SIA-SIA HARAPKAN TUN M BUBAR PARLIMEN AWAL

Terdapat seolah-olah kecenderungan yang berterusan ketika ini daripada UMNO dan Pas untuk mendesak agar Tun Mahathir Mohamad segera membubarkan Parlimen.

Dalam UMNO dan Pas kononnya menyokong Tun Mahathir agar menghabiskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal, lidah bercabang kedua-dua parti ingin segera merebut kuasa nampaknya tidak dapat diselindungkan dalam waktu yang sama.

Seolah-olah melalui desakan itu, UMNO dan Pas sekarang ini begitu yakin mereka akan dapat mengambil alih kuasa daripada PH untuk mentadbir negara ini.

Sesuatu yang UMNO dan Pas barangkali terlupa ialah PH baru saja mentadbir negara ini dalam tempoh setahun empat bulan sejak berjaya menumbangkan BN pada 9 Mei 2018 yang lalu.

Bermakna, untuk menghabiskan tempoh lima tahun sebagai kerajaan, PH ada masa kira-kira tiga tahun lapan bulan lagi mentadbir negara ini.

Masalah dan kekurangan di sana sini adalah perkara biasa bagi sebuah kerajaan baru, tetapi adalah “bodoh” jika Tun Mahathir mahu membubarkan Parlimen hanya dalam tempoh setahun lebih baru memegang kuasa, sedangkan had yang dibenarkan ialah lima tahun.

Dalam tempoh tiga tahun lebih yang masih berbaki itu macam-macam usaha dan perancangan boleh dilakukan oleh PH sebagai kerajaan untuk menambahbaik sokongan rakyat kepada mereka.

Untuk itu, kalau pun UMNO sudah tidak tahan hidup sebagai pembangkang dan Pas pula semacam terlebih ghairah seolah-olah kerjasama kedua-dua parti mampu menawan Putrajaya, belajarlah bersabar dahulu.

Bukankah sabar itu sebahagian daripada iman?

Lagi pula, sudah pastikah UMNO dan Pas dapat mengalahkan PH jika PRU diadakan dalam waktu yang segera ini?

Cukupkah kawasan-kawasan Parlimen majoriti Melayu saja untuk UMNO dan Pas memperolehi lebih daripada 112 kawasan Parlimen sebagai jumlah minimum untuk menjadi kerajaan?

Bagaimana dengan soal pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas, adakah ia dijamin tidak menghasilkan perkelahian dan perpecahan?

Kepada UMNO, jangan sesekali lupa bagaimana Pas ketika bersama Pakatan Rakyat dahulu kerapkali mengkhianati perjanjian pembahagian kerusi yang telah dipersetujui dengan Hadi Awang sendiri di saat-saat akhir mengeluarkan surat watikah kepada calon partinya sendiri di mana akhirnya berlaku pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan.

Apakah, tidak mustahil kali ini ketika bersama UMNO, Pas dan Hadi Awang akan bersikap khianat sekali lagi?

Selain itu, harus juga difahami, kerjasama UMNO dan Pas ini barangkali akan menjadi salah satu asas bagi Tun Mahathir untuk tidak membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat ini.

Ini kerana, melalui kerjasama UMNO dan Pas itu, parti dalam PH yang paling terancam sekali untuk menang ialah Bersatu yang dipimpin oleh Tun Mahathir sendiri.

Jika dalam PRU14 lalu, Bersatu menang 13 kerusi Parlimen, tidak mustahil kerjasama UMNO dan Pas ini akan menjadikan jumlah kemenangan Bersatu bertukar menjadi kosong.

Maka, tentulah mustahil Tun Mahathir akan membubarkan Parlimen lebih awal hanya untuk memberi kemenangan kosong kepada partinya sendiri.

Sebaliknya, melalui kerjasama yang terjalin antara UMNO dan Pas yang tentunya disertai dengan mainan isu kaum dan agama yang melampau, pengundi Melayu bandar serta separa bandar dan pengundi bukan Melayu akan lebih memberi sokongan kepada PKR dan DAP.

Dalam erti kata lain, komponen BN seperti MCA dan MIC akan terus disisihkan pengundi, manakala kawasan bandar dan separa bandar lebih berpotensi untuk dimenangi oleh PKR dan juga DAP.

