PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Hari ini umat Islam di negara kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri dalam suasana penuh kesederhanaan, tetapi tidak berkurang meriahnya.

Berbeza dengan tahun lepas di mana kerajaan PH yang berslogankan Malaysia Baru baru saja mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan, semua orang menyambut Hari Raya dengan begitu gembira sekali.

Hari Raya pada tahun lepas seolah-olah disambut selepas menang sebuah peperangan.

Namun, setelah setahun berlalu dan macam-macam cerita duka berlaku dalam negara berikutan kegagalan PH menunaikan janjinya kepada rakyat jelata, tahun ini ramai yang merasakan menyambut Hari Raya secara sederhana dan ala kadar saja sudah memadai.

Sejak setahun lalu, semua perkara di bawah kerajaan baru pimpinan Tun Mahathir Mohamad ini sudah jadi tidak menentu keadaannya.

Janji manifesto tidak menentu, harga barang tidak menentu, keadaan ekonomi tidak menentu, peluang pekerjaan tidak menentu, kaedah pembayaran hutang PTPTN tidak menentu, hapus tol tidak tentu, malah Anwar Ibrahim sebagai PM ke-8 juga tidak tentu.

Semua janji dan muafakat sebelum dan selepas dapat berkuasa jadi berbeza segala-galanya.

Lebih buruk, sehari sebelum Hari Raya tahun ini turut berlaku satu lagi janji manifesto dinodai di mana Latheefa Koya, peguam dan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.

Perlantikan yang tidak dimaklumkan kepada kabinet itu telah mencetuskan kejutan di seluruh negara serta menjadikan lebih banyak perbualan pada Hari Raya kali ini adalah mengenai apa agenda di sebalik Latheefa Koya diberikan jawatan penting itu.

Yang nyata, meskipun sudah dua kali menjadi Perdana Menteri dan kini telah berusia 94 tahun, Tun Mahathir nampaknya masih bernafsu besar menyusun agenda bersama kuasa dalam genggamannya.

Apa agenda, tujuan dan maksud tersirat di sebalik semua yang dilakukannya ini hanya beliau saja yang tahu mengenainya.

Tetapi, tidak dinafikan ramai yang semakin keliru dengannya sekarang ini?

Kata mereka, tidak puas lagikah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali?

Kenapa ternampak

masih menyusun pelbagai perkara sedangkan perjanjian peralihan kuasa sudah pun ada, ditambah beliau bukanlah muda dan gagah seperti dulu lagi?

Tidak ingatkah beliau dengan kematian yang boleh datang menjemputnya pada bila-bila sama?

Jika dalam tempoh setahun berkuasa pun sudah banyak perkara-perkara pelik berlaku, maka janganlah terkejut jika banyak lagi kejutan bakal berlaku selepas ini.

Tun Mahathir sepertinya tidak akan berhenti meneruskan agenda yang ada dalam dirinya, walaupun rakyat di pelbagai ceruk negara sudah mula bersuara mempertikaikan gaya serta janji dalam kepimpinannya.

Sepatutnya, setelah BN dikalahkan dan Najib Razak berjaya ditumbangkan, rakyat sudah boleh menarik nafas lega menikmati kehidupan yang lebih baik berdasarkan janji-janji yang ditaburkan sewaktu kempen pilihanraya dahulu.

Malangnya, oleh kerana nampaknya masih ada agenda yang belum selesai dalam diri Tun Mahathir, beliau terlihat lebih sibuk mencatur itu dan ini sambil membiarkan rakyat ternganga menanti janji-janji manifesto menjadi nyata.

Bermakna, sementara Tun Mahathir ada agendanya sendiri, rakyat juga mulai sekarang harus lebih komited dengan agenda memperingatkan beliau agar menunaikan janji-janji yang pernah dilafazkannya.

Inilah perjuangan yang belum selesai yang harus ada dalam diri setiap pengundi sekarang ini sehingga tempoh PRU15 akan datang.

