TRAGEDI 1998 – KEKALAHAN TUN MAHATHIR, KEMENANGAN ANWAR

Khairuddin Abu Hassan, seorang pengampu dan pembodek Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini telah memberi amaran kemungkinan akan berulangnya Peristiwa 1998 berikutan desakan yang berterusan agar Perdana Menteri segera meletakkan jawatan untuk Anwar Ibrahim menggantikannya.

Katanya, tindakan keterlaluan dan kurang ajar terhadap Tun Mahathir itu mungkin mendorongnya turun berkempen memberitahu tentang ketidaklayakan Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Jangan sampai Peristiwa 1998 berulang lagi,” tambahnya yang tewas bertanding di Parlimen Jasin dalam PRU14 lalu.

Untuk rekod, Peristiwa 1998 adalah peritiwa di mana Tun Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, menyingkirkannya sebagai ahli UMNO dan kemudiannya memenjarakannya atas pertuduhan rasuah dan liwat.

Meskipun Anwar sempat menghabiskan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah kuasa, tetapi beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004 berhubung sabitan kesalahan liwat.

Jika diimbas kembali, walaupun Peristiwa 1998 itu menampakkan kejayaan Tun Mahathir dalam menyingkirkan Anwar yang merupakan ancamannya ketika itu, hakikatnya selepas itu Anwarlah yang dianggap pemenang sebenarnya.

Selepas menyingkirkan Anwar dan meletakkannya ke dalam penjara, Tun Mahathir kemudiannya bebas berkuasa untuk beberapa tahun sebelum memilih untuk bersara dengan tenang dengan menyerahkan kuasa kepada pengganti yang paling dipercayainya, Tun Abdullah Badawi pada 2003.

Tetapi, jiwa Tun Mahathir ternyata tidak pernah tenang di mana beliau kemudian berbalah dengan penggantinya itu sehingga mengumumkan keluar UMNO dan berkempen secara terbuka untuk menjatuhkan Pak Lah.

Apabila Najib Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir kembali menyertai UMNO semula, namun beberapa tahun kemudian berbalah juga dengan Perdana Menteri pilihannya itu dengan kali ini sekali lagi keluar UMNO, menubuhkan Bersatu serta berusaha mahu menjatuhkannya.

Sementara turun naik mahkamah dan dipenjarakan, Anwar telah menubuhkan PKR dan menggembleng kerjasama yang mantap antara parti-parti pembangkang selepas dipecat sehingga berjaya buat pertama kalinya menafikan majoriti dua pertiga BN serta merampas lima negeri pada PRU 2008, Tun Mahathir sebaliknya sentiasa dibelanggu jiwa kacau dan tidak tenteram jiwa selepas bersara.

Di bawah Pak Lah beliau tidak tenang jiwanya dan semasa Najib jadi Perdana Menteri, jiwa kacaunya bertambah-tambah lagi, walhal tujuannya bersara pada 2003 adalah untuk berehat dan menghabiskan sisa-sisa usia dengan tenang.

Dengan keluar UMNO sebanyak dua kali, Tun Mahathir barangkali mencatat rekod sebagai satu-satunya ahli UMNO yang paling tidak setia kepada parti, walaupun ketika menjadi Presiden UMNO beliau berkali-kali memberi nasihat agar semua orang setia kepada parti dan pemimpin.

Dalam usaha untuk menyingkirkan Najib, Tun Mahathir jelas telah hilang upaya sehingga tidak nampak pilihan lain melainkan sanggup berbaik dan bertemu kembali dengan Anwar yang pernah dipecatnya dahulu.

Mujur ketika itu Anwar ada perbicaraan di mahkamah, maka berdamailah mereka berdua pada 2016 di mahkamah.

Jika tidak, tentu Tun Mahathir sanggup menapak ke penjara mencari Anwar, sedangkan tempat itulah beliau menghumbankan Anwar demi untuk mengekalkan kuasanya pada 1998 sebelum ini.

Pada PRU14, semua calon PH, termasuk Tun Mahathir telah bertanding dengan menggunakan logo PKR, parti yang ditubuh dan diasaskan oleh Anwar berikutan PH tidak diluluskan pendaftarannya.

