PERINGATAN YANG TIDAK KENA DARIPADA SEORANG PERDANA MENTERI

Dalam majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada golongan miskin di Langkawi semalam, Tun Mahathir Mohamad mengingatkan masyarakat supaya tidak terlalu bergantung kepada pemberian orang lain, sebaliknya perlu berusaha sendiri dalam memajukan diri masing-masing.

Perdana Menteri berkata, bergantung kepada pemberian orang lain boleh melemahkan jiwa seseorang.

“Kita akan jadi lemah kerana bergantung kepada orang lain. Bila tidak ada orang lain kita akan jatuh kerana tidak ada keupayaan untuk mempertahankan diri kita.

“Sebab itu walaupun dalam bulan puasa ini kita menghulur duit raya umpamanya tetapi jangan jadi ia sebagai punca pendapatan.

“Belajar cari duit sendiri dan jangan bergantung kepada orang lain,” kata beliau lagi.

Tidak dinafikan bahawa peringatan yang disampaikan oleh Tun Mahathir ini memang benar, baik, sesuatu yang betul dan wajar ditekankan kepada rakyat.

Tetapi, ia kelihatan tidak sesuai bila diucapkan di hadapan hadirin yang dijemput ke majlis penyampaian sumbangan untuk mereka.

Dalam hidup ini, memang Tuhan jadikan ada mereka yang kaya dan ada yang miskin, lalu kerana itulah maka diwujudkan zakat dan sedekah untuk masyarakat saling membantu dan meringankan beban kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

Lebih-lebih di bulan Ramadan ini, amalan bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik adalah sesuatu yang sangat-sangat digalakkan.

Cuma, memberi peringatan kepada hadirin yang dijemput untuk menerima sumbangan agar jangan bergantung kepada pemberian orang lain adalah sesuatu yang tidak kena dan kurang manis dilafazkan di hadapan mereka, lebih-lebih lagi oleh seorang Perdana Menteri.

Mereka yang hadir bukanlah datang meminta-minta, tetapi kerana dijemput untuk menerima sumbangan serta membolehkan penyumbangnya beroleh pahala, bakarah dan kebaikan dalam kehidupan.

Jika tidak dijemput, mereka pun tidaklah terhegeh-hegeh hadir ke majlis seperti itu.

Peringatan seumpama ini lebih sesuai sebenarnya disampaikan dalam program motivasi atau ucapan umum lain di tempat lain, bukan di majlis penyampaian sumbangan pada bulan Ramadan yang mulia di mana amalan bersedekah adalah amat-amat digalakkan.

Dengan mengucapkan kata-kata sedemikian, Tun Mahathir seolah-olah menghina dan mengaibkan mereka yang dijemput hadir untuk menerima sumbangan itu.

Ia tidak ubah seperti kita mengadakan majlis kenduri, rumah terbuka atau jamuan makan-makan, tetapi dalam ucapan mengingatkan mereka yang hadir agar jangan terlalu mengharapkan makanan percuma, sebaliknya lebih terpuji jika membeli dan membayarnya menggunakan wang sendiri.

Apa perasaan kita jika hadir di majlis tersebut? (Shahbudindotcom 25/05/2019)

Kongsikan artikel ini
Updated: 25 May 2019 — 11:31 am

19
Leave a Reply

avatar
11 Comment authors
ImanOthman AhmadOmtayanamMa HussinMAHATHIRVSANWAR Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Iman
Guest
Iman

Masjid Bandar Baru Seri Petaling tk Minta bantuan kerajaan. Bina sendiri sumbangan budak tabligh.
Bila Bina sendiri, pakai duit sendiri Baru Ada sayang. Akan jaga betul betul. Bukan aspek pembangunan fizikal shj.malah yg penting Ada yg memakmurkan.
Tun Mahathir orang lama, pengalaman banyak.

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Tangan yg memberi lebih mulia dari yg sentiasa menadah-nadah meminta-minta.

Ada beberapa hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang melarang untuk meminta-minta, di antaranya sabda Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ، حَتَّىٰ يَأْتِيَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِيْ وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ

Seseorang senantiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tidak ada sepotong daging pun di wajahnya.

Sampai bila orang Melayu mampu berdikari tanpa mengharapkan sedekah, apatah lagi dari sumber haram korupsi, klepetokrasi 1mdb…????

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Tangan yg nemberi lebih mulia dari yg sentiasa menadah-nadah meminta-minta.

Ada beberapa hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang melarang untuk meminta-minta, di antaranya sabda Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ، حَتَّىٰ يَأْتِيَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِيْ وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ

Seseorang senantiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tidak ada sepotong daging pun di wajahnya.

Sampai bila orang Melayu bokeh berdikari tanpa mengharapkan sedekah, apatah lagi dari sumber haram korupsi, klepetokrasi 1mdb…????

Omtayanam
Guest
Omtayanam

Bila dah bagi tosah le hang ongkit macamle baguih sangat sbb kalu tiada pemimpin yg nak bagi rakyat coma dapat beharap dan terusan beharap sampe sapa yg mampoih duluan Lebih afdal hang bahagi dgn keluarga hang anak beranak, mcm biasa .. Takpayah nak mengonkit dan takdak hati yg sakit. Mlayu yg bergantong harap pada pemimpin mlayu lagu mana plak. Dok bergantong harap sampe habih pemimpin tiarap kat depa dan keluarga saja.. Rakyat yg bergantong harap sampe jatoh tertiarap dan meniarap. Jawatang yg hang sandang boleh dapat lagu tu saja tiada bergantong dgn sokongan rakyat mlayu … Ponya maju malaisa sampe… Read more »

Ma Hussin
Guest
Ma Hussin

Tun M juga x boleh bergantung pada Anwar sehingga sanggup ke penjara sg buluh untuk mendapat sokongan bagi menjatuhkan Najib, kalau dah hebat sgt buat sendiri, barulah x terikat pada janji kena serah kuasa setelah dua tahun, kalau dah janji tu tunai jerlah jgn dok cari alasan, itulah setiakawan bukan kawan makan kawan.

