SEPATUTNYA GUAN ENG ATAU AZMIN, BUKANNYA DAIM….

Kerajaan nampaknya tidak ada pilihan lain selain meneruskan projek ECRL atau Laluan Keretapi Pantai Timur berikutan terikat dengan perjanjian dengan China, selain tidak mahu berlaku pembaziran kerana sebahagian kerja-kerja telah pun dilaksanakan.

Bagaimanapun, kerajaan mahu melaksanakannya dalam kos yang munasabah lantaran jumlan RM55 bilion yang dipersetujui sebelum ini dianggap terlalu tinggi dan akan membebankan kerajaan dalam jangka panjang.

Sehubungan itu, rundingan dengan China akan dilakukan bagi tujuan tersebut.

Dalam hal ini, Tun Mahathir Mohamad mengumumkan di Parlimen berhubung perlantikan Tun Daim Zainuddin sebagai utusan khas untuk melakukan rundingan dengan China itu.

Kata Tun Mahathir, Tun Daim dipilih berasaskan kebolehan tertentu yang ada padanya kerana apabila berunding, kita perlu ada orang yang berupaya diterima dengan selesa oleh pihak lain.

“Kita pilih orang yang lebih berkelayakan dan berkebolehan untuk berunding dengan China supaya keputusan menang-menang dapat dicapai akhirnya,” jelas Perdana Menteri lagi.

Soalnya, kenapa Tun Tun Daim?

Mengapa tidak Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan atau Azmin Ali yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang dipilih untuk mengetuai rundingan dengan China itu?

Apakah kedua-dua menteri kanan itu tidak berkelayakan untuk berunding dengan China atau mereka kurang dipercayai oleh Tun Mahathir?

Oleh kerana ECRL adalah projek kerajaan, seharusnya menteri kanan iaitu sama ada Guan Eng atau Azmin atau kedua-duanya secara bersama yang patut dilantik mengetuai rundingan itu berbanding Tun Daim yang tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Lagi pun, Azmin misalnya telah pun dilantik mengetuai rundingan bagi pihak kerajaan dengan negara jiran kita berhubung Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Singapura.

Bermakna, jika Azmin boleh dipilih untuk berunding dengan Singapura, mengapa beliau bersama Guan Eng tidak boleh dilantik untuk berunding dengan China?

Apa kurangnya mereka?

Apakah pengalaman Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal dan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini tidak cukup layak untuk mereka dilantik mengetuai rundingan dengan China?

Selain itu, jika sehingga sekarang pun Tun Mahathir lebih mempercayai Tun Daim berbanding menteri-menteri kabinetnya sendiri, bila lagi mereka itu mahu belajar dan menimba pengalaman sendiri dalam soal rundingan di peringkat yang lebih tinggi?

Ini kerajaan PHlah, janganlah asyik-asyik Tun Daim saja yang diberi keutamaan!! (Shahbudindotcom 20/03/2019)

Kongsikan artikel ini
Updated: 20 March 2019 — 10:55 pm

45
Leave a Reply

avatar
11 Comment authors
Saif IskandarTanpa NamajigitRahman2zunnun Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Saif Iskandar
Guest
Saif Iskandar

Tuan Budin, ini bukan soal nak timba pengalaman atau tidak…ini bukan perkara yang boleh dibuat try and error….ini membabitkan berbillion billion ringgit wang rakyat Malaysia yang mahukan rundingan adil dan saksama berdasarkan win-win situation..Takan nak dipertaruhkan menteri menteri kabinet yang masih ‘belum cukup’ berkaliber untuk berhadapan dengan China yang terkenal dengan ‘tipu-helah’ dalam perniagaan/rundingan. Lihat sahaja bagaimana ‘tipu helah’ mereka dalam rundingan pemasangan paip gas yang mana kerajaan Malaysia membayar lebih 80% sedangkan kerja hanya 13% siap. Jangan pisang berbuah 2 kali. Kerajaan perlu berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati apabila berurus-niaga dengan China. Tun Daim telah terbukti mempunyai pengalaman dan… Read more »

jigit
Member
jigit

Semua tak layak…Apa lah Daim atau Azmin yang masih mentah, jauh sekali Guan Eng yang mungkin diragui kesetiaannya kerana asal usul beliau adalah berketurunan China…bukan bukan…mereka semua tidak layak. Manusia yang paling layak dan terbaik di atas muka bumi ini untuk mewakili negara ialah Anuar Ibrahim. Kenapalah Tun tidak menemakan bakal PM ke8 Anuar Ibrahim sebagai perunding projek ECRL. Ini sudah mengundang kemarahan Budin. Tak dapat tanduk, telinga dipulas.

Cuma janganlah pihak China melakukan sabotage dengan meletakkan anak muda jambu sebagai rakan serundingan dengan abam tu…karang rundingan menemui jalan belakang…..

