DR. SHAHRUDDIN MB JOHOR SEPENGGAL?

Sejak pertukaran Menteri Besar Johor, macam-macam perkara pelik berlaku dalam Bersatu negeri itu.

Mula-mula, meskipun dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Osman Sapian, tetapi Dr. Shahruddin Jamal hanya diberikan jawatan Setiausaha Bersatu Johor saja.

Pengerusi Bersatu Johor pula diberikan kepada Mazlan Bujang, Exco Kerajaan Negeri yang digugurkan kerana dikatakan tidak disenangi oleh pihak istana.

Oleh kerana Menteri Besar Johor tidak dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Johor, ketika itu difahamkan terdapat 23 daripada 26 Ketua Bahagiannya menghantar memorandum bantahan kepada Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu.

Dalam sususan terbaru kepimpinan Bersatu Johor yang diumumkan hari ini, selain nampaknya memorandum bantahan terhadap perlantikan Mazlan tidak dilayan, sebaliknya Dr. Shahruddin langsung tidak diberikan sebarang jawatan di peringkat negeri.

Bukankah ini sesuatu yang pelik?

Rasanya inilah kali pertama, bukan saja di Johor, bahkan juga di mana-mana negeri sekali pun di mana seorang Menteri Besar tidak ada sebarang jawatan dalam parti di peringkat negeri.

Bagaimanakah seorang Menteri Besar yang dilantik oleh parti menduduki jawatan itu, tetapi tiada sebarang jawatan dalam Bersatu peringkat negeri?

Di mana sebenarnya konsep parti menguasai kerajaan?

Dengan tiada jawatan dalam Bersatu Johor, apakah ini bermakna Dr. Shahruddin hanya akan menjadi Menteri Besar sehingga hujung penggal ini saja?

Apakah jaminan beliau akan disenaraikan lagi oleh Bersatu Johor yang dipimpin oleh Mazlan sebagai calon dalam PRU15 akan datang? (Shahbudindotcom 25/05/2019)

Kongsikan artikel ini
Updated: 25 May 2019 — 11:40 pm

31
Leave a Reply

avatar
7 Comment authors
ApochotAnonTanpa NamaOthman AhmadSawaludinlamin Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Apochot
Guest
Apochot

ni la jadi nya kalau org bergelar sultan yg tidak di lantik rakyat masuk campur dlm hal POLITIK Tiada lain state alami hal sedemikian…why??pasal yg lain duk diam2 jadi sultan perlembagaan

Anon
Guest
Anon

Parti boleh menguasai Kerajaan negeri di Jawatan Kuasa Perhubungan Negeri yang di Pengerusikan Menteri Besar atau sesiapa lain, atau di pucuk pimpinan parti di Putrajaya.

Tun Mahathir kata dia amat pentingkan perhubungan di antara Kerajaan dan istana di letak di asas yang betul. Bila kehendak parti dan kabinet supaya Exco yang lalu tidak dipinda telah tidak diikuti, timbul lah curiga. Apa kah MB yang di calon Muhyiddin akan ikut kehendak istana di masa hadapan juga.

Mungkin selepas “probationary period” (seperti dikenakan kepada pegawai pegawai Kerajaan), MB boleh diberi jawatan Pengerusi JK Perhubungan Negeri.

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

PANDANGAN DUTA AMERIKA TERKINI TERHADAP KERAJAAN PH – MALAYSIA BAHRU: Recently, US Principal Deputy Assistant Attorney-General John P. Cronan was in KL to confirm the initiation of the process to return approximately US$196mil (RM812.9mil) to Malaysia, representing the first instalment of funds recovered from asset seizures related to what was described in the United States as “the worst form of kleptocracy”.The first tranche of returned funds from the United States were from Red Granite Pictures, an American film production and distribution company co-founded in 2010 by Riza Aziz, former prime minister Datuk Seri Najib Razak’s then New York-based stepson, and… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Txs for putting this piece in here, bro.

I might have missed it, otherwise.

Very informative, very encouraging.