Jika BN yang berusia 61 tahun boleh ditumbangkan, rakyat tentu lebih tahu cara untuk mengajar Tun Mahathir dan PH yang baru setahun jagung usianya ini. (Shahbudindotcom 05/06/2019)

Kongsikan artikel ini
Updated: 5 June 2019 — 4:17 pm

27
Leave a Reply

avatar
6 Comment authors
Othman AhmadOmtayanamMAHATHIRVSANWARTanpa Namanasir Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Omtayanam
Guest
Omtayanam

Perjoangan yg blom selosai. Dari moda sampe toa dan sampe mampoih. Perjoangan yg telah digadai dan diganti dgn petimbangan yg mengeboo-ngemboo sampe habih mlayu berganti lembo-lembo jugak. Mlayu majority tanah ayag latoku yg amponya sabit latok-latok yg berkuwasa dok jadi gila kwasa gila pangkat darojat dan hareta donia rakyat mlayu jadi bercempera dan gondah golana dari moda sampe toa dan sampe mampoih.. Latok-latok yg berkuwasa pong tetap dari moda sampe toa dan sampe mampoih. Jika sabuah perjoangan yg belom selesai ditambah lagi dgn berboah-boah perjoangan agak-agak mlayu bila nak dpt boah atu pong yg dok atas saja yg dpt boah… Read more »

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Pegi jalan dahhh dgn auta samaran haramjadah ‘omtayanam’ kamu itu, hey Kejora….
.!!
Kau siang malam hanya sembang kencang jer, buktikan kejantananan mu, mana..mana,.haaaaa……….????

Dengar nih,
Kau dah ku bogelkan semua kedurjanaan kau. So, apa lagi, beri saja alamat di Kedah agar pertemuan kita jadi realiti, aku sanggup berangkat serta merta ke sana. kecuali of course, kau membohong, mengelamun, berangan dalam kesipuan, tak gitu…… ??

Dasar pengecut haramjadah……!!

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

JAWAPAN KEPADA SOALAN : ADAKAH ISLAM TERANCAM DI MALAYSIA…. PH perkasa Islam? Kosong peratus’ Dalam ucapan ulang tahun kerajaan Pakatan Harapan, perdana menteri mengulangi apa yang sering kita dengar selama ini dari puak-puak anti-Islam dan Melayu supaya tidak memperkatakan tentang agama dan Melayu. Katanya dua perkara ini akan membawa perpecahan kaum dan menjejas hubungan antara penganut agama. Saya berbeza pendapat dengan Tun kerana jika isu agama dan bangsa Melayu ini tidak diperkatakan oleh orang Melayu sendiri maka siapa lagi yang akan mempertahankannya? Penganut agama lain sudah pasti tidak akan mempedulikan agama Islam sebaliknya akan berusaha memperkuatkan agama masing-masing. Ini sangat… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

MARI KITA KENALI PARA PEMIMPIN UTAMA KERAJAAN SEKARANG….RAMAI YANG LEBIH MENGENALI PAK SHEIKH DAJJAL BERBANDING TONG M BERDASARKAN PAK DAJJAL TELAH DIMAHKAMAHKAN DAN DISAHKAN SEBAGAI PENGAMAL LIWAT DAN MENJADI BANDUAN DUA KALI….TONG M DI ANGGAP LICIK WALAUPUN TELAH MEMBUAT BEGITU BANYAK SKANDAL TERUS DIPUJA DAN DIANGGAP SEPERTI TUHAN YANG SUCI TIADA KESALAHAN….SEMATA-MATA KERANA TIDAK PERNAH DIBICARAKAN OLEH MAHKAMAH DENGAN RM 400 BILLION SKANDAL MAKA PEMIMPIN INI DI ANGGAP SEPERTI DEWATA.…SEJARAH PM-4 YANG TELAH MERANAPKAN SEPARUH DARI EKONOMI NEGARA TELAH DIABAIKAN OLEH MEREKA YANG FANATIK INI…FAKTA DAN ANGKA DI MANA RINGGIT TELAH JATUH DARI RM 2.50 KEPADA RM 3,80 TELAH DICAMPAK… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

