WAHAI PAS, MULAI ESOK BERILAH SOKONGAN MORAL KEPADA NAJIB DI MAHKAMAH!!

Dulu ketika era Najib Razak, Pas hanya sembunyi-sembunyi tentang hubungannya dengan UMNO.

Walaupun diketahui dan difahami tindakan Pas bertanding sendirian dalam PRU14 adalah untuk memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada BN mengekalkan kuasa, mereka tidak pernah mahu mengakuinya.

Dikatakan semua itu fitnah dan dusta belaka serta macam-macam hujah mereka beri untuk menafikannya.

Tetapi, setelah peranan menjadi kuasa ketiga tidak bermakna dan UMNO akhirnya hilang kuasa dalam PRU14 lalu, Pas tidak menunggu lama untuk menjalin hubungan yang rasmi dengan parti itu.

Pada 14 September lalu, kira-kira setahun empat bulan setelah UMNO jadi pembangkang, sama kedudukan dengan Pas – kedua-dua parti mengikat hubungan mereka melalui Piagam Muafakat Nasional yang menjadikan mereka kini satu hati dan satu jiwa dalam politik kuasa.

Terpiagamnya hubungan kerjasama secara rasmi itu dengan sendirinya mengesahkan adanya hubungan belakang tabir dan sembunyi-sembunyi selama ini.

Jika tidak, bagaimanakah hanya dalam tempoh 16 bulan saja suatu ikatan rasmi berjaya ditandatangani tanpa banyak masalah?

Apa pun, sesuai dengan hubungan satu hati dan satu jiwa itu, UMNO dan Pas kini tidak perlu sembunyi-sembunyi atau malu-malu lagi memberitahu dunia tentang ikatan rasmi mereka.

Ibaratnya kini, kalau paha UMNO kena cubit, Pas wajib terasa sama. Jangan buat-buat tak tahu dan malu-malu macam dulu lagi.

Sesuai dengan itu, oleh kerana Najib Razak kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah berkaitan skandal 1MDB, Pas tidak harus meletakkan dirinya sebagai penonton semata-mata sebagaimana sebelum ini.

Selepas terjalinnya kerjasama secara rasmi dengan UMNO itu, Pas wajib menunjukkan simpati dan sokongan kepada Najib secara terbuka.

Mulai esok, para pemimpin dan ahli Pas seharusnya mulai mulai hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tujuan itu.

Dimulai dengan Hadi Awang, kemudian Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain pemimpin utama Pas, mereka tidak ada pilihan lagi selain perlu untuk menunjukkan muka mengiringi hari-hari perbicaraan Najib bermula esok hari.

Selepas itu, Pas juga mesti mengerahkan ahli-ahlinya untuk turun seramai yang boleh setiap kali perbicaraan diadakan.

Kalau dalam kes Anwar Ibrahim sebelum ini, pimpinan dan ahli Pas boleh hadir beramai-ramai berpanas dan berhujan ke mahkamah, tiada sebab mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama kepada Najib.

Jika itu dapat dilakukan, maka barulah lebih bermakna adanya hubungan kerjasama dan sehati sejiwa dengan UMNO itu.

Janganlah hanya di Dewan Merdeka PWTC yang berhawa dingin saja Pas sanggup hadir beramai-ramai, tetapi tidak pula sedia menunjukkan muka perkarangan mahkamah di Jalan Duta yang terbuka.

Lagi pula, cuaca ketika ini tidaklah panas sangat, cuma hanya perlu memakai topeng penutup hidung saja kerana jerebu sedang melanda negara. (Shahbudindotcom 16/09/2019)

Updated: 16 September 2019 — 6:22 pm

55 Comments

Add a Comment
  1. Terimakasih artikelnya, sangat bermanfaat dan membantu sekali. Kunjungi juga website kami di https://kontraktorjogja.co.id/ . Sukses selalu

  2. kesian tgk kepada yg xsuka gabungan pasumno…Alhamdulillah 2 parti melayu islam bersatu..kesian pada yg xsuka…

  3. Tak payah Meroyan lah saudara.Benda dah lepas .Move On saja..Penyatuan Ummah Itu baik.Kalau nak di ungkit kisah kisah dunia nie sampai kiamat pun tak selesai..

  4. BAPAK KRONI NEGARA DAH MASUK PERANGKAP KE APA..

    Projek rundingan terus: Tular pula surat syarikat dengan sokongan Tun Mahathir
    ……..

    Sepucuk surat daripada syarikat pembinaan PDM Builders Sdn Bhd kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kelantan tersebar hari ini.

    Ia susulan penularan surat Kementerian Kewangan kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri.baru-baru ini berkaitan penganugerahan kontrak rundingan terus kepada syarikat berkenaan.

    Dalam surat yang tular hari ini, tertera tulisan Dr Mahathir yang menyebut ‘Menteri Kewangan bahawa projek itu telah diberikan bagi pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu Kelantan dengan kos RM450 juta’.

    “YB Menteri Kewangan, projek ini telah diberikan kepada PDM Builders Sdn Bhd. Jika mereka dapat kurangkan kos, tender baru tidak perlu,” tulis nota dalam surat berkenaan.

    Juga disertakan cop Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 4 Mac 2019.

    Dalam surat berkenaan, syarikat terbabit mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongsan dan kelulusan kepada projek itu.

    “Pihak kami amat berharap atas sokongan dan kelulusan Tun untuk syarikat saya meneruskan projek ini memandangkan syarikat saya telah mengeluarkan modal wang ringgit tenaga dan masa begitu banyak.

    “Kami amat yakin dapat menyelesaikan projek ini dengan jayanya jika diberi peluang melaksanakan projek ini berdasarkan rekod pengalaman, sumber modal yang kukuh dan pasukan yang komited serta profesional dalam mewujudkan sesuatu projek,” demikian menurut surat berkenaan.

    Intipati surat itu juga menunjukkan kontrak yang berkaitan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada April 2018 iaitu sebelum pilihan raya umum dan surat tersebut diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri pada 27 Februari 2019.

    Semalam, Dr Mahathir menafikan dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meluluskan sebuah projek bernilai RM450 juta di Kelantan melalui rundingan terus dan perlu menyemak terlebih dahulu dakwaan tersebut.

    “Tidak, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini. Saya tidak pernah lulus apa-apa seperti itu.

    “Tetapi mungkin saya terpaksa menyemak kembali tentang perkara ini kerana mungkin ada kesinambungan daripada kerajaan terdahulu.

    “Seperti yang kamu maklum, sejak PH ambil alih kita telah hentikan banyak projek bagi tujuan kajian terlebih dahulu bagi pastikan ada keperluan atau sebaliknya.

    “Namun masa yang telah diambil oleh kita hampir lebih setahun, di mana ada juga impaknya seperti ramai hilang kerja, kontraktor kerugian dan sebagainya.

    “Yang ini pula, saya tidak pasti kes apa pula. Biar saya semak terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ‘The Putrajaya Boat Race 2019’ di Tasik Putrajaya.

    Hari ini, Menteri Kewangan, Lin Guan Eng pula berkata bukan beliau yang menandatangani surat berkenaan dan enggan memberi jawapan kerana perlu berbincang mengenai hal tersebut Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette.

  5. INILAH AKIBATNYA BIARKAN KOMUNIS PERINTAH NEGARA….TAHU NAK LELONG NEGARA JEE…..DAH HABIS HARTA RAKYAT PULA KENA JUAL…..

    MAHB Bakal Tergadai Kepada Bangsa Asing?

    ………

    Terkejut dengan statement Chegu Bard melalui Facebook bahawa Khazanah Malaysia dalam proses akhir penjualan kepentingan Kerajaan kepada satu pihak swasta negara asing. Saya percaya Syarikat Vinci & Gatwick Airports dalam perundingan dengan Khazanah sapertimana laporan awal Julai di FMT & The Malaysian Reserve. Sekiranya ini benar ini adalah pengkhianatan kepada negara dan bangsa terutama sekali bumiputra.

    Ini nampaknya adalah muslihat dan konspirasi beberapa pihak dalam Kerajaan dan Khazanah dan dipengarauhi oleh satu pihak swasta yang ingin melihat satu satu institusi bumiputra yang agak berjaya dan terkenal seluruh dunia hancur ranap.

    Daripada beberapa syarikat kepunyaan Khazanah, MAHB telah diiktiraf oleh Khazanah sendiri (dari laman webnya) bahawa MAHB dari tahun 2004 hingga 2017 sebagai syarikat yang memberi “shareholders returns yang tertinggi setahun” iaiitu 17.3% berbanding dengan semua syarikat seperti TNB (9,9%), TM (15,2%), Axiata (2.7%) , UEM (9.3%) dan IHH (14.9%). Oleh yang demikian apa logiknya nak divest kepentinagn dalam satu asset strategic yang terkenal sebagai satu kumpulan syraikat pengendali lapangan terbang no. 4 terbesar dunia.

    Pengalaman lepas saya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan yang sentiasa berkerja rapat dengan pihak pengurusan MAHB mendapati MAHB dipimpin oleh satu pasukan profesyional yang disegani oleh negara asing yang lain. Sepertimana diketahui umum MAHB juga diberi kepercayaan oleh Kerajaan Turki memiliki dan mengendali Lapangan Terbang Kedua terbesar diTurki iaitu Sabiha Gochken Istanbul.

    Selain daripada ini, MAHB juga diberi kepercayaan untuk mengendali fasiliti dilapangan terbang antarabangsa Hamad, Doha salah satu lapangan terbang antarabangsa terbaik dunia. Saya juga terlibat dengan perbincangan awal dengan Kerajaan Arab Saudi mengenai pembidaan projek lapangan terbang Jeddah yang baru. Orang Arab memang berminat untuk mendapat kepakaran MAHB untuk mengendali lapangan terbang Jeddah yang baru dan MAHB telah disenarai pendekkan.

