIS KORANG TUH!

https://www.amenoworld.org/2019/10/ini-senarai-100-berita-baik-dalam bajet2020.html

Anonymous
Guest
Anonymous

Irah,

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Lmrah dlm brcinta msuh pndngki tk prnah reda
Marah btul depa, bila Irah & abg brmesra canda
Sblm ini depa main fitnh & tohmah abg & dinda
Kini ada pula cai, yg ubah tektik, cara mnggoda
👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

Ibnu Ibrahim
Guest
Ibnu Ibrahim

UNDUR ATOK UNDUR!!!, KAHKAHKAH

Anonymous
Guest
Anonymous

Tn Budin,

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kejora ni sangatlah sensitif dengan tahun 2020
Kini dah mula rasa spt di dlm air badan brpeluh
Irah mgharap..tahun itu ada cahya dpt mnyuluh
Pasal peluang utk mendpt kerja, Irah mengeluh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kejora msih ingat lgi..pd bulan Jun, 8 haribulan
Itulah dtik mula, Kejora mnghulur slm prknalan
Msa tu, Irah tidaklah mnyatakan apa2 kkesalan
Tpi, kbimbangan dia tu sgt jelas dlm perbualan
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

MUNIRAH MARYONO

Tun tak boleh diganggu abang.Kan dia sedang perbaiki ekonomi.Irah masih ingat masa kat skolah rendah dulu,guru cakap tentang wawasan 2020,nak ke negara maju.Bila negara dah maju,tentu peluang pekerjaannya banyak.Irah sebagai student kat universiti harapkan pekerjaan bila abis nanti.

Abang keje ape.Kalau abang dah ada pekerjaan,lain la.Irah camna kalau tak ade keje nanti?Irah nak bawa diri ke mana.

Reply

8 June 2019 11:11 pm

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Sblm wrkh ini..Irah ada komen kt Tn Budin saja
Melihat kelembutan Irah..Kejora rasa spt teruja
Lps tu..Irah citer kerisauannya, tkut tk dpt kerja
Walau baru kenal..dia dgn Kejora begitu manja
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Mula-mula, Irah tidak tahu Kejora ni kerja cikgu
Lps dah tahu, dgn Kejora ni Irah tak le lagi ragu
Utsn wrkh2 mesra, kami mula saling mnunggu
Rntetan itu, rindu spi lara mula le mmbelenggu
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Irah manja ku kini dah tahun akhir kat universiti
Kpd bangsa & negara, dia ingin pulang berbakti
Memikirkan pasal pekerjaan Irah risau dlm hati
Wwasan 2020 gagal..bgai mana nasib Irah nnti
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

Anonymous
Guest
Anonymous

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kata-kata manja dari Irah, amatlah mmpersona
Si dara ayu mngadu, ‘Irah nk bawa diri ke mana’
Tak kan cikgu Kejora biarkan Irah hdup merana
Jika Irah derita, hidup ku ini, dh tk lagi brmakna
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💘💝❤💓💕💖💗💙

Wau Bule
Guest
Wau Bule

Jauh dari bala……….

Biar tarikh lepas kuasa setelah TDM betul2 stable kan negara.

Calon Budin susah sikit….cakap hebat…isi hancus

Ibnu Ibrahim
Guest
Ibnu Ibrahim

Apa Yang Ko MEREPEK NI Awang Bule Hoi… ATOK Ko Tu Ler Yang Jadi PENGHANCUS NEGARA! kahkahkah

Wau bule
Guest
Wau bule

You were born well after malaya merdeka. So STFu

Ibnu Ibrahim
Guest
Ibnu Ibrahim

Ewa Ewa… Ewa Bule… Ewa Bule Teraju Tigo, Ewh TERNYANYI PULAK AKU NI… kahkahkahkahkah