Month: July 2019

JANJI TERBARU TUN M MASIH LAGI KABUR SIFATNYA

Walaupun Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, sebenarnya tiada apa-apa yang baru dalam lafaz kata-katanya yang terbaru ini. Ia hanyalah sekadar ulangan kepada janji-janjinya sebelum ini. Tun Mahathir mengatakan akan menunaikan janjinya dan tidak akan memungkiri janji, tetapi dalam waktu yang sama masih menyebut penyerahan jawatan Perdana Menteri […]

KALAU PUN SIBUK URUSAN KERAJAAN, TAK LOGIK WALAU SEKALI AZMIN TIDAK BOLEH HADIR MESYUARAT PKR

Sibuk dengan tugas sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi adalah alasan yang diberikan oleh Azmin Ali tentang ketidakhadirannya dalam mesyuarat PKR selama ini. Beliau bukan saja tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik parti, malah juga tidak muncul dalam pemukiman PKR di Port Dickson, baru-baru ini. Tidak hadirnya Azmin dalam semua mesyuarat […]

PM, IGP DAN AG DITUNTUT LAKSANA UNDANG2 DALAM ISU VIDEO SEKS

Setahun yang lalu pada 16 Julai 2018 ketika mengangkat sumpah sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Malaysia, sebaik sahaja selepas Pilihanraya Umum ke-14, saya telah berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu undang-undang utama negara ini yang asas pentingnya ialah bahawa sesungguhnya negara Malaysia ini hendaklah bergerak atas landasan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan […]

DULU KHIANAT KEPADA TUN M, KINI BUKAN SAJA KHIANAT ANWAR TAPI AZMIN JUGA KHIANAT KEPADA PH

Tindakan Azmin Ali memberi sokongan kepada kenyataan Pas yang mahu Tun Mahathir Mohamad diberi ruang berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal PRU14 adalah sesuatu yang 100% salah atas kedudukannya sebagai salah seorang pemimpin tertinggi PH. Ini kerana PH secara umumnya telah bersetuju bahawa khidmat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri hanyalah sekitar tempoh dua tahun […]

EMPAT NASIHAT UNTUK AZMIN

Setelah saya membaca dan meneliti juga mengamati kenyataan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan sokongan terhadap pendirian Presiden PAS sebagai alasan untuk memulihkan ekonomi sangat tidak munasabah dan melampau. Saya sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat serta pendokong utama gerakan Reformasi ingin menyarankan serta menasihati YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil langkah-langkah yang […]

AZMIN NYATA SUDAH TAWAR HATI DENGAN PKR, ELOKLAH CARI WADAH BARU….

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak hadir lagi dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang diadakan semalam. Ini bukanlah kali pertama beliau tidak hadir mesyuarat MPP, malah difahamkan ketidakhadirannya telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu lagi. Selain itu, Azmin juga dikatakan sudah sekian lama tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR, meskipun […]

TUN M TIDAK MAHU JADI ALAT KEPADA DALANG, TAPI APAKAH MELINDUNGI MAKSIAT LEBIH MULIA?

Berikutan kecaman ramai terhadap pendiriannya yang dilihat berbeza antara tahun 1998 dengan sekarang apabila muncul isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali, Tun Mahathir Mohamad menolak ia sebagai sesuatu yang bercanggah. Katanya, tidak ada percanggahan dalam pendiriannya. Fakta pertama, Tun Mahathir berkata, beliau tidak pernah mempengaruhi mahkamah pada 1998, tetapi menjelaskan pemecatan Anwar […]

SEBAB ITU TARIKH PENYERAHAN JAWATAN PM KEPADA ANWAR PENTING SEGERA DITETAPKAN…..

Nampaknya tidak habis-habis pemimpin politik di negara ini bercakap tentang ketidak-yakinan mereka tentang peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. Meski sudah dijanjikan serta telah ada konsensus PH mengenainya, mungkin barangkali kerana Tun Mahathir selalu sangat mungkir janji dan melakukan U-Turn, kesangsian tentang peralihan kuasa itu tetap berkembang sepanjang masa. Lagi dekat tempoh […]

GESAAN HADI INI HANYA ADA NILAI JIKA BELIAU BOLEH BAWA PAS MASUK PH

Presiden Pas, Hadi Awang sekali lagi mengulangi gesaannya agar Tun Mahathir Mohamad terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal. Kata beliau, kepimpinan Tun Mahathir yang mewakili Bersatu perlu dipertahankan kerana parti lain yang majmuk kaum dalam PH tidak mewakili wajah kepimpinan Islam. “Itu pendirian kita (PAS). Tun Mahathir perlu jadi PM (Perdana Menteri) sehingga […]

AZMIN TENTU LEBIH TERUJA JIKA DITAWARKAN AMBIL ALIH GERAKAN….