Norrizan
Guest
Norrizan

Saya dapati penulis blog ini semakin kritikal dengan kerajaan yang ada. Tahniah En.Budin. Saya sokong pandangan/ pendapat begini.

jigit
Member
jigit

Kritikal ini cumalah bersifat sementara. Tunggulah Abam Nuar naik nanti…pandangan kritis akan bertukar menjadi nyannyian puji pujian

Rahman2
Guest
Rahman2

Call TDM whatever names you want Slander TDM as far as possible Curse Daim however you want it Insult him to your best ability For, Calling TDM names and slandering him will not leave any mark on him as he had and has been called numerous insulting names in the past present and even in the future (may be) but Allah grants him longevity in life. Without Allah’s will TDM will not return to politics and comae back as 7th PM…..denying these facts mean denying Allah as most gracious merciful and all-knowing….NO BUT OR IF Cursing and insulting Daim will… Read more »

Norrizan
Guest
Norrizan

You are definitely missing the points.

Rahman2
Guest
Rahman2

Norizan

I do not miss the point

I purposely did not mention the merits of appointing LGE or AA.. they are rookies and tbis kind of negotiations require very experienced negotiator.

Daim is a lswyer who has the legal capability in interpreting the contract that was signed by your boosku Cas is King.

I purposely wrote on ongoing insults namecalling slander of tdm and daim…i only look at potential results not on political rheorics….wallahuaklam

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Siasatan bank pusat S’pura terhadap 1MDB masih berjalan
Laporan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Kewangan (MAS) Singapura menyenaraikan 1MDB sebagai kes tumpuan membabitkan usaha kawalan pengubahan wang haram. M’kini

Jika ada maklumat baru, hantam lagi Najib Al Jibo dengan tuduhan2 mahkamah tambahan. Mesti tentukan dia masuk penjara selama yang boleh. Kasi mesej kpd seluruh rakyat – termasuk pemimpin2 Umno – jangan ada lagi penyangak spt itu.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Pakistan anugerah pingat tertinggi awam kepada Dr Mahathir – M’kini.

Sapa kata Tun M tak di hormati di dunia antarabangsa dengan pendirian nya anti-Israel dan Yahudi Zionis?

Norrizan
Guest
Norrizan

Sokong jangan membawa rebah.

Rahman2
Guest
Rahman2

Just asking … wud u rather have najib now as your PM i/o TDM?

If your answer is in the affirmative… all i can say I wish you, all malays and muslims all the best……

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Sepatut nya Anwar, boleh cepat sikit dia jadi PM, hehe.

Tun M pilih Daim untuk berunding dgn China sebab dia loyar. Tahu apa yang boleh, tak boleh di buat. Dan boleh cakap begitu kpd bila pihak China cadang itu ini yang tak semenggah kpd kepentingan Malaysia.

Ingat, China tu kominis. Undang2 depa sama pada perinsip nya ajer, dalam praktiknya berbeza, sama dengan Russia, lagi teruk, North Korea.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Jika puak Daim atau kroni2 Tun M dapat faedah dari nya, itu lain cerita lah. Tapi lihat lah, 22 tahun Tun M memerintah, tarak apa pun legal case atau rasuah case di atas depa dibawak ke mahkamah.

Kot ada sorang proxy yang diheret ke mahkamah gamak nya pasal tak mahu serah kepentingan (maklum saja lah siapa yang punya) yang di letak di atas nama dia, tak mahu serah mengikut apa yang telah dijanjikan.

Tapi langsung tarak sebut hal proxy di masa bicara. Tak ke geliga memilih the main players dalam kes2 seperti itu.

zunnun
Member
zunnun

kao tak yakin Anwar jadi PM8 ke, dgn tersengeh2..👽

mamat
Guest
mamat

jika tidak tersumbat dedak… kemungkinan budin dah tersampuk setan..

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

INI KELAJAAN PH TATAK GUNA OOO .MANYAK U TURN OOOO…TATAK PANDAI TADBIR KELAJAAN OOOO…DAP PALING MANYAK RASUAH OOOOO…

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Kelajaan PAS Kelantan ada baik ka? Awat tatak kilang2 di Kelantan, tarak dapat cukai dn hasil lebih untuk membangun negeri itu?

zunnun
Member
zunnun

..dah rasa malu nak mengeluar kata ko?

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

KELANTAN TATAK DPT ROYALTI OOOO…KENA DISCRIMATE SEJAK BN LG OOOOO

zunnun
Member
zunnun

mcm mano byak sekali di beri, klu idealogi pemerintah berteraskan terlebih bersikap ideal tidak akan memberi pulangan kemajuan.