MARI BERKENALAN DENGAN DUA PEMUKA UTAMA PH…PAK SHEIKH DAJJAL WALAUPUN BANGSAT, HINA DAN KEJI TELAH DIPUJA,,DISUCIKAN DAN DI DEWAKAN OLEH MUNAFIK MELAYU DAN DIPERALATKAN OLEH KAFIR HARBI BERTUJUAN MENEUTRALKAN ISLAM DENGAN FAHAMAN LIBERAL DAN PLURALISM SEPERTI MEMANDANG MUDAH UMAT ISLAM MURTAD BERDASARKAN KEBEBASAN BERAGAMA …MEMANDULKAN KETUANAN MELAYU DENGAN MENGUBAH PERLEMBAGAAN SPT STATUT ROM DAN UEC YANG TELAH DILULUSKAN…ICERD DAN PELBAGAI LAGI HASUTAN AKAN DIBUAT…DI LUAR NEGARA PAK DAJJAL MEMPUNYAI HUBUNGAN KUAT DENGAN ZIONIST.. TONG M PULA TANPA DISEDARI TELAH DIPERALAT OLEH KAFIR HARBI KERANA DANGKAL ILMU AGAMA..SEBELUM MENJAWAT PM-7 MEREKA YANG MATANG TELAH MENJANGKA APA YANG AKAN BERLAKU SETELAH TONG… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

SESI BERKENALAN DENGAN PEMIMPIN NEGARA DITERUSKAN…PAK SHEIKH YANG MEMPUNYAI PAKEJ LENGKAP BERUPA KEBEJATAN MORAL,,BERFAHAMAN LIBERALISME DAN PLURALISME SERTA AHLI FREEMASON..PUNYAI RAPPORT BAIK DENGAN ISRAEL …APALAGI PARTY YANG DITERAJUI ADALAH BERLAMBANG MATA SATU…PAK DAJJAL JUGA TERLIBAT DALAM MEGA SKANDAL..CONTOH KETARA IALAH SKANDAL FOREX YANG BERJUMLAH RM 30 BILLION KETIKA MENJADI MOF….MELAYAKKAN BELIAU MENDAPAT PANGKAT DAJJAL.. TONG M HEBAT DARI SEGI MEMANIPULASI PEMIKIRAN RAKYAT ALA FIRAUN KUNO…SKANDAL BELIAU YANG BERTONG-TONG TELAH DI ILUSIKAN HANYA PERKARA YANG REMEH APABILA KEKAYAAN NEGARA LESAP LEBIH DARI SEPARUH DENGAN SKANDAL MEGA BERJUMLAH RM400 BILLION…BANYAK DASAR-DASAR KERAJAAN SEMASA PM-4 TELAH DIUBAH TERUTAMA DASAR PENSWASTAAN YANG MENYEBABKAN KEKAYAAN… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

DOA PENUTUP ENTRY…PH BERTUNJANGKAN KAFIR HARBI BERKUDAKAN MUNAFIK MELAYU PEROMPAK HARTA UMAT ISLAM…. MEREKA PERMAIN DAN PERKOTAK KATIKKAN AGAMA MU..SEJUTA KALI CILAKO….YA ALLAH!!!!! TUHAN YG PERKENANKAN DOA MEREKA YG TERANINYANYA!!!!!ENGKAU HANCUR LEBURKAN MEREKA!!!!!!!SEGERAKAN KEHANCURAN MEREKA!!!!YA QAHHAR!!!!!YA JABBAR!!!!!YA MUNTAQIM!!!!!YA ALLAH!!!!YA ALLAH!!!!!YA ALLAH¡!!!WAHAI TUHAN YANG TURUNKAN KITAB!!!!WAHAI TUHAN YANG MENJALANKAN AWAN!!!!!WAHAI TUHAN YANG MENGALAHKAN TENTERA AHZAB!!!!HANCUR BINASAKAN PH KERANA MENYAMUN ASET UMAT ISLAM!!!!!YA
QAHHAR!!!!!!HANCUR LEBU
RKAN PH!

