SIAPA DALANG SEMUA INI?

Apabila membaca berita mengenai kemungkinan UMNO meminda perlembagaannya bekaitan perkara ini, soalan pertama yang bermain di fikiran kita tentunya ialah siapakah dalang di sebaliknya?

Perlu dan wajarkah UMNO meminda Fasal 9.9 perlembagaannya untuk membolehkan mereka yang baru didakwa di mahkamah terlucut jawatannya secara autonatik?

Apakah UMNO kini tidak lagi berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehinggalah didapati bersalah oleh mahkamah?

Jika pindaan ini berjaya mendapat sokongan dua pertiga perwakilan dalam perhimpunan agung khas UMNO hujung tahun ini, Zahid Hamidi, Najib Razak, Tengku Adnan Tengku Mansor, Abdul Azeez Rahim dan beberapa yang lain yang telah ddakwa di mahkamah akan kehilangan jawatan masing-masing secara automatik sama ada di peringkat pusat atau bahagian.

Apakah Mohamad Hasan yang mahukan pindaan ini dilakukan agar beliau boleh terus memangku jawatan Presiden UMNO?

Apakah mungkin usaha ini digerakkan oleh mereka yang tewas dalam pemilihan UMNO yang lalu, tetapi berhasrat untuk bertanding semula dalam pemilihan 2021 akan datang?

Atau tidak mustahilkah segelintir mereka yang berjawatan Naib Presiden dan MT UMNO sendiri mahu Fasal 9.9 itu dipinda bagi mengenepikan semua yang pernah didakwa di mahkamah, lalu membolehkan mereka melonjak ke hireaki lebih tinggi dalam parti?

Tetapi, meskipun usaha meminda perlembagaan ini tidak dinafikan ada kebaikannya, tetapi risikonya kepada UMNO juga adalah tinggi.

Ini kerana jika pindaan itu diluluskan, satu perkara yang tidak harus ditolak ialah bagaimana jika selepas ini satu demi pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam parti akan didakwa di mahkamah?

Adakah pemimpin UMNO yang pernah menjadi menteri atau pengerusi agensi sebelum ini benar-benar bersih daripada sebarang salah laku?

Tidak bimbangkah bahawa selepas ini satu demi satu pemimpin UMNO akan terlucut jawatannya hanya kerana mereka didakwa di mahkamah? (Shahbudindotcom 21/05/2019)

Kongsikan artikel ini
Updated: 21 May 2019 — 12:35 pm

5
Leave a Reply

avatar
4 Comment authors
MAHATHIRVSANWARMATHASSANVSNAJIBVSZAHIDmamatAnonymous Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

SEKUMPULAN. PEROMPAK HARAM PH .TELAH MEROMPAK SEBUAH INSTITUSI ORG ISLAM …SEBANYAK RM 20 BILLION…APABILA DI SOAL DI MAHKAMAH TOM CAT…PEROMPAK JWB TEGAS BAHAWA TUJUAN INSTITUSI TERSEBUT DIROMPAK ADALAH KERANA TELAH RUGI RM 4 BILLION…PEROMPAK TERSEBUT BERI JAMINAN HASIL ROMPAKAN DI JAMIN OLEH PH DAN AKAN BAYAR CUKAI TAHUN… .APABILA DISOAL BALAS KENAPA SAMUN BEGITU BANYAK…JAWAPAN YANG DIBERI ADALAH ROMPAKAN TERSEBUT BERTUJUAN UNTUK BANGKAPKAN TERUS INSTITUSI TERSEBUT…ALASAN TERSEBUT DITERIMA DENGAN SENANG HATI OLEH AG DAN PARA JURI SEBULAT SUARA …PEROMPAK BERNAMA TOKONG NOBITA DIBANTU MUJAHAT WAKANDA TELAH DIBEBASKAN BERSAMA HASIL ROMPAKAN DENGAN DI SAKSIKAN OLEH TONG M,,PAK DAJJAL DAN MAT SYABU… Read more »

MATHASSANVSNAJIBVSZAHID
Guest
MATHASSANVSNAJIBVSZAHID

BUANG YANG ADA KES AMBIL YANG SUCI

Sedangkan duit lagi terambil
Apa pula harta Kerajaan
Buang yang ada kes ambil yang korupsi
Baru teguh parti suci
Apa guna Mat Hassan-Zahid bertengkar
Najib Razak harus bersabar
Cah keting tikam libas dan bantai
Hidup seperti dalam lokap balai
Maaf Penyamun wahai Melayu
Buang yang ada kes ambil yang korupsi
Baru teguh parti suci
Najib – Zahid mesti disekat
Mat Hassan – KJ mendapat berkat
Apa guna dendam berdendam
Kalau nanti perompak masuk ke dalam
Pohon ampun wahai Najib
Buang yang Najib-Zahid ambil yang Mat Hassan – KJ
Baru teguh parti suci

mamat
Guest
mamat

… satu move yang bagus untuk dapat pemimpin yang bersih.. semua parti boleh ikut selain dari ishtihar harta yang sebenar tidak memberi apa2 impak keatas korupsi & rasuah..

tahniah umno

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

KERAjaan PH ADALAH KERAjaan D4P Kalaulah Aiman urus ekonomi, gawat pun tak sempat Ikut cakap Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Dr Muhammad Khalid dalam video ini, semuanya OK. Itu susah bila ahli Ekonomi beri pendapat hanya berasaskan firasat dan bukan kajian. Akhirnya Editor Malaysia yang berani kata akan ada kegawatan ekonomi. Sememang lazim manusia untuk takut-takut nyatakan berita buruk. Demi nak mengelakkan orang ramai panik, maka terdengar pendapat-pendapat yang dalam penafian dan tak berani disebut sudah gawat. Mereka mcm Dr Mat Khalid akan guna helah tunggu data untuk mengesahkan. Padahal dah setengah tahun kat bawah dah rasa. Sebenarnya sudah gawat… Read more »

anonymous
Member
anonymous

Cadangan tidak gentleman…yg ade kes mahkamah hanye perlu digantung tugas sehingga kes selesai…