    Saya sedar sejak dulu lagi ada satu pihak yang sentiasa memperlekehkan keupayaan MAHB dan mencari jalan untuk memburuk burukkan agar dia dapat mencapai objektifnya memperolehi satu lapangan terbangnya sendiri. Insiden masalah network KLIA baru baru ini itu juga menjadi tanda tanya samada ini semua sebahagian konspirasi tersebut. Laporan media masih tidak menolak kemungkinan sabotaj.

    MAHB sebagai satu syarikat yang berjaya patut diberi galakkan untuk mereka mencebur diri dipersada antarabangsa kerana banyak negara ditimur tengah dan Afrika berminat untuk belajar dari Malaysia untuk mengendali lapangan terbang dengan berjaya dan menguntungkan. Membawa masuk operator asing dalam negara bermakna kita sanggup dijajah oleh Mat Salleh balik semula.
    MAHB syarikat yang raih turnover hampir 4 billion ringgit pada tahun 2018, keuntungan sebelum cukai RM700 juta, disamping itu, Kerajaan juga memperolehi user fee (perkongsian keuntungan) sebanyak RM400 juta setahun.

    Memang benar kata CheguBard Angsa yang bertelur emas itu mahu dibunuh. Saya harap YB Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dapat memberi penjelasan terhadap isu ini.

    Ab Aziz Kaprawi
    Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan

  6. 💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
    Irah, skrg ni recess, abg dtg minum kat kantin
    Boleh kata mcm gitu ler hari2 abg punya rutin
    Teringat lah pulak, bakal pasangan pengantin
    Lbh2 lagi le, bila abg dengar lagu jeritan batin
    💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

    💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh
    💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

    1. JERITAN BATIN KU – P. RAMLEE
      Karaoke: https://youtu.be/G0LR6anF5ec

      💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
      Dengar oh jeritan batin ku
      Memekik-mekik memanggil-manggil
      Nama mu selalu

      Sehari rasa sebulan
      Hati ku tiada tertahan
      Ku pandang kiri ku pandang kanan
      Di kau tiada

      Risau batin ku menangis risau
      Makin kau jauh
      Makin hati ku bertambah kacau

      Mengapa kita terpisah
      Tak sanggup menahan asmara
      Oh dengarlah jeritan batin ku
      💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

  7. “Matlamat utama kita, tak lain tak bukan ialah untuk memenangi Putrajaya. Jangan pandang cerita (Tragedi Memali) itu semua. Forget it.
    fuuuuuuuyo……..forget it bro?…….bukan BAAPPPPAAAAKKKKKK engkau yg mati boleh senang2 cakap laaaaaaa……….no way men!!!!!!!!!!!!!

  8. Apa yang kita ragu sekian lama, kini menjadi realiti
    Parti Melayu & parti Islam, kini menuju jalan mati
    Bersatu mereka semata-mata kerna politik / parti
    Bukannya utk survival Islam di masa depan nanti

    1. Juragang 10:53 am,

      Mung ni supo dengae oghae hok sesak jalang
      Pantung hok samo.. mung pak-limo kali ulang
      Memae mung bangsa Melayu jenih petualang
      Melayu nok bersatu mung bekempeng halang
      👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎

      😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
      Kah. kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh

  9. “Matlamat utama kita, tak lain tak bukan ialah untuk memenangi Putrajaya. Jangan pandang cerita (Tragedi Memali) itu semua. Forget it.

    “Tengok ke hadapan, maju ke hadapan. Jangan fikir pasal belakang-belakang. Kita atur strategi. Matlamat utama, PRU15, Pakatan Harapan mesti kita kalahkan,” kata Tok Mat Hasan. – Astro AWANI
    =====================

    WEI, FASIQUN WA MUNAFIQUN CAGURA, MVSA, NBA dan sekelian para pengikut DAJJAL! Korang kata Matlamat utama utk bela Islam/Melayu. MENIPU!!!BUKTI MUNAFIQ KORANG!
    2KALI TOKMAT ULANG: MATLAMAT UTAMA tu! KORANG FAHAM TAK???
    Tobat2la sementara mentari masih ada. Cukup cukup lah menjual ayat2 dan ugama ALLAH. Tak berbaloi perniagaan korang tu di akhirat nanti!

    1. Kesiang juragang..dgn kapir harbi, dia percaya
      Dia tak sedar..,ancaman kafir, semakin bahaya
      Melayu/Islam..kena bersatu kalu ingin berjaya
      Salah satu agenda, kenalah ditawan Putrajaya

      Kah. kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh

      Kesiang juragang..dgn kapir harbi, dia percaya
      Dia tak sedar ancamang kafir semakin bahaya
      Melayu/Islang kena bersatu kalu ingin berjaya
      Salah satu agenda, kena lah tawang Putrajaya
      💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪

      👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
      Kah. kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh
      😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁

  10. klu muafakat umno n pas x kuat nape budin takut…takut bang non x jadi pm ke

    1. Lawantetaplawantapitakmaluterimapengampunan

      Jgn mimpilah bang non nk jdk pm.
      Selagi xbersihkan nama dia dari keputusan bertulis hakim utk 2 kes liwat dia, sorry..

      Jauh panggang dari api

  11. SABDA NABI SAW….TIADA KETAATAN KEPADA MANUSIA DALAM MELANGGAR PERINTAH PENCIPTA…..OLEH ITU PENDIRIAN GS DLM KES JIBENG IALAH TUNGGU DAN LIHAT APAKAH KEPUTUSAN MAHKAMAH…..

    BMF: Bina kefahaman bukan sentimen
    ……..

    HARI ini semakin semarak kempen BMF Buy Muslim First yang sangat menggalakkan. Saya mengajak kepada semua sahabat-sahabat untuk memahami beberapa konteks agar usaha ini terarah kepada kefahaman dan bukannya sentimen semata-mata.

    Memahami erti asobiyyah yang terlarang

    Perkara pertama yang perlu difahami ialah maksud sebenar asobiyyah yang dilarang di dalam Islam sepertimana Hadis Nabi S.A.W;

    أن تعين قومك على الظلم

    “Asobiyyah bermaksud kamu membantu kaum kamu atas dasar kezaliman.”

    Sekiranya kita membantu perniagaan muslim, ia bukanlah asobiyyah atau perkauman, kerana ia bukanlah bentuk kezaliman, bahkan ia digalakkan di dalam Islam.

    Akan tetapi kezaliman yang sebenar ialah dasar kapitalis dan konsep monopoli yang menjerut leher peniaga-peniaga kecil, apatah lagi penindasan terhadap perniagaan orang Islam.

    Membantu memperkasakan geng kapitalis dan monopoli dalam keadaan bukan dharurat (ada pilihan) adalah sesuatu yang haram kerana ada hadis Nabi S.A.W yang mengharamkannya.

    Justeru, istilah asobiyyah ini tidak wajar dilabelkan kepada mereka yang berprinsip atas jamaah kesatuan Islam, dan tidak wajar juga dilabelkan kepada mereka yang memperjuangkan Islam untuk membangunkan anak bangsanya.

    Memahami konsep mengutamakan orang beriman

    Perkara kedua yang perlu difahami ialah aspek keutamaan (الأولاويات) dalam bermuamalat. Mengutamakan orang Islam berbanding orang kafir telah digazetkan oleh Allah S.W.T secara umum di dalam al-Quran.

    Antaranya kisah asbabun nuzul Surah Abasa, yang meletakkan keutamaan layanan kepada orang Islam berbanding pembesar Quraisy Makkah. Antara yang lain dalam bab kepimpinan dan juga dalam bab penjagaan rahsia yang lebih kuat penegasannya.

    Allah S.W.T berfirman:

    وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

    “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

    (at-Taubah 71)

    Ibnu Kathir menafsirkan ayat “kerjasama sesama orang beriman” di dalam ayat ini dengan mengaitkan hadis Nabi S.A.W:

    المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا وشبك بين أصابعه

    “Hubungan sesama orang beriman itu umpama binaan, saling menguatkan antara satu sama lain. Sabda Baginda S.A.W sambil merapikan jari-jemarinya.”

    Memahami keutamaan bersatu berbanding berselisih

    Perkara ketiga yang perlu difahami ialah keperluan dan kewajipan ummat Islam bersatu. Bukan bersatu atas dasar nasionalism yang dipesongkan oleh Barat, bukan juga bersatu atas dasar sekularism yang dihidangkan oleh musuh.

    Akan tetapi kesatuan yang dimaksudkan ialah kesatuan di atas dasar Aqidah dan Islam serta keutamaannya. Kesampingkan perkara-perkara cabang yang sentiasa membawa kepada perselisihan.

    Perkara ini diingatkan oleh Dr Yusof al Qaradhawi dalam kitab Fiqh Aulawiyyat (keutamaan) bahawa lebih utama kesatuan الاءتلاف berbanding perselisihan الاختلاف. Apatah lagi zaman hari ini sangat memerlukan kesatuan Islam.

    Bahkan di dalam perasmian Muktamar Antarabangsa Ke 10, Nadwah Antarabangsa Pemuda Islam di Kaherah pada 10 November 2006, antara yang disebutkan:

    علينا أن نخرج الشباب من الحيرة إلى حيِّز النور، ولا ينبغي أن نشغلهم بالمسائل الجزئية والأحكام التفصيلية

    “Kita sepatutnya mengeluarkan para Pemuda daripada kehairanan kepada ruang cahaya. Tidak sepatutnya kita menyibukkan mereka dengan permasalahan cabang dan hukum hakam yang terlalu rumit”.

