Month: April 2019

INI BUKAN JUAL NEGARA KEPADA CHINA KE?

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) bersetuju membentuk syarikat usaha sama (JV) 50:50 bagi mengurus, mengoperasi dan menyelenggara rangkaian Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Beliau, berkata, persetujuan itu adalah susulan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) oleh MRL dan CCCC pada 12 April lalu. […]

TAHNIAH TOK MAT, TAKZIAH ZAHID HAMIDI, TAKZIAH KJ

Kemenangan Mohamad Hasan atau Tok Mat dalam PRK Rantau semalam sebenarnya tidaklah begitu memeranjatkan, malah sudah diduga oleh kebanyakan orang. Rantau adalah kerusi tradisi dan selesa buat Tok Mat sejak 2004 lagi sehinggalah PRU14 lalu di mana beliau diisytiharkan menang tanpa bertanding di situ sebelum kemenangannya dibatalkan. Kali terakhir beliau berentap ialah pada PRU 2013, […]

ANWAR – KEKALAHAN RANTAU PERINGATAN BUAT PH

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ini merupakan keputusan rakyat. Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan. Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup. Saya melahirkan […]

PELUANG PH MENANG CERAH

  Di malam terakhir kempen PRK Rantau sebelum hari pengundian, PH mengadakan ceramah Grand Finale di Bandar Sendayan. Beberapa pemimpin utama PH hadir dan memberikan ucapan, antaranya Mohamad Sabu, Anthony Loke, Tian Chua, Aminuddin Harun, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar Ibrahim. Anwar selaku Presiden PKR adalah penceramah terakhir menyampaikan ucapannya yang tamat beberapa […]

BENARKAH KOS ECRL DIJIMATKAN RM21.5 BILION?

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan kenyataan media bahawa Projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL akan diteruskan setelah rundingan mengenai pengurangan kos dengan China berjaya diselesaikan. Dimaklumkan bahawa pembinaan fasa satu dan dua ECRL dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion menjadi RM44 bilion berbanding kos asalnya sebanyak RM65.5 bilion. “Pengurangan kos ini pasti memberi manfaat kepada […]

HADI MASIH TERBELENGGU DENGAN POLITIK KAUM ATAU BELIAU TAK MAHU TOK MAT MENANG?

Presiden Pas, Hadi Awang baru-baru ini dirawat beberapa hari di IJN kerana tidak sihat. Beliau baru saja keluar IJN dan mungkin dalam keadaan belum cukup rehat, tetapi semangatnya untuk membantu Mohamad Hasan, calon BN dalam PRK Rantau tetap tinggi. Malam semalam beliau turun berkempen di Rantau dalam usahanya membantu Tok Mat itu. Tidak seperti di […]

JANGAN BUANG MASA BERDEBAT, HANYA PARTI YANG MENANG P/RAYA BOLEH TENTUKAN SIAPA MENTERI BESAR

Perdebatan mengenai kuasa Raja atau Sultan dalam melantik Menteri Besar berterusan lagi berikutan perletakan jawatan Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor, baru-baru ini. Sebenarnya perdebatan ini adalah sia-sia saja. Sebabnya ialah kerana negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan bukan Raja Mutlak. Apabila disebut Raja Berperlembagan bermakna Raja tertakluk kepada undang-undang serta perlembagaan dan hanya […]

SOKONGAN KEPADA PH TERUS MENINGKAT

Menjelang hari-hari terakhir PRK Rantau sebelum pengundian pada Sabtu, 13 April ini, sokongan kepada calon PH, Dr. S Streram dilihat terus meningkat. Dalam beberapa program ceramah di malam-malam terakhir ini, kehadiran dan sambutan yang ditunjukkan pengundi amat membanggakan sekali. Semua kelompok pengundi – Melayu, Cina dan India jelas tidak ragu-ragu menunjukkan sokongan mereka kepada PH […]

RM10 JUTA – ISUNYA BUKAN SOAL KAYA, TAPI KENAPA PINDAH WANG SECARA SEMBUNYI?

