EZAM SERU SOKONG SYED HUSIN ALI, DAKWA TUN M PEJUANG PALSU

1. Kenyataan keras dan tegas Dr Syed Husin semalam pasti mengundang pelbagai reaksi.

2. Beliau memberi peringatan jelas kepada pelopor dan pejuang Reformasi bahawa mereka wajib terus kental dan tegas pertahan prinsip dan semangat reformasi.

3. Kedudukan dalam kerajaan tidak boleh menjadi alasan untuk mereka kendur daripada terus berjuang melakukan perubahan dan reformasi didalam negara ini lebih2 lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin parah, yang kaya terus kaya, elit terus bermaharajalela dan rakyat biasa semakin melarat dan papa kedana.

4. Syed Husin mempunya asas moral untuk memberi teguran keras ini. Beliau pelopor sebuah perjuangan rakyat yang panjang. Menjadi korban dan mangsa regim zalim. Pernah hilang hak meneruskan kerjaya mendidik sesuai kelayakannya yang cemerlang.(menerima PhD di LSE,universiti terkemuka dunia). Dan pernah dihumban dan merengkok bertahun2 didalam penjara.

5. Saya mendokong penuh kenyataan beliau. Sebagai seorang yang pernah memainkan peranan kecil di awal era reformasi saya dan ramai sahabat2 seperjuangan dapat merasakan concern dan keperihatinan Syed Husin didalam mempastikan agenda reformasi terus dijulang di negara ini.

6. Dalam suasana negara yang semakin celaru dan keliru, dengan percaturan jahat kelompok elit yang sekarang berada diluar kerajaan dan juga sebahagian daripadanya berada didalam kerajaan sendiri yang mula memainkan sentimen sempit bangsa dan agama, sikap dan tindakan Syed Husin dan setiap pejuang tulen reformasi mesti disokong, diperkuat dan diperhebatkan demi kelangsungan cita2 kita melihat perubahan dan reformasi benar2 berlaku di negara ini.

7. Reformasi, islah adalah tuntutan agama dan sirah, teladan jelas yang pernah di tunjukkan dengan jelas oleh Rasul2 Agung kita Nabi Ibrahim AS dan Muhammad SAW. Melawan penguasa yang melanggar perintah Allah SWT dan tidak menjunjung prinsip keadilan adalah satu kewajiban dan asas bagi perjuangan reformasi.

8. Pada hemat saya perintah Allah yang paling relevan didalam konteks dunia hari ini khususnya di Malaysia dimana kelompok elit terus berkuasa dan kaya raya manakala rakyat biasa semakin terhempit adalah Firman Allah yang jelas didalam Al Quran Surah Al Hasyr ‘Jangan biarkan harta kamu hanya berlegar2 dikalangan orang2 kaya dan berkuasa dikalangan kamu’.

9. Maka, saya menyeru seluruh jiwa yang benar2 menghayati semangat dan prinsip reformasi ini bangkit mendokong kenyataan dan peringatan Syed Husin ini demi mempastikan semangat dan cita2 murni dan sebenar reformasi dan islah ini tidak dikhianati dan dirompak oleh kalangan mereka yang mengaku kononnya mahu melakukan reformasi tetapi sebenarnya sama sekali tidak berbeza dengan agenda musuh2 reformasi dan islah itu sendiri.

10. Saya gesa pemimpin2 reformasi palsu hari ini termasuk PM berhentilah menipu rakyat dengan pernyataan2 palsu dipentas dunia dan PBB kononnya pejuang keadilan dan menentang kezaliman. Tidak ada maknanya bercakap soal maruah sekiranya rakyat semakin merempat dibumi sendiri ,menteri2 anak emas dan anak sendiri yang berlaku sumbang dan songsang terus menjadi menteri. Memalukan.

10. Tun Mahathir jelas gagal mempertahankan prinsip dan semngat reformasi samada secara sengaja atau tidak. Dan atas semangat dan prinsip reformasi dan demi kelangsungan hidup rakyat miskin yang semakin terhimpit saya menyarankan agar Tun Mahathir berhenti daripada jawatan PM dalam kadar segera agar proses reformasi sebenar boleh dilaksanakan tanpa tangguh lagi.