    Memahami konsep kapitalism dan kronism

    Asas sistem kapitalism ialah mengkayakan orang kaya, manakala orang miskin akan terus miskin. Mereka yang kaya mampu mengeluarkan modal untuk yang besar untuk mengaut keuntungan yang besar. Manakala orang miskin yang tiada modal, hanya mampu berniaga kecil-kecilan.

    Dasar kapitalism ini hakikatnya sudah berakar umbi di Malaysia, sama ada zaman pemerintahan BN terdahulu atau zaman PH hari ini. Termasuk juga konsep monopoli yang sangat sinonim dengan amalan kronism yang sejak dahulu lagi diamalkan.

    Kapitalism berkaitan dengan hakikat “membolot”. Contoh yang berkaitan ialah kekayaan negara dibolot oleh kroni-kroni tertentu, lesen import eksport diberikan kepada kroni-kroni tertentu dan sebagainya.

    Justeru, orang orang yang digelar kroni kepada pembesar negara pastinya dimandikan dengan kekayaan sekelip mata. Lalu mereka berniaga dengan rakyat marhaen yang lain untuk meluaskan lagi empayar kekayaan masing-masing.

    Kesimpulan

    1) Jadikan semangat BMF ini sebagai satu kefahaman, bukan hanya semata-mata sentimen. Sentimen itu tak lama, adakala berapi-api, adakalanya sejuk membeku. Andai ia satu kefahaman, ia pasti maintain berterusan.

    2) Jangan hanya mengejar perpaduan untuk merebut label kroni atau kepentingan poket sendiri apabila sudah menang nanti. Akan tetapi luruskanlah perpaduan itu atas dasar Islam yang menentang kapitalism.

    – MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL –

  12. NILAI KAUM MANA YANG RASIS DENGAN FAKTA DAN ANGKA…….

    Perpaduan kita masih hanya pada permukaan sahaja…….

    1. Masa zaman awal-awal buat blog dulu sekitar tahun 2012, aku dan rakan penulis lain begitu ghairah mengecam orang. Bila ada ahli politik buat benda merepek, kutuk. Bila berlaku suatu isu panas, kecam. Bila orang buat benda bodoh, viralkan.

    2. Namun lama kelamaan, aku rasa macam takde arah, sebab apa yang kami buat cuma kutuk, kecam dan viralkan. Langsung takde solusi, langsung tak mengubah apa-apa. Itu yang aku menukar pendekatan penulisan aku dengan memberi kritikan serta idea dan cadangan.

    3. Golongan yang selalu menjadi bahan kritikan, adalah orang Melayu. Sebab zaman tu, mengkritik orang Melayu adalah suatu yang sangat cool. Dari Tun Mahathir, penulis blog, warga Twitter dan Facebook, ramai orang lantang mengkritik sikap dan perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang Melayu, sampai Melayu yang buruk tingkah laku ini diberi suatu gelaran yang sangat degrading iaitu “meleis”.

    4. Melayu malas, melayu bertongkat, melayu gatal, apa lagi label buruk yang tak pernah diberikan pada orang Melayu, oleh orang Melayu sendiri. Ironinya, orang yang kuat mengutuk orang Melayu ini, yang sering downgrade dengan gelaran meleis, bukanlah bagus dan hebat mana pun, pernah sahaja viral atas kebodohan mereka sendiri juga.
    5. Orang Melayu ini bila buat kesilapan, atau bersifat perkauman, atau cetuskan apa-apa kontroversi, akan ada orang Melayu lain yang mempertahankannya, ada yang menegur, ada yang menyindir, ada yang mengecam, ada yang viralkan.

    6. Namun aku jarang lihat bila individu kaum lain melakukan kesilapan, mengeluarkan kenyataan perkauman, menghina agama lain di media sosial dan sebagainya, masyarakat sebangsa mereka menegur, menyindir, mengecam dan viralkan. Walaupun ada juga yang menegur kesilapan individu sebangsa mereka namun tak ramai. Lebih ramai yang menyokong atau berdiam diri sahaja.

    7. Dari dulu lagi aku tengok biasanya orang Melayu yang lebih banyak menyeru kepada perpaduan, bersatu padu, bertolak ansur, bertoleransi dan sebagainya. Bila ada orang Melayu yang buat salah dan bersifat perkauman, akan ada orang Melayu lain akan saling tegur dan memberi nasihat.

    8. Jadi aku harapkan sangat rakan sebangsa lain melakukan hal yang sama, iaitu apabila ada individu sebangsa mereka yang melakukan kesilapan, bersifat perkauman, menghina kaum serta agama lain dan sebagainya, anda turut tegur mereka, nasihat mereka, menyeru mereka ke arah perpaduan, bersatu padu, tolak ansur dan sebagainya.

    9. Negara kita hanya boleh mencapai perpaduan sebenar apabila ia sampai ke tahap berikut:
    Bila dua orang berlainan kaum bergaduh, orang Melayu lain tidak terus mempertahankan pelaku Melayu dan menyalahkan pelaku bukan Melayu, sebelum menyiasat hal sebenar dahulu.
    Bila ada orang Cina menghina perlembagaan, agama dan kaum lain, orang Cina yang lain sendiri yang menegur, mengecam dan membuat laporan polis terhadap pelaku Cina tersebut.\
    Bila ada orang India melakukan kesalahan terhadap orang dari kaum lain, orang India yang lain tidak akan berdiam diri lalu tampil mempertahankan mangsa dari kaum lain berbanding pelaku India tersebut.

    10. Ya, perpaduan sejati hanya akan tercapai apabila semua kaum tidak mempertahankan pesalah dari kaum mereka, tidak prejudis dan sanggup mempertahankan individu kaum lain yang menjadi mangsa, dan tidak berdiam diri dan menutup mata terhadap kesalahan yang dilakukan oleh kaum sendiri.

    11. Kerana sesungguhnya tanggungjawab untuk menjaga perpaduan dan memelihara keharmonian adalah tanggungjawab semua kaum, bukan hanya kaum-kaum tertentu sahaja yang sibuk melaung-laungkan perpaduan sedang kaum yang lain tidak kisah dan hanya buat hal sendiri sahaja.

    12. Jadi selagi mana kita masih mempertahankan orang dari kaum kita dan menyalahkan kaum lain secara membuta tuli, hanya berdiam diri pada kesalahan yang dilakukan oleh orang dari kaum kita sendiri, di depan cakap lain tapi di belakang cakap lain, perpaduan kita sebenarnya masih lagi pada permukaan sahaja.
    13. Kita semua adalah rakyat Malaysia, namun tugas untuk menyeru kepada perpaduan bukan terletak pada bahu suatu kaum sahaja. Kita semua ada tanggungjawab dalam menyemai rasa cinta dan sayang pada negara. Jadi sebagai rakyat yang mengaku cintakan negara, sepatutnya kita cintakan setiap satu yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

    14. Kita ambil yang paling asas iaitu Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa persekutuan dan bahasa rasmi negara kita, jadi kalau kita tidak cintakan Bahasa Malaysia, tidak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, layakkan kita mengaku yang kita cintakan negara Malaysia. Pernah tengok orang Jepun yang mengaku cintakan negaranya tapi tak tahu cakap Jepun? Atau orang Korea yang mengaku cintakan negaranya tapi tak tahu cakap Korea?

    15. Cukup-cukuplah kita downgrade mana-mana kaum dalam negara kita, benda tu takkan bawa kita ke mana-mana. Kita semua ada kelebihan, dan kekurangan masing-masing. Jangan ego, jangan sombong, jangan hina kaum lain, jangan bangkitkan kemarahan mana-mana kaum, kerana akhirnya kita semua juga yang rugi.

    16. Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik agar negara kita lebih aman dan harmoni untuk didiami setiap orang.

    Selamat Hari Malaysia.

    tags: selamat hari malaysia perpaduan negara masyarakat pada permukaan luaran

    Prince

  13. D4P DIKUASAI KAUM KOMUNIS……..

    Tanyalah Kit Siang, DAP didominasi kaum apa? – Tunku Aziz
    ……..
    Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bercakap pada sidang media khas di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor.

    KUALA LUMPUR –Kenyataan berbaur dakwaan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya sentimen perkauman di negara ini akan menjadi lebih huru hara selepas kerjasama antara UMNO-Pas sebenarnya tidak lebih daripada retorik politik semata-mata.

    Kit Siang juga mengandaikan selepas ini rakyat di Malaysia juga akan menyaksikan politik toksik mengaitkan agama dan bangsa meningkat ke satu tahap yang tidak pernah langsung dilihat dalam dunia politik negara ini.

    Namun andaian itu tidak lebih daripada bahan gelak segelintir pihak termasuk netizen kerana bagi mereka DAP yang diterajui oleh Kit Siang itu sendiri didominasi oleh kaum Cina.

    Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, walaupun diakui laungan DAP tentang berbilang kaum itu secara politiknya di negara ini amat tepat dan betul, namun dalam dalam parti itu sendiri tidak mencerminkan perkara tersebut.

    “Biar saya beri peringatan di sini, DAP sedang ‘melalak’ ketika ini dengan slogan-slogan retorik tentang perpaduan berbilang bangsa. Mungkin betul dan tepat tentang betapa pentingnya hidup berbilang kaum dan bangsa ini.

    “Tetapi pada masa yang sama, apakah justifikasi apabila hampir 95 hingga 97 peratus pengundi Cina telah memberikan undi mereka kepada DAP? Ini sekaligus memberikan persepsi slogan ‘negara berbilang kaum’ ini sebenarnya tidak lebih daripada satu ‘pembohongan’.

    “Walaupun DAP sebenarnya mendakwa tentang tuntutan politik bukan perkauman.

