Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

DI SEBALIK KERJASAMA UMNO – PAS, KESELESAAN HIDUP RAKYAT HARUS DIUTAMA

Perkembangan politik mutakhir terkait kerjasama UMNO-PAS atau kenyataan perkauman melampau mampu dilawan dan ditangani bijak melalui penerangan yang agresif dan program kepedulian rakyat yang mengesankan oleh Kerajaan Persekutuan.

Reaksi kekalahan di Semenyih dibuat secara gopoh, walhal kenyataannya dukungan rakyat termasuk Melayu tidak banyak berubah.

Diulangi bahawa yang diperlukan adalah Pakatan Harapan yang utuh dan bersatu, pimpinan yang peka kepada penderitaan rakyat dan program ekonomi yang menjamin keselesaan semua tanpa mengira latarbelakang kaum dan agama.

Keutamaan negara adalah menjana pertumbuhan ekonomi.

Maka sebarang usaha mengkhianati amanah atau persafahaman bersama mengenai dasar dan kepimpinan akan dibantah keras.

KEADILAN tidak berganjak dari pendirian Pakatan Harapan untuk menyokong kepimpinan Tun M sebagai Perdana Menteri dan proses peralihan yang aman, seperti yang telah disepakati.

ANWAR IBRAHIM

Ketua Umum Pakatan Harapan

Ahli Parlimen Port Dickson

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

142 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
142
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x