Mohamad Ezam Mohd Nor

30 Sept 2019, 1 Safar 1441H.

Kongsikan artikel ini
Updated: 30 September 2019 — 11:55 am

8
Leave a Reply

avatar
5 Comment authors
SawaludinlaminApaNamaMAHATHIRVSANWARnajib bini rosmahirkiz Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Sawaludinlamin
Guest
Sawaludinlamin

Pak syed outside d box, si ezam ni pulak otaknya inside d 4 box yg dia simpan dari dulu hinga skrg. Cheerio

ApaNama
Guest
ApaNama

PAS/AMENO tunggu apa lagi….anwar dah maafkan sume sekali. tarik balik tongkat yg diberi pada madey. letak tepi jap perbezaan politik.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

BOLEH DI KATAKAN AHLI D4P MAJORITY NYA ADALAH BUDDHIST ……CUMA BARISAN PEMIMPIN MEREKA EVANGELIST….SEPATUT MINORITY IKUT MAJORITY….. KENAPA KEADAAN TERBALIK BOLEH BERLAKU…..JADI SEBENARNYA FAKTOR BANGSA LEBIH KUAT DARI AGAMA….. D4P ANTI TEOKRASI TAPI KENAPA MEREKA ADA CITA2 TERPENDAM KE ARAH ITU….. Forum Naratif Malaysia Baharu, apa tujuannya……September 30, 2019 SAYA merujuk kepada Forum Naratif Malaysia Baharu yang diadakan pada 14 September 2019 di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor. Ia dibuka oleh Steven Sim Chee Keong dan ditutup oleh Michelle Ng Mei Sze. Eloklah kita tahu sedikit mengenai latar belakang kedua-dua nama yang tersebut di atas, moderator dan ahli-ahli… Read more »

najib bini rosmah
Guest
najib bini rosmah

Rakyat tak mahu seekor lagi Kleptokrat lahir di Malaysia angkara politik busuk Madey. Madey GET LOST! Kahkahkah!

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

MENGIKUT ALBERT PIKE DAN MAZZINI…..KUMPULAN GOYIM AKAN DIBAHAGI DUA…..KUMPULAN AGAMA AKAN DI PLURALISASI DAN DILIBERASIKAN KEPADA DOMINIONISM CHRISTIANITY……SEMENTARA GOYIM YG MATERIALISTIC AKAN DIREVOLUSIKAN KEPADA ATHEISM…..BILA SAMPAI KEMUNCAK CHRISTIANITY DAN ATHEISM AKAN DIHANCURKAN KEPADA LUCIFERIAN ISM…….NEW NATIONAL ORDER LEBIH CENDERUNG KEPADA ATHEISM….. Kerana Kerajaan PH Tidak Tegas Terhadap Penghina Rasulullah.. -September 26, 2019………. Isu agama tiba-tiba menjadi topik hangat selepas PH memerintah, malahan isu bangsa juga menjadi bualan sejauh mana kerajaan PH mampu meredakan dan menunjukkan komitmen terhadap bangsa majority dan agama perlembagaan. Isu hina nabi muhammad saw bukanlah isu baru, malah sejak era pemerintahan BN lagi isu ini sentiasa ada… Read more »

najib bini rosmah
Guest
najib bini rosmah

Madey PM ke 7 yang gagal. Boleh berambus. Kahkahkah!

irkiz
Guest
irkiz

Jangan jadikan peristiwa hitam 1998 berulang – Khairuddin bidas Syed Husin News | Diterbitkan 29 Sep 2019, 10:02 malam | Dikemaskini 29 Sep 2019, 10:02 malam Khairuddin Abu Hassan yang merupakan penyokong kuat Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak layak memimpin negara dan mencadangkan akan berkempen untuk menghalang kebangkitan politik MP Port Dickson itu. Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap pemimpin veteran PKR Syed Husin Ali yang mengkritik Dr Mahathir kerana tidak meletakkan komitmen terhadap pelan peralihan kuasa yang jelas dan mempertikaikan sekiranya pemimpin PH sudah tidak lagi mampu untuk membantah perdana menteri. “Saya… Read more »

irkiz
Guest
irkiz

Menjawab Syed Husin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | Diterbitkan Hari ini 8:59 pagi | Dikemaskini Hari ini 9:00 pagi Tulisan saya ini adalah reaksi setelah saya membaca rencana tulisan Dr Syed Husin Ali yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Dr Mahathir Mohamad. Saya memohon izin untuk mengupas satu demi satu dan menjelaskan mengapa kenyataan Syed Husin dilihat tidak bertanggungjawab dan terpesong. * “Mahathir tidak boleh dipercayai. Rakyat mendesak transisi kepimpinan kepada Anwar Ibrahim” Saya percaya bahawa sudah berulang-ulang kali Mahathir memaklumkan beliau menghormati keputusan Majlis Presiden PH berkenaan status beliau sebagai perdana menteri dan hala tuju masa hadapan.… Read more »