Month: June 2019

SELAGI TUN M TIDAK TETAPKAN TARIKH BERUNDUR, SELAGI ITU PH AKAN BERGOLAK

Secara muktamad dan direkodkan dengan rasmi bahawa parti yang menang PRU14 lalu mengalahkan BN ialah PKR kerana ketika itu PH belum lagi diberi kelulusan pendaftarannya. Semua calon yang mewakili PH, termasuk Tun Mahathir Mohamad yang bertanding di Langkawi adalah menggunakan simbol PKR untuk berlawan dengan dacing BN. Sebelum itu, dalam usaha menjatuhkan Najib Razak dan […]

SEMENTARA MENUNGGU SIASATAN POLIS, HAZIQ DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB

KENYATAAN MEDIA Memperakui kenyataan pimpinan Biro Politik minggu lalu bahawa Parti KEADILAN menolak politik lucah dan jijik maka Lembaga Disiplin KEADILAN telah bersidang pada hari ini untuk membincangkan isu video lucah. Kami ambil maklum mengenai pandangan dan cadangan serta komen semua pihak khususnya dalam media sosial. Kami ingin menggesa kepada semua anggota parti untuk menghadapi […]

ZURAIDAH “BUNUH” AZMIN?

Sebagaimana dilaporkan media, Naib Presiden PKR, Zuraidah Kamaruddin akan mencadangkan agar Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat daripada parti. Cadangan itu akan dikemukakannya dalam mesyuarat Biro Politik PKR, petang ini. “Ya (saya akan desak parti pecat Haziq).  “Sepatutnya, tindakan pecat harus dikenakan kepada anggota terlibat kerana ia memalukan parti, mencemarkan parti dan juga mencemarkan kepimpinan parti,” […]

KALAU HAZIQ DIAMBIL TINDAKAN, LOGIKNYA AZMIN JUGA TIDAK BOLEH TERLEPAS

Seorang penasihat Azmin Ali di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Khalid Jaafar – dulunya Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim – mengkritik PKR kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz. Kata beliau, kegagalan bertindak itu mencemar nama PKR dalam kalangan orang Melayu dan Islam. “Kealpaan ini akan dilihat sebagai kegagalan kepemimpinan dalam PKR, khususnya Anwar […]

MISTERI VIDEO BAKAL TERBONGKAR TAK LAMA LAGI, LENAKAH TIDUR AZMIN SEKARANG?

Dua perkara penting yang berlaku hari ini adalah petunjuk kian nyata bahawa kebenaran isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali bakal terbongkar tidak lama lagi. Pertama, laporan media Australia yang meminta pandangan beberapa pakar digital mendapati tiada sebarang pengubahsuaian dikesan pada video tersebut. “Saya menjalankan beberapa analisis forensik terhadap tiga video itu dan […]

“ J/K DISIPLIN PKR MESTI SIASAT KETULENAN VIDEO”

Parti Keadilan Rakyat atau PKR bergerak atas asas hukum, sebagai sebuah badan politik berdaftar dengan Pertubuhan Pendaftar ROS. Kini Azmin meminta Jawatankuasa Displin PKR menyiasat kes video sex yang dikatakan melibatkan Timbalan Presiden PKR itu. Jadi saya rasa dan saya fikir memang wajar Jawatankuasa Disiplin memulakan siasatan. Sebab yang membuat tuduhan dan pengakuan itu seorang […]

KENAPA AZMIN TIBA2 PERSOAL BAGAIMANA VIDEO ITU TERSEBAR? ADAKAH INI BERMAKNA BELIAU MENGAKUI IA TULEN?

Rasanya sementara dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis, adalah lebih baik Azmin Ali banyak berdiam diri daripada mempersoalkan itu dan ini mengenai video yang dikaitkan dengannya itu. Ini kerana lagi banyak beliau bercakap, ia seakan-akan makin menjurus kepada menjerat dirinya sendiri. Pada peringkat awal, di sebalik Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui beliau yang bersama Azmin […]

TIDAK MASUK AKAL MENGAITKAN ANWAR DALANG DALAM VIDEO AZMIN

Sejak awal apabila video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali tersebar, persoalan utama yang bermain di kepala ramai orang ialah siapakah dalang di sebaliknya? Apatah lagi apabila kemudian Haziq Abdullah Abdul Aziz, dengan tenang, selamba dan seperti membaca pengumuman melihat anak bulan puasa, mengakui beliau adalah lelaki dalam video terbabit sambil mendakwa Azmin adalah […]

SELEPAS HAZIQ BEBAS, APA NASIB AZMIN?

Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku melakukan hubungan sejenis dengan Azmin Ali sebagaimana terpapar dalam video yang tular baru-baru ini, telah pun dibebaskan daripada tahanan polis, petang tadi. Beliau ditahan semalam di terminal perlepasan KLIA ketika dipercayai hendak berlepas ke Manila. Selepas sehari ditahan polis, beliau akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis serta akan dipanggil […]

PENDIRIAN ANWAR TENTANG AZMIN BETUL, TAPI…..

Pendirian Anwar Ibrahim yang mengatakan tidak perlu didesak agar Azmin Ali bercuti dalam menjalankan tugas parti dan kerajaan, adalah tepat dan betul. Katanya, tindakan itu tidak akan memberi kesan positif kepada parti dan negara, malah hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. “Saya tidak bersetuju untuk mendesak Azmin berehat sebagaimana diminta oleh pihak tertentu termasuk Otai Reformasi, […]

SELAIN SIASATAN POLIS, AZMIN DAN HAZIQ JUGA PERLU DIPERIKSA DOKTOR PAKAR

Nampaknya masih wujud ketidaktentuan serta kekaburan berhubung watak sebenar lelaki yang dirakam dalam video seks sejenis yang tersebar luas, baru-baru ini. Walaupun Haziq Abdullah Abdul Aziz (kini sudah ditahan polis) secara terbuka sudah mengakui beliaulah lelaki itu dan pasangannya adalah Azmin Ali, tetapi apabila Tun Mahathir Mohamad menyatakan video tersebut adalah palsu, terlihat tidak kurang […]

ANTARA POLITIK LONGKANG DAN AHLI POLITIK BERPERANGAI MACAM LONGKANG

Apabila tersebar video semburit yang didakwa melibatkan Azmin Ali dengan Haziq Aziz, sekali lagi ramai yang bercakap mengenai politik longkang. Mereka melihat penyebaran video tersebut sebagai satu lagi taktik kotor untuk menjatuhkan seseorang yang bergelar pemimpin. Jika diimbas, bermula dengan Vijindran, Chua Soi Lek, Anwar Ibrahim dan terkini Azmin, penyebaran video seks untuk menjatuhkan seseorang […]

VIDEO KEDUA MEMBUATKAN LEBIH RAMAI JADI KECEWA….

Sejak petang semalam telah tersebar video bahagian kedua yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali dengan Haziq Aziz. Haziq ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Selepas tersebar video bahagian pertama dua hari lalu, Haziq semalam tampil mengaku secara terbuka dia adalah lelaki yang beraksi seranjang dengan […]

SAMPAI BILA AZMIN MAHU BERDIAM DIRI?

Alamak…satu lagi kejutan berlaku!!! Belum pun Azmin Ali sempat menafikan sama ada lelaki dalam video seks sumbang yang didakwa menyerupainya itu adalah dirinya atau tidak, pasangan dalam video terbabit telah pun lebih dulu muncul membuat pengakuan. Haziq Aziz, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Perusahaan Utama dalam pengakuan yang dibuat melalui FBbya lewat malam tadi mengakui […]

SEKALI LAGI, ANWAR BERTEMU TUN MAHATHIR

Luang masa selama 30 minit bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di Putrajaya. Saya menjelaskan konteks persoalan mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM). Saya juga memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengutuskan surat untuk bertemunya. Kami berdua turut bersetuju kegiatan membanteras rasuah sama ada […]

SIAPA PUNYA ANGKARA SEMUA INI?

Sekali lagi kita dikejutkan dengan penyebaran video dan gambar-gambar aksi seks songsang melibatkan dua lelaki di mana salah seorangnya adalah mirip seorang menteri kabinet. Video dan gambar berkenaan ketika ini sudah pun bersepah-sepah dan bertebaran di media sosial. Benarkah menteri kabinet terbabit terlibat dalam aksi seks songsang? Bilakah kejadian ini berlaku? Mengapa ia disebarkan sekarang? […]

“SPRM DITUNTUT BERTINDAK TERHADAP SEMUA KES, LAMA DAN BARU”

PELANTIKAN Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat. Polemik terbuka secara berterusan ini dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej Kerajaan PH. Saya yakin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan […]

BAYANGKAN APA REAKSI TUN M JIKA LANTIKAN POLITIK KETUAI SPRM INI DILAKUKAN OLEH NAJIB….

Kritikan veteran DAP, Lim Kit Siang berhubung lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilihat amat tepat dan terbaik sekali. Kata beliau, perlantikan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad itu, meskipun tidak menyalahi undang-undang, tetapi ia adalah salah dari segi politik. Ini kerana, tegas Kit Siang, perlantikan itu tidak disahkan oleh Parlimen sebagaimana janji manifesto […]