SURAT TERBUKA KEPADA TUN MAHATHIR DAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN

PAKEJ PERALIHAN YANG JELAS UNTUK KESTABILAN DAN REFORMASI

Tarikh: 7 Ogos 2019

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil langkah yang jelas dan tetap untuk membawa kestabilan politik dalam negara ini dengan meletakkan pakej peralihan yang jelas berdasarkan perjanjian Pakatan Harapan pra-PRU14.

Pergolakan PKR, salah satu parti komponen yang utama dalam gabungan PH, sedang merisaukan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.

Kebimbangan kami sebagai pertubuhan masyarakat sivil yang telah dan sedang mendesak reformasi institusi dan politik di negara ini adalah agenda pembaikan kerajaan PH akan terhenti, atau lebih parah, apa yang sedang dicapai kini akan terundur kepada sistem yang lama sekiranya kestabilan politik tidak dipulihkan. Sebagai kumpulan masyarakat sivil yang tidak partisan, kerisauan kami hanya tertumpu kepada kestabilan politik dan kebertanggungjawaban dalam penggal ke-14 parlimen tanpa ada sebarang kecenderungan untuk PRU15.

Maka, kami ingin mencadangkan langkah-langkah konkrit berikut yang perlu diambil bagi mengembalikan kestabilan politik.

1. PELAN PERALIHAN KUASA UNTUK PERDANA MENTERI

Kami menggesa agar Tun Mahathir menetapkan satu tarikh antara setahun akan datang sehingga 9 Mei 2021, untuk menyerahkan kuasa kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI), selari dengan perjanjian pra-PRU14 antara gabungan parti komponen PH. Walaupun tidak ada rangka masa yang dinyatakan dalam perjanjian itu, Tun dalam pelbagai majlis sering mengatakan tempoh peralihan akan mengambil masa 2 ke 3 tahun selepas PH membentuk kerajaan. Bagi memastikan kelancaran peralihan, DSAI perlu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri enam bulan sebelum tarikh yang ditetapkan. Dengan pelan peralihan yang jelas, ianya akan memadamkan desas-desus dan teori-teori konspirasi yang dibuat oleh mereka yang ingin mendapat laba daripada ketidakstabilan dan terpecahnya gabungan PH.

2. HADKAN TEMPOH PM KEPADA DUA PENGGAL

Ini adalah janji manifesto yang masih belum dipenuhi dan kami menggesa Tun untuk mendesak pindaan undang-undang yang berkaitan bagi memenuhi janji ini sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM. Rasional untuk menetapkan had penggal adalah supaya Perdana Menteri akan datang tidak akan memegang kuasa terlalu lama, yang bukan sahaja akan merisikokan salah guna kuasa dan rasuah, malah akan menyebabkan kekecewaan serta timbul perasaan antagonis oleh pihak yang berminat untuk memegang jawatan perdana tersebut. Melainkan penggal pertama yang tidak dimulakan dengan parlimen yang baru kurang daripada dua tahun, penggal PM perlu dimulakan daripada masa perlantikan dan bukannya pada permulaan penggal Parlimen yang baru bagi memastikan penggal maksimum yang dibenarkan dikekalkan kepada dua penggal.

3. PENGURANGAN KUASA PERDANA MENTERI

Manifesto PH telah menjanjikan pengurangan kuasa Eksekutif pada tangan Perdana Menteri. Penyalahgunaan kuasa oleh mantan Perdana Menteri sebelum ini menjadi fakta bahawa kuasa yang terlalu banyak tertumpu pada pejabat Perdana Menteri. Melainkan undang-undang dipinda dan parlimen diperkasakan semula, terutamanya proses pelantikan utama kerajaan, tidak ada jaminan PM selepas ini tidak akan menggunakan kuasa yang ada sekarang untuk berpaut kepada jawatannya dengan menaungi kesetiaan pemimpin dan pengundi, mengakibatkan wajah buruk kleptokrasi terjelma kembali. Struktur kuasa yang lebih serata dengan menghadkan penggal PM akan mewujudkan keamanan dan kestabilan yang lebih mudah diantara ahli politik yang bercita-cita tinggi dengan mewujudkan peluang untuk kemajuan dalam kerjaya politik.