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

PH SENGAJA RANAPKAN EKONOMI NEGARA…MEREKA MEMANG MAHUKAN SUPAYA NEGARA INI JAHANAM…LANGKAH PERTAMA MEREKA LAKUKAN IALAH ISTIHARKAN SELURUH DUNIA… MALAYSIA BANKRAP …TINDAKAN TERSEBUT MENAKUTKAN PELABUR2 ASING MENYEBABKAN MEREKA BERTEMPIARAN LARI..AKIBATNYA NEGARA KEHILANGAN PELABURAN BERJUMLAH RM270 BILLION…BURSA HILANG 200 MATA…GDP JUGA JATUH DARI 5.9% KEPADA 4.7% ..RINGGIT JATUH DARI RM3.80 KEPADA RM 4.15….. PENGANGGURAN BERLELUASA..SISWAZAH KELUAR U MENGANGGUR..PELUANG TEMUDUGA HANYA 4% …ITU PUN BELUM TENTU DITERIMA…BERIBU2 DIBERHENTIKAN KERJA SETIAP BULAN…HARGA KELAPA SAWIT DAN GETAH JATUH MERUDUM…MEREKA BUKAN SAHAJA MENGENAKAN SST TETAPI MEMPERKENALKAN PELBAGAI CUKAI…CUKAI TANAH NAIK 800%…TARIF BILL UTILITY JUGA DINAIK KAN..PENJAWAT AWAM DIBERHENTIKAN KERJA 17 RIBU ORANG INI SEMUA BERLAKU SEJAK… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

PH SENGAJA MUFLISKAN NEGARA SUPAYA NEGARA JADI KUCAR KACIR DAN PORAK PERANDA…TUJUAN MEREKA ADALAH UNTUK MENGUBAH STATUS QUO DAN PERLEMBAGAAN NEGARA DAN MENUKAR MENJADI REPUBLIK TANPA RAJA DAN SULTAN ..ITU LAH SATU SATUNYA MATLAMAT MEREKA..DAN SATU SATUNYA ALASAN MEREKA IALAH MELETAKKAN SEMUA KESALAHAN KEPADA KERAJAAN DAHULU…MEREKA BERUSHA KERAS KE ARAH ITU TANPA PEDULIKAN NASIB RAKYAT DAN KEMAKMURAN NEGARA…LANGKAH PH YANG KEDUA IALAH ISTIHAR BAHAWA NEGARA HANYA PUNYAI 4 SAHAJA JET PEJUANG YANG BERFUNGSI UNTUK MENGUNDANG CAMPUR TANGAN PIHAK ASING DALAM POLITIK NEGARA… LANGKAH SETERUSNYA IALAH MENJUAL SEGALA ASET2 NEGARA… TUMPUAN DIBERIKAN KEPADA ASET ISLAM MELAYU SUPAYA MELAYU TIDAK MAMPU BANGKIT..PALING… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

