Month: May 2019

TUN M PERLU BERHENTI MENGULANG2 JANJI NAK SERAH KUASA, YANG PENTING TETAPKAN TARIKHNYA SEGERA

Untuk kesekian kalinya, rasanya sudah lebih 15 kali, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Bercakap di Tokyo sempena lawatan rasmi ke negara tersebut, Tun Mahathir berkata, beliau tetap akan mematuhi janji yang telah dipersetujui itu, walaupun tiada tempoh masa yang ditetapkan. “Saya telah bersetuju yang Anwar […]

PENEROKA FELDA DAPAT JUGA DUIT RAYA AKHIRNYA

Walaupun Azmin Ali sebelumnya mengatakan tiada duit raya untuk peneroka Felda dan kemudian Tun Mahathir Mohamad menyindir dengan berkata beliau tidak tahu sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak, desakan pelbagai pihak akhirnya membuatkan kerajaan memberikan juga sedikit sumbangan sempena Aidil Fitri ini. Turut bersuara agar kerajaan memberikan duit raya, meskipun sedikit kepada peneroka […]

SALAH TUN, ORANG TAK SUKA KERANA PH DAN TUN SENDIRI SELALU MUNGKIR JANJI!!!

Bercakap di Tokyo, Tun Mahathir Mohamad berkata, kerajaan PH tidak begitu disukai oleh sesetengah rakyat kerana tidak meneruskan amalan pentadbiran lama memberi “duit percuma”. “Kerajaan lama suka beri “wang percuma” kepada rakyat, semua orang dapat “wang percuma,” katanya pada Persidangan Antarabangsa ke-25 mengenai Masa Depan Asia: Mencari Tata Global Baru di Tokyo. “Tapi kini kita […]

TUN DAIM TEGUR GUAN ENG?

Dalam sebuah interbiu dengan Astro Awani, antara lain Tun Daim Zainuddin menasihatkan menteri-menteri kabinet supaya berbincang terlebih dahulu dengan Setiausaha Akhbar masing-masing sebelum mengeluarkan kenyataan. “Kalau nak buat kenyataan, bincang tengok apa kesannya, bincang dengan pegawai kemudian bincang menteri dengan menteri. Bukan seronok-seronok buat kenyataan. “Kalau positif, keluar kenyataan, kalau negatif, jangan keluar kenyataan. Kalau […]

KALAU HANYA RAYA PERTAMA SAJA DIBAGI DISKAUN TOL, LEBIH BAIK TAK PAYAH BAGI

Apa nak jadi dengan kerajaan PH ni? Nak jadi kerajaan sepenggal atau kerajaan berpenggal-penggal? Sudahlah janji mahu menghapuskan tol tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini, diskaun tol sempena sambutan Hari Raya tahun ini pula terlihat benar-benar sangat mengecewekan rakyat jelata. Dalam pengumuman oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian semalam, diumumkan bahawa 23 lebuhraya setuju memberi […]

TUN M – JANGAN SAKITKAN HATI PENEROKA FELDA, BAWA BALIK F1 BOLEH, TAKKAN BAGI DUIT RAYA TAK BOLEH?

Jawapan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sama ada peneroka Felda patut diberi duit raya atau sebaliknya pada tahun ini, tidak lebih hanya menambahkan lagi sakit hati peneroka terhadap kerajaan. Katanya, beliau tidak tahu sama ada wang insentif raya kepada peneroka Felda pada tahun ini akan diberikan seperti tahun-tahun sebelumnya atau pun tidak. “Saya tidak tahu. […]

MUHYIDDIN KIAN TERPINGGIR DALAM BERSATU?

Dalam reaksi pertamanya berhubung perlantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Bersatu Negeri Johor, Muhyiddin Yassin berharap ianya tidak menjejaskan hubungan antara pemimpin parti di negeri itu. Kata Presiden Bersatu itu, apa yang penting ialah perpaduan dan kerjasama perlu menjadi pegangan kepimpinan Bersatu di Johor. “Surat perlantikan sudah dikeluarkan secara rasmi, jadi dia (Mazlan) jalankan tugaslah,” tambahnya […]

LAGI PERTEMUAN RUTIN ANTARA PM DENGAN BAKAL PM KE-8

Sebagaimana bulan-bulan sebelumnya sejak lima atau enam bulan yang lalu, setiap bulan Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Pertemuan rutin secara bulanan itu sesuai dengan kedudukan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir yang tarikh tepat penyerahan jawatan masih lagi dalam perbincangan antara kedua-dua mereka. Pertemuan […]

KALAU PADANG FUTSAL KERAJAAN BOLEH SEDIAKAN, APA MASALAHNYA KERAJAAN JUGA BINA MASJID?

Apa lagi ni Tun? Tidak cukup dengan di Langkawi baru-baru ini, Tun Mahathir Mohamad ketika betucap di majlis penyampaian bantuan Ramadan dengan meminta rakyat supaya tidak terlalu bergantung kepada pemberian orang, di majlis lain pada Sabtu lalu, beliau menggesa agar masjid dibina tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Katanya, beliau pernah pergi ke beberapa negara seperti […]

BENARKAH JAWATAN TPM YANG DITERIMA ZAHID SUATU ANUGERAH LAILATUL QADAR?

Daripada cerita yang dikisahkan Zahid Hamidi ini, beliau seolah-olah memberi gambaran bahawa perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2015 dahulu adalah suatu anugerah Lailatul Qadar daripada Tuhan. Ini kerana beliau menerima 18 “missed calls” daripada nombor yang tidak dikenali pada malam 25 Ramadan ketika sedang menunaikan umrah di Mekah. “Pada tahun 2015 ketika saya […]

DR. SHAHRUDDIN MB JOHOR SEPENGGAL?

Sejak pertukaran Menteri Besar Johor, macam-macam perkara pelik berlaku dalam Bersatu negeri itu. Mula-mula, meskipun dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Osman Sapian, tetapi Dr. Shahruddin Jamal hanya diberikan jawatan Setiausaha Bersatu Johor saja. Pengerusi Bersatu Johor pula diberikan kepada Mazlan Bujang, Exco Kerajaan Negeri yang digugurkan kerana dikatakan tidak disenangi oleh pihak istana. Oleh kerana […]

PERINGATAN YANG TIDAK KENA DARIPADA SEORANG PERDANA MENTERI

Dalam majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada golongan miskin di Langkawi semalam, Tun Mahathir Mohamad mengingatkan masyarakat supaya tidak terlalu bergantung kepada pemberian orang lain, sebaliknya perlu berusaha sendiri dalam memajukan diri masing-masing. Perdana Menteri berkata, bergantung kepada pemberian orang lain boleh melemahkan jiwa seseorang. “Kita akan jadi lemah kerana bergantung kepada orang lain. […]

MUKHRIZ AKHIRNYA MENGAKUI KESILAPANNYA

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir akhirnya memohon maaf atas tindakannya tidak bersalam dengan Sultan Johor. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Mukhriz dilaporkan mengakui ianya adalah kekhilafan beliau yang didorong oleh kealpaannya. Tindakan tidak bersalam itu juga, menurut kenyataan itu lagi, tidak harus dilihat sebagai menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah keseluruhannya. Dalam rakaman […]

KENAPA SAMPAI JADI BEGINI? KENAPA MUKHRIZ YANG LEBIH2?

Sebagaimana tular di media sosial, Tunku Mahkota Johor atau TMJ turut berkongsi rakaman video yang memperlihatkan Mukhriz Mahathir tidak bersalam dengan Sultan Johor. Kenapa sampai jadi begini? Di mana akhlak beliau sebagai seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam? Bukankah Bersatu juga sebuah parti Melayu? Lagi pun, rakaman itu diambil di Istana Pahang ketika memberi penghormatan […]

TUGAS KADIR SEKARANG DEDAHKAN SIAPA MENTERI YANG GAGAL ITU…

Walaupun menganggap gesaan agar menteri yang gagal menunjukkan prestasi memuaskan supaya meletakkan jawatan secara sukarela sebagai pandangan peribadi A Kadir Jasin, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bersetuju dengan perkara itu. Kata Muhyiddin, beliau tidak tahu siapa menteri yang dimaksudkan Kadir itu, tetapi kalau terkena kepada dirinya, beliau akan mengundurkan dirinya. “Itu pandangan seorang pengamal media, walaupun […]

SIAPA MENTERI YANG SEDIA UNDUR SECARA SUKARELA?

Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin nampaknya tidak pernah berputus asa menegur menteri-menteri yang lemah dan tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan hati. Untuk kesekian kalinya, beliau dalam teguran terbarunya menggesa menteri-menteri terbabit agar meletakkan jawatan secara sukarela. Katanya, walaupun baru setahun memegang jawatan dalam kerajaan, tempoh itu sebenarnya cukup lama bagi […]

SEMAKIN RAMAI SEDAR PERLU ADA TARIKH DALAM PERALIHAN KUASA

Melepasi tempoh setahun Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan kira-kira setahun lagi sebelum peralihan jawatan kepada Anwar Ibrahim, semakin ramai kini sedar perlunya ada tarikh khusus mengenai peralihan tersebut. Kata-kata “mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang” tidak lebih hanya akan menambahkan lagi kekeliruan dan kekaburan mengenai peralihan yang dijanjikan itu. Kecuali dengan […]

KEBERANIAN YANG SUDAH TERLAMBAT…..

Apa? Najib Razak mahu berdebat? Sejak bila beliau ada keberanian untuk berdebat? Sebagaimana yang dilaporkan media, bekas Perdana Menteri itu menyuarakan kesediaannya untuk berdebat dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang atas sebarang isu dan gaya yang dikehendaki. “Ia boleh jadi perdebatan gaya bebas untuk bercakap. Dia boleh bertanya apa-apa pada saya, termasuk 1MDB. “Dan […]

SIAPA DALANG SEMUA INI?

Apabila membaca berita mengenai kemungkinan UMNO meminda perlembagaannya bekaitan perkara ini, soalan pertama yang bermain di fikiran kita tentunya ialah siapakah dalang di sebaliknya? Perlu dan wajarkah UMNO meminda Fasal 9.9 perlembagaannya untuk membolehkan mereka yang baru didakwa di mahkamah terlucut jawatannya secara autonatik? Apakah UMNO kini tidak lagi berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak […]