Month: April 2019

MB TIDAK DILANTIK PENGERUSI BERSATU JOHOR, MASIHKAH TUN MAHATHIR BERDENDAM DENGAN MUHYIDDIN?

Ternampak ada sesuatu yang pelik dan ganjil dalam perlantikan Pengerusi Bersatu Negeri Johor sebagaimana yang disahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, hari ini. Diminta mengesahkan perlantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Bersatu Johor, Tun Mahathir berkata, “saya fikir dia sudah pun diberikan surat perlantikan itu”. Mazlan baru-baru ini digugurkan sebagai Exco Negeri Johor berikutan perlantikan Dr. Shahruddin […]

APAKAH TUN M LUPA, BELIAU PERNAH MINTA RAJA PECAT PERDANA MENTERI SEBELUM INI?

Mungkin kerana faktor usia, seseorang itu kadangkala terlupa kata-kata dan tindakannya sebelum ini. Ketika menjawab kata-kata Tunku Mahkota Johor atau TMJ terhadapnya, Tun Mahathir Mohamad berkata, keududukannya sebagai Perdana Menteri adalah ditentukan rakyat. Tetapi, kata beliau, TMJ pernah ditukar suatu ketika dahulu iaitu merujuk kepada Sultan Mahmud yang digantikan dengan adiknya pada tahun 1961. Sultan […]

MENUKAR PERDANA MENTERI LEBIH MUDAH BERBANDING MENUKAR RAJA

Menjawab kata-kata Tunku Mahkota Johor atau TMJ yang menyebut “Daripada tukar Mora, baik tukar Perdana Menteri”, Tun Mahathir Mohamad berkata, kedudukannya hanya boleh ditukar oleh rakyat. Sebaliknya kata Tun Mahathir, pernah di suatu ketika dahulu Tunku Mahkota Johor telah ditukar dan digantikan dengan adiknya. “Jadi TMJ boleh ditukar. Perdana Menteri cuma rakyat saja boleh menukarnya,” […]

JANGANLAH CEPAT TERASA HATI BILA TMJ BERSUARA LEBIH BAIK TUKAR PERDANA MENTERI….

Seorang pemimpin Bersatu nampaknya tersinggung dengan kenyataan Tunku Mahkota Johor atau TMJ yang mencadangkan agar Perdana Menteri ditukar. Dalam klip video yang tular di media sosial, ketika meninggalkan stadium selepas menyaksikan satu perlawanan bolasepak, peminat JDT telah menjerit “Hidup TMJ” kepada baginda, tetapi ada seorang terdengar berkata “Tukar Mora”. Mora yang dinaksudkan itu adalah merujuk […]

TUN MAHATHIR SUDAH PATUT BERFIKIR UNTUK BERHENTI KETIKA INI

Tahap penerimaan dan rasa puas hati rakyat terhadap Tun Mahathir Mohamad dan kerajaan terus merosot menjelang tempoh setahun beliau dan PH mentadbir negara ini. Dalam kajian terbaru oleh Merdeka Centre, peratusan rakyat yang berpuas hati terhadap kepimpinan Tun Mahathir didapati hanya tinggal 46 peratus saja. Ia jelas menunjukkan kemerosotan yang ketara di mana pada Mei […]

MUHYIDDIN TAK PERNAH ADA NIAT NAK JATUHKAN TUN M – AZIZ YASSIN

Berikutan rasa tidak puas Tun Mahathir Mohamad terhadap perlantikan Exco Johor baru-baru ini sehingga menyebabkan beliau mahu meletakkan jawatan, nama Muhyiddin Yassin segera dikaitkan sebagai punca segala-galanya. Ia kerana beliaulah bersama Menteri Besar Johor, Dr. Shahruddin Jamal yang dipanggil mengadap Sultan Johor sehari sebelum dua nama Exco baru itu diumumkan. Dalam hal ini, Muhyiddin didakwa […]

TUN M HANYA PM SETENGAH PENGGAL, BUAT APA MAHU BERBALAH DENGAN RAJA?

Tun Mahathir Mohamad nampaknya masih menunjukkan kecenderungan untuk terus berbalah, malah tidak mustahil sedia menjerumuskan dirinya ke kancah pergaduhan dengan Raja-Raja sekali lagi. Untuk rekod, Tun Mahathir telah berjaya meminda perlembagaan negara bagi menghadkan kuasa Raja-Raja ketika berkuasa semasa era BN dahulu. Berdasarkan kenyataannya sebelum ini serta tulisan dalam blognya semalam, adalah jelas Tun Mahathir […]

TUN M NAK LETAK JAWATAN, APAKAH ACAH2 INI BERTUJUAN MENAIKKAN MUKHRIZ MENGGANTIKAN MUHYIDDIN?