Jika sebelum ini Tun Mahathir yang selalu memberi surat watikah kepada calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya, tetapi pada PRU14 lalu, kelayakan beliau dan semua calon PH untuk bertanding adalah atas watikah isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR.

Selepas PH berjaya menumbangkan BN pada 2018, walaupun Tun Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, namun beliau terpaksa akur dengan konsensus di mana Dr. Wan Azizah adalah timbalannya serta Anwar sebagai penggantinya.

Jika pada 1998, Tun Mahathir telah memecat Anwar yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri serta dilihat sebagai bakal penggantinya, 20 tahun kemudian iaitu pada 2018 beliau terpaksa menerima hakikat Anwar adalah bakal penggantinya sekali lagi di samping isteri Anwar sebagai timbalannya dalam menguruskan kerajaan semasa.

Jika pada 1998, Tun Mahathir yang menghantar Anwar ke penjara, pada 2018 beliau jugalah yang mengeluarkan Anwar daripada penjara dan memohon pengampunannya.

Bermakna, sejak Peristiwa 1998, di sebaliknya jalan yang panjang dan berliku-liku, Anwar sentiasa meraih kemenangan di penghujungnya.

Bagaimanapun, kemenangan mutlak buat Anwar akan tercatat tidak lama lagi apabila beliau sah menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir sebagaimana konsensus yang telah dipersetujui.

Sebaliknya, selama 20 tahun bermula daripada 1998, usaha Tun Mahathir “membunuh” karier politik Anwar tidak pernah berjaya sehingga akhirnya beliau akur untuk berbaik semula, mengguna tiket PKR serta menumpang kekuatan parti-parti pembangkang yang dimulakan oleh bekas musuhnya itu untuk menjatuhkan Najib.

Realitinya, tanpa nama Anwar dan segala usaha yang digerakhkannya sejak 1998, Tun Mahathir tidak mungkin mampu menumbangkan Najib dan barangkali akan mengakhiri hidupnya dengan penuh kegagalan, kesedihan serta kekecewaan.

Anwar dan segala usahanyalah yang menukar kegagalan Tun Mahathir kepada kejayaan bersama.

Maka, jika Khairuddin memberi amaran mungkin berulangnya sekali lagi Peristiwa 1998, sesuatu yang harus difikirkannya ialah bukan apa jadi kepada Anwar selepas itu, tetapi apa sudahnya kepada Tun Mahathir dan legasinya kemudian nanti.

Bagi Anwar, dipenjara, diaib, dipukul dan dimalukan seluruh keluarganya telah terbukti tidak mampu “mematikannya”, malah jika sekali lagi semua itu terpaksa dilaluinya, ia bukanlah masalah besar baginya.

Soalnya, sanggupkah Tun Mahathir, dalam usia 94 tahun sekarang ini sekali lagi “berkelahi” dengan Anwar? (Shahbudindotcom 03/10/2019)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 3 October 2019 — 11:14 am
Subscribe
Notify of
guest

34 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymousk
Anonymousk
4 October 2019 6:25 am

Tahun 98 madey nak lenyapkan karier politik anwar ibrahim dgn fitnah dan penjarakan anwar…

Masa najib fitnah anwar madey masih main peranan untuk penjarakan anwar…

Pru14 madey sembah anwar untuk tolong jatuhkan najib dgn janji serah kuasa selepas 2 tahun…

Selepas menang pru14 madey nak belit anwar tak mau serah kuasa…

Anwar sudah bagi signal madey mesti serah kuasa…madey boleh dipecat oleh majlis presiden…madey bukan pengerusi yg berkuasa penuh dlm PH…madey cuba main kotor madey yg akan terguling…

Penjilat madey gelisah…cuba sabotaj..