And very damning the BN. Excellent.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

The above is a far cry from what the bloke John Mallot, former US Ambassador to Malaysia, said of Tun Mahathir at that time.

Defending free speech and assembly in Malaysia during the days of Anwar’s sodomy trials, one wonders what he’d say to Donald Trump obstructing the course of justice and telling his former staff not to appear before the Congressional Judiciary Committee, and the prospect of Trump himself being impeached now.

Maybe death has befallen Mallot and he has been eaten by maggots.

Sawaludinlamin
Guest
Sawaludinlamin

Setuju sangat dgn tindakan tun, kalau saorang mb takut buat kputusan yg menguntung kan rakyat tapi kurangkan untung istana, jgn kata 1 pengal, cukup 1 tahun dah bolih gendoot lah. Org melayu dah jelek dgn sikap tertonggek2 cium tgn, kaki sultan wahai budin.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Budin perlu promosikan Pak Sheikh Anwar dapatkan sefahaman sepenuhnya dari pihak Sultan diatas kepentingan Pak Sheikh idola nya sendiri –

jika tidak berlarutan isu istana dan Putrajaya, tak perlu persediaan meminda Perlembagaan lagi, usaha2 mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen dsb nya, cepat selesai urusan Tun M, membolehkan dia serahkan kuasa.

Tapi Pak Sheikh kena buat senyap2. kalau diketahui rakyat dia menghubungi Sultan, heboh dan kecoh ler. Kot jumpa di luar negara ler. Mesej penting nya – jangan kacau MB.

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Sawaludinlamin…..

Sebab tuu saya anggap komen2 yg sama (berulang-ulang) datang dari budak sewel Kejora, dibakul sampahkan sebagai…..

‘What a waste of time & space for the above relentless outright bullshits..…!!

Si batu api ini mengambil kesempatan menambahkan kekalutan yg diwarwarkan oleh sdra Budin – tak abis2 dgn jawatan MB asyik dipenggal-penggal dek campur tangan Raja berkelembagaan.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

JAWAPAN KEPADA SOALAN : ADAKAH ISLAM TERANCAM DI MALAYSIA…. PH perkasa Islam? Kosong peratus’ Dalam ucapan ulang tahun kerajaan Pakatan Harapan, perdana menteri mengulangi apa yang sering kita dengar selama ini dari puak-puak anti-Islam dan Melayu supaya tidak memperkatakan tentang agama dan Melayu. Katanya dua perkara ini akan membawa perpecahan kaum dan menjejas hubungan antara penganut agama. Saya berbeza pendapat dengan Tun kerana jika isu agama dan bangsa Melayu ini tidak diperkatakan oleh orang Melayu sendiri maka siapa lagi yang akan mempertahankannya? Penganut agama lain sudah pasti tidak akan mempedulikan agama Islam sebaliknya akan berusaha memperkuatkan agama masing-masing. Ini sangat… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

JAWAB LAH SOALAN: ADA KAH ISLAM LEBIH TEGUH DAN LEBIH DIHORMATI DENGAN ADA NYA PAS? APA PAS DAH BUAT BAGI MENYUMBANG KPD PERPADUAN NEGARA BERBILANG AGAMA?

SETAHU AKU, BUKAN ISLAM SENTIASA CURIGA DENGAN PAS SEBAB TAKUTKAN HUDUD PAS. WALAU PUN DAH DI KATA BERTALU TALU HUDUD PAS TIDAK MERANGKUMI BUKAN ISLAM, DEPA TAK CAYA. MANA BOLEH ADA PERPADUAN NEGARA LAGU TUH.

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

What a waste of time & space for the above relentless outright bullshits..…!!

Mohd Salleh
Guest
Mohd Salleh

Pertemuan diantara team Tun Dan team Muhyiddin, dan lebih jelas adalah Pengaruh Istana dan Pengaruh Putrajaya. Rakyat tersepit,umno kekal jadi kipas membakar satay…

Anon
Guest
Anon

Bara yang di kipas tak akan kuat bahang nya jika Tun simbah air kepada nya.

Satu cara ia lah gunakan Akta Hasutan – Umno menghasut istana merosakkan perhubungan istana dan Putrajaya. Polis Johor tentu sudah kenalpasti siapa yang menghasut.

Itu pasal Akta Hasutan jangan di buang. Dulu Najib dah buang ISA dan ada Ketua Polis Negara yang kesalkan nya sebab kurang kemudahan membenteras jenayah.

Najib buang ISA nakkan undi. Tapi keok juga di Pru14.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

PH SENGAJA RANAPKAN EKONOMI NEGARA…MEREKA MEMANG MAHUKAN SUPAYA NEGARA INI JAHANAM…LANGKAH PERTAMA MEREKA LAKUKAN IALAH ISTIHARKAN SELURUH DUNIA… MALAYSIA BANKRAP …TINDAKAN TERSEBUT MENAKUTKAN PELABUR2 ASING MENYEBABKAN MEREKA BERTEMPIARAN LARI..AKIBATNYA NEGARA KEHILANGAN PELABURAN BERJUMLAH RM270 BILLION…BURSA HILANG 200 MATA…GDP JUGA JATUH DARI 5.9% KEPADA 4.7% ..RINGGIT JATUH DARI RM3.80 KEPADA RM 4.15….. PENGANGGURAN BERLELUASA..SISWAZAH KELUAR U MENGANGGUR..PELUANG TEMUDUGA HANYA 4% …ITU PUN BELUM TENTU DITERIMA…BERIBU2 DIBERHENTIKAN KERJA SETIAP BULAN…HARGA KELAPA SAWIT DAN GETAH JATUH MERUDUM…MEREKA BUKAN SAHAJA MENGENAKAN SST TETAPI MEMPERKENALKAN PELBAGAI CUKAI…CUKAI TANAH NAIK 800%…TARIF BILL UTILITY JUGA DINAIK KAN..PENJAWAT AWAM DIBERHENTIKAN KERJA 17 RIBU ORANG INI SEMUA BERLAKU SEJAK… Read more »

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

What a waste of time & space for the above relentless outright bullshits..…!!

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

MAHATHIRVSANWAR ini adalah nama samaran Geng Najib yang asyik menjilat Najib pakai banyak nama. Tak berani keluarkan nama Geng Najib sehingga malam hari, takut di balun asyik menjilat Najib apabila keluar saja nama itu.

Nama ini di khaskan nya untuk mengkopipes. Geng Najib dulu terkenal sebagai Raja Kopipes, sekarang dipindahkan nya gelaran itu kpd MAHATHIRVSANWAR.

Kopipes benda yang sama, panjang lebar, tak dibaca sesiapa. Aku komen begini untuk pengtahuan pembaca baru blog ini supaya tak payah membuang masa membaca nya.

Menuduh secara liar, tanpa bukti, fakta atau punca maklumat yang sahih.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

JAWAPAN KEPADA PENYOKONG PARTI MATA SATU YANG MENDEWAKAN RAJA DAJJAL : SETELAH MAHKAMAH PERSEKUTUAN MEMUTUSKAN PAK SHEIKH ADALAH PESALAH LIWAT MAKA TERBUKTILAH PAK SHEIKH PENGAMAL LIWAT SEJATI…MAHKAMAH PERSEKUTUAN ADALAH MAHKAMAH TERTINGGI DALAM SISTEM NEGARA DI MANA KEPUTUSAN TIDAK BOLEH DIUBAH LAGI…SEBELUM ITU PROSES DILALUI IALAH MAHKAMAH TINGGI DAN MAHKAMAH RAYUAN…OLEH ITU PEGAMPUNAN AGONG TIDAK BOLEH MELEPASKAN KESALAHAN YANG TELAH DIBUAT KECUALI HENDAKLAH DIBICARAKAN SEMULA…NAMUN INI TENTU TIDAK AKAN BERLAKU…PAK SHEIKH HENDAKLAH MENCABAR KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT DAN MENDESAK DI BICARAKAN SEMULA….NABI YUSOF AS SEBELUM DIBEBASKAN DARI PENJARA TELAH MEMINTA DIBICARAKAN SEMULA UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA BAGINDA AS….APAKAH SUKAR UNTUK DIBICARAKAN SEMULA… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Bagi tiap2 pos baru perlu ada penerangan berkenaan berikut:

MAHATHIRVSANWAR ADALAH GENG NAJIB YANG ASYIK MENJILAT NAJIB DENGAN MENGGUNA BERBAGAI NAMA.