    “Anda semua tanya balik kepada Kit Siang, apakah sebenarnya kebaikan parti berasaskan kaum kerana DAP mendapat undi sebanyak 97 peratus dalam kalangan masyarakat Cina sendiri. Tanyalah Kit Siang sendiri,” tempelaknya.

    Status itu mendapat pelbagai pandangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat beliau bukan sahaja dalam kalangan Melayu sebaliknya Cina dan juga India.

    Masing-masing berpendapat sebenarnya walaupun laungan serta slogan ‘cantik’ menjadi perjuangan DAP namun ianya tidak lebih daripada itu malah statistik tidak akan sesekali ‘menipu’.

    Semalam, Kit Siang melahirkan kerisauan serta kebimbangan sambil memberi bayangan apakah yang terjadi apabila UMNO dan Pas bekerjasama sambil mendapat restu daripada parti politik kaum seperti MCA dan MIC.

    Kit Siang yang menulis dalam blognya pagi semalam juga melahirkan rasa bimbang yang tidak berbelah bahagi dengan penyatuan dua parti gergasi Muslim dengan membayangkan keadaan huru hara bakal menimpa negara tidak lama lagi. –MalaysiaGazette

  14. PH KAKISTOKRASI JAUH LEBIH TERUK DARI BN…….

    Agenda pertama Muafakat Nasional bukan PRU15?
    …….

    Sebenarnya seusai sahaja HPU 914, agenda pertama Muafakat Nasional bukan PRU 15 tetapi satu kempen atau usaha besar-besaran untuk menyelamatkan negara Malaysia dan rakyatnya. Keempat-empat pimpinan PAS dan Umno yang berucap semasa HPU 914, Presiden PAS, Presiden Umno, Setiausaha Agung PAS dan Setiausaha Agung Umno, membangkitkan keperluan menggembeling usaha untuk segera menyelamatkan negara.

    Tempoh menunggu PRU 15 hampir empat tahun lagi memungkinkan PH melumpuhkan negara Malaysia menjadi sebuah negara gagal (fail state) sebagaimana yang diutarakan oleh Presiden Umno. Presiden PAS pula menyebut keharmonian rakyat telah dirosakkan oleh hantu-hantu penjajah dan kestabilan negara diganggu oleh makhluk-makhluk perosak. Jelas sekali, kedua-dua pimpinan utama ini telah meniupkan semboyan untuk segera menyelamatkan negara.

    Selepas Pakatan Harapan (PH) memperolehi kuasa pada 9 Mei 2018, satu persatu kerosakan negara telah berlaku dan ia semakin menjadi-jadi selepas ulang tahun pertama mereka berkuasa pada 9 Mei 2019 baru-baru ini. Kerosakan negara yang semakin ketara berlaku sekarang boleh dilihat kepada empat situasi berikut:

    1. Malaysia Baharu telah meruntuhkan tonggak-tonggak kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan negara sehingga sudah mula bibit-bibit ketidakstabilan politik dan ketidakharmonian kaum.

    2. Kerajaan PH telah menjadi sebuah kerajaan yang lebih teruk terpalit dengan korupsi, kronisme dan nepotisme sehingga bukan sahaja merosakkan malah mengancam kedaulatan negara dengan kewarganegaraan palsu, penjualan aset negara kepada pihak asing dan seumpamanya.

    3. Malaysia Baharu telah terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi yang serius dengan peningkatan hutang negara yang mendadak, penurunan nilai ringgit, penurunan harga barangan komoditi, kehilangan modal asing yang besar, kenaikan kos hidup dan lain-lain.

    4. Kerajaan PH telah terbukti sebagai sebuah kerajaan kakistokrasi (kerajaan lemah) dengan barisan Menteri-menteri yang tidak berdaya maju sehingga gagal untuk menunaikan janji-janji pilihan raya mereka sendiri serta tiada formula baru untuk memajukan negara.

    Melihat kepada situasi-situasi yang semakin parah ini, agenda pertama Muafakat Nasional tidak boleh tidak harus segera menggembelingkan seluruh rakyat berbilang kaum untuk menyelamatkan negara Malaysia. Ketika para pemerhati politik menunggu-nunggu pelan menghadapi PRU 15, mereka mungkin terlupa ada agenda segera yang perlu dilakukan. – HARAKAHDAILY 16/9/2019

  15. PH CARI ALASAN NAK MELANCONG DENGAN DUIT RAKYAT……

    M’sia Ada Bombadier, Kenapa Perlu Ke Itali? Bekas PM Tanya..
    ………..
    Pesawat Bombadier CL 415 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika melaksanakan operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kuala Baram, Miri dengan kaedah ‘water bombing’ pada 14 Ogos lalu. – Foto Penerangan.

    KUALA LUMPUR 16 Sept. – Malaysia melalui Agendi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah memiliki pesawat Bombadier CL415 yang telah digunakan untuk kerja-kerja memadam kebakaran.
    Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan hasrat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang mahu ke Itali bagi melihat keberkesanan aset tersebut.
    “Setahu saya APMM ada aset seperti ini. Untuk operasi pemadaman api, APMM juga ada Bombardier, seingat saya jenis CL 415.
    “APMM juga sering guna helikopter jenis Augusta Westland untuk penerbangan medevac. Helikopter Dauphin 365 pun kita ada.
    “Jadi apa sebab Zuraida nak pergi ke Itali untuk tengok helikopter, temgok kapal terbang? Tengok kat Malaysia tak best?” Tanya bekas Perdana Menteri itu melalui hantaran di facebooknya.
    Kata Najib, pesawat Bombardier APMM itu pernah digunakan untuk membantu Indonesia memadam kebakaran di Sumatera Selatan pada tahun 2015.
    Malah, baru-baru ini katanya, aset itu digunakan untuk padam kebakaran di Kuala Baram, Sarawak.
    Zuraida baru-baru ini menyatakan beliau akan ke Itali dalam masa terdekat bagi melihat keberkesanan jentera atau peralatan yang digunakan di negara itu dalam kerja pemadaman api.
    Ini ekoran hasrat kerajaan yang bercadang membeli sebuah pesawat Bombardier dan helikopter Medevac bagi kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
    Katanya Zuraida, Itali model negara terbaik dalam menangani isu kebakaran, jadi beliau akan ke sana untuk melihat demostrasi model yang digunakan.- UTUSAN ONLINE

  16. 💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
    Irah..abg tidur awal..niat ingin bangun semula
    Tadi, bersolat tahajjud, mengadap Allah Ta’ala
    Tak nak kejar dunia saja..nak cari juga pahala
    Risaulah juga, fikirkan akhirat yg kita nak hala
    💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

    💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh
    💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

    1. 💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
      Wrkh dr Irah, bagai sinar cahaya yg berkilauan
      Hingga terbawak dlm tidur..jadi mimpi igauan
      Buat Irah, abg kirim doa melalui angin & awan
      Semoga diri Irah, dlm sejahtera di perantauan
      💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

      💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh
      💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

      1. 💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
        Irah..abg bru je hbis kls, 7:40-8:20, satu waktu
        Sronok dpt wrkh Irah..abg resah, tak menentu
        Terima kasih abg ucap kpd mu adinda ku ratu
        Utk adinda manja abg utus salam & doa restu

        Jap lagi 9:40-11:00, abg ada dble period kelas
        Sdg kejar sylbus F4..abg kini, berhmpas pulas
        Buat Irah, terimalah dr abg, salam tulus ikhlas
        Abg tau Irah sibuk, wrkh ini tak perlu ler balas
        💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

        💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
        Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh
        💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

  17. Beristifarlah kita, apa yg umno pas sudah buat
    Di PWTC umno pas datang mengatur muslihat
    Piagam penyatuan, kini, telah pun kemas diikat
    Bagus tu, bagi kat aku, boleh buat umpan pukat

  18. Begitu menyesal sekali kita terima khabar berita
    Umno dan Pas, kini sepakat mencipta sengketa
    Semoga istiqamah dalam agama & bangsa kita
    Di Putrajaya PH kekal menakluki tampuk takhta

  19. Apa yang kita tunggu sekian lama, kini jadi realiti
    Parti Melayu & parti Islam, kini menuju jalan mati
    Bersatu mereka semata-mata kerna politik / parti
    Bukannya utk survival Islam di masa depan nanti

  20. KITORANG SUNNI…BUKAN SYIAH….. TAQIYYAH MENJADI RUKUN DALAM SYIAH…..ADA ORANG ANGKAT SESEORANG JADI ALMAHDI….MAKA BERMULA LAH EPISOD KESESATAN….SEKADAR MENYIAPKAN DIRI JADI TENTERA ALMAHDI ITU TIADA MASALAH…..KORANG SIBUK KAFIR MENGKAFIR….TAPI KORANG SENDIRI MENUDUH ORANG LAIN SESAT….MENEPUK DULANG TERPERCIK KE MUKA SENDIRI……

    Taking the cue from Umno-PAS’ unity charter …

    Kalau Melayu tak mampu bersatu
    Manakan Malaysia boleh?

    It’s common sense. How do you forge a united Malaysia if half the population – the 16 million or so Malays – are divided? And divided the Malays are. The Umno-PAS Himpunan Ummah on 13-14 Sept may be seen as a political coup led by the Malay parties in the majority-Malay Opposition – and, make no mistake, it is, too! – BUT for the Malays in general, particularly those who are neither PAS nor Umno members (or members of any political party, for that matter), the gathering is a reassuring development, something they’ve been waiting for, one that gives them a flicker of real hope. Especially in today’s environment, where more and more of these Malays are coming out to say they are feeling more and more disenchanted (and, at times, sympathetic) with the Malay leaders of the current government.

    And before anyone accuses Umno and PAS of “playing the race and religion card” again, let him or her be informed that the Himpunan Ummah had the support of the other races, although in the form of members of political parties aligned with the Barisan Nasional.

    It wasn’t an all-Melayu or Malays-only event.

    A Chinese at the Malay unity gathering …

    … And more Chinese and Indian and others, too

    Among the Malays, there have been reservations, and there still are some suspicions. That’s to be expected. PAS and Umno, after all, had been bitter enemies for decades, since the Eighties, when Mahathir became the Prime Minister for the first time. Some Malays I know were worried that Umno might become “more Islamic than PAS” as a result of the PHU.

    But as Nicole Wong, the MCA Youth chief, writes in her FB, “HPU transcends the races … we believe we can achieve national unity based on common ground without having to compromise anyone’s culture”.

    It wasn’t a Melayu-only event
    Taking the cue from PAS-Umno’s #penyatuanummah aka #muafakatnasional, another group of Malays (outside Umno and PAS) is already planning a so-called Kongres Melayu to “further unite the Malays”. Look out for it: Oct 6 in Kuala Lumpur.

    I am looking forward to this so-called Malay Congress, and to anything that forges Malay – and Malaysian – unity. My hope is that the organisers will be inspired, as a lot of us have been, by the peaceful and disciplined conduct of the Himpunan Ummah organised by Umno and PAS. If there’s one thing we can learn from the PHU, it is this: we don’t need vehicles to burn in the streets to ignite our passions.
    at September 15, 2019

    1. TAKIYAH AMALAN KAMU, MANA NAK NGAKU! SEMUA ORANG TAHU!

      NAK JADI TENTERA ALMAHDI? JANGAN PERASAN LAH! PI HADAP CERMIN MUKA HANG DULU, AKU NAMPAK ADA 2 TANDUK TEPACAK ATAIH DAHI HANG TU!

      1. DAK nonMVSA1145pm, BUKAN TUDUH TAK TENTU HALA. MEMANG TELAH ADA ORANG SESAT WALAUPON BERAGAMA ISLAM
        INI DALIL DAN HUJAHNYA:-

        Surah Nuh. Ayat 024.

        Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua.

        DAN AKIBAT AJARAN SESAT PAS MELALUI FATWA HJ HADI AWANG KPD AHLI2 PAS YG MENGATAKAN MELAWAN PEMERINTAH YANG SAH ITU WAJIB DAN JIKA MATI, DPT SYAHID, MAKA TERBUNUHLAH ARWAH UST IBRAHIM MAHMOOD @ IBRAHIM LIBYA DLM PERISTIWA HITAM BERDARAH DI KG MEMALI KEDAH. INI BUKTI KETUA PAS MENYESATKAN MANUSIA SEPERTI YG DIMAKSUD AYAT AL QURAAN ITU.

  21. Salah ke, kalau keagungan Islam, nak dijulang
    Bila bersatu padu baru ler Islam jadi gemilang
    Tapi, kita sedih le, dgn puak Melayu petualang
    Umno/Pas ingin bersatu puak itu cuba halang

    Salah ke, Umno nak ambil Pas, sebagai teman
    Sbb Allah kata jgn tinggalkan org2 yg beriman
    Apa nya lagi, kalu ayat Allah, tak jadi pedoman
    Spt mana Srh al-‘Imran, ayt 28, Allah berfirman

    😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁
    Kah. kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh

    1. Ayat 28, surah al-‘Imran:

      لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِى شَىۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَٮٰةً۬‌ۗ وَيُحَذِّرُڪُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُ ۥ‌ۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ (٢٨)

      1. Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali. (28)

    2. NYAWA MUNG DOH DEKAK HALKONG BARU INGAK FIRMAN ALLOH! SUPE MACANG FIR ONG MUNG NIH CAGURA!!! CIH!!!

      1. OH YA, DOA BAIK MUNG UTK AKU SIANG TAKDI ALLOH BELONG MAKBO LAGI, ALHAMDULILLAH AKU MASIH IDOP. TIME KASIH BBANYOK ATAH DOA MUNG TU CAGURA DEH!

    3. DALAM HANG DOK BERDAKWAH,HANG JOI NAMA AKU NO,MACAM-MACAM HANG KATA DEKAT AKU NO DALAM PANTON HANG,KONON AKU GHEKA-GHEKA CERITA MAS MERAH DEKAT AWEK HANG . KALAU HANG KATA AKU NI TEMBERANG,AWAT YANG BILA AKU DENGAN MAS NAK JUMPA HANG MASA GHAYA DULU HANG CABUT. BILA AKU NAK JEMPUT HANG MAI KENDUGHI AKU DULU,HANG TAK BAGI FACEBOOK .TAK PATOT-TAK PATOT.TAPI TAK PA LA,AKU TAK DENDAM APA KAT HANG.MAS PON TAK MAU SEBOT LAGI NAMA HANG.KALAU TIDAK,BILA BALIK KAMPONG,DIA DOK SUGHUH AKU KIGHIM SALAM KAT HANG.DAH HANG TAK MAU KAWAN DENGAN KAMI ,APA BOLEH BUAT.STAKAT NI SAJA.KADANG-KADANG AKU GHASA HANG MACAM MUSANG(MUNGKIN HANG ADA JANGOT PANJANG-MUSANG BEJANGOT LA TU).BUKAN APA NO,BILA HANG LOMPAT-LOMPAT NAK AMEK BUAH ANGGOT TAK DAPAT,HANG KATA BUAH ANGGOT TU MASAM.KIK KIK KIK KIK NAK TEGELAK AKU.
      KATA NAK ERATKAN SILATURRAHIM,TAPI DENGAN AKU ANAK TOK GURU,HANG TAK MAU PULAK!AWEK HANG KATA AKU CAKAP BETOI,SEBAB JIWA DIA BERSIH,TAK MACAM HANG BERSAWANG.
      TAK PA,KALAU DIA JADI JADOH HANG ,NANTI AKU HARAP DIA LATU SIKIT KEPALA HANG YANG TAK CERDIK TU.KIK KIK KIK

      IHh IHh IHh IHh IHh HANG-HANG,SAMA-SAMA ORGHANG JITRA PON BUAT KELAKU.

      ESOK AKU DAH NAK BALIK TOKYO,TQ

      1. Gora..laa ni..kat hang, baghu aku nak cegheta
        Sblm aku masuk blog ni aku dulu putuih cinta
        Aku pun layan pi lah Mas yg hang gheka cipta
        Pada hai, aku sedaq, semua tu muhong dusta

        Teghingat kat hang aku mengaliaq ayaq mata
        Aku ni dah seghik dah, lagu nak muhong auta
        Pasai, aku nak idop, berpijak ataih bumi nyata
        La ni aku bahagia, lepaih berjumpa balik cinta

        Dgn hang Gora aku tak mau dah bersengketa
        Mintak ma’oh la no kot ada silap antagha kita
        Aku cekgu biasa ja bukan la soghang pendita
        Tapi aku mahiaq & bulih kenai ulaq yg melata

        😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
        Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh

        1. Dalam politik, aku ni, dah tak dak apa cita-cita
          Pasai aku bulih hok mahai lagi daghi permata
          Yang aku jumpa tu..lbih nilai daghi duit sejuta
          Dia lah..jantung, nadi, nyawa..pengubat derita
          💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

          ✋👌✋👌✋👌✋👌✋👌✋👌✋👌✋👌✋👌
          Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh
          💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷

  22. Bila bersatu padu, baru le Islam jadi sejahtera
    Umno/Pas, perlu duduk 1 dimensi atau matra
    Allah dah sebut yg umat Islam itu bersaudara
    Ini bukan Kejora kata tapi dlm al-quran tertera

    Puak2 Melayu liberal..sengaja mahu berbalah
    Tak kan lah Islam nak bersatu padu pun salah
    Sdgkan itu merupakan suatu perintah dr Allah
    Srh al-‘Imran ayt 103..dilarang berpecah belah

    😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁
    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh

    1. Ayat 103, surah al-‘Imran:

      وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ (١٠٣)

      1. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.(103)

  23. KORANG TIMBULKAN ISU ALMAHDI….KORANG DAH BUAT KAJIAN KE….. KITORANG TIDAK ANGKAT SIAPA2 JADI ALMAHDI…. KITORANG HANYA MENYEDIAKAN DIRI JADI TENTERA ALMAHDI SAHAJA…..SESAT KE MACAM TU….FATWA TONG M KE…. ALJUBRY..

    PAS lebih percaya GPS dari PH
    ……..
    PAS lebih percayakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membawa perubahan di negeri itu berbanding Pakatan Harapan (PH), kata Presidennya Abdul Hadi Awang.

    “Terserah kepada parti politik di Sarawak sendiri yang mengetahui keadaan masyarakat, perubahan politik Sarawak terserah kepada orang Sarawak.

    “Dalam hal ini kita lebih percaya kepada GPS berbanding PH yang sudah diberi kuasa dalam masa setahun tetapi tidak mengikut manifesto dijanjikan,” kata Abdul Hadi pada sidang media di Sarawak hari ini.

    Sidang media berkenaan disiarkan di laman sosial Facebooknya.

    Presiden PAS berada di Sarawak bagi menghadiri majlis Sambutan Hari Malaysia anjuran parti itu, hari ini.

    Menjawab soalan wartawan sekiranya PAS bersedia untuk bekerjasama dengan GPS, Abdul Hadi Awang berkata: “Ya, kita sedia (kerjasama) dengan sesiapa saja.”

    Semalam, Pengerusi GPS Abang Johari Tun Openg berkata gabungan mereka lebih suka bergerak sendiri daripada menyertai mana-mana parti politik dari Semenanjung Malaysia.

    Abang Johari, yang juga Ketua Menteri Sarawak, dipetik Bernama sebagai berkata bahawa mereka kini memberi tumpuan kepada pembangunan negeri itu dan mahu memberi manfaat kembali kepada rakyat.

    “Kami lebih suka sendiri. Sekiranya kita menjaga rumah kita dengan baik, ramai orang akan datang untuk melabur, ” katanya seperti dilapor Bernama.

    Kenyataan itu sebagai respons terhadap kerjasama rasmi Umno dan PAS yang menyaksikan kedua-dua parti pembangkang itu memeterai Piagam Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 14 September lalu.

    ‘Bukan nak halau Cina tapi jangan bolot’

    Dalam pada itu, Abdul Hadi meminta orang Cina di Sarawak supaya menolak DAP yang disifatkan sebagai parti yang ekstrem.

    “Kita harap orang Cina pilih parti Cina yang tidak ekstrem, bukan DAP, termasuk juga bumiputera memilih parti bukan PH,” katanya lagi.

    Sementara itu dalam perutusan sempena Hari Malaysia, anggota parlimen Marang itu melahirkan kebimbangan sekiranya Sarawak dan Sabah dikuasai oleh DAP yang tinggal di bandar saja.

    “Kalau penduduk bumiputera, Melayu, Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asal bumiputera berpecah, DAP boleh menguasai negeri dan kekayaan.

    “Oleh sebab itu, orang bumiputera, Orang Asal dan orang Melayu mesti bersatu.

    “Bukan bermakna kita hendak menghalau orang Cina, tetapi biar mereka faham supaya memerintah dengan adil dan tidak membolot kekayaan sehingga melupakan Orang Asal,” katanya.

    Abdul Hadi selanjutnya berkata penduduk asal Sarawak dan Sabah perlu mempertahankan kedudukan kuasa politik orang Islam dan Orang Asal supaya di negeri terbabit bagi menjamin keadilan serta kesejahteraan.

    1. TAKIYAH AMALAN KAMU, MANA NAK NGAKU! SEMUA ORANG TAHU!

      NAK JADI TENTERA ALMAHDI? JANGAN PERASAN LAH! PI HADAP CERMIN MUKA HANG DULU, AKU NAMPAK ADA 2 TANDUK TEPACAK ATAIH DAHI HANG TU!

  24. pas dgn umno bersatu biar lah itu hak mereka tapi yg heran kenapa ramai yg panic dan gelisa

  25. WAHAI CAI….KORANG TIMBULKAN ISU KAFIR MENGKAFIR…..BILA KITORANG JAWAB KORANG MAIN ISU SESAT PULAK…TAPI APA DALIL DAN HUJAH SESAT TU….KORANG MAIN TUDUH TAK TENTU PASAL…..MESTI DIINGAT BILA TUDUH ORANG JIKA TUDUHAN TU TIDAK KENA….AKAN KEMBALI KEPADA ORANG YANG MENUDUH…..

    Kegembiraan dalam kesayuan dan syahdu
    …………….

    Dengan penuh sayu,…

    Dengan penuh syahdu,…

    …. aqidah, Iman dan kehendak Allah menyatukan kita.

    Allahu Akbar! Hidup Melayu!

    1. DAK, BUKAN TUDUH TAK TENTU HALA. MEMANG TELAH ADA ORANG SESAT WALAUPON BERAGAMA ISLAM
      INI DALIL DAN HUJAHNYA:-

      Surah Nuh. Ayat 024.

      Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua.

      DAN AKIBAT AJARAN SESAT PAS MELALUI FATWA HJ HADI AWANG KPD AHLI2 PAS YG MENGATAKAN MELAWAN PEMERINTAH YANG SAH ITU WAJIB DAN JIKA MATI, DPT SYAHID, MAKA TERBUNUHLAH ARWAH UST IBRAHIM MAHMOOD @ IBRAHIM LIBYA DLM PERISTIWA HITAM BERDARAH DI KG MEMALI KEDAH. INI BUKTI KETUA PAS MENYESATKAN MANUSIA SEPERTI YG DIMAKSUD AYAT AL QURAAN ITU.

  26. PAS FLEXIBLE BOLEH PAKAT DENGAN SIAPA SAHAJA…..SALAH PH JUGA ….KENAPA DAH TERAJANG PAS….BILA PAS NAK PAKAT DENGAN UMNO MARAH PULA…..PH SEBENARNYA BERMASALAH…..

    Kit Sing macam dirasuk hantu, kata Najib
    ………
    Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) kusyuk membaca doa pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL

    KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dikatakan menggelabah macam dirasuk hantu apabila UMNO bekerjasama dengan Pas.

    Datuk Seri Najib Razak berkata, semasa DAP berpakat dengan Pas boleh pula.

    “Bila kita pakat dengan PAS, dia menggelabah macam dirasuk hantu pulak,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

    Najib mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa kerjasama UMNO, Pas akan menyebabkan keadaan negara huru-hara.

    “Bayangkan apakah yang akan berlaku selepas ini? Politik toksik mengaitkan agama dan bangsa akan meningkat ke satu tahap yang tidak pernah langsung di lihat dalam dunia politik Malaysia,” kata Kit Siang menerusi blognya.

    Kit Siang turut menyamakan UMNO-Pas sebagai ‘kleptokrasi’ kerana perpaduan ummah ini sebenarnya lebih rela mendiamkan diri berhubung isu penyelewengan yang didakwa olehnya, sekali gus gagal menjadi sebuah kerajaan yang baik pada masa hadapan.

    Najib yang menggelar Kit Siang sebagai Menteri Hal Ehwal Najib (MenHEN) berkata, Kit Siang mula meroyan dengan Penyatuan Ummah sejak semalam.

    Sindir Najib, Ahli Parlimen Iskandar Putri itu mungkin lupa dia pernah berpakat dengan PAS.

    “Cuba tanya dia tentang surat yang Guan Eng tandatangan bulan April 2013 itu.

    “Bila dia pakat dengan PAS, boleh pulak,” kata Najib. – MalaysiaGazette

  27. MENGENAI ISU KAFIR MENGKAFIR TELAH KAMI JAWAB DALAM ENTRI LEPAS…..BENARLAH KATA TONG M MELAYU PH MALAS MEMBACA DAN BERFIKIR…..HANYA SOKONG PH MEMBUTA TULI……

    PIAGAM PAKATAN UMNO-PAS PERLU REALISTIK

    …….

    Dalm bulan Kemerdekaan dan Kebangsaan ini beberapa peristiwa politik penting tanahair berlaku. Ketara ialah termeterainya Piagam Pakatan Ummah antara Umno dan Pas dan bagi pihak Kerajaan PH mengambil pendekatan Kemakmuran Bersama yang ditujukan kepada negeri-negeri dan rakyat. Menurut pendekatan itu, pihak PH akan berusaha mengimbangkan kemakmuran negera antara negeri-negeri yang miskin dengan negeri-negeri yang kaya. Negeri-negeri yang miskin disebut seperti Kelantan, Kedah dan Perlis.
    Melihat kepada Piagam Penyatuan Ummah antara Umno dan Pas selain dari Piagam pertama, iaitu Menjunjung Perlembagaan Negara. Ianya lebih menekankan penyatuan antara Umno dan Pas yang terdiri dari orang Melayu dan Bumiputra. Konsep ummah itu sendiri membawa maksud kepada umat Islam. Walau bagaimana terdapat klausa di dalam piagam ketiga, bahawa kesatuan Ummah bagi mensejahterakan rakyat Malaysia. Ini diperkukuhkan di dalam Piagam keempat, bahawa mesyuarah akan dilakukan dengan semua kaum dan agama bagi kepentingan negara. Sesungguhnya Piagam adalah berfokus kepada orang Melayu dan Bumiputera, manakala bagi rakyat lain difahami sebagai berkedudukan kedua dan terpinggir. Ini antara kelemahan yang dilihat di dalam piagam berkenaan. Piagam sebenarnya lebih melihat ke dalam, sepatutnya bersifat realistik. Adalah lebih baik jika pada Piagam ketiga ditekankan,`Pakatan membuka ruang kerjasama dengan semua kaum dan rakyat Malaysia. Dan bagi piagam keempat. Bertujuan menyatupadukan rakyat dan bekerjasama bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan.
    Dengan demikian rakyat bukan Melayu dan bumiputra diberi peluang dan kedudukan yang sama dalam kerjasama bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan. Wajar dilengkapkan piagam keempat, iaitu Mendidik rakyat semua peringkat agar berilmu dan berperadaban dan kelima Menyatupadukan rakyat bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan.
    Jika disusun kembali Piagam adalah terdiri dari lima prinsip berikut:
    1) Menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia.
    2) Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputra.
    3) Pakatan Membuka ruang kerjasama setaraf dengan semua kaum dan rakyat Malaysia.
    4) Mendidik rakyat semua peringkat agar berilmu dan berperadaban.
    5) Menyatupadukan rakyat bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan.
    Dengan lima prinsip ini, walaupun kerjasama antara Umno dan Pas, tetapi ruang terbuka bagi kerjasama dengan semua kaum secara setaraf. Dengan demikian tidak kelihatan atau terasa bahawa kaum-kaum yang lain bertaraf kedua dan terpinggir.
    Prinsip keempat adalah penting, kita bukan saja mau kerjasama antara Melayu-Bumiputra dan kesemua rakyat, tetapi mau mendidik dan menjadikan rakyat semua peringkat berilmu, termasuk bidang teknologi dan komunikasi yang mendominasi kehidupan kini. Pakatan Umno-Pas mau mendepani pilihanraya, jadi Piagam perlu realistik dan serasi dengan kemahuan rakyat Malaysia.
    Piagam hendaklah sesuatu yang kukuh. Pakatan Umno dan Pas hendaklah membawa prinsip yang lebih kukuh, realistik dan terbuka atau sekurang-kurangnya setara dengan apa yang ditawarkan oleh PH.
    Piagam adalah satu hal dan melaksanakannya satu pinilaian yang lain. Rakyat mau melihat perlaksanaannya mulai kini dan bukannya menunggu apabila berpeluang memerintah.
    Sekian.