4. SEGERAKAN REFORMASI INSTITUSI

Sejumlah janji manifesto yang dijanjikan yang perlu disegerakan pelaksanaannya tanpa bertangguh lagi adalah manifesto untuk mengukuhkan institusi awam utama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(SUHAKAM) dan Jabatan Peguam Negara. Pindaan perlembagaan diperlukan untuk penginstitusian institusi-institusi ini dengan bebas dan perkasa agar mereka dapat menjadi badan semak dan imbang yang berkesan kepada sistem kerajaan kita. Akta drakonian yang melanggar hak asasi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan wajib dimansuhkan segera serta undang-undang melawan perkauman dan bias gender juga perlu disemak semula untuk dipinda atau digubal di mana perlu.

5. UBAH SISTEM PILIHANRAYA YANG LEBIH INKLUSIF

Sistem pilihan raya kita secara FPTP digandingkan dengan masyarakat majmuk menggalakkan mentaliti menang dapat semua kalah dapat arang dalam kalangan ahli politik kita telah menghasilkan perbahasan politik yang ekstrim dan memecahbelahkan. Kami menggesa kerajaan dan semua pihak untuk memulakan dialog nasional bagi membincangkan untuk kita bergerak keluar daripada sistem FPTP dan menuju ke sistem kerusi Perwakilan Berkadaran berdasarkan Senarai-Parti(List-PR). Ini akan memastikan perwakilan yang lebih majmuk di dalam parlimen dan menghapuskan keperluan mereka untuk memainkan isu perkauman untuk menggerakkan pengundi. Kerusi Senarai Perwakilan Berkadaran juga dapat mengatasi perbalahan intra-gabungan untuk peruntukan kawasan pilihan raya yang biasa terjadi dengan sistem FPTP dengan membenarkan parti-parti gabungan bertanding secara terbuka dan secara sihat antara satu sama lain melalui undi parti, berbanding sebelum ini dengan cara sabotaj dan perancangan sulit. Senarai Perwakilan Berkadaran juga bukan sahaja dapat memberikan kuota kepada wanita dan kumpulan terpinggir, mandat kepada parti secara langsung juga dapat mengukuhkan parti politik dan menyukarkan untuk lompat parti. Ini adalah selari dengan aspirasi PH untuk membina negara yang lebih inklusif, progresif dan makmur.

Kami menggesa pimpinan kerajaan PH -Tun Dr Mahathir, Majlis Presiden PH dan Warisan untuk mengambil tindakan tanpa lengah lagi bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan ini. Mesej yang jelas mesti dihantar kepada semua yang kebajikan negara dan agenda reformasi mendahului kepentingan peribadi dan parti.

PH hanya mempunyai kurang empat tahun dari tempoh sepenggal untuk mengotakan janji reformasi dan kemakmuran kepada pertiwi ini. Pulihkan kestabilan politik dan pentadbiran sekarang untuk tempoh penggal yang berbaki.

Dikeluarkan bersama oleh:

– Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)

– Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

– Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 7 August 2019 — 11:52 am
Subscribe
Notify of
guest

16 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
irkiz
irkiz
7 August 2019 6:45 pm

Allah menentukannya. Kita sebagai orang Islam. Kena percaya. Saya dulu jadi kerani hingga ke pegawai. Allah yang menentukannya. Sebab itu bila kita dapat jawatan atau kenaikan kita bersyukur kepada Allah dan buat kenduri. Percayalah Allah yang menentukan rezeki kita. Orang yang tidak percaya itu adalah orang yang tidak berpuas hati kepada Allah. Orang yang tidak beriman. Hari hari tajuk yang sama. Tidak puas hati. Kurang didikan agama sebab itu jadi begitu. Kalau BN menang mustahil Tun Anwar, Wan AZizah dan lain lain lagi jadi menteri. Tetapi Allah telah menentukannya.Lagi kita tulis tajuk lagi komen komen tidak berpuas hati kepada Allah.… Read more »