Melalui kerjasama UMNO dan Pas juga, BN secara tidak langsung akan bertukar menjadi gabungan yang rasis dengan mainan isu kaum serta agama bakal menjadi tunjangnya, sekali lagi keadaan ini juga memberi kelebihan kepada PH di Sabah dan Sarawak untuk memenangi lebih banyak kerusi.

Pendek kata, PRU awal, selain tidak memberi jaminan kepada Bersatu yang diketuai oleh Tun Mahathir untuk memenangi banyak kerusi, ia juga belum tentu memberi kelebihan kepada UMNO dan Pas.

Tetapi, dengan mengadakan PRU akan datang mengikut jadual sehingga tahun 2023 dan tempoh tiga tahun yang masih berbaki ini digunakan untuk menunaikan janji manifesto serta melaksanakan reformasi, selain peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim ditunaikan sebagaimana konsensus yang telah dipersetujui, bukan saja PH lebih terjamin mampu mengekalkan kuasa, malah kemenangan kosong Bersatu pun tidak mustahil dapat dielakkan. (ShahbudinHusin 01/09/2019)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 13 September 2019 — 1:10 pm
Subscribe
Notify of
guest

22 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
2 September 2019 5:23 am

RAHMATAN LIL ALAMIN IALAH ANTARA CIRI UTAMA NABI MUHAMMAD SAW…MAITREYA…SUDAHPUN DI NYATAKAN DALAM KITAB BUDDHA TTG KEDATANGAN BAGINDA.. BUDDHIST YG IKHLAS SEPATUTNYA MASUK ISLAM….. Agong pun perli PAN berkenaan “Rahmatan lil alamin” ……….. PELAKSANAAN “rahmatan lil alamin” tidak harus bertoleransi terhadap perbuatan yang bercanggah dengan tuntutan agama, titah Yang di-Pertuan Agong. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkata, hukum hakam agama tidak seharusnya diketepikan dalam menyemai toleransi dan kasih sayang sesama masyarakat. Sultan Abdullah bertitah gagasan idea ‘Rahmatan lil Alamin’ yang diketengahkan juga boleh membawa konsep hidup bermasyarakat kepada tahap yang lebih tinggi, di… Read more »

Jiwa Merdeka
Jiwa Merdeka
1 September 2019 10:59 pm

FITNAH terkini oleh rakan ta`awun syiasi PAS Annuar Musang s/u agong umno – cina bakar Jalur Gemilang

Anda boleh semak sendiri kiriman itu di laman sosial Twitter milik Annuar — @AnnuarMusa (cepat klik sebelum dia padam)

“Jangan pelik jika nampak ramai machai-machai dan zombie-zombie suka sebar gambar dan cerita fitnah sebab pemimpin mereka pun buat perkara sama,”

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
1 September 2019 10:47 pm

DEEP STATE KE ARAH NEW NATIONAL ORDER…. MEREKA DALAM PROSES PERALIHAN PUPPET…. IDEOLOGY MEREKA KOMUNIS ANTI SEMUA AGAMA TERUTAMA ISLAM…… Isi Kemerdekaan Dengan Mendaulatkan Islam ……. KUALA TERENGGANU – Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengisi kemerdekaan dengan memperkasa dan mendaulatkan agar Islam menjadi agama yang memerintah bukan diperintah. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, tidak sayugia bagi umat Islam khususnya menyambut hari Kebangsaan dan menghayati pembebasan negara, mengikut sistem yang diwarisi zaman penjajah. “rakyat Malaysia dipelawa untuk bersama dengan penyelesaian Islam yang dikemukakan PAS dan keadilan Islam di atas… Read more »

Jiwa Merdeka
Jiwa Merdeka
1 September 2019 11:05 pm

FITNAH terkini oleh rakan ta`awun syiasi PAS Annuar Musa s/u agong umno – cina bakar Jalur Gemilang

Anda boleh semak sendiri kiriman itu di laman sosial Twitter milik Annuar — @AnnuarMusa (cepat klik sebelum dia padam)

“Jangan pelik jika nampak ramai machai-machai dan zombie-zombie suka sebar gambar dan cerita fitnah sebab pemimpin mereka pun buat perkara sama,”