LANGKAH PH YANG KE EMPAT UNTUK MENGHANCURKAN NEGARA IALAH DENGAN MENAMBAH HUTANG NEGARA… WALAUPUN MEREKA JAJA KE HULU HILIR KERAJAAN DAHULU BANYAK HUTANG TAPI MEREKA TERUS MENOKOK HUTANG NEGARA…HUTANG NEGARA KINI ADALAH 840 BILLION DARI 680 BILLION..…MEREKA RASA TIDAK BERSALAH MELAKUKAN SEMUA KESALAHAN ITU KERANA MEREKA TELAH LETAKKAN SEMUANYA PADA KERAJAAN LEPAS…BAGI MEREKA ITU LAH LAMPU ALADIN DAN LICENSE TO KILL …..ALASAN BUAT HUTANG BARU UNTUK BAYAR HUTANG LAMA ADALAH IDEA HAPRAK…KINI TERBUKTI APA YANG MEREKA LAUNGKAN HUTANG NEGARA 1 TRILLION AKAN DITOMPOK OLEH MEREKA…KEADAAN KINI BERTAMBAH PARAH DENGAN STAGFLASI YANG AKAN DIALAMI NEGARA…RINGGIT BAKAL JADI TIDAK BERHARGA SEPERTI VENEZUELA… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

JAWAPAN KEPADA PENYOKONG PARTI MATA SATU YANG MENDEWAKAN RAJA DAJJAL : SETELAH MAHKAMAH PERSEKUTUAN MEMUTUSKAN PAK SHEIKH ADALAH PESALAH LIWAT MAKA TERBUKTILAH PAK SHEIKH PENGAMAL LIWAT SEJATI…MAHKAMAH PERSEKUTUAN ADALAH MAHKAMAH TERTINGGI DALAM SISTEM NEGARA DI MANA KEPUTUSAN TIDAK BOLEH DIUBAH LAGI…SEBELUM ITU PROSES DILALUI IALAH MAHKAMAH TINGGI DAN MAHKAMAH RAYUAN…OLEH ITU PEGAMPUNAN AGONG TIDAK BOLEH MELEPASKAN KESALAHAN YANG TELAH DIBUAT KECUALI HENDAKLAH DIBICARAKAN SEMULA…NAMUN INI TENTU TIDAK AKAN BERLAKU…PAK SHEIKH HENDAKLAH MENCABAR KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT DAN MENDESAK DI BICARAKAN SEMULA….NABI YUSOF AS SEBELUM DIBEBASKAN DARI PENJARA TELAH MEMINTA DIBICARAKAN SEMULA UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA BAGINDA AS….APAKAH SUKAR UNTUK DIBICARAKAN SEMULA… Read more »

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

TN,,PAK SEMAN,,WAU BULE DAN CAI2 PH TAK PERLU MERAPU DAN MENCARUT,,JWB SOKLAN NI….365 Kejayaan Kerajaan PH Memerintah selama setahun….. 1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN. 2. Rizab antarabangsa Bank Negara MalUSD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019. 3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019. 4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index… Read more »

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

365 tisu2 jamban dikutipnya, kemudian diselerakkan, buang masa kita & mencemarkan laman blog orang.

Otak kat lutut betul, si puaka jahanam ini.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Hahaha, perjuangan yang belum selesai, kata Budin.

Dalam politik, apa yang ada dah selesai, Budin?

Najib bila masuk penjara nanti pun akan kata perjuangan nya belum selesai.

Bang Non pun bila – DAN KALAU – dia jadi PM nanti pun akan kata belum selesai selagi dia tak dapat 2 penggal.

Malang nya, dia 1 penggal pun entah dapat ke tak.

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Wait a sevond, Bang Non kan dah ada rekod jenayah 2 penggal berasingan. Rekod2 ini akan kekal tak terpadam sepanjang zaman walaupun YDPA Sultan Kelantan telah nengampunkan dia.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Hah, ambik kau, baca ni semua … asyik sikit2 nak kritik, dengar apa Tun M kata tuh … nak jatuhkan gomen PH besok pagi, coba ler –

Dr M: Saya sendiri pilih Latheefa, tak bincang dengan kabinet
Annabelle Lee, 4 jam yang lepas

Pelantikan Latheefa: Kadang-kadang perlu ada kejutan, kata Dr M
Annabelle Lee, 3 jam yang lepas