Tanpa Nama
Tanpa Nama
7 August 2019 8:41 pm
Reply to  irkiz

Malang nya ramai yang tak reti berterima kasih hingga menjadi macam the “ungrateful ingrates ultra kiasu coolies pendatang”. Perlembagaan negara pun tak dihormati.

Tapi mendakwa ada “janji” nak kena serah kuasa. Saifuddin Abdullah, Ketua Pejabat PH, kata di Kuantan di awal tahun ini bahawa tidak ada tempoh atau tarikh serah kuasa di jnntikan.

najib bini rosmah
najib bini rosmah
7 August 2019 4:32 pm

Peralihan kuasa mesti disegerakan. Madey sebagai PM yang berprestasi rendah. Parti Bersatu pula terpalit isu merompak lembu korban diberikan Kerajaan yang juga diketuai oleh MB Bersatu. Apa punya malu muka Madey dapat macai macam haprak? Lembu pun kau sapu ke? Kahkahkah.

Anonymous
Anonymous
7 August 2019 3:32 pm

Aku peduli apa..kalau TDM tu, org dah tak suka
Lantak mapoih pi depa nak antaq surat terbuka
Yng aku maghah, TN monyet tua lahanat puaka
Ada kah patut.. dia dok tuduh Irah tu aku gheka
👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Tanpa Nama
Tanpa Nama
7 August 2019 2:03 pm

Untuk makluman pembaca2 yang tak selalu masuk sini –

Pakcik Geng Najib yang asyik menjilat Najib dengan mengguna berbagai nama, termasuk Anonymous kah3 dan anonymous huruf kecil a, tak renti2 menulis macam2 karutan dan memantun mantat, tak ikut tajuk post.

Dia tidak hormatkan langsung pemunya blog, tidak hormatkan pembaca2 di sini. Dia coba sabotaj blog Budin yang pro-PH ini.

Kerana itu semua, dia perlu di balun, di tibai, di bantai. Dengan itu kita juga boleh dapat fun and entertainment on and out of him.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
7 August 2019 2:05 pm
Reply to  Tanpa Nama

Pakcik Geng Najib ini sudah tua, umur 70an tahun, dah lama pencen, ahli Umno berpuluh tahun, Najib dah lama menjadi hero nya, berpuluh tahun menjilat Najib dengan gigih dan khusuk.

Begitu terlekat “fixation” nya dengan Najib sehingga bila Najib lingkup, sekarang dibicarakan di mahkamah, di jangka otw to prison, dia shock dan stress amat sangat, jatuh gila – kena sakit otak ADHD.

Maka komen2 Pakcik ini tidak mengikut tajuk, asyik mengarut, menghasut bangsa “Keling”, agama Hindu dll, anarkis, gila.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
7 August 2019 2:06 pm
Reply to  Tanpa Nama

Pakcik Geng Najib ini sebenarnya orang gila, otak nya sentiasa aktif, hyper – pagi, petang, siang, malam. Dia ada penyakit otak yang dinamakan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Lihat
https://www.nimh.nih.gov/health/topics/attention-deficit-hyperactivity-disorder-adhd/index.shtml

ADHD is a brain disorder marked by an ongoing pattern of inattention and/or hyperactivity-impulsivity that interferes with functioning or development.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
7 August 2019 2:07 pm
Reply to  Tanpa Nama

Inattention means a person wanders off task, has difficulty sustaining focus, and is disorganized – contoh nya, BLOGGING TAK IKUT TOPIC, MAIN HANTAM KROMO.

Hyperactivity means moving about constantly; Or excessively fidgets, or talks.

