“DEMI SELAMATKAN PH, SUDAH SAMPAI MASA TUN M PERLU BERUNDUR”

Pada tahun 1996 selepas Pilihanraya Umum 1995, apabila Parti Semangat 46 menjadi semakin ektrem Melayu dengan mengubah menjadi Parti Melayu Semangat 46, maka Gagasan Rakyat iaitu Gabungan Parti-Parti Pembangkang yang terdiri daripada Parti Melayu Semangat 46, DAP, PRM dan IPF gagal menangani isu-isu perkauman, lalu menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak, Gagasan Rakyat pecah dan terkubur.

Selepas Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004, Barisan Alternatif nama baru bagi Gabungan Parti -parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan PRM sekali lagi pecah dan terkubur menjelang pilihanraya Negeri Sarawak apabila PAS dan DAP berbalah secara terbuka dalam isu-isu yang melibatkan kaum dan agama.

Selepas bebas dari penjara Anwar Ibrahim telah menjelajah ke seluruh tanahair untuk membina gabungan parti-parti pembangkang dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008.

Usaha gigih Anwar itu membina asas Pakatan Rakyat dan buat pertama kali dalam pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 itu Barisan Nasional hillang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Kelantan.

Anwar Ibrahim muncul sebagai tenaga yang menyatukan parti-parti pembangkang pelbagai kaum dan agama itu.

Sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 Anwar Ibrahim menjadi tenaga penggerak membina Gabungan Pakatan Rakyat untuk tujuan mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Walaupun Pakatan Rakyat gagal mencapai tujuan itu tetapi buat pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka, Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di parlimen.

Anwar Ibrahim dilihat sebagai ancaman kepada Rejim Barisan Nasional. Lalu konspirasi politik yang jahat dilancarkan untuk menyerang Anwar sehingga beliau dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Apabila berlaku vakum dalam kepimpinan Pakatan Rakyat selepas PRU-13 dan selepas Anwar dipenjarakan dan sikap PAS yang semakin ektreme dalam isu-isu berkaitan kaum dan agama, maka Pakatan Rakyat juga pecah menjelang pilihanraya Negeri Sarawak yang diadakan berasingan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

Kini isu 3 R (race,religion dan royalty) muncul kembali di persada politik Malaysia, iaitu isu kaum, agama dan raja.

Yang terkini dilihat Tun Dr Mahathir Mohamaed selaku Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sudah seperti hilang punca dan hilang daya untuk menghadapi kritikan-kritikan dari pelbagai pihak terutama dari Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sehingga menuduh Dong Zong sebagai pertubuhan rasis atau perkauman.

Sebagai seorang Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (Pakatan Harapan) yang turut menandatangani surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir untuk dilantik menjadi Perdana Menteri sebaik sahaja PH memenangi cukup majoriti untuk membentuk kerajaan selepas PRU-14 pada 9 Mei 2018, saya berpendapat masa sudah sampai untuk Tun Dr Mahathir Mohamaed berundur sebagai Perdana Menteri.

Beliau sudah jelas kelihatan tidak dapat menangani banyak isu dalam negara sekarang.

Untuk selamatkan Kerajaan Pakatan Harapan, saya percaya tiada jalan lain ketika ini untuk elakkan PH supaya jangan pecah menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi seperti apa yang berlaku pada Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, saya berharap dan memohon supaya Tun Dr Mahathir yang berjiwa besar mengambil langkah yang berani seperti Sir Winston Churchil Perada Menteri British yang berundur selepas berjaya membawa Britain dan Pihak Berikat memenangi Perang Dunia Kedua mengalahkan Kuasa Paksi Fasis Jerman dan Jepun dan menyerahkan kuasa Perdana menteri kepada pemimpin yang lain.

Tun Dr Mahathir Mohamad akan tetap dikenang dan dihormati kerana telah berjaya memimpin PH menumbangkan BN dalam PRU-14 dan membentuk kerajaan baru PH melalui proses peralihan kuasa dengan aman dan teratur.

Tetapi perkembangan terkini dalam tanahair dengan munculnya isu-isu yang banyak untuk memecahbelahkan rakyat, maka sudah sampai masanya proses peralihan jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim dapat dilaksanakan dengan segera sekarang ini sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan hendak diselamatkan.