Anonymousk
Anonymousk
3 October 2019 11:32 pm

Madey lantik Pak lah…madey desak duruh undur….madey lantik najib madey desak duruh undur….2 pm pilihannye tidak jaga kroni dan anak branak madey…kalo jaga kroni dan anak branak madey mereka selamat…rompak lah banyak mana pon madey tak kisaah… Seblm pru14 madey sebut jadi pm 2 tahun cukup…sudah jadi pm naik 3 tahun plak… Kroni dan anak branak madey blm bertambah kaya…masih dlm perancangan…tanah kg Baru blm selesai…lebuhraya plus dan gamuda blm diambil alih…ecrl kroni dapat cikit sangat…5G blm boleh dilaksanakan…serawak tak mau bergabong dgn madey…balak tak ade pluang… Petron dapat kontrak bekal minyak kpd keenderaan kerajaan bukan untung besar…MAS blm stabil… Read more »

Anonymousk
Anonymousk
3 October 2019 11:16 pm

Selepas TUN jadi PM. Bursa hilang nilai hampir RM144 billion. Sapa kata TUN hebat. Dulu hebat la skrg mana ada. Dia rasa dia hebat. Orang buta pun tahu dia tak hebat. Pasal tu arahan dia di kementerian takda sapa yang ikut.

Anonymousk
Anonymousk
3 October 2019 11:15 pm

98 akan berulang?…khairudin botox lupa kot….madey bukan pengerusi BN lagi…pengerusi PH tak ada kuasa penuh….pengerusi PH boleh di pecat oleh suara majoriti majlis presiden yg terdiri 4 parti gabongan…

.adey hanye ada kuasa PM…nak gitnah anwar sekali dgn berkondpirasi?….silakan kalo berani….dgn DAP pon madey takut…

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
3 October 2019 6:34 pm

BN DULU GANGSTER…..DATANG PH TERRORIST LAH PULAK…..KENAPA LAA SIBUK SANGAT NAK LANTIK BAPOK JADI PM….CUBA KENGKAWAN FIKIR LAH SIKIT…. PEMIMPIN AKAN BAWA NEGARA IKUT APA IDEOLOGY YG DIPEGANG….BAPAK IDEOLOGY APA?….DAN BAPOK IDEOLOGY APA?….KALAU IDEOLOGY BLOK BARAT PANDANG USA DLL….KALAU IDEOLOGY BLOK TIMUR PANDANG RUSSIA,,,CHINA DLL….CUBALAH FIKIR WARAS SIKIT…. SAMPAI BILA NAK KENA TIPU…..NANTI IDEOLOGY YG ANDA BAWA DITANYA DALAM KUBUR….. Cubaan Susahkan Pembangkang, Rakyat Pasti Akan Tolak PH Sekali Lagi – ……… KUALA LUMPUR, 1 Okt – Walaupun diberi tekanan awal, ia tidak mematahkan semangat ahli serta pendukung parti khususnya Puteri UMNO untuk ‘all out’ di Pilihan Raya Kecil (PRK)… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
3 October 2019 4:48 pm

Fenomena “Madey When?” akan terus menghantui Tanjung Piai. Belum lagi campur fenomena kunyit Menteri Ekonomi semburit Madey. Nak counter guna isu Jibby ke Maruah Melayu DKK? Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
3 October 2019 4:22 pm

Macai Madey dicadangkan tengok movie “THE DEATH OF STALIN”. True historic black comedy. Sudah tua nak mati but still want to cling to power. Nobody cares about Madey. Rakyat just watch with LOL. RM4.20 sudah dua bulan. Saham jatuh teruk rupanya fenomena “Madey When?” lagi. Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
3 October 2019 4:29 pm

By the way Khairuddin = Steve Buscemi. Hail (the corpse of) Stalin! Kahkahkah!

irkiz
irkiz
3 October 2019 4:18 pm

ISTERI ANWAR TIDAK SIBUK SEBAB APA YANG KITA SIBUK MENYIBUK. INI MESTI ADA UDANG SEBALIK BATU.

irkiz
irkiz
3 October 2019 4:16 pm

Nak bincang apa lagi? – TPM jawab isu peralihan kuasa M Fakhrull Halim dan Fadhli Sulaiman | Diterbitkan Hari ini 12:31 tengahari | Dikemaskini Hari ini 1:56 tengahari Tidak ada keperluan untuk membincangkan soal pelan peralihan kuasa perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Aziah Wan Ismail. Walaupun mengakui tidak mengetahui secara terperinci tentang agenda mesyuarat itu nanti, Dr Wan Azizah bagaimanapun berkata soal peralihan kuasa perdana menteri adalah satu hal yang sudah dipersetujui bersama. “Saya rasa ia sudah dipersetujui bersama. Jadi saya… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
3 October 2019 4:37 pm
Reply to  irkiz

Itulah contoh seorang Melayu yang bagi muka kepada kaki penipu macam Madey DKK. Melayu yang tak hina bangsa dan agama sendiri.

Halusnya sampai macai Madey DKK yang terima kata-kata WAWI = meludah Madey DKK sendiri yang tidak tahu buat kerja, kaki tipu putar belit dan suka memaki bangsa dan agama sendiri. Kahkahkah!

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
3 October 2019 4:13 pm

TAAWUN ADALAH KONSEP ALQURAN UNTUK PERSEFAHAMAN UMUM DALAM SALING MEMBANTU DALAM PERKARA KEBAIKAN DAN TAKWA….SALING MENCEGAH DALAM PERKARA DOSA DAN PERMUSUHAN…..KONSEP INI TIDAK MENGIKAT ….SALING BOLEH TEGUR MENEGUR DAN BEBAS MENGKRITIK…..TIDAK TERIKAT UNTUK BUAT BUAT KEPUTUSAN…… Beza Muafakat Nasional dari Tahaluf Siyasi…….. Oktober 03, 2019 KUALA KRAU: Muafakat Nasional dimeterai atas segerak pada persamaan dasar yang diperjuang dan dipertahankan bersama iaitulah kepentingan serta hak agama Islam dan Melayu Bumiputera. Namun, pada prinsip dan kesetiaan, masih tetap kepada pegangan parti masing-masing, demikian penjelasan diberikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Andansura Rabu, kelmarin dahulu. Penerangan ini sebagai menjawab pertanyaan mengenai perbezaan Muafakat… Read more »

irkiz
irkiz
3 October 2019 4:10 pm

https://www.youtube.com/watch?v=iImC8tNOAe0
Jangan lupa wajib tengok video ini.

Wau bule
Wau bule
3 October 2019 4:13 pm
Reply to  irkiz

Good one bro.

Wau bule
Wau bule
3 October 2019 4:04 pm

To Shahbudin and Anwar’s boys HOPELESS DREAMER Oh oh oh oh Oh oh oh oh Used to be such a hopeless dreamer Living in the morning wasn’t any easier for me Seems like everything was always up against me yes I have my reasons in my feelings So long want to sink Hopeless dreamer Hopeless dreamer Oh oh oh oh Oh oh oh oh Yes I’m still such a hopeless dreamer Now I’m walking in a place where things are getting clearer I can see There’s no any other way but to surrender Given to the ride that we imagine… Read more »

ApaNama
ApaNama
3 October 2019 3:56 pm

madey takut ngan langkah kajang. tu dia fitnah anwar rakus kuasa

juragang
juragang
3 October 2019 3:44 pm

Tiga hari lagi, Melayu akan berkumpul, merajut ukhuwah
Stelah skian lama oleh UMNO PAS mreka dipecah belah
K`grs Maruah, Melayu akn hadir stdium melimpah ruwah
Nmpak sngt macai2 luncai UMNO PAS parah mngelabah

Anonymous
Anonymous
3 October 2019 3:47 pm
Reply to  juragang

Juburgang,

Kita pun bleh baca..akn sbnar punya keadaan
Ramai Mlyu yg akn hadir nanti kerna paksaan
Wajib dihantar pserta dr stiap jbatan kerajaan
Yg dari badan swasta pula..akan diberi tajaan
👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh

juragang
juragang
3 October 2019 7:17 pm
Reply to  Anonymous

Ha ha Kjora, kita pon bleh baca korang pnya prsaan
Tntu jntong korang bdntum rasa mcng nok pengsan
Kngres Maruah Melayu tu nnti pasti bebekas kesan
UMNO Pngkiant Melayu boleh siap2 lari pg tongsan

najib bini rosmah
najib bini rosmah
3 October 2019 3:25 pm

Sudah tua mahu mati pun Madey tak mahu insaf lagi. Bikin tak serupa cakap, cakap tak sama bikin, muka kaki tipu macam Madey Rakyat tidak boleh percaya.

Mahu bikin susah Rakyat, Madey sanggup tipu dan tipu lagi. Sekarang Madey nak ugut Rakyat guna GST? Madey berambus. Polisi cukai ubah kalau you mati siapa yang gila nak ikut lagi? We are waiting for new leader. Old one please get lost. Kahkahkah!

