TIADA SEBAB PILIHANRAYA MENGEJUT DIADAKAN

Semalam, tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah meminta UMNO agar bersiap sedia dengan kemungkinan pilihanraya secara mengejut diadakan.

Gesaan itu dilontarkannya berikutan kemungkinan kononnya Tun Mahathir Mohamad akan berdepan kesukaran untuk melakukan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, lalu jalan mudahnya ialah mengadakan pilihanraya secara mengejut.

Ahli Parlimen Gua Musang itu seterusnya meminta UMNO dan Pas agar bersiap sedia dan menyelesaikan soal pembahagian kerusi dengan segera.

Kemudian, apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh itu turut dipersetujui oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang membayangkan tidak mustahil pilihanraya mengejut akan diadakan seawal tahun depan.

Asyraf juga melahirkan keyakinan bahawa UMNO, melalui kerjasama dengan Pas, mampu mengalahkan PH jika pilihanraya secara mengejut itu diadakan.

Soalnya, perlukah Tun Mahathir mengadakan pilihanraya secara mengejut?

Jika diteliti, PH baru berkuasa selama kira-kira setahun dan menjelang awal tahun depan, tempohnya menjadi kerajaan baru saja mencecah setahun setengah.

Ketika ini PH masih berusaha menunaikan janji-janji manifestonya dan berikutan beban kewangan negara, ada janji yang sudah ditunaikan dan ada yang terpaksa mengambil masa untuk dilaksanakan.

Menjelang pertengahan tahun depan juga, peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar akan dilaksanakan sebagaimana yang telah dipersetujui dan dijanjikan.

Bermakna, tahun depan atau tahun 2020 adalah tahun yang penting bagi PH dalam membuktikan ia adalah kerajaan yang bersama dengan aspirasi rakyat yang telah bersatu padu menumbangkan BN pada PRU14 lalu.

Selepas tahun depan, PH masih ada tempoh berkuasa sehingga 2023 sebelum pilihanraya mesti diadakan.

Dengan yang demikian, adalah tidak munasabah untuk pilihanraya secara mengejut diadakan. Dalam tempoh yang berbaki ini, adalah lebih baik bagi PH berusaha menunaikan janji manifestonya dan memastikan peralihan kuasa berjalan lancar yang sekaligus akan memastikan gabungan itu terus stabil dan dipercayai rakyat dalam mentadbir negara ini.

Mengadakan pilihanraya secara mengejut di ketika banyak janji sedang diusaha untuk dilaksanakan, hanya akan mengundang risiko buat PH serta memberi kelebihan kepada BN dalam kempen-kempen mereka.

Dengan kata lain, PH akan lebih mudah ditolak rakyat melalui peti-peti undi jika pilihanraya secara mengejut diadakan berbanding menghabiskan penggalnya sehingga ke akhir tempoh.

Ini kerana dengan semakin banyak janji ditunaikan dan ekonomi perlahan-lahan dipulihkan, keyakinan rakyat kepada PH akan terus bertambah kuat lagi.

Tidak sukar memahami bahawa keinginan UMNO terhadap pilihanraya mengejut hanyalah gambaran merupakan kesengsaraan dan resah di jiwa menjadi pembangkang sejak setahun yang lalu.

Mereka beranggapan jika pilihanraya segera diadakan dan mungkin BN memperolehi kejayaan, keperitan menjadi pembangkang dan hidup tanpa kuasa akan segera dapat diakhiri.

Bagi UMNO dan BN, keinginan mereka hanyalah kepada kuasa semata-mata.

Tapi, tiada keperluan sama sekali sebenarnya untuk pilihanraya mengejut diadakan dan kepada pemimpin UMNO, bersabarlah kira-kira empat tahun lagi sehingga 2023 untuk belajar menjalani hidup tanpa kuasa, tanpa elaun dan tanpa peluang untuk menyamun seperti 61 tahun sepanjang BN berkuasa sebelum ini.

Setidak-tidaknya, jika sudah berjaya hidup sebagai pembangkang sehingga 2023, kalau kalah lagi pun dalam PRU15 akan datang, keperitan dan kesengsaraan hidup seterusnya tanpa kuasa sudah boleh dianggap perkara biasa saja. (Shahbudindotcom 17/05/2019)

Kongsikan artikel ini
Updated: 17 May 2019 — 3:15 pm

15
Leave a Reply

avatar
8 Comment authors
CikkobMa HussinAnonymousAnonymousMAHATHIRVSANWAR Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Ma Hussin
Guest
Ma Hussin

Kuli ni dah x sabar nak jadi PM mungkin dah ada deal ngan geng kartel dedak, tu yg dok jolok x tentu pasal nak suruh kerajaan PH goyah dan tumbang, cukup lah meroyang KULI, kamu memang wajar jadi kuli dulu kini dan selamanya, geng gerombolan penyamun pun tolak kamu, kamu dah out of date, x standing ngan Tun M apalagi Anwar Ibrahim,balik kampung jolok buah deroyang lagi baik KULI.