Jadi, PENUH KOMEN DIA DI SINI DI ATAS BERBAGAI NAMA, MENCIPTA WATAK MUNIRAH, MENCIPTA “WARKAH”2 DARI NYA. MENGGILA BAYANG NYA, MEMANTUN MANTAT, MENJAWAB KOMEN2 SENDIRI, MENGKOPIPES KOMEN2 LAMA DIA.

Impulsivity means making hasty actions that occur in the moment without first thinking about them and that may have potential for harm. E.g MEMBUAT PERSONAL ATTACKS – BILA BUAT DEMIKIAN, DIA DI CARUT SE CARUT2 NYA.

Carlos Santiago
Carlos Santiago
7 August 2019 2:29 pm
Reply to  Tanpa Nama

sabotaj mcm mana tu? cuba detail kn

Anonymous
Anonymous
7 August 2019 3:45 pm

Bro Carlos,

TN monyet tua itu, otak dia sudah longgar skru
Bila aku bercinta dgn Irah, dia jadi sgt cemburu
Asal aku pantun kat Irah, dtg le dajal tu, meluru
Betul2 serupa monyet..terloncat2 dan tergaru2
🐒🐵🐒🐵🐒🐵🐒🐵🐒🐵🐒🐵🐒🐵🐒🐵🐒

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Anonymous
Anonymous
7 August 2019 4:30 pm
Reply to  Anonymous

Bro Carlos..uncle TN tu dah 70 thn, tua bangka
Kat blog ini dgn monyet tu, ramai yg tidak suka
Asyik dia ulang2 benda yg sama, serupa puaka
Dengki, Irah❤Kejora, dituduhnya Irah aku reka
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh

Anonymous
Anonymous
7 August 2019 1:11 pm

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼
Abg ni tak ambil kisah sgt hal kestabilan politik
Kerna tugas utama abg ni berkaitan matematik
Satu lagi yg utama..ada nya Irah ku yang cantik
Hidup abg kini sgt bahagia sejak cinta berputik
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗

jigit
jigit
7 August 2019 1:10 pm

Apa kata kita usulkan supaya Brader Nuar buat usul tidak percaya pada Tun, kemudian ambil alih jawatan Perdana Menteri. Lepas tu dia boleh laksanakan sebarang polisi yang dia suka. Nak buat reformasi apa pun silakanlah. Nak tukar Rang Undang2 apa pun supaya dia boleh pegang jawatan Perdana Menteri sampai ke liang lahat pun silakanlah.

Tapi buat masa ini saya ingin mewakili Pejabat Perdana Menteri untuk menyatakan…

SHUT THE FUCK UP…!

KAH KAH KAHHHH

najib bini rosmah
najib bini rosmah
7 August 2019 4:29 pm
Reply to  jigit

Jangan penuhkan sampah macam ini dalam Pejabat PM. Sila buang sampah sarap yang tidak berguna. Kita tak mahu sampah sarap berlonggok keliling Madey. Sampah boleh letak di kandang lembu. Kahkahkah.

Anonymous
Anonymous
7 August 2019 1:10 pm

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼
Irah.. tadi, 12:00-12:40, abng ada 1 period kelas
Abg denda, 2-3 orng budak F4 yg sangat malas
Seronok betul rasa di hati ni, bila cinta berbalas
Sejak bercinta.. abg bekerja lbh jujur dan ikhlas
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗

💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼🌷💐🌸💮🏵🌹🌺🌻🌼
Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhh
💘❤💓💕💖💗💙💚💛💜💝💘❤💓💕💖💗

Tanpa Nama
Tanpa Nama
7 August 2019 12:32 pm

Mengarut.

“untuk membawa kestabilan politik” apekebendenye depa Gabung itu Gabung ini cakap tuh?

Ada goyang kestabilan negara ker? Polis takda kata apa pun.

ABIM memang lah Pak Sheikh Anwar punya. Bersih pasal pilihan raya pun dia dah pengaruh ker? Ada korapsi ker?