BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?

Ketika Anwar Ibrahim mula-mula mendedahkan bahawa Pas telah membayar sejumlah wang kepada Sarawak Report sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian saman fitnahnya terhadap portal tersebut, beberapa pemimpin Pas tampil menafikan dakwaan itu.

Mereka senada mengatakan tiada sebarang bayaran dibuat kepada editornya, Clare Rewcastle Brown

Kemudian, apabila Anwar sekali lagi mendedahkan beliau mempunyai bukti bahawa bayaran RM1.4 juta telah dibayar kepada Clare sambil mencabar Pas agar menyamannya, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, dakwaan Presiden Anwar itu hanya bersandarkan khabar angin semata-mata.

Sehubungan itu, jelasnya, berdasarkan bukti dan dokumen yang ada padanya, beliau akan mengadakan sidang media dalam waktu terdekat untuk menyanggah dakwaan Anwar itu.

Tetapi, hanya beberapa jam selepas Takiyuddin membuat kenyataan tersebut, Clare sendiri dalam pendedahannya melalui Sarawak Report, telah mengesahkan bellau memang telah dibayar sebanyak RM1.4. juta oleh Pas.

Clare telah menunjukkan salinan cek pembayaran itu yang dibuat melalui peguam, Americk Sidhu.

Beserta salinan cek yang dipaparkannya, beliau turut mendedahkan beberapa dokumen lain sebagai menyokong bukti pembayaran yang dibuat oleh Hadi Awang kepadanya.

Menurut Clare, memang sesuatu yang lazim bayaran bagi penyelesaian itu dirahsiakan bagi mengelak pihak yang mengeluarkan wang berasa aib.

Bagaimanapun katanya, penafian yang dibuat oleh Takiyuddin berhubung pembayaran itu adalah mengelirukan, tidak benar dan melanggar perjanjian kerahsiaan yang dicapai sebelum ini.

“Hadi tidak sepatutnya membincangkan butiran bayaran penyelesaian dengan mana-mana ahli PAS sekali pun.

“Tindakan Takiyuddin mewakili Hadi menafikan adanya bayaran dibuat adalah pelanggaran dan penolakan perjanjian kerahsiaan yang sangat ketara kerana ia tidak benar.

“Justeru Sarawak Report berhak mempertimbangkan untuk keluar daripada kerahsiaan juga supaya kebenaran dapat diberitahu kepada rakyat Malaysia yang telah dikelirukan,” kata Clare lagi.

Apa lagi Pas mahu katakan selepas ini?

Ternampak Pas sekali lagi cuba berbohong sepertimana Nik Abduh tidak bercakap benar menafikan rakaman suaranya yang tersebar luas sebelum ini.

Namun, cubaan berbohong kali ini jelas tidak menjadi apabila Clare sendiri cepat-cepat tampil membuktikan satu lagi kepalsuan yang cuba dilakukan oleh Pas itu.

Sekaligus, melalui pendedahan ini Anwar telah bercakap benar apabila mendedahkan ada bayaran RM1.4 juta dibayar kepada Clare dan Sarawak Report.

Apakah Pas berani berbohong lagi selepas ini? (ShahbudinHusin 01/03/2019)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 1 March 2019 — 4:39 pm
Subscribe
Notify of
guest
8 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
anonymous
anonymous
4 March 2019 11:52 am

Saman aje anwar kalo Pas di Fitnah..ada brani kar?….

Yg Benar
Yg Benar
4 March 2019 9:51 am

Tiba2 Americk mengaitkan bahawa Clare dan Rameli terlibat dalam pengubahan wang haram. Siapa yg bohong siapa ni. Sebenarnya Budin telah dibohongi dan Budin juga seorang pembohong kerana menyiarkan berita bohong. Bayaran RM1.4mil tiada kena mengena dengan Hadi. Penyelesaian diluar mahkamah is at no cost. Kalau Rameli nak bagi Clare RM10 mil pun Hadi peduli apa.

anonymous
anonymous
4 March 2019 11:56 am
Reply to  Yg Benar

Budin tak bohong sesiapa pon..Americk hanye sahkan terima bayaran 1.4 juta bagi pihak SR..

Hadi saman SR .Hadi yg mintak setel hadi yg kena bayar kos peguam SR…takkan SR kena tanggong kos peguam akibat hadi yg saman dia…

jigit
jigit
3 March 2019 8:33 am

I really don’t know what is going on. Recently Raja Petra said, it was Tun Mahathir who orchestrated the out-of court settlement so that Najib would not be allowed to go to London to testify in Hadi’s case….for he might be run away to Kazakhstan. But again, Raja Petra is not a character you can trust. Alasan tersebut juga tak masuk akal. Kerajaan boleh saja halang Najib dari ke London. Tak ada mana-mana negara boleh menghalang. Takkan UK nak berperang dengan Malaysia kerana suatu kes saman sivil sahaja. Atau jika kerajaan mahu membenarkan Najib ke UK untuk jadi saksi, kerajaan… Read more »

desasdesus
desasdesus
1 March 2019 6:37 pm

Dah terlanjur jauh…maka setiap kenyataan yang keluar dari PAS…bohong … bohong dan bohong belaka. Nauzubillah Min Zalik!

bisnu54
bisnu54
1 March 2019 4:43 pm

Macam Mana nak kenal ulama sekarang ni. Takda beza dengan penyamun Dan perompak

adyunixmoment
adyunixmoment
1 March 2019 10:49 am

saman org lps tu mintak setel luar…byr plak kt oks…dahsyattt

adyunixmoment
adyunixmoment
1 March 2019 10:42 am

menipu tetap mendapat balasan setimpal…