Sekian.

Hassan bin Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor.

Rabu 14 Ogos 2019

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 14 August 2019 — 5:36 pm
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
najib bini rosmah
najib bini rosmah
16 August 2019 9:53 am

Madey gagal jaga PH. Madey juga gagal jaga Rakyat Malaysia. Madey bukan buat Malaysia jadi stabil dan memperbaiki masalah Rakyat. Madey makin tambah lagi masalah yang baharu dalam Malaysia Baharu yang semakin buruk. Saham merudum hampir menyamai zaman Najib Razak pada 2015 bila skandal 1MDB meletup. Masalahnya apa? Kepimpinan Madey lemah. Nilai RM RM4.20 sedolar sudah berapa minggu? Isu kaum, agama dan sensitiviti Rakyat makin heboh dan gagal ditangani dengan baik. Rakyat didedah dengan isu lucah dan isu tiada nilai ekonomi macam tulisan jawi. Inilah kesan jika PM Madey gagal. Isu bodoh pun jadi isu nasional. Kes berprofil tinggi mula… Read more »

Pru15
Pru15
16 August 2019 12:35 am

Blong berita yg bodoh..,buat apa kau nak suruh serah kuasa atau berundur..,tun m bijak….dia akan bubar parlimen ja cukup untuk selamatkan keadaan sekarang.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
15 August 2019 7:17 am

Blog ini asyik di karut Geng Najib yang asyik menjilat Najib mengguna berbagai nama, sekarang tak berani guna nama Geng Najib sebab di balun tiap kali dia masuk begitu.

Wahai Budin.

Buang saja karutan2 Geng Najib itu bila dia masuk atau dari masa ke masa. Benarkan hanya komen2 yang mengikut tajuk blog post.

Dia tentu merasa menang bila kurang orng yang mahu bincang isi kandungan blog pos kamu. Tujuan dia tidak ada lain dari mengsabotaj blog pro-PH ini.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
15 August 2019 7:40 am
Reply to  Tanpa Nama

Di masa lalu jumlah komen di blog ini 70-80. Sekarang sudah kurang dari separuh, banyak yang karutan Geng Najib.

Peserta2 terkenal seperti Fan Tun pun sudah tidak masuk lagi, gamak nya bosankan karutan2 Pak Tua Geng Najib yang ayik menjilat Njib mengguna berbagai nama.

MAHATHIRVSANWAR
MAHATHIRVSANWAR
15 August 2019 6:57 am

KAFIR HARBI YG JAHANAM JAHAT DIANGGAP BAIK OLEH BARUA MELAYU PH……..DAPAT CITIZENSHIP BOLEH BUAT APA SAJA…. Gesa Ahli Perniagaan Disiasat Di Bawah Akta ATM……… KANGAR: Tindakan ahli perniagaan, Koon Yew Yin mengeluarkan kenyataan memperlekehkan pengorbanan anggota tentera di negara ini perlu disiasat mengikut Akta Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM), Ismail Abidin, berkata kenyataan Yew Yin melabelkan anggota tentera sebagai pemalas dan ‘kerja makan tidur’ turut dilihat sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Ketua Pemerintah ATM. “Kenyataan sedemikian adalah satu penghinaan serta bersifat menghasut agar warga tentera… Read more »

ANONYMOUS
ANONYMOUS
14 August 2019 9:27 pm

MENYALAK DAN TERUS MENYALAK WAHAI ANJING-ANJING MATA SATU

KAMU PASTI TEWAS

Tanpa Nama
Tanpa Nama
15 August 2019 6:54 am
Reply to  ANONYMOUS

KAMU BUKAN SAJA MENYALAK TAPI TELANJANG MENONGGENG BONTOT KAMU.

KAMU TAK GUNA SATU SEN KPD MASYARAKAT – DALAM BLOG INI ADA YANG COBA SABOTAJ DENGAN MEMASUKKAN BERBAGAI KARUTAN, KAMU TAK BUAT APA PUN MENGENYAHKAN NYA.