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
1 September 2019 10:33 pm

WASPADA ISU INI AKAN MENYEBABKAN TONG M KALAH…MELAYU AKAN BENCI…TEKANAN AKAN DIBERIKAN SUPAYA SERAH JAWATAN PM KEPADA DAULAH TERPENDAM….BERI KEPERCAYAAN KPD GS… INSYALLAH MASALAH SELESAI….. Lynas: Now to weed out the real parias Read Mahathir does not want Lynas treated like an outcast ….. Dirty Dozen, 27 Aug: Clearly, this message by the Prime Minister is meant primarily for his 12 ministers who signed last year the akujanji on Lynas, promising to shut down the RM1.7 billion rare earth plant in Gebeng, Pahang if they win the 14th general election and take over Putrajaya. They included the Deputy Prime Minister… Read more »

Jiwa Merdeka
Jiwa Merdeka
1 September 2019 11:07 pm

FITNAH terkini oleh rakan ta`awun syiasi PAS Annuar Musa s/u agong umno – cina bakar Jalur Gemilang

Anda boleh semak sendiri kiriman itu di laman sosial Twitter milik Annuar — @AnnuarMusa (cepat klik sebelum dia padam)

“Jangan pelik jika nampak ramai machai-machai dan zombie-zombie suka sebar gambar dan cerita fitnah sebab pemimpin mereka pun buat perkara sama,”

Jiwa Merdeka
Jiwa Merdeka
1 September 2019 10:07 pm

Ini fitnah terbaru oleh S/U Agong UMNO, rakan sejati PAS!

Bendera Malaysia dibakar: Annuar Musa kantoi sebar gambar lama
23 August

SETIAUSAHA Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun twitter cuba memperbodohkan orang ramai dengan menyebarkan gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki.

Menerusi kiriman itu Annuar Musa menulis caption berbahasa Inggeris bermaksud,

“Umno dan BN telah meletakkan asas yang kuat untuk negara. Kita hidup dalam aman dan harmoni hampir tujuh dekad. Tapi kini ia mula runtuh, sekeping demi sekeping, sedikit demi sedikit,”

Sumber — https://www.milosuam.net/2019/08/bendera-malaysia-dibakar-annuar-musa.html#ixzz5yHVQmIDg

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
1 September 2019 9:33 pm

PH GADAI NEGARA KEPADA NEGARA ASING….. Org Jepun Bukan Gila Nak Beli 14% Harga Tinggi Dari Pasaran …… . Semasa Azmin Ali ditanya kenapa Khazanah menjual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan Disember 2018 lalu, dia kata ini cara paling bagus untuk melepaskan aset. Ketika itu, dia kata harga RM6.00 satu saham yang ditawar oleh Jepun adalah “premium” yang amat besar berbanding harga pasaran saham yang cuma RM5.25 masa itu. “Very high premium” kata Azmin. Premium apa? Sebelum PRU14, harga saham sering di atas harga RM6.00 sehingga RM6.75. Oleh kerana bursa saham Malaysia telah menjunam selepas PH menang PRU14, harga… Read more »

Jiwa Merdeka
Jiwa Merdeka
1 September 2019 10:12 pm

Ini fitnah terbaru oleh S/U Agong UMNO, rakan sejati PAS!

Bendera Malaysia dibakar: Annuar Musa kantoi sebar gambar lama
23 August

SETIAUSAHA Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun twitter cuba memperbodohkan orang ramai dengan menyebarkan gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki.

Menerusi kiriman itu Annuar Musa menulis caption berbahasa Inggeris bermaksud,

“Umno dan BN telah meletakkan asas yang kuat untuk negara. Kita hidup dalam aman dan harmoni hampir tujuh dekad. Tapi kini ia mula runtuh, sekeping demi sekeping, sedikit demi sedikit,”

Sumber — https://www.milosuam.net/2019/08/bendera-malaysia-dibakar-annuar-musa.html#ixzz5yHVQmIDg

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
1 September 2019 9:26 pm

DARI SEGI KEBEBASAN BERAGAMA LBH KURANG 500,000 KUIL DAN GEREJA BERTEBARAN SELURUH NEGARA…..APA YG DAULAH TERPENDAM TIDAK PUAS HATI LAGI….YA DEEP STATE BERIDEOLOGI KOMUNIS..ANTI TUHAN ANTI AGAMA…… Sultan Perak tegur sikap kaduk naik junjung …………. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan segelintir pihak – termasuk pemimpin – yang bersaing mempamerkan ego masing-masing sehingga sanggup merendahkan nilai diri demi mencari pengaruh dan mendapatkan sokongan politik. Baginda bertitah suhu politik di dalam negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hari semakin dipanaskan dan dilakukan oleh pemimpin politik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang. “Sifat-sifat kaduk menaiki junjung… Read more »

Jiwa Merdeka
Jiwa Merdeka
1 September 2019 10:17 pm

Ini fitnah terbaru oleh S/U Agong UMNO, rakan sejati ta`awun syiasi PAS! Bendera Malaysia dibakar: Annuar Musa kantoi sebar gambar lama 23 August SETIAUSAHA Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun twitter cuba memperbodohkan orang ramai dengan menyebarkan gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki. Menerusi kiriman itu Annuar Musa menulis caption berbahasa Inggeris bermaksud, “Umno dan BN telah meletakkan asas yang kuat untuk negara. Kita hidup dalam aman dan harmoni hampir tujuh dekad. Tapi kini ia mula runtuh, sekeping demi sekeping, sedikit demi sedikit,” Sumber — https://www.milosuam.net/2019/08/bendera-malaysia-dibakar-annuar-musa.html#ixzz5yHVQmIDg Anda boleh semak sendiri kiriman itu di laman sosial Twitter milik… Read more »

Tanpa Nama
Tanpa Nama
1 September 2019 9:15 pm

Betul – SIA-SIA HARAPKAN TUN M BUBAR PARLIMEN AWAL.

Givap lar. Jadi mcm nunggu buah tak gugur. Walau pun yang nunggu, buah dah kecut dnn melayut kebawah. Hehe

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
1 September 2019 8:02 pm

TIDAK MUSTAHIL GS MENANG PRU15…APATAH LAGI BERGABUNG DGN BN YG TELAH MENANG 13 PRU……MAINAN DEEP STATE TIDAK SEMBUNYI LAGI…. Khaled Nordin sindir Kit Siang, Apa barunya Malaysia Baru, YB? …….. Saya membaca keluhan dan kekecewaan YB Lim Kit Siang seperti berita yang tersiar di Malaysiakini bertarikh 28 Ogos lalu bertajuk Patutkah saya lupakan Malaysia Baru dan berundur, soal Kit Siang. Saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan berhubung kenyataan itu. Saya sarankan YB melupakan sahaja retorik Malaysia Baru. Pasti YB sendiri sangat sedar bukan, bahawa Malaysia Baru itu tidak diasaskan pada pemikiran politik yang sebenar? Pertama, tiada yang baru tentang Malaysia… Read more »

Tanpa Nama
Tanpa Nama
1 September 2019 9:19 pm

MAHATHIRVSANWAR @ DAJJAL PAS PUN ADA MAINAN DEEP STATE GAMAK NYA. TERUTAMA BILA MAIN DENGAN PAK SHEIKH.

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
1 September 2019 7:23 pm

PAKATAN RAKYAT PAKATAN RAPUH….LANGKAH KAJANG SBG CONTOH DEEP STATE TIDAK COMMITED DAN KHIANATI PAS….. KHIANATI SULTAN DGN KEMUKAKAN SEORANG CALON MB….. Bersatu, Amanah belum mampu ganti UMNO, Pas ………. PUTRAJAYA – Bersatu dan Amanah dilihat belum mampu menggantikan UMNO dan Pas dalam memperjuangkan isu Melayu dan Islam. Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kedua-dua parti itu juga mungkin berdepan masalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama UMNO dan Pas berjaya. “Bersatu sepatutnya ambil alih peranan UMNO dan Amanah ambil alih peranan Pas untuk kelompok Islam progresif. Tetapi setakat… Read more »

Jiwa Merdeka
Jiwa Merdeka
1 September 2019 10:37 pm

tima acih la non723pm sbb kenalkan 1 lagi PROFESOR KANGKUNG yg ramai kat Mesia nih.