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Bukan hanya Najib Al Jibo boleh buat benda dengan tak bincang dengan kabinet … curi RM2.6 biliun dari 1MDB, contoh nya.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

MAT SYABU SYIAH MAIN SABUN CAKAP MERAPU MCA menyifatkan tindakan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Faiz Fadzil mengkritik Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai kurang matang dan sekali lagi memalukan negara di mata dunia. Pemuda MCA berkata, Faiz dan presiden partinya, Mohamad Sabu jelas tidak berwibawa untuk memimpin negara apabila rakyat mengecam mereka atas kegagalan teruknya dalam memberikan ucapan di persada antarabangsa hingga mendatangkan aib besar kepada negara. Itu pun belum lagi mengambil kira mendedahkan rahsia negara. “Mereka hanya berupaya mengatakan Ka Siong cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal BN. Memandangkan anda sekarang berada dalam kerajaan, janganlah sekali-kali menggunakan… Read more »

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Takper, setidak-tidaknya di era si menteri lurus bendul ini …. – tak ada beli kapal selam tak boleh selam, – tak ada beli jet2 pejuang tak ada enjin, tak ada alat ganti, – tak ada beli kereta perisai tak kunjung-kunjung tiba, – tak ada beli F5-E dari Amerika dulu… nak tembak-missile pun tak boleh, kerana Amerika tak beri/jual ‘source-code’ pada kita, – tak ada pencerobohan masuk ke wilayah negara dgn begitu enteng seolah-olah sistem pertahanan kita begitu rapuh & bacul macam yg berlaku di Sabah ketika pentadbiran najib. – tak ada helikopter menjunam menyembah bumi membunuh seorang menteri BN &… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Budin sudah jadi orang Pembangkang, senada dengan cengkurik2 Umno Bn. Mahukan sangat Anwar jadi PM cepat, apa saja dilakukan nya.

Ingatkan dia ada perinsip, berpatutan mengkritik Tun M dalam mempromosikan Pak Sheikh Anwar. Tapi blog pos dia bunyi mcm penulisan orang Umno.

Berpada pada lah, Budin. Melemahkan PH sangat nanti jika Pak Sheikh dapat jadi PM pun, bengok dia memulihkan keadaan.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

BUDIN JIWA UMNO…KO JIWA DAP KE?

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

KO TAKDA JIWA.

NAJIB SUDAH GOL POLITIK NYA.

KO GENG NAJIB YANG ASYIK MENJILAT NAJIB, TARAK APA NAK JILAT SEKARANG.

AKU CADANGKAN KO JILAT ….

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Apa salahnya – DAP tuu kan ‘Di Atas Pagar’ memihak kpd kebenaran, bersih, menentang rasuah, klepetokrasi, skandal seks, dsbnya.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

What Makes You Think Malaysians Want Anwar As PM? In short, Anwar is a political prostitute who imagines he is doing humanity a huge favour by becoming the Prime Minister of Malaysia. He imagines that Allah created him with only one motive in mind, to become Malaysia’s Prime Minister. The uncertainty and confusion that will be triggered if Anwar ever becomes Prime Minister will be so bad that many will commit suicide out of regret for supporting Anwar. In the May 2018 general election, only 2 million people voted for PKR. Another 2.5 million voted for Umno, 2 million voted… Read more »

Abong
Guest
Abong

Apa ni bang budin, marah2 time hari raya. Latipah koyak ni sbenarnya org siapa? Org tun @ org anwar. Tipah koyak dan lapiji bukan satu kem ka 🤭

nasir
Guest
nasir

Al bODENG NI DAH SOSEX

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Ini bukan Tipah yg mudah tertipu. Ini Tipah yg bakal mengoyak rabak puak2 yg mengganggu kestabilan & keamanan negara.

INGAT…Langkah Kajang puak2 Rafizi lagikan diLangkah Terajang oleh Iron Lady ini.

Syabas Tun…..!!