Cikkob
Guest
Cikkob

Mcmana KULI nak lawan mereka berdua, mereka ada senjata pemusnah besar-besaran.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

JAWAPAN KEPADA SOALAN : ADAKAH ISLAM TERANCAM DI MALAYSIA…. PH perkasa Islam? Kosong peratus’ Dalam ucapan ulang tahun kerajaan Pakatan Harapan, perdana menteri mengulangi apa yang sering kita dengar selama ini dari puak-puak anti-Islam dan Melayu supaya tidak memperkatakan tentang agama dan Melayu. Katanya dua perkara ini akan membawa perpecahan kaum dan menjejas hubungan antara penganut agama. Saya berbeza pendapat dengan Tun kerana jika isu agama dan bangsa Melayu ini tidak diperkatakan oleh orang Melayu sendiri maka siapa lagi yang akan mempertahankannya? Penganut agama lain sudah pasti tidak akan mempedulikan agama Islam sebaliknya akan berusaha memperkuatkan agama masing-masing. Ini sangat… Read more »

anonymous
Member
anonymous

Adakah ko islam dan islam ko diancam?….
Ko sanggup jadi bongok dgn menipu..

jigit
Member
jigit

Budin…u bukan PM. Cakap u tak laku. U kata TAK ADA SEBAB untuk adakan PRU tergempar. Tapi kalau PM orang tua tu rasa ada sebab macam mana…? U tak boleh buat-apa-apa pun

Anyway, kedudukan PM sekarang adalah selesa dan selamat. Makanya besar kemungkinan PRU tergempar tidak perlu diadakan. Sayugia diingatkan bahawa orang yang paling rugi besar jika PRU tergempar diadakan ialah Abam Nuar….sebabnya…PH mungkin bungkus dan harapan nak jadi PM hanya tinggal harapan…jika mati dalam keadaan tersebut, mata pasti terbeliak kerana hajat tak sampai….yang tak mati mungkin putus wayar….

anonymous
Member
anonymous

Kedudukan madey selamat?…macam mana boleh selamst?…umno dan pas sanggup join dgn Bersatu dan Dap?…mimpilah ko…

Madey sanggup hilang kerusi pm dan disiasat oleh puak umno?…

anonymous
Member
anonymous

Puak umno memang berharap PH berpecahbelah dgn isu serah jawatan….

Kerana PH blm berpecah puak umno dan pas berharap madey panggil pru kerana mereka sudah bersedia dgn isu perkauman yg sempit…

Langkah pertama nak pecahkan PH pas bodek madey dgn fitnah anwar dan Dap nak gulingkan madey di parlimen…mereka anggap madey bogoo sangat nak percaya cakap puak pembelit penonggang agama…..

Jarum mereka tak jalan kerana madey tak bodoo…

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Kerry Okspod KJ, Ketua Puak Double ee Azeez Raheem dll dah kata, “Najib bukan Bossku”. Gamak nya dia kata Tengku Razali bukan standard aku. Standard Unibasiti Okspord, Englaaaaaand…

Kot KJ akan kata anak Raja Gua Musang itu pun “otak lobak” mengeluarkan pendapat begitu. Tak boleh nampak mcm mana dogol2 pemimpin Umno itu boleh bersatu. Pendapat jauh berlainan, takda kata sepakat.

Pada hal, Tun M boleh diamkan ajer pasal “serahkuasa” kpd Pak Sheikh sebab tempuh dan tarikh takda dijanjikan. Pahal pun, ramai rakyat dah kata Peliwat dan Bekas Banduan 2 kali tak boleh jadi PM.

anonymous
Member
anonymous

Ramai tu berape orang?…

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Anak Raja Gua Musang nih dah nak dekat sama dengan “budak kecik bodoh” di selatan Semenanjung.

KEPALA BAPAK DIA meminta UMNO bersiap sedia dengan kemungkinan pilihanraya secara mengejut diadakan. Dia sudah ketandusan akal, media massa dah tak minta pendapat nya, jadi perlu lah keluarkan suatu “berita bom”, konon nya. Tapi kentut Najib Al Jibo bunyi lebih kuat dari “bom” nya.

Bangang lah anak raja tua yang mengata ada kemungkinan Tun Mahathir Mohamad akan berdepan kesukaran untuk melakukan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Kata2 mcm inilah yang menyebabkan dia kalah dan Wak Jahit menang jawatan Presiden Umno aritu.

anonymous
Member
anonymous

Wan Saiful jadikan PTPTN paling ‘bangsat’, kata Adam Adli……… Ramieza Wahid 3:57 petang (Dikemaskini 4:01 petang) A A Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim mengecam Pengerusi Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan susulan cadangan memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman. Adam mendakwa cadangan itu bercanggah dengan aspirasi PH. “Wan Saiful tidak membuat kerja ikut aspirasi PH. “Dia ingat diri dia lagi besar daripada kerajaan sebab buat keputusan bercanggah dengan kerajaan. Asyik bagi alasan menjengkelkan dengan kata nak bincang. “Dia menjadikan PTPTN badan paling bangsat dalam negara,” katanya kepada Malaysiakini. Adam… Read more »

anonymous
Member
anonymous

Madey tak bodoh sangat dlm keadaan populatity madey dan PH merosot serta ada isu2 manipesto dan melayu blm diselesaikann madey nak buat pru…..madey takkan cari penyakit yg boleh gelapkan masa depan politik boboi..

Ku li hanye gertak untuk kucar kacirkan PH…si bongok saja yg percaya..

Wau bule
Guest
Wau bule

Dissolution of parliament and dun is possible but remote whilst anwar will not be PM8 (and Budin not PM’s Media Adivisor) is not remote but possible.

Getting out of this sticky situation would be an appointment of an outsider….I AM HOPING FOR THIS…WHO? I do not know.

So Budin jangan risau kalau ku li hypothesis itu becomes reality. Both anwar and you gigit jari…
Sad……:)

anonymous
Member
anonymous

Aku yakin dgn ramalan ko nujum tak bertauliah….boleh bagi ramalan no ekor?….makin lama ko makin sasau..

Anonymous
Guest
Anonymous

👾 👎