KEKALAHAN PH DI SEMENYIH TAMPARAN BUAT TUN M DAN BERSATU

Sebagaimana yang dijangka dan tidak keterlaluan kalau dikatakan turut menjadi keinginan majoriti penyokong PH sendiri, calon Bersatu yang mewakili gabungan parti pemerintah, Aiman Zainali tewas kepada calon BN, Zakaria Hanafi dalam PRK Semenyih, semalam.

Keputusannya memperlihatkan Zakaria memperolehi 19,780 undi berhanding Aiman yang mendapat 17,866 undi. Dua lagi calon, Nik Aziz Afiq Abdul daripada PSM memperolehi 847 undi dan Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang memperolehi 725 undi.

Majoriti kemenangan calon BN dalam PRK ini adalah sebanyak 1,914 undi.

Berbanding keputusan PRU14 lalu di mana calon PH daripada Bersatu, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor memenanginya dengan majoriti 8,964 undi, dalam PRK ini menantunya yang dipilih bertanding telah ditewaskan oleh calon BN dengan kekurangan undi sebanyak 1,914 undi.

Bermakna, hanya dalam tempoh 10 bulan setelah menjadi kerajaan, Bersatu dan PH di Semenyih telah kehilangan sokongan sebanyak 10,878 undi.

Apakah makna keputusan PRK ini kepada PH dan Bersatu?

Pertama, keputusan ini memperlihatkan kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad semakin ketara hilang sokongan rakyat, khususnya daripada pengundi-pengundi Melayu.

Dalam PRK ini, PH dianggarkan hanya mendapat sokongan 37.73 peratus pengundi Melayu berbanding 44.25 peratus yang diraih pada PRU14 lalu.

Dalam waktu yang sama, undi Melayu kepada BN telah meningkat kepada kira-kira 59 peratus berbanding 35.33 peratus pada PRU14.

Kemerosotan sokongan terhadap kerajaan banyak disebabkan kekecewaan rakyat kerana banyak janji-janji yang gagal ditunaikan, lebih-lebih lagi alasan Tun Mahathir yang mengatakan “Buku Harapan bukan sebuah kitab suci” dianggap suatu penghinaan kepada rakyat yang telah memberikan undi kemenangan kepada PH.

Kata-kata itu begitu menghiris hati dan perasaan mereka seolah-olah undi mereka langsung tidak dihargai setelah kemenangan berjaya dikecapi.

Paling terkesan dengan kemunafikan janji PH ialah ikrar berkaitan bayaran balik hutang PTPTN di mana sebelumnya dijanjikan hanya setelah peminjam bergaji RM4,000 barulah mereka diwajibkan membuat bayaran balik.

Ekoran kegagalan menunaikan janji tersebut dalam tempoh 100 hari, itulah yang membuatkan sokongan pengundi muda kembali rujuk kepada UMNO dan BN, termasuk sebahagiannya dengan menunjukkan kembali sokongan terbuka kepada Najib Razak yang diketahui sebagai musuh nombor satu kepada Tun Mahathir.

Selain kegagalan menunaikan banyak janji manifesto, prestasi menteri yang mengecewakan, banyak merapu dan bertelagah sesama sendiri telah menambahkan lagi kekecewaan rakyat serta melunturkan keyakinan mereka kepada kerajaan PH ini.

Sokongan pengundi Melayu pula menurun dengan mendadak terhadap kerajaan berikutan mereka merasakan kerajaan PH ini tiada jaminan dalam konteks melindungi kepentingan orang-orang Melayu dan Islam di negara ini.

Dengan kata mudah, berbanding kerajaan BN sebelum ini yang dilihat sebagai kerajaan Melayu, sebaliknya kerajaan PH ini tidak lagi dianggap sebuah kerajaan Melayu oleh majoriti orang-orang Melayu sendiri. (Saya akan menulis satu artikel khusus berkaitan perkara ini dalam beberapa hari akan datang)

Berdasarkan penurunan sokongan pengundi dan orang-orang Melayu ini, bukan saja PH berdepan kesukaran untuk menang dalam mana-mana PRK di kawasan majoriti Melayu selepas ini, bahkan kata-kata yang mengatakan PH adalah kerajaan sepenggal (saya sudah menulis artikel bertajuk “PH Kerajaan Sepenggal?” sebelum ini) semakin hampir menjadi kenyataan jika langkah-langkah segera dan drastik tidak diambil dengan secepat mungkin.

Kedua, keputusan PRK Semenyih ini juga menunjukkan Bersatu masih jauh daripada impiannya mahu menjadi pengganti kepada UMNO.

Kalah bertanding pada pilihanraya yang pertama ini hanya mengesahkan bahawa Bersatu tidak lebih sebagai “penumpang kelas ketiga” dalam PH dan semakin menyukarkan masa depannya.

Setelah menjadi kerajaan, kedudukan Bersatu dalam PH tidak dianggap sama seperti kedudukan UMNO dalam BN dahulu. Ramai orang Melayu berasa curiga dan was-was dengan perjuangan parti itu dalam melindungi masa depan dan hak-hak mereka lantaran selama sembilan bulan ini penegasan ke arah itu tidak dilihat benar-benar meyakinkan.

Dengan jumlah penduduk Melayu menjangkau 65 peratus, kepentingan dan roh kaum majoriti ini tidak boleh diabaikan oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan. Mengabaikannya boleh mengancam kedudukan sesiapa juga yang menjadi sebuah kerajaan.

Yang nyata, keputusan PRK Semenyih ini adalah tamparan kepada kedua-dua pipi Tun Mahathir – satu tamparan kepada pipi yang mewakili kerajaan yang dipimpinnya dan satu pipi lagi mewakili Bersatu yang dipengerusikannya.

Meskipun beliau turun berkempen ke Semenyih, ternyata kehadirannya gagal menghalang BN daripada mencapai kemenangan yang tidak dinafikan turut dibantu oleh jenama “malu apa bossku” yang dibawa oleh Najib.

Jika kejayaan BN di Semenyih ini diikuti dengan kemenangan yang hampir pasti di PRK Rantau nanti serta dikira dengan keputusan di Cameron Highlands yang baru lalu, bermakna PH kalah secara “hatrik” kepada BN dalam tempoh beberapa bulan saja.

Siapakah boleh menafikan bahawa “hatrik” itu di samping kemungkinan besar PH juga tidak mampu menang dalam semua PRK lain di kawasan majoriti Melayu selepas ini, semuanya itu adalah suatu alamat tidak baik untuk PRU15 akan datang? (ShahbudinHusin 03/03/2019)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 5 March 2019 — 2:54 pm
Subscribe
Notify of
guest

19 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
desasdesus
desasdesus
3 March 2019 12:54 pm

Ayuh…dengarlah apa orang kata… bagi dengan kadar segera satu tarikh untuk DSAI diangkat menjadi PM ke 8 ATAU jika ada masaalah kenapa DSAI tidak boleh jadi PM ke 8, umumkan pada rakyat. Kita sudah mual dengan sikap TDM bermain tarik tali dalam hal ini!

zunnun
zunnun
3 March 2019 1:30 pm
Reply to  desasdesus

..bagus. Kita semua tunggu, tak lama pun. PRK RANTAU. NS sinomin dgn ANWAR. Kini dia MP PD.

Menang kalu, dia RENTAS. Kalah kalu, dia MERANGKAK RANGKAK.

Ada Siape rasakan #APE ITU PM? Bukan membongkok utk mencium tangan raja.

Tanpa Nama
Tanpa Nama
11 March 2019 3:38 pm
Reply to  desasdesus

dah busuk dalam usus mana nak bagi “kadar segera”.

Bila Tun M kata dia dah tak larat, bole?

Lebih mual korang buat tak tahu bahawa takda janji tarikh atau tempoh serah kuasa.

budak jujur
budak jujur
3 March 2019 12:21 pm

Kesilapan umno kali ini mereka telah menjadi rasict kepada kaum lain,mereka hanya bertumpu kepada melayu sahaja.Jadi hanya sokongan melayu sahaja mereka dapat.Pas tiada prinsip selalu sahaja terkena dengan umno.Jadi mereka pon terikut rasict macam umno.

zunnun
zunnun
3 March 2019 1:05 pm
Reply to  budak jujur

Says amat teruja jika itu sebenar nya berlaku. Senang PH mengatasi NYA. Yg susah utk mengatasi ketika ini, pecakaran dalaman PH itu sendiri. Melihat musuh di luar senang, tapi mengenal musuh di Salam, ini yg amat susah. Semenyih, Anwar berlapang dada dgn kekalahan PH. Ini membawa pengertian, PKR SELANGOR YG DI PIMPIN OLEH AZMIN TIDAK BERKESAN UTK MEMBANTU PBBM. KINI GILIRAN ANWAR, PULA MENGERUDIKAN BAHTERA KEMENANGAN PKR/PH di RANTAU. Ape Akan berlaku pd ANWAR, jika PRK RANTAU, PKR/PH MENANG? Seperti General balik mengadap maharaja, setelah memenangi peperangan. Yg perlu Kita fahami; mengape Tun tidak melantik Anwar sebagai TPM. Tak susah… Read more »

justice4all
justice4all
3 March 2019 9:06 am

Kegagalan HARAPAN dalam melaksanakan janji MENIFESTO serta kesombongan Tun M sendiri yang mengungkap MENIFESTO HARAPAN bukan kitab suci yang tidak boleh diubah2, sikit sebanyak menimbulkan kemarahan pengundi yang memberi undi kepada HARAPAN sebelum ini. Dan ini ditambah dengan sikap klik kluk dan cakap tak serupa bikin Tun M sendiri dalam banyak perkara termasuk pandangannya terhadap bekas bekas pimpinan UMNO yang kini makin dialu2kannya menyertai BERSATU. Percayalah…andai Tun M tidak berundur jawatan PM sebagaimana janji awalnya dan andainya cara dan gaya pimpinan Tun M sebagai PM masih kekal seperti sekarang, lambat laun ianya akan menjadi liability kepada HARAPAN, sama seperti Najib… Read more »

zunnun
zunnun
3 March 2019 10:57 am
Reply to  justice4all

Beb, jika kamu masih berkokok dgn berfikiran Manifestos & Janji, Kitab suci, Maka kamu ketinggalan utk memahani niat & maksud Pemerintahan. Jika kamu masih berkokok mcm se kudung ygvdapat cincin, lalu mengumpas isu Moral Absolute berpegang pd janji, Maka lebih baik jgn Cuba menghulu utk memerintah. Cukup sekadar, mengupas right & wrong dlm kontek penerimaan hidup kamu sj. Tun is seeing a far bigger picture, beyond moral & dogmatic compass. Tun berpegang pd perancangan, bukan ad hoc tapi perancang yg mengambil masa, cukup sehingga PRU 15. ..seperti kanak2 yg menuntut Janji utk di bawa berenang di tepi Pantai, tidak ketahui… Read more »

Tanpa Nama
Tanpa Nama
11 March 2019 3:42 pm
Reply to  justice4all

Macam mana Najib Al Jibo buat pun, macam mana pemimpin2 Umno yang berjawatan cakap pun, Umno tak akan pulih dan memerintah dalam 10-20 tahun ini.

Sebab teruksangan di buat Najib di zaman pemerintahan nya dan lain2 pemimpin Umno diamkan aje, bersubahat.

jigit
jigit
3 March 2019 8:22 am

Tamparan atau tendangan bergantung kepada tafsiran atau perasaan masing-masing. UMNO/BN mungkin terclimax dengan kemenangan dalam PRK Semenyih ini, namun hakikatnya parti itu masih menjadi pembangkang picisan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Anuar Ibrahim dan kuncu-kuncunya mungkin terasa puas hati dan gembira terhadap kekalahan calun PH dari PPBM di Semenyih. Mereka pasti berharap populariti TDM akan terus merudum dan memaksa Tun turun dari takhta secepat mungkin supaya King of Segambut dapat bertakhta secepat mungkin. Namun harus disedarai bahawa kegembiraan tersembunyi tersebut mungkin bertukar menjadi kedukaan semasa PRK Rantau sedikit masa lagi. DAP dah kena balun di Cameron Highland, PPBM dah kena… Read more »

budak jujur
budak jujur
3 March 2019 7:38 am

Aduh sanggup orang semenyih memilih umno.whyy?? Mereka penyamun beb.Tgk sahaja pemimpin atasan semua terlibat dengan rasuah.apakah umno telah cuci tangan .Mimpi ngeri rakyat bila orang umno memerintah balik.

Kelapa Matag
Kelapa Matag
3 March 2019 7:26 am

Ambik kau bersatu! Kerja lain takdak, asyik nak internal politik, semua janji pilihanraya diperlekehkan seolah olah rakyat dan rakan parti politik lain dalam PH hanya sebagai kuda tunggangan untuk memuaskan nafsu RAKUS Tun Mahathir dan bersatu! Padan muka bersatu@umngok 3.0!

desasdesus
desasdesus
3 March 2019 6:06 am

Inilah jadinya kalau PPBM asyik sibuk mahu memperkuat kedudukan mereka hingga sanggup membelakangkan keperluan rakyat. Orang semua nampak apa yang sedang berlaku DAN orang semua makin naik menyampah. Jangan asyik nak salahkan Menteri sedangkan PM sendiri agak goyah dengan kedudukannya sebagai ketua. Perbetulkan dan baiki ekonomi segera jika tidak mahu kekalahan dalam apajua pilihanraya kecil atau besar akan dating!