Kemajuan perlu pelabur sedangkan wang royalty utk meningkatkan tahap socialisma kpd rakyat.

zunnun
Member
zunnun

ngape berubah ketrampilan memdadak sekali ni..

cenobit
Guest
cenobit

rundingan dgn kerajaan china mungkin tidak akan ambil masa yg singkat. perlu masa yg lama utk berada di tanah besar.. kalo menteri duk lama2 di luar negara payah la pulak…

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Komen ini masuk akal. Sokong.

zunnun
Member
zunnun

..klu tak masuk akal, maka tak sokong? mcm tu ke?

“if you are not with me, you are my enermy..”

ini narrative & pegangan kao ke?

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

JuNUN GILO MCM TU LA BILA DPT PERINTAH NEGARA

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Ko sakit otak ke?

Kalo tak masuk akal, macam mana nak sokong?

Cara kau bercakap itu membawak kpd tuduhan kau kominis dan anarkis.

Harap kau jangan marah bila begitu.

zunnun
Member
zunnun

Kadangkala dgn mengambil tindakan luar pemikiran kebiasaan, sesuatu penyelesaian blh cepat di selesaikan.

The shortest distance is a straight line.

Jika Tun berani menyatakan bipartisan dlm penyelesaian, Najib perlu di libatkan dlm merangka strategi perundingan.

The Thief knows the Grand Collusion, to bring Jho Low into the open.

then again, Najib serves better purpose in Malaysia, parading A Thief & Promoting Another.

Kinda like saying, it needs another thief to catch a thief.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

CRAZY NUTS FREAK OLD MAN

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

zunnun,

BM dan BI kamu baik kali ini. Pilihan bahasa, kandungan komen pun OK, tarak masalah. Tarak menghasut atau seditious.

Kalau selalu begitu, kita boleh ada dialogue dengan aman dan sempurna.

But out of curiosity, betul ke ada 2-3 orang yang menggunakan nama zunnun nih? Gamak nya kamu patriarch of the “family”. Maka ada masa2nya yang berfikiran jahat keluar menghasut agama dan penganut2 Islam.

Harap jangan benarkan depa yang begitu keluarkan komen2 di atas nama zunnun. Sedap membalun tapi tak baik untuk keharmonian dan ketenteraman masyarakat Malaysia.

zunnun
Member
zunnun

..are you an appointed Inquisitor of this Blog? OR are you just an self appointed idiot, trying to set limits of absolute moral here? kok terlebih mencekik biji kuldi ke, lalu rasa teruja ape baik utk Melayu & Islam? ..idiot like you, that had made Malaysia, a breeding ground for extremism. ..extremism is unable to discourse spoken words instead choose a quick approach, blaming others for their inherent handicapped. Let discourse takes in course. Let everyone speaks, even it sounds stupid. Let everyone see how deep prejudices are within. Kao faham? ..now go back to our discussion among others; Kao… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

It matters not whether appointed or not, inquisitor or not, penyodok or pelempang. Any comment not in line with the Constitution of the country, any behaviour not consistent with the norms of society needs to be whacked, or – at the least – commented upon, or pointed out so.

In the hope that the rakyat will conform to the norms of society and the Articles of the Constitution of the country.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

All the above are in the interest of the well being of the country, the the proper development of society at large.

Those not agreeable with those precepts (general rules intended to regulate behaviour or thought) should simply migrate to countries where they have been so disorganized, disrupted that they have even gone communist.

Anon
Guest
Anon

Jawapannya Tuan Budin, yalah Robert Kuok dia ada direct access dgn CPC dan President China. Robert Kuok memilih CEC Daim sbg rakan renego kerja2 sial Najib Klepto dan Jho Lho sign ECRL China dengan markup yg tinggi bailout 1MDB dan wang curi mereka yg kena frozen di tempat2 lain. Sialnya kontrak projek yg tak ada economic business case ikut CEC Prof Jomo, kalau batal parah kalau teruskan lagi parah masuk poket Jho Lho dan Najib. Negara berhutang teruk. Nampak gaya dah boleh report kat Cyber Polis MCMC bawah Gobind Singh laungan “ungrateful ingrates, kiasu dan coolie pendatang” ini. Lagi pun… Read more »

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Tak boleh kasi Robert Kuok peranan itu. Nanti dikasi nya saja ape kominis China mahu.

Dia diberi sugar monopoli dek gomen negara ini selepas Merdeka. Jadi jutawan, billionwan, dan yang terkaya di negara ini.

Tapi tahun lalu, di Kajang, dia umumkan dia “twin-footed”, satu kaki di China. Buat sekolah2 di China. Apa ke tahap gratitude jenis ultra kiasu itu.

zunnun
Member
zunnun

This single minded mentality good for teaching in school, the concept of positive idealism.

Khazanah Blue Archipelago Trengganu was mooted on this Concept, incurring losses billions over the years.

Did those idiots understand, free market economy is NOT FREE?

instead of getting Japanese to market those Shrimp into Japan, they set Japanese Office to market in Japan.

The same goes to China, Europe & US.

Here another idiot is barking the same nihilistic pretence Malay Supremacy must be above everything.

Fucking idiots

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

But the idiot who really got fucked is the ZUNNUN COMMUNIST/ ANARCHIST.

THE COMMUNIST WANTS A CLASSLESS SOCIETY. IGNORANT OF THE FACT THAT COMMUNISM IS A MISNOMER. THE THEORY OF COMMUNISM HAS FAILED. IN RUSSIA, IN CHINA, EVERYWHERE.

CLASS IS DISTINGUISHED BY INCOME AND STATUS SYMBOLS. ALL MEMBERS OF THE POLIT BUREAU OF THE COMMUNIST PARTY HAVE HIGHER INCOME AND STATUS SYMBOLS LIKE BIG CARS, HOUSES ETC. INDEED EVEN THE VILLAGE COMMUNIST PARTY SECRETARY IN CHINA HAS A BICYCLE WHEN OTHERS WALK TO WORK ETC.

SO, WHERE GOT CLASSLESS SOCIETY IN COMMUNIST COUNTRIES.

AWW .. COMMUNISTS, FUCK.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Tak setuju dengan pendapat “kalau teruskan lagi parah”.

Itu pasal Daim ditugaskan berunding dengan China kominis. Tentulah pakar2 Kerajaan Malaysia dan engineering consultants, quantity surveyors dll sudah kaji semula, kira betul2 dan ada angka2 baru kos pembinaan bagi tiap kilometer landasan keretapi itu.

Masuk kos terowong di mana2 perlu di bina di gunung ganang antara Pahang dengan Selangor tuh.

Tentu Daim akan berunding bersenjatakan angka2 itu semua.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Penting nya, ECRL tuh mustahak bagi China. Part of Road and Belt SCheme depa.

Military strategy depa supaya boleh guna rail angkat barangan dan senjata ke Selat Melaka jika dan bila perang atau ada konflik dan depa di sekat kegunaan perairan di sekitar Singapura yang pro-US dan ada hubungan baik dengan US.

Jadi, boleh eksploit depa punya “long-term military need”. Dan buang Najib dan Mak Badak punya komisen. Dapatkan harga yang paling sesuai.

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Mustahil kos ECRL cecah RM130 billion, kata Najib –

KEPALA BAPAK DIA. Berpuluh billion dari jumlah itu ada lah komisen dia dan Mak Badak.

zunnun
Member
zunnun

Papagomo & Trogan2 nya ? Anarchy?

Ini Puak Pelampau Melayu yg tak ada wibawa.

Puak Pelampau Melayu yg terlebih wibawa, pulak terlebih Islam nya.

Betul ke PASUmno ini benar2 wibawa? Atau ada tangan ghaib yg terlebih berkepintangan dlm semua perkara ini?

Haroun
Guest
Haroun

Tak pe ler… bgi peluang dia utk syiok2 dua tahun jer.. kalau mengkal jugak.. kita ramai2 turun jalanraya.
ikut ramalan mimpi olamak si hadi wang… kaki sebelah dah Tak ada…
Tu yg dia bermati2an nak bagi sebelah kaki dia yg kena gaut supaya bleh lagi brrsilat… macam sibugis yg telah disucikan nya… entahlah.. dunia2..

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

KO NI MELAYU KE ISLAM?

zunnun
Member
zunnun

..atau kao terlebih Melayu & terlebih Islam?

MAHATHIRVSANWAR ini namo atau intent?

Tanpa Nama
Guest
Tanpa Nama

Bagi siapa utk 2 tahun, Bang? Bagi Tun Mahathir 2 tahun? Ko mimpi ker? Ingat, nak turun jalan raya kena ada Police permit, kalau tak, lokap ler alamat nya.

Tapi aku suka yang lain2 dalam komen ko itu. Sila teruskan.

Hahaha, “sibugis yg telah disucikan nya”. Tak suci, Bang. Sekarang mahkamah sedang giat menentukan dia bergelumang dengan tahi ke tak lagi. Kalau dihukum penjara, bergelumang berterusan ler.

Dari 45 (ke lebih?) tuduhan mahkamah, takkan 3-4 tak sangkut kesalahan. 10-20 tahun dalam penjara ler dia. Dah lama rakyat amat minat nak tahu.

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

UMNO DAH BERSIHKAN PEMIMPIN DIA BERMSKNA BOLEH MAJU DIPIMPIN PAS..PEMIMPIN PH HANYA RECYCLE SAMPAH LAMA DAN BESI BURUK