Hanya kerana tidak puas hati dengan perlantikan dua Exco Johor yang baru, Tun Mahathir Mohamad bukan saja memanggil mesyuarat khas Bersatu secara tergempar, tetapi beliau kemudiannya seperti merajuk dan menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Kononnya beliau kecewa kerana keputusan yang sudah dipersetujui dalam Bersatu untuk tidak membuat perubahan dalam barisan Exco, tetapi diingkari […]

HUBUNGAN TUN MAHATHIR – MUHYIDDIN RETAK?

Mesyuarat khas Bersatu yang diadakan malam semalam rupa-rupanya telah bertukar menjadi pengesahan wujudnya keretakan hubungan antara Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin. Mesyuarat khas itu diadakan atas permintaan Tun Mahathir yang tidak puas hati dengan perlantikan dua Exco baru Johor, Solihan Badri dan Tosrin Jarvanthi. Tun Mahathir, sebagaimana persetujuan awal, dikatakan tidak mahu ada perubahan […]

APAKAH TUN M MAHU KURANGKAN KUASA RAJA2 SEKALI LAGI?

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendedahkan, kerajaan masih belum mendapat jawapan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung calon Ketua Hakim Negara yang dipersembahkan kepada baginda. “Saya selalu bayangkan bahawa Agong adalah orang yang mesti meluluskan semua pelantikan kanan tetapi entah bagaimana, sekarang perlu merujuk kepada Majlis Raja-Raja. “Sekarang, bukan hanya Agong tetapi juga harus melalui Raja-Raja. […]

TAHNIAH EXCO BARU JOHOR

Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Istiadat Pelantikan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini (22 April). Pada majlis sama, DYMM Sultan Johor berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang […]

JANGAN DIAMALKAN LAGI PERKARA SEPERTI INI….

Pada Jumaat lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad telah melakukan kunjung hormat ke -Kementerian Pertahanan yang diterajui oleh Mohamad Sabu. Laporan mengenai kunjung hormat itu turut dipaparkan dalam FB rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia. Kedua-duanya, Mohamad Sabu dan Khalid Samad adalah menteri dan anggota kabinet di bawah pimpinan Tun Mahathir Mohamad. Lebih daripada itu, kedua-duanya juga […]

APAKAH MB PERAK BAKAL TERIMA NASIB SEPERTI OSMAN SAPIAN?

Kedudukan Ahmad Faizal Azumu atau Peja sebagai Menteri Besar Perak sekali lagi menjadi bualan dan perhatian berikutan tersebarnya audio perbualan yang mengkritik dan mempertikai kepimpinannya. Audio berkenaan dikatakan melibatkan Exco dan Adun PH di Perak sendiri. Walaupun ada Exco dan Adun yang dikaitkan dengan audio berkenaan menafikan rakaman audio itu suara mereka, tetapi Peja sendiri […]

JANGAN HANYA GHAIRAH TUKAR NAMA?

Sejak PH mengambil alih pentadbiran kerajaan, keghairahan menukar nama atau menjenamakan semula sesuatu perkara seolah-olah merupakan suatu keghairahan baru. Satu demi satu perkara telah ditukar namanya. Antara yang ditukar nama ialah:- 1. BR1M menjadi BSH atau Bantuan Sara Hidup. 2. Klinik 1Malaysia menjadi Klinik Komuniti. 3. RTC menjadi PKD atau Pusat Komuniti Desa. 4. JKKK […]

KENAPA NAJIB TENGKING, MARAH POLIS?

Sebagaimana yang dilaporkan media dan terpapar dalam video yang tersebar luas di media sosial, Najib Razak didapati menengkis dan menepis tangan seorang anggota polis yang cuba menghalang seorang pelajar yang tiba-tiba meluru kepadanya. Pelajar terbabit menghampiri Najib kerana ingin bertanya mengapa dia tidak dibenarkan masuk untuk mengikuti perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri itu. Bagaimanapun seorang […]

ANWAR MENGADAP SULTAN BRUNEI

Hari ini mengadap Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah selama satu jam di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan. Baginda dan saya menyentuh usaha meningkatkan kerjasama dua negara sahabat, dan menyatakan keperluan memahami perkembangan terkini kedua-dua negara. Usaha dan upaya meningkatkan mutu pendidikan juga turut diketengah dan dibincangkan. ANWAR IBRAHIM 16 April 2019. No tags […]

MEMANG RAMAI MENYESAL PUN….

Kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan PH akan berdepan masalah jika rakyat ketika ini berasa menyesal mengundi gabungan itu dalam PRU14 yang lalu. Tegas beliau, pilihan itu hanya dilihat betul jika rakyat merasakan kehidupan mereka di bawah kerajaan PH ini adalah lebih baik berbanding semasa BN dahulu. “Kalau mereka merasakan suatu kesilapan mengundi BN, […]