zunnun
zunnun
3 March 2019 7:36 am
Reply to  desasdesus

Tun melihat MA 63 lagi teruja & mencabar. Federation of Malaysia dgn 14 States kini terbahagi 3, Federation of Malaya + Sabah + Sarawak.. Utk memperkukuhkan kedudukan dlm negotiating MA63, Majority Parliament amat kritical. Ahli2 UMGOK lebih mirip BERSATU daripada memilih PAN atau PKR. ..bukan hasrat Tun utk memperbesarkan kuasa dgn menerima Ahli2 UMGOK. Ini keperluan 2/3 Majority. Keperluan ini melebihi keperluan di Semenanjung. Safie Abdal pd muka curiga, tetapi memahani lalu membenarkan nya. sometimes, to loose a battle is worth than to loose a war. .then again, is it not, PKR & DAP sound very apprehensive abt BERSATU ACCEPTING… Read more »

Kelapa Matag
Kelapa Matag
3 March 2019 8:49 am
Reply to  zunnun

Idea2 hancing seperti inilah yg terus segar diminda, hati dan jiwa org2 [email protected]. Warisan mahu Tun berpegang pada janji sebagaimana warisan menggenggam janji untuk setia pada Tun, tapi malangnya bersatu tewas pada bisikan nafsu serakah! Kemudian mengeluarkan kenyataan2 yg syok sendiri macamlah org2 warisan ini bodoh. Sudah kalah di Semenyih nak salahkan anwar pula! Masih bersatu tak sedar diri tapi yalah, kan ke bersatu tu umngok3.0. #padanmukabersatu!

zunnun
zunnun
3 March 2019 10:28 am
Reply to  Kelapa Matag

Kita tengok pula, di Rantau. Di sini akan kelihatan fikiran Anwar pula di permainkan.

..di permainkan oleh Bersatu & Kartel PKR Azmin.

Kekalahan Semenyih Dan jika berlaku di Rantau, tak menukarkan structure Pemerintahan kerana lebih bersifat “throwing a battle to win a war”.

Bukan sekali menunjukkan UMGOK/PAS kuat, sekadar mencuba kekuatan puak puak ANWAR-DAP-PAN & BERSATU-AZMIN-PAN-DAP.

LET ANOTHER TEST CASE MANIFEST.

Anony tak famous
Anony tak famous
9 March 2019 8:17 pm
Reply to  zunnun

Setuju !

zunnun
zunnun
3 March 2019 3:08 am

Tamparan? Tidak sama sekali. Tidak Net kekalan PH utk menguasai 2/3 Parliament. Tun/PH Sgt memerlukan 2/3 Penguasaan Parliament utk melakukan REFORM terutama Kesempadangan Pilihan Raya yg mana semua ketahui di lakukan dgn tiada keadilan utk pembangkang ketika itu. Dari segi net lost, PH tidak kerugian jumlah kerusi Parliament, malah mendapat kelebihan bila Ahli2 Parliament UMGOK melompat meninggalkan UMGOK. 2/3 Majority Parliament amat penting utk melakukan Reform. YG PENTING DLM MANA PRK2 YG KIAN BERLAKU; TUN, AG, SPRM, PDRM, mula jelas siasatan Kes Kes yg melibatkan UMGOK & PAS utk di adili. Ini penting, supaya ape yg di perkatakan Salah laku… Read more »

Kelapa Matag
Kelapa Matag
3 March 2019 9:41 am
Reply to  zunnun

Cakap tak serupa bikin! Reform? Apa reformnya? Sudah sudahlah bermain dgn kata2 stail umngok tu. Kalau tak nak jugak…sila mereput!

zunnun
zunnun
3 March 2019 11:25 am
Reply to  Kelapa Matag

UMGOK? POLITIK DI MALAYSIA SENTIASA & AKAN TERUS BERKISAR PD “KEMELAYUAN”. DI SINI KEKUATAN NYA. DGN PENDUDUK MELAYU 63-65% & EXPONENTIAL RATE YG TINGGI, DLM 20-30 TAHUN KEHADAPAN, PENDUDUK MELAYU AKAN MENCAPAI 71-73% KESELURUHAN PENDUDUK DI MALAYSIA. JIKA UMGOK HILANG RELEVANCE NYA, MAKA PERLU SATU WADAH MELAYU YG BARU, BUKAN PKR, PAN, PBB, ATAU WARISAN TAPI PARTI BERASASKAN MELAYU, KEKUASAAN MELAYU. DI SINI NIAT PBBM DI ASASKAN. ..ada sedikit kebenaran, jika PBBM pejenamaan UMGOK. Mengape MALU utk menerima Pejelmaan UMNO YG TERBARU, PBBM. Bukan ke UMNO yg memerintah Negara selama ini? Hanya, pejelmaan Baru UMNO, perlu perubahan, perlu dgn perisian… Read more »