Atan
Guest
Atan

Tak sesuai? Itu pendapat penulis blog saja. Tidak ada sebut jika ada hadirin merongot sebab dinasihat begitu.

Tapi penulis pun tak faham perhubungan Che Det dengan penduduk Langkawi. Sejak dia jadi Pegawai Perubatan di pulau itu di masa muda nya dulu.

Sudah tentu ramai yang hadir itu terdiri dari mereka yang kenal dia sejak zaman itu. Jadi, tentulah nasihat itu dianggap sebagai nasihat ikhlas dari orang tua2 saja. Tak lain, tak bukan.

jigit
Member
jigit

Betul la cakap orang tua tu… tak elok bergantung kepada orang lain. Contohnya… jika nak berkempen untuk sesuatu PRK seperti di PD, tak perlu minta tolong kepala gengster untuk menaja majlis makan malam.
Jika nak pejabat peribadiyang hebat…. tak perlu minta pada cukong China sediakan.
Begitu juga jika mahu ke sana sini in style… jangan sampai pinjam jet peribadi tokey- tokey china. Bukan apa…. nanti anak bangsa juga tergadai.

Anon
Guest
Anon

Jangan terlalu bergantung kpd pemberian orang. Termasuk jawatan PM.

Kalau di Pru15, Anwar memimpin PH dan menang, jawatan PM itu hak dia.

Itu pun ada yang mengata Peliwat dan Bekas Banduan tak boleh jadi PM negara ini.

Lang Buana
Guest
Lang Buana

Jemput
Beri
Ungkit

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Kalau datang dengan kesedaran bahawa itu adalah majlis berunsur politik, di jemput Tun M Wakil Rakyat kawasan Langkawi, tentu lah sedar bahawa nasihat yang di beri itu di tujukan kpd orang Melayu Islam keseluruhan nya.

Budin pun dah tak sedar beza nya, di kabur kepentingan nak tunjukkan one down kpd Tun M, one up kpd Pak Sheikh Anwar.

Ketahui lah bahawa Budin sentiasa mencari apa saja yang boleh di putar belit, di eksploitasi menunjukkan Tun M tidak betul, masakan Anwar betul, menunggu serahan kuasa PM tuh. Budin has been placing his bets on Anwar, dengan harapan dapat ganjaran.

SyL
Guest
SyL

Dari sejarah, nabi nabi pun akan menasihatkan manusia jangan bergantung kepada orang lain dan berdikari sendiri. Lihat secara positif Budin.

rance
Guest
rance

Yes, you are right, it is “like hitting below the belt”. Sad… for those who attended.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

DOA PEMBUKA ENTRY…PH BERTUNJANGKAN KAFIR HARBI BERKUDAKAN MUNAFIK MELAYU PEROMPAK HARTA UMAT ISLAM…. SEJUTA KALI CILAKO….YA ALLAH!!!!! TUHAN YG PERKENANKAN DOA MEREKA YG TERANINYANYA!!!!!ENGKAU HANCUR LEBURKAN MEREKA!!!!!!!SEGERAKAN KEHANCURAN MEREKA!!!!YA QAHHAR!!!!!YA JABBAR!!!!!YA MUNTAQIM!!!!!YA ALLAH!!!!YA ALLAH!!!!!YA ALLAH¡!!!WAHAI TUHAN YANG TURUNKAN KITAB!!!!WAHAI TUHAN YANG MENJALANKAN AWAN!!!!!WAHAI TUHAN YANG MENGALAHKAN TENTERA AHZAB!!!!HANCUR BINASAKAN PH KERANA MENYAMUN ASET UMAT ISLAM!!!!!YA
QAHHAR!!!!!!HANCUR LEBU
RKAN PH!
!!…..

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

What a waste of time & space for the above relentless bullshits……!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Mmg tak kena lah tempat bagi derma mahu lobi
Mana boleh pakai, cakap orng yg suka hina nabi
Dia pun bergantung, undi dr puak pemakan babi
Sbb itu asyik kena cerca dlm YouTube & juga FB

Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhhh

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Memantun mantat pun dah tak kena si Geng Najib yang asyik menjilat Najib mengguna berbagai nama.

Entah apa di maksud nya sebagai “melobi” – terdesak, tak dapat cari perkataan yang rhyme, guna ajer perkataan lobi.

Itu lah cerita nya orang yang tidak ada kupayaan mengarang dengan bail pantun bermutu, dia hanya memantun mantat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhhh

Reply

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

“Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhhh”
inilah yg mencerca hina Allah SWT dgn doa kfugurnya,

“Allah meliwat Tun Mahathir dunia akhirat’.

Naudxubillah Mindzaliq……!!

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

“Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhhhh”
inilah yg mencerca hina Allah SWT dgn doa kufurnya……

“Allah meliwat Tun Mahathir dunia akhirat’.

Naudzubillah Mindzaliq……!!