DIA GUNAKAN NAMA ITU UNTUK MENGKOPIPES, MENGULANG BERKALI KALI TUDUHAN2 LIAR TANPA BUKTI, FAKTA ATAU PUNCA MAKLUMAT YANG SAHIH.

DIA OTAK KECIK. MENGKOPIPES PENULISAN PANJANG LEBAR, TAK SEDAR BAHAWA TIADA SIAPA YANG MEMBACA NYA, TERUTAMA BILA DILIHAT ITU KOPIPES.

DIA JENIS CYBER TROOPERS UMNO YANG NAJIB MAKI “BANGANG HAMJADAH” DI KEMPEN PRU13 DAN “KEPALA BAPAK KORANG” DI KEMPEN PRU14 – MALAS MENCARI FAKTA2 DAN HUJAH2 YANG BOLEH MENAIKKAN IMEJ NAJIB DAN UMNO BN. DEPA LINGKUP DI PRU14.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

D4P PENAKUT CUMA KITA MELAYU KENA BERANI Orangnya Pendek, Tapi Kencingnya Panjang Berjela Kata Anina.. Selama ini kita dengar berbagai kritikan dan pendapat dari Kit Siang tentang Dato Seri Najib. Bila Dato Seri Najib ajak berdebat, Kit Siang pula yang sarankan tajuk “Bagaimana Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi dan bagaimana kita menjadi negara berintegriti. Dato Seri Najib bersetuju dengan tajuk tersebut tapj beliau harap isu-isu lain juga dapat disentuh dalam debat tersebut. Kit Siang terkejut hingga terkencing dalam seluar. Kit Siang ingat Dato Seri Najib akan menolak tajuk tersebut dan batalkan debat, tup tup Dato Seri Najib setuju pula. Aiseyman!… Read more »

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Anina Mak Janda (AMJ) yg tersangat birah tuuum kerrr……??

What a waste of time & space for the above relentless outright bullshits..…!!

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Shahruddin jadi MB sepenggal atau tidak bergantung kepada kecekapan nya menjaga perhubungan nya dengan istana.

MB2 yang lalu tak tahan bila politik di “godeh” istana, termasuk “budak kecik bodoh”, dengan di api2 kan si Kittol Umno yang rapat dengan istana. Tun Mahathir dah kata akan ambil tindakan jika keadaan melampau.

Tun Mahathir tak senang hati dengan Muhyiddin sebab tak ikut arahan PH dan kabinet supaya jangan tukar Exco yang lalu bila berunding dengan istana. Tapi MB Johor akan kekal jika dia ikut kehendak pimpinan PH pusat sepenuh nya.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Tun Mahathir does not suffer fools. He is a no-nonsense kind of man.

He follows the rule of law, the Constitution, etc. He even had laws pertaining to Rulers changed when the rule of law was not adhered to in the past.

Aku sokong dia sepenuh nya. Dia belum ambil tindakan di atas beberapa keping tanah di Bukit Chagar, Singapura, kepunyaan Kerajaan pusat tapi di pindah milik kpd istana Johor. Bernilai lingkungan RM1 billion. Berlaku di zaman Najib Al Jibo.

Juga dia boleh berusaha bagi mendapatkan sokongan majoriti 2/3 di Parlimen bagi meminda lagi Perlembagaan.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Isu2 MB di Johor adalah berkaitan dengan sama ada penyandang jawatan itu mahu ikut telunjuk istana atau tidak. Terutama berkaitan perkara2 berkaitan kepentingan komersial istana.