Anonymous
Anonymous
3 October 2019 2:37 pm

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Melayu penderhaka PH, kini di dlm keresahan
PRU15, PH dpt jangka awal, tk mmpu brtahan
Lalu dibuat kngres Mlyu, sbg pblisiti murahan
Dah tentu, boss besar nnti akan buat kerahan

Kita pun bleh baca..akn sbnar punya keadaan
Ramai Mlyu yg akn hadir nanti kerna paksaan
Wajib dihantar pserta dr stiap jbatan kerajaan
Yg dari badan swasta pula..akan diberi tajaan
👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
3 October 2019 2:24 pm

IBARAT JIBENG BAGAIKAN TOYOL…… WALAUPUN TELAH DISABITKAN KESALAHAN RASUAH DAN DIPENJARA. TAPI MASIH BERSUARA….APA SALAHNYA KAN…. ITULAH KEBEBASAN BERSUARA NAMANYA…..PATUT BAPOK DIBERI LAYANAN SAMA OLEH PARTI KUNYIT…..TAK PERLULAH NAK DIANGKAT JADI PM….EX CONVICT EVEN PARDONED….AGONG PUN DIDESAK OLEH PARTI JAMBAN PH…..PATUT PARDON KENA DATANG DARI MAHKAMAH….. Biar BN kalah di Tanjung Piai demi kemenangan lebih besar……. Oktober 03, 2019 BN disarankan meletakkan calon dari MCA bagi merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan nanti, kata Dr Khir Toyo. Bekas menteri besar Selangor itu berkata, ia penting untuk Umno menghantar isyarat jelas bahawa Muafakat… Read more »

Anonymous
Anonymous
3 October 2019 2:16 pm

Th1998, menggamit kembali, kenangan silam
Nuat kena tumbuk sampai mata lebam kelam
Lps itu, Nuat dihumban pula, masuk ke dalam
Kni, dia dgn TDM pura2 berbaik dan bersalam
👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
3 October 2019 2:10 pm

PH PARTI SYAITAN…..BAWA NEGARA KEPADA BANGKRAP DAN FAKIR MISKIN…..BAWA NEGARA KEPADA KEBANGSATAN KEKEJIAN LGBT PLURALISM LIBERALISM…… Kalau Dividen LTAT 2%, Berapa Pula ASB?…… Oktober 03, 2019 KUALA LUMPUR – Nasib Permodalan Nasional Berhad (PNB) diharapkan tidak serupa dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang aset-asetnya dilupuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menaruh harapan agar agihan dividen terendah yang diumumkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) baru-baru ini, tidak dialami oleh Amanah Saham Bumiputera yang diuruskan oleh PNB. “Saya berharap agar Permodalan Nasional Berhad tidak menerima ‘nasib’ yang sama seperti Khazanah Nasional Berhad… Read more »

ahmad
ahmad
3 October 2019 4:14 pm

Jangan salahkan PH. Salahkan Tun M. Reformasi telah dirampas. Whatever Tun m bawah PH lagi baik dari BN. Tp rakyat expect more. itu aje. Seteruk-teruk Mat Sabu, kalaupun teruk tetap lagi baik dari Hisham.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
3 October 2019 1:52 pm

Manifesto Madey half done Madey you can carry to your grave maaaaah. Rakyat don’t want to be part of your half done manifesto. You should die working 18 hours without progress. You don’t have Malay support anymore and even Chinese and Indian want to change you. Kahkahkah!

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
3 October 2019 1:42 pm

KALAU BERSEKONGKOL DENGAN PARTI SYAITAN PH BUKANLAH PATRIOT NAMANYA…..ITU DAH JADI PAROT KENA PLASTER MULUT……

Mulut Patriot ‘Terkunci’ 7 Bulan Lalu…….
Oktober 03, 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang didakwa mengunci mulut selama tujuh bulan ketika Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) lewat mengumumkan agihan dividen 2018.

Bagaimanapun, katanya, Patriot ‘hidup kembali’ apabila Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dikritik hebat selepas mengumumkan dividen LTAT paling rendah kepada 2% dalam sejarah.