Di sebalik agak ramai ragu-ragu dan tidak percaya Azmin Ali akan menyertai Gerakan, Presiden parti itu, Dr Dominic Lau nampaknya gembira dengan perkembangan terbaru ini. Tegas Dr Dominic, pihaknya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menyertai Gerakan jika boleh menerima prinsip perjuangan parti tersebut. “Saya ingin nyatakan bahawa Gerakan merupakan sebuah parti berbilang kaum dan kami […]

MB SELANGOR DAN KHALID JAAFAR TIDAK HARUS TERLEPAS DARIPADA TINDAKAN DISIPLIN

Sebagaimana dilaporkan media, Biro Politik dan Lembaga Disiplin PKR diberitakan bakal mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin dan individu dalam parti itu yang dilihat bertindak atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali. Mereka antaranya ialah Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador […]

KEPRIHATINAN SEORANG PEMIMPIN

Pertemuan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow bagi membincangkan isu berkaitan projek tambakan laut di selatan Pulau Pinang. Dari awal saya tekankan bahawa saya tidak memihak, dan mendukung sepenuhnya dialog antara kedua-dua pihak. Saya menyifatkan pertemuan ini berhasil dan akan menyokong usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Pusat […]

KENAPA ANWAR SELALU DIKHIANATI?

Ketika Tun Mahathir Mohamad mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah pada 2016 yang menandakan berdamainya kedua-dua pemimpin itu sejak bermusuhan pada 1998, tidak ada yang meragui atau mempertikaikan keperluan beliau dikunjungi. Ketika hubungan Tun Mahathir bertambah mesra dengan keluarga Anwar, khususnya dengan Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah, sementara Anwar sunyi sendiri di penjara, rata-rata yang […]

KUASA POLIS ATAU PEGUAM NEGARA TAHAN SESEORANG?

Berkatalah Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador bahawa Peguam Negara yang akan memutuskan sekiranya Azmin Ali perlu ditahan selepas menerima kertas siasatan polis berhubung skandal video seks yang melibatkan menteri itu. “Perkara ini dikendalikan oleh pasukan penyiasat polis. Biarkan mereka lakukan tugas mereka,” kata beliau. Dengan kenyataan Abdul Hamid ini, ramailah yang sebenarnya jadi keliru […]

SAYA TIDAK PERTAHAN AZMIN, CUMA…..

Menjelasnya lebih lanjut tulisan di blognya yang seolah-olah mempertahankan Azmin Ali, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menafikan beliau bermaksud demikian. “Saya bukan mempertahankan Azmin. Saya hanya berkata bahawa politik jenis kotor yang seumpama itu tidak akan dapat memerangkap saya menjadi sebahagian daripadanya. “Jelas sekali, seseorang cuba untuk menggunakan saya bagi mencapai matlamat mereka. “Ini bukan […]

TUN M TAK BOLEH PAKAI….

Dalam mempertahankan Azmin Ali yang dikaitkan dengan perlakuan seks sejenis melalui penyebaran video yang belum diketahui puncanya, Tun Mahathir Mohamad melalui respon terbarunya antara lain berkata:- ⁃ Video ini dibuat dan diviral jelas untuk tujuan politik. Khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu. ⁃ Tindakan yang diharap menyusul tayangan ini ialah penyingkiran individu yang disasar. […]

MB SELANGOR LANGGAR DISIPLIN PARTI, CUBA HALANG ANWAR JADI PERDANA MENTERI?

Walaupun tidak menyebut nama, Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari jelas menujukan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Azmin Ali. Amiruddin berkata, dalang penyebaran video yang didakwa melibatkan Azmin itu semakin jelas sekarang ini. “Akhirnya sekarang makin hari makin waktu, makin saat, kita dapat melihat semakin hampir dan semakin […]

ANWAR MAKIN KUKUH, TUN M SEMAKIN TIADA RUANG LINDUNGI AZMIN

Ketika mula-mula timbul isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad secara terbuka mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dengan mengatakan video tersebut adalah palsu. Kata Tun Mahathir, ramai orang yang ada kepandaian sekarang ini boleh melakukan perkara-perkara palsu seperti itu. Beberapa ketika kemudian dan video yang lebih terang […]

BENARKAH TUN M DIINGINKAN JADI PM LEBIH DUA TAHUN KERANA PENCEN?

Dalam diskusi buku “Anwar PM Ke-8 Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati” pada Rabu lalu, salah seorang ahli panel, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman secara sekali lalu menyebut bahawa ada pihak tertentu berusaha agar Tun Mahathir Mohamad kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri kerana faktor pencen. Katanya, kalangan itu mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri […]