TUN, LUPAKANLAH SAJA USAHA MAHU KEJAR MAJORITI DUA PERTIGA!!

Ketika berkempen di Semenyih pada 28 Februari lalu, Tun Mahathir Mohamad menegaskan, PH memerlukan majoriti dua pertiga untuk menunaikan sebahagian janji-janjinya kepada rakyat.

Katanya, apabila majoriti dua pertiga sudah diperolehi, ia akan memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara.

“Tetapi pindaan itu bukanlah untuk membuang Raja-Raja. Yang itu akan kekal,” jelas beliau.

Menurut Tun Mahathir, antara pindaan perlembagaan yang dicadang untuk dilakukan kerajaan ialah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta menetapkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama dua penggal saja, selain mengurangkan kuasanya.

Bagaimanapun, apa yang nyata daripada keghairahan Tun Mahathir mahu mengejar majoriti dua pertiga itu ialah menampakkan kenginannya untuk menarik lebih ramai Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu.

Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan itulah sebenarnya tujuan dan keinginan beliau di sebalik dalih majoriti dua pertiga itu.

Dalam erti kata yang mudah, majoriti dua pertiga itu bukanlah sangat untuk meminda perlembagaan negara bagi memenuhi janji pilihanraya kepada rakyat, tetapi lebih bertujuan menambah bilangan Ahli Parlimen dalam Bersatu demi mengukuhkan lagi kedudukannya.

Berdasarkan keputusan PRK Semenyih, meminda perlembagaan berkaitan had umur pengundi dan menetapkan tempoh Perdana Menteri memegang jawatan bukanlah sesuatu yang penting dan dikehendaki rakyat.

Rakyat lebih berharap kerajaan menunaikan janji yang tidak memerlukan pindaan perlembagaan seperti memansuhkan tol, menurunkan kos sara hidup, PTPTN, melunaskan hutang peneroka Felda dan seumpamanya.

Kegagalan menunaikan janji-janji itulah yang menyebabkan rakyat bangun menolak PH sekarang ini hanya selepas sembilan bulan mereka memberikannya kuasa sejak 9 Mei 2018 lalu.

Lagi pula, jika kerajaan mahu menurunkan had pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, rasanya semua parti pembangkang sedia memberi sokongan dalam pengundian di Parlimen nanti kerana ia juga bermanfaat untuk mereka.

Untuk itu, apa perlunya PH ada majoriti dua pertiga sebagai kerajaan?

Begitu juga berkaitan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, perkara itu bukanlah sesuatu yang terlalu penting dan mendesak dalam waktu terdekat ini.

Ini kerana sebagaimana yang semua sedia maklum, Tun Mahathir sudah pun menjangkau usia 94 tahun, manakala bakal penggantinya yang telah dipersetujui iaitu Anwar Ibahim telah melebihi umur 72 tahun.

Bermakna, selain Tun Mahathir telah dipersetujui hanya menjadi Perdana Menteri sekitar dua tahun saja, Anwar pula terlihat sukar mampu memegang jawatan itu melebihi dua penggal.

Jadi, apa yang sibuk sangat nak mengejar majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan dan menetapkan tempoh dua penggal Perdana Menteri memegang jawatan itu?

Jika Tun Mahathir benar-benar jujur dan ikhlas mahu memberi keselesaan kepada rakyat dengan berusaha semampu boleh menunaikan janji-janji pilihanraya tanpa ada udang terselindung di sebalik mee, beliau wajar melupakan saja usaha mahu menarik kemasukan Ahli-Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu dengan tujuan agar kerajaan ada majoriti dua pertiga itu.

Yang jauh lebih penting, tunaikanlah terlebih dahulu janji-janji lain yang langsung tiada kena kaitan dengan pindaan perlembagaan negara.

Menunaikan janji berkaitan perut dan keselesaan hidup rakyat adalah lebih bermakna daripada meminda perlembagaan negara yang manfaatnya tidak dirasai apa-apa oleh mereka. (ShahbudinHusin 03/03/2019)

Kongsikan artikel ini
Updated: 5 March 2019 — 3:17 pm

25
Leave a Reply

avatar
13 Comment authors
irkizzunnunahmadroziemohd sufian Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
ahmad
Guest
ahmad

Kenapa DBKL ni construction tak pernah habis? Takkan terkupil satu tiles nak diganti 100 meter sepanjang jalan. Local council selalunya dipenuhi penyokong UMNO. Mereka selalu dapat dan mereka projek kurang bermanfaat. Mereka inilah yang tak suka PH.

rozie
Guest
rozie

RTM dan TV3 perlu lebih aktif memasarkan idea Islam sebenar. Iaitu syariaat dan hakikat berjalan sekali. TV3 dilihat lebih berpengaruh dari RTM. Dulu TV3 digunakan UMNO untuk brainwash orang melayu. Skarang benda yang sama perlu digunakan semula oleh PH. PH jangan terlalu ikut idea ketua ketua jabatan. Idea mereka ini kadang kadang tu hanya untungkan mereka sahaja. Harus diingat, mereka ini juga adalah kroni UMNO.

rozie
Guest
rozie

Semua institusi kerajaan terutamanya badan penerangan islam kene bertindak cepat. Bagi penerangan tentang Islam yang betul. Solat tapi menyokong pencuri tu solat tak akan diterima. Mereka mengangap lebih baik undi pencuri dan penipu muslim dari orang bukan islam yang baik.

mohd sufian
Guest
mohd sufian

Sebenarnya Mahathir tetap menang di P 078 N 24 dan N 27 Rantau… Yang kalahnya Anwar. Yang tewas pun Anwar. Dua kali almarhum Sultan Kedah dilantik YDA. Dua kali juga Mahathir jadi PM. Anwar pun kena dua kali juga jadi TPM….
Walaupun dilahirkan di Penang, jajahan takluk Kedah…. Anwar kena mandi air bunga duluuuuu….

MAHATHIRVSANWAR
Guest
MAHATHIRVSANWAR

PENJAWAT AWAM DI LUAR NEGARA TIDAK TERMASUK MANDATORY SERVICE SEPERTI GURU, POLIS, ASKAR DAN KAKITANGAN HOSPITAL,,SEDANGKAN DI MALAYSIA SEMUA ITU DIKIRA. ITULAH SEBABNYA JUMLAHNYA RAMAI. JIKA HENDAK DIBUANG MAKA GURU YANG PERTAMA MENJADI MANGSA.

zunnun
Member
zunnun

Budin, meminta, Tun usah meletakan keutamaan kpd 2/3 Majority. Tun perlu memberi keutamaan kpd kepentingan Rakyat ..di sini percanggahan berlaku. Kepentingan Rakyat vs Kepentingan Negara. ..yg mana, Golongan Ramai Rakyat melihat keperluan asas, manakala sedikit Dari Rakyat memahami, kepentingan Negara mengatasi segala. Tun, Jemaah Menteri & PH dlm mengusaha membetulkan Kepentingan Negara, kini berusaha giat menyelesaikan kepentingan asas Rakyat. ape yg PH is facing, “undoing what had been done” dlm suasana ekonomi dunia di mana Penguasaan Kuasa Besar vs Keperluan Penduduk Dunia berskala Exponential. (2) Anwar Bagi Tun, Anwar tidak bermasaalah utk menerajui Kepimpinan Negara. Yg masaalah nya, beliau sendiri.… Read more »

MahathirvsAnwar
Guest
MahathirvsAnwar

Jika dibiarkan Pak Anu alJubri jadi habis negara diliwatnya

MahathirvsAnwar
Guest
MahathirvsAnwar

Looking PAS

justice4all
Member
justice4all

Memilih manusia munafik sebagai pemimpin utama, akan binasalah parti, kesepakatan mau pun negara. Antara sifat munafik ialah mudah berjanji tapi dimungkiri.

Pemimpin yang selalu bercakap tentang memperjuangkan bangsa, agama dan negara, selalu bercakap tentang kemiskinan bangsa, tapi diri sendiri serta kaum kerabatnya superkaya luar biasa (walhal sebelumnya nobody), pemimpin begini tak kayak di angkat julang lagi, cakap tak serupa bikin.. Sorang Munafik besar!. Melayu jangan terus diperbodohkan manusia sebegini.

zunnun
Member
zunnun

Munafik itu berbentuk Sifat ke?

…atau NYA sekadar bentuk?

tlg perjelaskan?

Jalaludin Jawi
Guest
Jalaludin Jawi

Mende ko sembang ni, ko nak tunjuk apa sebenarnya. Munafiq itu maf’ul nya Nifaq itu imannya.
Dari hati ko, lahirlah sifat munafiq pd zohir ko tu. Munafiq dr lidah dan termasuk air ludah ko tu.
Takpayah nk tanya bentuk ke sifat, secara umum org paham mubafiq tu.

Tidak ada HERO disini

zunnun
Member
zunnun

..betul ke secara umum semua orang faham munafiq?

kikis sj dgn nilai moral setakat berhukum hakam.

yg jelas, kebenaran. Betul ke Moral itu kebenaran?

Sniper
Guest
Sniper

Sama macam UMNO… jika di pereksa orang-orang umno yg memegan jawatan semuanya super rich… rakyat melayu ramai yg kais oagi makan pagi. Lepas kata berjuang atas nama agama dan bangsa sebaliknya menipu, mencuri dan merompak bangsa sendiri… UMNO adalah alat untuk merompak bangsa sendiri… cukup lah wahai orang UMNO.. semoga Allah membalas segala dosa-disa mu

Menteri Kewayangan
Guest
Menteri Kewayangan

Dulu Budin selalu kutuk Najib tiap-tiap hari. Sekarang Budin duk kutuk Harapan pula espesiali Mahathit Kutty. Tahniah Budin kerana berpegang kepada kebenaran dan tidak sokong membabi buta mcam blog kluangmandiamond yang bodoh.

irkiz
Guest
irkiz

panggil malaikat perintah malaysia. Baru tak ada kutuk. atau pun bagi budin jadi perdana menteri. nabi berpesan tengok kebaikan orang dulu baru tengok keburukan orang.

irkiz
Guest
irkiz

Pemangku presiden UMNO kata kemenangan PRK semenyih ialah sokongan daripada pas. tidak disebut janji janji PH. Anwar ibrahim kata bukan senang nak pulihklan ekonomi yang sudah rosak.

rozie
Guest
rozie

racial sentiment je

Apanama
Guest
Apanama

Maruah dah tercalar. Disangkanya Rahmat menjadi PM ke 2 rupanya Bala yang menimpa.

“Politician thinking next election but leader thinking next generation”.

Takde dah dignity utk generasi seterusnya , yang ada hanya utk kroni dan anak sendiri. Tun had to step Down, and Anuar should be
re-imprisoned in Sg Buloh.

Banyak lagi leader Islam dan Melayu yang lebih berkaliber.

TailongJB
Guest
TailongJB

Dah lama tu Tun, undurlahh buat semak dalam PH jer

MrBosan
Member
MrBosan

Pusing sana pusing sini akhirnya terburai di tengah jalan

budak jujur
Member
budak jujur

Tarik ahli parlimen dari sabah dan serawak untuk menyekat umno kembali berkuasa.Setakat ini usaha tun berjaya ,BN telah lumpuh di bahagian sabah dan serawak.

adyunixmoment
Member
adyunixmoment

serah secepat mungkin pada anwar

irkiz
Guest
irkiz

Allah menentukannya bukan tun tak mau serah tetapi Allah yang menentukannya. Ada tarikan

zunnun
Member
zunnun

Allah itu Ape?

tlg perjelaskan?

says menunggu jawapan?

irkiz
Guest
irkiz

jawapannya di dalam alQuran Allah berfirman pemimpin aku yang pilih. Pemimpin yang zalim aku tarik kuasanya.