    Dr Shafie Abu Bakar

  28. MAJLIS MUAFAKAT DAN AKAD NIKAH DAH SELESAI ANTARA UMNO DAN PAS………………PELIK………………PELIK….

    DALAM ISLAM,YANG KAFIR WAJIB MASUK ISLAM DULU BARU BOLEH KAWIN.

    MAJLIS MEMBACA KALIMAH SHAHADAT TAK DAK PON..

    JADI? JADI?

    KAWIN TAK SAH!

    1. GENG PANTAI SELATAN

      Wadah perjuangan politik yang terbaik masa kini hingga PRU-15, ialah parti WARISAN,AMANAH DAN BERSATU.Bagi menguatkan survival politik Melayu,hanya 3 parti itu sahaja yang relevan masa kini.Seperti yang di sebut TUN M,bangsa Melayu bukanlah bijaksana dalam mencongak strategi politik.Seruan TUN M,diharap dapat melembut dan menyedarkan Ahli-ahli parlimen PAS,UMNO dan PKR untuk bersama 3 parti tersebut.Masa masih ada untuk bertindak,bukan tunggu hingga 3 tahun 8 bulan lagi,dan duduk berangan kosong!!!!!!

      Ayoh YB YB Melayu…apa tunggu lagi.

      1. GENG PANTAI SELATAN

        biarkan MVSA,KEJORA dan NBR duk meroyan kat sini.Lawak juga aku membaca ulasan/komen-komen mereka yang bertunjangkan sembahan parti masing-masing dari agama Islam itu sendiri.

        AWAS WEI-SILAP-SILAP TAKSUB,KAMU KE NERAKA!!!

        JANGAN INGAT AKU TAK PESAN,SEBAGAI SAUDARA SEISLAM

        komen-komen hinaan NBR pula tak lebih dari menggambarkan unsur dalamannya, hati dan otak yg kelabu dan hitam.

        MVS pula hari-hari memerah otak untuk memberi komen-komen,perasan yang GS anutannya sebagai tentera AL-MAHDI…CEHHHHH….al-Mahdi pon tak pandang sebelah mata kat you all.

        KEJORA pula sedang pasang angan-angan nak kawin dengan mahasiswi kat USA,senyum sendiri,ketawa kah kah kah,
        aku tak yakin yg pompuan tu mahukan dia.Dia yang lebih-lebih kerana bawaan sex maniac yang dihadapinya.Bawa bertenang kawan,dan rajin-rajin dekatkan diri dengan tuhan.

        3 serangkai yang tersesat jalan ini perlu kita tarbiahkan,agar mereka mendapat cahaya kebenaran.

        JANGAN MERAJUK NA!

        1. Bro GPS 9:25 pm,

          Maaf le bro, bukan Kejora ini tak nak bersama
          Tapi Kejora tadi berpantun dekat entri yg lama
          Kat situ, Kejora dgn si dia sdg bercengkerama
          Tadi, jam 2:20 pm, wrkh ke-12 Irah, aku terima
          💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

          💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
          Kah. kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh
          😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁

          1. MUNIRAH MARYONO

            Salam Sr Abg,
            Slmt Hari Msia
            Sjhtre utk ngre,doa irh n gng kt sni

            em irh ntai2 pst blg ni trdhlu
            Irh dh tahu rhsia abg
            Dh bce ntri en. frz
            ikt pgmtn psiko Irh,en frz tu brckp bnr
            mboi,dlu abg ade mkwe cntk,dr mas kckn btsh/ibn
            ape krgnye dgn cgu abg yg hdsome ni
            dh x de jdh,bt cam na, kan abg

            btl ckp abg,irh bsy sgt
            fnl yr kta kan

            abg,klau mkn bbr asyra jgn lpa kn irah ye
            dh 4 thn irh x mkn bbr tu
            dlu kt JB ,slalu sdre ksi
            kt sni asyk2 pzza je ha ha

            dh dkt tgh mlm
            irh nk spkn tgsn

            jumpa lgi,

            irh US

            Reply

            16 September 2019 2:20 pm

            1. 💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
              Spt nak terlucut jantung bila blog ini aku buka
              Tuah Hari M’sia, menyusul tuah Hari Merdeka
              Selang 16 hari..tiba warkah ke-12, dari ‘marka’
              PRamlee kata ‘hai cempedak dah jadi nangka’
              😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁

              💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
              Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh
              💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

              1. 💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
                Gembira di hati Kejora ini..tak tau nak dicerita
                Ptg tadi..terima warkah, dari orang yg tercinta
                Bukah le setakat Irah mengirimkan aku berita
                Tapi..’cikgu abg yg handsome ni’..itu Irah kata
                💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

                💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
                Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh
                💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗💙

  29. SABDA NABI SAW….MUKMIN TIDAK MUNGKIN DIPATUK DARI LUBANG YANG SAMA…..GS AMBIL PENDEKATAN MATANG BERSAMA BN DENGAN LEBIH BERWASPADA….JIKA DULU SELEPAS ANGKARA KOMUNIS D4P YANG CETUSKAN 13 MEI….MENYEBABKAN TERTUBUHNYA BN….DI MANA PAS TELAH DITENDANG KELUAR DAN PECAH BELAH….. PAKATAN RAKYAT PAS JUGA TERIMA NASIB YANG SAMA ……MUAFAKAT SEKARANG TIDAK LAGI MENGGUNAKAN SATU LAMBANG…..BERMAKNA GS PUNYAI KEKUATAN SENDIRI TIDAK LAGI BERGANTUNG KEPADA BN…..

    Kerjasama UMNO dan PAS adalah ‘a done deal’ – Tok Mat
    ………

    UMNO-Pas melangkah maju

    KERJASAMA UMNO PAS telah dimeterai secara rasmi pada Sabtu lepas. Sebelum pemeteraian itu berlaku, banyak sekali reaksi daripada pelbagai pihak, terutamanya beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan.

    Berbagai label yang diberikan. Ramai yang mempersoalkan rasionalnya. Ada juga nasihat yang tidak munasabah diutarakan.

    Apapun, kita dapat merasakan bahawa ada rasa ‘anxiety’ yang sukar dipendam dalam pimpinan Pakatan Harapan. Pastinya kerana dijangka kerjasama UMNO dan PAS ini akan menjadi ancaman paling besar kepada Pakatan Harapan.

    Kita menghormati semua pandangan mereka. Yang baik akan kami jadikan sandaran dan yang lainnya, kami baca begitu sahaja.

    Realitinya, kerjasama UMNO dan PAS akan mengubah jalan politik Malaysia untuk selamanya. Tiada apa jua hujah atau pun kritikan, yang akan dapat menahan kemaraan UMNO dan PAS ini.

    Apatah lagi, ia telah mengambil langkah yang sangat besar, daripada hanya penyatuan ummah kepada gerakan Muafakat Nasional.

    Ini adalah ‘game changer strategy’ yang akan mencorakkan peranan UMNO dan PAS di arena politik nasional.

    Yang pasti ialah, UMNO dan PAS telah menyatakan ikrar dan iltizamnya, untuk memimpin gerakan permuafakatan nasional demi kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.

    Ia bukan lagi tentang sekadar politik Melayu dan Islam. Itu adalah ‘a done deal’.

    Sekarang, cabarannya ialah, bagaimana kekuatan Melayu dan Islam itu boleh menjadi lonjakan untuk mempelopori gerakan kesepakatan, perpaduan dan keeratan nasional dalam kerangka demokrasi dan dipandu nilai demokratik.

    Jawapannya, ada pada pengalaman politik UMNO dan PAS. Sesuatu yang kita harus hargai tentang PAS ialah bagaimana ia sebagai sebuah gerakan Islam, telah memilih untuk memperjuangkan Islam dalam kerangka demokrasi.

    Berpuluh tahun bertanding dalam pilihanraya, dan selalunya tewas, PAS tidak pernah mengalah. Ia terus percaya dan yakin kepada amalan demokrasi dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip demokratik.

    PAS tidak pernah lelah dalam memajukan demokrasi di Malaysia. Maka kerana itulah, PAS senantiasa mengambil pendekatan dinamik dengan membentuk kerjasama politik dengan pelbagai pihak selama ini.

    Matlamatnya ialah untuk mematangkan demokrasi di Malaysia. Kerana itulah, amat sukar dimengerti, apabila PH melihat kerjasama UMNO dan PAS semata-mata dari sudut ‘menyemarakkan politik perkauman dan agama’.

    Sedangkan, selama UMNO dan PAS berfungsi dalam politik Malaysia, kedua-duanya telah membuktikan betapa kedua-duanya adalah pendukung tegar ideal demokratik serta pelbagai institusinya yang berpaksikan demokrasi.

    Kepada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan, pesanan saya ialah, bersangka baiklah. Jangan terlalu sangat berprasangka yang bukan-bukan. Imaginasi kalian kadang-kadang keterlaluan.

    UMNO dan PAS akan diadili oleh rakyat Malaysia melalui proses demokrasi. Jika Muafakat Nasional ini tidak diterjemahkan seperti iltizam kami dalam Piagam yang telah ditandatangani, biarlah rakyat yang menentukannya melalui pilihanraya.

    Justeru kami akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menterjemahkan aspirasi Muafakat Nasional ini.

    Tindakan selanjutnya ialah untuk pergi ke peringkat seterusnya. Iaitu menjelaskan tawaran UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional ini.

    Pastinya rakyat ingin tahu, visi bagaimana yang akan digagaskan oleh Muafakat Nasional ini untuk negara tercinta. Dan kemana akan kami bawa tanahair ini.

    Insyallah, selepas ini, Muafakat Nasional akan secara berperingkat mengumumkan pelbagai dasar alternatif untuk pertimbangan rakyat.

    Muafakat Nasional akan bersaing dengan Pakatan Harapan dengan menggunakan idea, pemikiran dan kecerdasan. Bukan sentimen kaum dan agama.

    Kami senantiasa memilih jalan konstruktif dan akan mempelopori pembaharuan dasar yang progresif.

    Insyallah, akan kami tawarkan kepada rakyat Malaysia ini, politik yang bukan sekadar matang dan demokratik, tetapi progresif, bersandar idea dan ilmu termaju serta berkeadilan dan inklusif, insha Allah.

    Tok Mat
    Utusan

  30. WAHAI CAI….KENAPA SIBUK DENGAN HUDUD….ITU ADALAH TANGGUNG JAWAB PEMERINTAH…..SIAPA YG PERINTAH NEGARA SEKARANG….SILA JAWAB….

    Sebab Utama Pemimpin Pakatan Harapan Mahu Gagalkan Penyatuan Ummah……

    Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu Islam bersyukur kerana setelah menunggu hampir 40 dekad, akhirnya, ibarat mimpi jadi nyata, penyatuan ummah bagi masyarakat Melayu Islam menjadi kenyataan setelah termeterai Piagam Penyatuan Ummah yang digerakkan oleh 2 parti Melayu Islam terbesar di Malaysia, iaitu UMNO dan PAS…

    Piagam Muafakat Nasional yang menjanjikan hak setiap kaum dipelihara dan dihormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, sepatutnya disambut baik oleh semua pihak tanpa mengira kaum dan fahaman ugama…

    Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat untuk mentadbir urus negara dengan baik telah menyebabkan kegelisahan terlampau di kalangan rakyat marhaen…

    Keadaan ekonomi yang semakin menekan kehidupan marhaen, ketegangan antara kaum akibat permainan politik puak ultra kiasu, pencerobohan Kedaulatan Undang Undang yang dilakukan tanpa segan silu, penghinaan terhadap ugama Islam yang menjadi ugama rasmi Malaysia dilakukan tanpa tindakan susulan yang tegas, penghinaan terhadap Raja Raja Melayu yang menjadi payung negara, kedaulatan negara diperdagangkan dengan penjualan MyKad dan banyak lagi kalau nak disenaraikan…

    Maka, Piagam Muafakat Nasional yang ditawarkan oleh 2 parti politik, UMNO dan PAS, yang mempunyai pencapaian yang cemerlang selama berdekad-dekad dalam mentadbir urus negara telah membuatkan kebanyakan rakyat marhaen menyambut baik dan menaruh harapan yang tinggi kepada kedua-dua parti politik tersebut…

    Tapi di sebalik lafaz kesyukuran rakyat marhaen, ada suara-suara sumbang yang menyatakan bantahan malah memberikan gambaran seolah-olah penyatuan ummah yang digerakkan oleh UMNO dan PAS akan bawa bencana yang besar kepada rakyat Malaysia…

    DAP

    Bagi admin, kalau suara sumbang tu datangnya dari DAP, ianya bukanlah satu perkara yang pelik…

    Sebab sebagai parti ultra kiasu, DAP pastinya akan menentang dan seboleh-bolehnya mahu menggagalkan penyatuan masyarakat Melayu Islam…

    Apatah lagi pemimpin DAP banyak terlibat dengan salah laku yang membabitkan undang-undang negara telah berselindung di sebalik kuasa yang rakyat berikan…

    DAP yang secara total survivornya bergantung pada sokongan masyarakat Cina telah melemparkan berbagai tuduhan dan fitnah terhadap usaha penyatuan ummah…

    DAP cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina, kononnya, kalau PAS dan UMNO berkuasa maka masyarakat Cina Malaysia akan ditekan dan ditindas…

    Hakikatnya, tidak ada seorang pun dari masyarakat Cina yang dizalimi oleh UMNO atau PAS sama ada di negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS atau pun sewaktu Malaysia diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional…

    Apa yang DAP takutkan ialah realiti mereka akan kehilangan kuasa bila 2 parti Melayu Islam bersatu sedangkan banyak lagi agenda DAP yang belum dapat mereka laksanakan (BACA DI SINI)…

    PKR

    Di awal kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU 14, PKR dilihat antara parti yang boleh membawa agenda memperkasakan masyarakat Melayu Islam kerana PKR diterajui oleh pemimpin Melayu Islam…

    Tapi disebabkan kerakusan merebut kuasa, akhirnya pengaruh PKR dilihat tidak lebih seperti buih di lautan…

    Walau pun kelihatan banyak tapi tidak mampu mendatangkan apa-apa kesan…

    Pertelingkahan dalaman PKR tidak lagi menjadi rahsia dalaman parti…

    Memburukkan keadaan, bila kedua-dua pemimpin utama PKR, Anwar dan Azmin terbabit dalam kegiatan seks luar tabiee…

    Keyakinan dan kepercayaan masyarakat Melayu Islam terhadap PKR semakin hati semakin terhakis dan hanya menanti kemunculan satu entiti yang mampu mereka sandarkan harapan mereka…

    Gerakan penyatuan ummah UMNO dan PAS dilihat PKR sebagai satu ancaman besar kehilangan sokongan masyarakat Melayu Islam terhadap mereka…

    Dengan gabungan umarak dan ulamak dalam kerjasama antara UMNO dan PAS telah memberikan keyakinan kepada masyarakat Melayu Islam dan inilah mimpi ngeri pemimpin PKR…

    Piagam Muafakat Nasional bukan saja menyebabkan sokongan masyarakat Melayu Islam terhadap PKR berpaling arah, malah sokongan masyarakat kaum lain juga semakin rancak berpaling arah…

    Nyata Piagam Muafakat Nasional telah membawa PKR semakin hampir ke penghujung kuasa…

    PPBM

    PPBM ialah Dr. Mahathir dan Dr. Mahathir ialah PPBM…

    Nama-nama seperti DS Zahid, DS TG Hj. Hadi, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, DS Najib adalah nama-nama yang tidak boleh dan mungkin dilarang keras disebut depan Dr. Mahathir…

    Nama-nama tersebut boleh menyebabkan penyakit barah hati Dr. Mahathir semakin membusuk…

    Siapa saja dalam PPBM yang berani membuatkan barah hati Dr. Mahathir semakin membusuk, pasti akan ‘menderita dan mati kekeringan’ dikerjakan oleh Dr. Mahathir…

    Sewaktu DS Najib menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir hampir-hampir ‘check in’ di Sg. Buloh kerana skandal FOREX…

    Cuma kuasa Perdana Menteri yang Dr. Mahathir pegang telah selamatkan dia (BACA DI SINI)…

    Sebenarnya banyak lagi skandal-skandal salah guna kuasa yang ada dalam ‘waiting list’…

    Dr. Mahathir TIDAK BOLEH kehilangan kuasa sebab hanya itulah satu-satunya penyelamat…

    Piagam Muafakat Nasional hanya akan membuatkan kerinduan penghuni Sg. Buloh pada Dr. Mahathir semakin menebal dan ‘by hook or by crook’, Dr. Mahathir ‘WAJIB’ menggagalkannya!!!

    PAN

    Satu-satunya parti yang tak ada halatuju perjuangan…

    Asalkan DAP sedia ‘melabur’, halatuju PAN akan jadi semakin lebur…

    Kalau DAP berkubur, pasti PAN akan turut bersama ke kubur…

    Begitulah ‘wallak’ pemimpin PAN pada DAP!!!

    Majlis Tandatangan Piagam UMNO PAS Bukanlah Penghujung Sebuah Perjuangan Tetapi Adalah Permulaan Sebuah Perjuangan

    Untuk pemimpin, penyokong setia UMNO dan PAS serta rakyat Malaysia, mesti sedar, kejayaan merealisasikan Piagam Muafakat Nasional bukanlah hanya atas hasil usaha manusia tapi ianya atas rahmat dan nikmat Allah SWT (BACA DI SINI)…

    Untuk pemimpin dan penyokong setia UMNO dan PAS, kejayaan majlis menandatangan piagam tersebut bukanlah penghujung kepada sebuah perjuangan tetapi ianya adalah permulaan kepada sebuah perjuangan yang panjang…

    Belajarlah dari kesilapan-kesilapan kita yang lepas…

    Belajarlah dari sejarah supaya kita tak dihukum sekali lagi oleh sejarah…

    Bersama-sama kita cari titik persamaan dan kecilkan jurang perbezaan…

    Pemimpin dan penyokong UMNO mestilah mengadaptasi semangat keIslaman PAS dan pemimpin serta penyokong PAS pula mestilah mengadaptasi semangat keMelayuan UMNO…

    Dengan semangat mesyuwarah, simpol yang rumit pasti boleh diuraikan, gelora yang ganas pasti boleh diredakan…

    Jangan lagi diungkit kesilapan yang lepas tapi bersedialah dengan cabaran dan dugaan yang menanti dihadapan…

    Ingat kata-kata Al Marhum Tun Razak, kejujuran dan keikhlasan adalah kunci kerjasama antara UMNO dan PAS…

    Bersama-sama kita menyimpul mati kerjasama antara UMNO dan PAS demi agama ,bangsa dan tanahair…

Leave a Reply

Your email address will not be published.