Cerita kekayaan Dato’ Seri Mohamad Hassan (Tok Mat) kembali berlegar. Saya mulanya tidak mahu mencelah tetapi ada beberapa perkara yang nampaknya cuba mengalihkan perhatian dari isu sebenar. Tok Mat Memang Kaya Pimpinan UMNO mempertahankan kemampuan Tok Mat memindahkan wang RM10 juta secara sembunyi untuk membeli kediaman di London dengan alasan “Tok Mat memang kaya”. Mereka […]

MELAYU TERANCAM? RAFIZI AKAN JAWAB DI RANTAU MALAM ESOK

Politik negara sejak peralihan kuasa tahun lalu banyak berkisar kepada kebimbangan masyarakat Melayu yang merasakan kerajaan Pakatan Harapan memusuhi dan meminggirkan orang Melayu. Ini tidak ubah seperti sentimen meluas selepas tahun 2008 bila mana Pakatan Rakyat ketika itu menafikan majoriti dua pertiga yang dipegang Barisan Nasional dan 5 buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. […]

PENGIKTIRAFAN BUAT ANWAR

Minggu lalu, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi menepis tanggapan bahawa Anwar Ibrahim bukan penggantinya. Katanya, apabila berhenti nanti, orang yang akan menggatinya ialah Presiden PKR itu sebagaimana yang telah dipersetujui oleh PH sebelum ini. “Semua orang berhak memberi pendapat, tetapi pendirian saya dalam soal pengganti Perdana Menteri tidak berubah,” jelas Tun Mahathir lagi. Semalam pula, […]

PENELITIAN AWAL ILHAM CENTRE TENTANG PRK RANTAU

Sempena PRK Rantau ini, pasukan penyelidik Ilham Centre akan turun membuat tinjauan akhir bagi meramalkan parti yang berpotensi untuk memenangi kerusi ini. Sebelum tinjauan akhir dijalankan, kami telah membuat beberapa penelitian awal di lapangan. Rumusan penelitian tersebut seperti berikut: 1. Persaingan di DUN Rantau dilihat terbuka, boleh dianggap pertembungan ‘kalah mati’, sangat taktikal namun masih […]

20 TAHUN PKR, REFORMASI TIDAK MATI

Dua hari lalu PKR menyambut ulang tahun ke-20 penubuhannya sejak parti itu diwujudkan pada tahun 1999 yang lalu. Ulang tahun ke-20 ini selalu disebut ulang tahun ke-20 perjuangan reformasi. Sesuai dengan kempen PRK Rantau yang sedang berlangsung, sambutan itu telah diadakan di Dataran Rantau dengan dihadiri pemimpin-pemimpin utama PKR serta ribuan penyokongnya. Kepada yang terlibat […]

HIBAH TH RENDAH HANYA TAHUN INI, DIJANGKA TIADA LAGI KEJUTAN DI MASA DEPAN

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan Nabi Muhammad kekasih Allah dan hambanya. Ada yang bertanya mengapa hibah tabung haji sangat rendah? lalu muncul sedikit kepanikan dan ketidakpuasan hati, sebahagian didasari kebimbangan tulen, sebahagian yang lain pula hanya bersumber kepada sebab kebencian dan perseteruan politik. Adalah diingatkan tulisan ini bukan dari orang politik, saya […]

PERTEMUAN RUTIN BULANAN ANWAR DENGAN TUN MAHATHIR

Pertemuan selama 40 minit dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri hari ini menyentuh beberapa perkara. Antaranya adalah memaklumkan Tun tentang perkembangan terkini kempen Pakatan Harapan di Rantau. Beliau juga mengulangi seruan agar para pengundi memberi sokongan dan dukungan kepada Dr S Streram. Perdana Menteri juga menjelaskan beberapa keputusan penting kerajaan […]

KALAU TOK MAT TANDING PARLIMEN, KJ NAK CAMPAK KE MANA?

Hanya menjelang kira-kira seminggu lagi sebelum hari pengundian pada 13 April depan, calon BN PRK Rantau, Mohamad Hasan secara terbuka telah membayangkan hala tuju masa depannya. Bayangannya ialah beliau mahu bertanding di kerusi Parlimen dalam PRU15 akan datang. “Berilah kepercayaan kepada saya. Saya pasti akan menjalankan tugas yang tuan-tuan berikan. “Tapi rasa-rasanya dalam PRU15 akan […]