“Nampak sangat slogan depa sudah bertukar dari “Selamatkan Malaysia” menjadi “Selamatkan Menteri-menteri PH”,” kata bekas Perdana Menteri itu.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
3 October 2019 1:36 pm

Manifesto Madey terus menjadi keutamaan untuk dilaksana. Madey kekal kencing lawas ke muka pengundi PH. Berambuslah Madey. Manifesto kamu tidak disokong oleh pengundi PH. Madey boleh bawa manifesto sendiri ke kubur. Madey jangan nak sabotaj manifesto PH. Bangsat manifesto Madey! Kahkahkah!

najib bini rosmah
najib bini rosmah
3 October 2019 12:32 pm

Madey jiwa kacau? Penjilat dan tukang tilik nasib dia siap beri label Madey Panglima Tua, Madey Pemuda Bani Tamin dan Madey Pembawa Panji Hitam. Karut-marut dan penuh syubhat punya nak jilat pungkok Madey. Mana si tua 94 tahun tak jiwa kacau kalau semua kroni musibat, kawan keparat dan anak sedara mara kerabat jadi penghasut suruh kerja sampai 18 jam copy paste dasar legasi BN? Manusia-masnusia tak ada otak dan tak ada hati perut paksa orang tua yang below par, buek habih boreh yo. Saham turun lagi hari ini tak ada angin ribut. Zaman Najib terduduk sampai 1550 mata pasl 1MDB.… Read more »

ahmad
ahmad
3 October 2019 11:54 am

Tanpa anwar, rejim Bn akan serakus-rakusnya hingga kini. Pas kuat kerna anwar. Nik aziz dikenali diluar kelantan pun kerna Anwar. Kebenaran pakai tudung oleh penjawat awam pun kerna anwar.UIA n bank Islam serta perbankkan Islam di Malaysia pun kerna Anwar. kroni anwar seperti Yahaya Ahmad hebat. Tak boleh dirasuah oleh tauke Cina. Kroni Tun Mahathir semua tak boleh pakai. anwar akan menyediakan platform untuk Islam bangkit. Generasi baru yg bijak dan baik akan mula berani kedepan terutama dlm kalangan penjawat awam yang ketika ini masih dibelenggu ketakutan untuk bersuara. Selepas itu generasi baru Islam di Malaysia akan terbentuk fikirannya berfikrah… Read more »

alliwati
alliwati
3 October 2019 2:34 pm
Reply to  ahmad

hanya jauhari mengel manikam
apa kamu tau pasal nuor, sebenar-benarnya..??
kamu tau ke sapa kroni2 nuor, sebenar-benarnya??
yelek pocit….

adakah nuor layak??

frasa ni kita suka:
“Tetapi bagaimana hebatpun perancangan manusia hanya Allh yang menentukan” – ni baru betul..

jadi sapa yg di “favor”kan & ditentukan oleh Allah SWT..??
pikior leeee…

ahmad
ahmad
3 October 2019 4:04 pm
Reply to  alliwati

Secara keseluruhan Anwar tetap lagi baik dari Tun M. Hasil pemerintahan tun M sudah diketahui umum. Apakah tun M perlu lg 10 tahun utk berjaya sbg PM. Tanah reserve melayu hilang paling bnyak zaman siapa? Anwar pro kpd Islam. Orang yg tidak berfikrahkan islam saja berfikiran Tun M lagi baik dari Anwar.Adakah saudara cukup mengenali Tun M. Nampak benar saudara tidak mengenali Tun M.kalau Anwar jd Pm 20 tahun yg lepas saya pasti generasi emas islam sudah muncul di Malaysia. Malaysia tidak pernah jd asian Tiger pun. Yg ada hanya little tiger. Malaysia gagal memanfaatkan pemindahan teknologi zaman Tun PM… Read more »

najib bini rosmah
najib bini rosmah
3 October 2019 3:03 pm
Reply to  ahmad

Kroni Madey lapar lagikah? Madey belum bagi cukup kenyang lagikah? Kroni Madey kebulur sangat ke? Cukup-cukuplah susahkan Rakyat sejak dahulu. Berambus Madey! Kahkahkah!

Raza
Raza
3 October 2019 11:36 am

👍👍👍👍👍👍👍