MELAINKAN KAMU ADALAH ORANG YANG BUAT BEGITU – GENG NAJIB YANG ASYIK MENJILAT NAJIB MENGGUNA BERBAGAI NAMA.

SEBELUM PAK SHEIKH HENTAM LUBANG BNTT KAMU, AKU SODOK SIKIT – SECARA LISAN.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
14 August 2019 7:08 pm

Geng Najib yang asyik menjilat Najib ini se olah2 butakan apa yang ditulis Budin, terus mengarut pasal gila bayang nya dengan watak yang di cipta nya – Munirah.

Dia sudah gila. Ini dia penerangan nya –

tak renti2 menulis macam2 karutan dan memantun mantat, tak ikut tajuk post.

Dia tidak hormatkan langsung pemunya blog, tidak hormatkan pembaca2 di sini. Dia coba sabotaj blog Budin yang pro-PH ini.

Kerana itu semua, dia perlu di balun, di tibai, di bantai. Dengan itu kita juga boleh dapat fun and entertainment on and out of him.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
14 August 2019 7:11 pm
Reply to  Tanpa Nama

Pakcik Geng Najib ini sudah tua, umur 70an tahun, dah lama pencen, ahli Umno berpuluh tahun, Najib dah lama menjadi hero nya, berpuluh tahun menjilat Najib dengan gigih dan khusuk.

Begitu terlekat “fixation” nya dengan Najib sehingga bila Najib lingkup, sekarang dibicarakan di mahkamah, otw to prison, dia shock dan stress amat sangat, jatuh gila – kena sakit otak ADHD.

Maka komen2 Pakcik ini tidak mengikut tajuk, asyik mengarut, menghasut bangsa “Keling”, agama Hindu dll, anarkis, gila.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
14 August 2019 7:12 pm
Reply to  Tanpa Nama

Pakcik Geng Najib ini sebenarnya orang gila, otak nya sentiasa aktif, hyper – pagi, petang, siang, malam. Dia ada penyakit otak yang dinamakan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Lihat
https://www.nimh.nih.gov/health/topics/attention-deficit-hyperactivity-disorder-adhd/index.shtml

ADHD is a brain disorder marked by an ongoing pattern of inattention and/or hyperactivity-impulsivity that interferes with functioning or development.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
14 August 2019 7:13 pm
Reply to  Tanpa Nama

Inattention means a person wanders off task, has difficulty sustaining focus, and is disorganized – contoh nya, BLOGGING TAK IKUT TOPIC, MAIN HANTAM KROMO.

Hyperactivity means moving about constantly; Or excessively fidgets, or talks.

Jadi, PENUH KOMEN DIA DI SINI DI ATAS BERBAGAI NAMA, MENCIPTA WATAK MUNIRAH, MENCIPTA “WARKAH”2 DARI NYA. MENGGILA BAYANG NYA, MEMANTUN MANTAT, MENJAWAB KOMEN2 SENDIRI, MENGKOPIPES KOMEN2 LAMA DIA.

Impulsivity means making hasty actions that occur in the moment without first thinking about them and that may have potential for harm. E.g MEMBUAT PERSONAL ATTACKS – BILA BUAT DEMIKIAN, DIA DI CARUT SE CARUT2 NYA.

Anonymous
Anonymous
14 August 2019 7:43 pm
Reply to  Tanpa Nama

Irah,

🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
As usual akan appear TN tua otak longgar skru
Nampak je pantun abg, pasti ifrit ini dtg meluru
Tidak habis2 si tua 70 th ini..dgn rasa cemburu
Tidak padan tua kerepot, muka cam katak puru
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗

🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗

(Bunga2 tu, abg nak kasi kat Irah jer tau..!!
Utk monyet tua tu, abg nak bagi penampaq..😂)

Anonymous
Anonymous
14 August 2019 6:06 pm

🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Abg tampil, nak beri laporan kpd Irah, spt biasa
Kerna hati ini, asyik teringatkan dinda, sentiasa
Kini abg di tmpt kenduri dgn mak di kwsn desa
Hujan lebat lah pula ptg ini, tidak begitu selesa
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗

🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