Dia nak dptkan tittle prof. yg tanpa halangan tantangan tohmahan dari mana2 pihak tu pom makan 8 – 10 tahun, ada ati komen PH yg baru setahun jagung banding umno pas yg dah berpuluh taun?

prof. akai kemetot, kentut…..

Lu pon sama machai, KANGKUNG juga!

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
1 September 2019 6:54 pm

RAKYAT BERKORBAN UNTUK KERAJAAN….. Parkir RapidKL, dulu RM4, sekarang RM4.30: Netizen berang, serang FB ……. Ampang, 1 September: Berkuatkuasa 1 September 2019, setiap perkhidmatan parkir Rapid KL di Gombak dan Ampang akan dikenakan caj SST 6% dan surcaj Touch n Go. Rapid KL ketika dihubungi Buletin TTKM mengesahkan perkara tersebut. rapid kl1.jpg “Buat masa sekarang, dari info yang kami disahkan, harga bayaran parkir akan jadi RM4.30. Info lanjut berkenaan isu ini, kami akan kongsikan kelak.” – admin FB Rapid KL Ditanya sama ada perkhidmatan parkir di Gombak dan Ampang dikenakan cukai GST ketika zaman pemerintahan kerajaan terdahulu, Rapid KL menafikan… Read more »

Jiwa Merdeka
Jiwa Merdeka
1 September 2019 11:10 pm

FITNAH terkini oleh rakan ta`awun syiasi PAS Annuar Musa s/u agong umno – cina bakar Jalur Gemilang

Anda boleh semak sendiri kiriman itu di laman sosial Twitter milik Annuar — @AnnuarMusa (cepat klik sebelum dia padam)

“Jangan pelik jika nampak ramai machai-machai dan zombie-zombie suka sebar gambar dan cerita fitnah sebab pemimpin mereka pun buat perkara sama,”

najib bini rosmah
najib bini rosmah
1 September 2019 3:37 pm

Minggu Merdeka yang hangat. Saham tak menentu turun capai paras terendah. Nilai tukaran RM juga meningkat ke paras tertinggi dalam masa 1 tahun 4 bulan. Berita apa yang keluar daripada mulut Madey dan Kabinet prestasi rendah beliau? Mungkin kena tutup mulut Rakyat sekali baru boleh buat damage controlled? Kahkahkah!

Jiwa Merdeka
Jiwa Merdeka
1 September 2019 10:48 pm

dok ehhh, just buat bbanyok FITNAH mcm mat ttereh annuar musa s/u agong umno SAHABAT hamPAS nih,

Anda boleh semak sendiri kiriman itu di laman sosial Twitter milik Annuar — @AnnuarMusa (cepat klik sebelum dia padam)

“Jangan pelik jika nampak ramai machai-machai dan zombie-zombie suka sebar gambar dan cerita fitnah sebab pemimpin mereka pun buat perkara sama,”

najib bini rosmah
najib bini rosmah
1 September 2019 3:30 pm

Madey nak bubar Parlimen? Mengamuklah macai kroni Madey yang tengah korek perbendaharaan Kerajaan sekarang. Projek macai Madey nak kaut harta Kerajaan belum tamat beb. Kahkahkah!

jigit
jigit
1 September 2019 2:57 pm

Bagus Budin…taji depa cukup-cukup. Tok Det hanya akan membubarkan parlimen sebelum cukup tempoh hanya jika orang tua tersebut terlalu kecewa dan merajuk teruk atau beliau amat tertekan akibat perbuatan atau tuntutan tidak munasabah oleh sesuatu atau dua pihak. Pada firasat saya, jika buat PRU tergempar, besar kemungkinan PH tertungging…makhumnya Abam tak akan berpeluang untuk menduduki kerusi Putrajaya. Adapun yang memungkinkan kekalahan PH ini bukan sebab performance, atau bukan sebab Tun lambat menyerahkan jawatan kepada DSAI. Tetapi punca utama kerana orang-orang Melayu kini sudah meluat dengan China Keling yang seakan-akan naik tocang sejak diberi jawatan dalam kerajaan. Sebenarnya mereka ini bodoh…kerana… Read more »