Contoh nya, meluluskan projek Forest City yang membina 700,000 units kediaman di maksudkan untuk rakyat China kominis membeli nya.

Ini bermakna 700,000 x 4 (purata sefamili) = 2.8 juta ralkyat China Kominis masuk ke Johor/ Mlaysia. Jika diberi taraf “penduduk tetap”, mereka berhak memohon kerakyatan selepas 10 tahun. Mengarut. Merosakkan kuasa Melayu di Johor dan di Malaysia. Di setujukan di zaman Najib Al Jibo.

Tun M sudah kata mereka tidak akan diberi taraf “penduduk tetap”.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Atau membenarkan pengorekan pasir (for want of a better term!) untuk land reclamation projects di Johor atau S’pore.

Ini berupa “gold mine” – korek, hantar, korek hantar. Di suatu masa dulu ada sekatan sementara, tapi lori2 pasir kepunyaan atau berkaitan istana terus lalu Causeway seperti biasa. Bertan duit dari situ.

Isu kebenaran mengorek pasir, kelulusan projek2 bangunan, atau memindah milik tanah Kerajaan pusat ke istana dengan senyap2 ada lah antara isu2 besar yang MB Johor terpaksa hadapi.

Sudah cukup ke kebenaran, kelulusan dsb nya itu? Lihat lah di dalam masa sebelum habis penggal ini.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Sudah cukup ke kebenaran, kelulusan dsb nya itu?

Ahli Falsafah British Bertrand Russel ada menulis pasal “the insatiability of man’s desires”. Mana ada cukup. Mesti mau lebih, lebih dan lebih. Sentiasa. Macam puak ultra kiasu. Ultra kiasu Israel atau Cina.

Jadi, MB baru Shahruddin perlu memikirkan apa yang perlu di buat bila ada permohonan atau “arahan” (melalui orang tengah) dari istana.

Dia doktor perubatan. Terlatih dalam discipline diagnosis sakit dan mengprescribe ubat nya. Sama discipline dengan Tun Dr Mahathir. Perlu berunding selalu dgn pakar Tun M sebab sakit “patient”nya di Johor luar biasa.

anonymous
Member
anonymous

Madey selalu buat kerja yg pelik….madey rasa PH menang kerana popularitinye….Bersatu menang di Johor kerana muhyiden…aku harap ade satu prk kerusi Bersatu di johor untuk tengok pengaruh madey di johor….

Selepas 1 tahun pencapaian madey?…hanye tambah hutang negara…dan jual aset negara…

Atan
Guest
Atan

hanye tambah hutang negara…dan jual aset negara…?

Kenapa tak beri fakta, penjelasan atau contoh?

anonymous
Member
anonymous

Dah ade fakta seblm ni..ko aje yg tertinggal bas..

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Mana fakta nya, Dol? Kau menuduh liar jenis Geng Najib yang asyik menjilat Najib dengan mengguna berbagai nama.

Coba lah jadi rakyat yang berguna – komen dengan kasi bukti, fakta dan punca2 maklumat yang sahih.

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

Sebab tuu saya anggap komen2 yg sama (berulang-ulang) datang dari budak sewel Kejora, dibakul sampahkan sebagai…..

‘What a waste of time & space for the above relentless outright bullshits..…!!

Si batu api ini mengambil kesempatan menambahkan kekalutan yg diwarwarkan oleh sdra Budin – tak abis2 dgn jawatan MB asyik dipenggal-penggal dek campur tangan Raja berkelembagaan.

Othman Ahmad
Guest
Othman Ahmad

PANDANGAN DUTA AMERIKA TERKINI TERHADAP PRESTASI KERAJAAN PH – MALAYSIA BAHRU: How has Tun Dr Mahathir Mohamad performed, in your view, and what aspects of his leadership appeal most to you? ———————————————————————— Dr Mahathir had served in the government before but this is a very different situation. He does not own the whole Cabinet and had to enter into a coalition-type government. So for everyone, there have been adjustments. This is 2019, and many things have changed in the world and the region. I respect him for having to adapt and having to be a leader in this new environment… Read more »