Month: March 2019

PAK WAN BUAT HAL LAGI….

Belum habis dengan isu kereta terbang dan sikapnya yang diperkatakan seolah-olah tidak faham dengan bidang tugas sendiri, Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Mohd Yusof nampaknya buat hal sekali lagi. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Wan kali ini mengulas pula mengenai projek kontroversi nadir bumi, Lynas di Pahang. Katanya, kilang Lynas akan diteruskan sebagai satu […]

KEENGGANAN TUN M ROMBAK KABINET MENGECEWAKAN

Antara perkara yang menjadi rungutan ramai dalam PH ialah berkaitan prestasi menteri-menteri yang mengecewakan, malah sesetengahnya dilihat tidak layak sama sekali duduk di jawatan tersebut. Sehubungan itu, hampir daripada semua segmen suara dalam negara ini mahu agar Tun Mahathir Mohamad segera melakukan rombakan kabinet dan membuang mana-mana menteri yang tidak berguna itu. Lebih memilukan lagi […]

DEBARAN RANTAU BERMULA, KEKALAHAN TOK MAT LEBIH BAIK BUAT ZAHID HAMIDI DAN KJ

Berbanding berapa pilihanraya kecil sebelum ini, PRK Rantau adalah paling menarik untuk diperhati dan dianalisa. Proses penamaan calon telah pun selesai pagi tadi dengan pengundian pada 13 April nanti akan menyaksikan pertandingan empat penjuru. Mohamad Hasan atau Tok Mat yang mewakili BN akan ditentang oleh calon PH, Dr. Streram serta dua calon Bebas iaitu R […]

TUN MAHATHIR AKHIRNYA SEDAR BELIAU HANYALAH PERDANA MENTERI SEMENTARA…

Berikut adakah antara petikan temubual terbaru antara Tun Mahathir Mohamad dengan akhbar mingguan ekonomi, Fokus Malaysia:- “Saya bertuah untuk hidup selama ini. Sebenarnya, saya tidak patut hidup lagi untuk menyaksikan apa yang berlaku terhadap pengganti saya tetapi saya bernasib baik kerana saya bukan sahaja tua tetapi masih berupaya berfungsi. “Tapi saya sedar saya sangat tua […]

ORANG DALAM PH SUDAH MULA MENUNTUT JANJI MANIFESTO, APAKAH BERSATU PARTI SEPENGGAL JUGA?

Mazlan Aliman, Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda semalam meluahkan kemarahannya kepada PH berikutan janji untuk menyelesaikan permasalahan peneroka Felda masih lagi tidak menampakkan sebarang perkembangan sehingga ini. Untuk makluman, salah satu daripada 10 janji PH dalam 100 hari berkuasa ialah untuk menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang selama ini ditanggung oleh peneroka Felda. Apa yang membuat […]

PERBALAHAN TERBUKA AZMIN – ANWAR, INILAH JASA DAN SUMBANGAN TUN M KEPADA PKR

Sekali lagi ahli-ahli akar umbi PKR melahirkan kebimbangan mereka berhubung perbalahan terbuka antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim. Kali ini perbalahan itu tercetus berikutan kenyataan Nurul Izzah dengan media Singapura yang melabelkan Tun Mahathir Mohamad yang bekas diktator yang mendatangkan kesukaran untuk beliau bekerja dengannya. Selain itu, Nurul Izzah juga menzahirkan tidak senangnya dengan kemasukan […]

BAGUSLAH KALAU BETUL TIADA SIAPA CUBA HALANG ANWAR DARIPADA JADI PM….

Seorang penyokong dan pentaksub Tun Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan membidas dakwaan wujudnya sebarang cubaan untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri. Katanya, tiada cubaan sama sekali untuk menghalang Anwar daripada menjadi pengganti kepada Tun Mahathir sebagaimana yang sudah dipersetujui oleh PH. Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas tweet Zaid Ibrahim yang mengatakan sebarang cubaan […]

NURUL IZZAH ADALAH BAKAL PM DI MASA DEPAN, JANGANLAH BERUNDUR DULU….

Salah satu kepantangan dalam perjuangan ialah merajuk dan mudah mengalah kepada cabaran yang mendatang. Perjuangan ibarat sebuah bas yang sentiasa bergerak menuju destinasi yang disasarkan dan ia tidak akan berhenti semata-mata untuk menunggu mereka yang merajuk atau mudah mengalah itu terubat calar di hatinya. Tidak sedikit berlaku dalam lipatan sejarah negara dan dunia mereka yang […]

IZZAH BERHAK BERI PANDANGAN – ANWAR

Izzah adalah anak sulong kami. Sebagai bapa, kebahagiaan dan kesejahteraan beliau adalah keutamaan saya. Walaubagaimanapun, sebagai bapa saya juga terpanggil untuk menasihati anak-anak saya bahawa mereka akan sentiasa dihadapkan dengan cabaran dan kekecewaan dalam apa lapangan yang dipilih. Derita dan kesengsaraan yang ditanggung keluarga sejak dua dekad lalu ternyata mengesankan. Izzah bangkit menjadi simbol kekuatan […]

SEJAK BILA HADI AWANG JADI PEMBELA TUN MAHATHIR?

Presiden Pas, Hadi Awang menolak tanggapan bahawa Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin diktator. Sebalilnya, kata beliau, Tun Mahathir hanyalah seorang yang tegas dalam menjalankan tugasnya. Penegasan Hadi ini ialah sebagai menolak apa yang disebut oleh Nurul Izzah Anwar dengan wawancara dengan akhbar Singapura baru-baru ini yang melabel Tun Mahathir sebagai bekas diktator. […]

MENJADI NURUL IZZAH YANG JUJUR DAN TIDAK HIPOKRIT LEBIH MULIA DARIPADA JADI PENGAMPU SEPERTI AZMIN

Berikutan interbiu Nurul Izzah Anwar dengan sebuah media Singapura yang mengkritik Tun Mahathir Mohamad, beliau kini menjadi sasaran kecaman daripada para pentaksub dan pengampu Perdana Menteri. Mereka yang berbuat demikian bukan saja daripada Bersatu, tetapi juga daripada PKR sendiri. Antara lain Nurul menyebut tempoh hampir setahun PH memegang kuasa sebagai kerajaan adalah “sangat mencabar dan […]

SELEPAS 10 BULAN BERKUASA, PH SEMAKIN DIUBAH MENJADI BN 2.0

Sekurang-kurangnya dua isu pokok dikesan sedang menyelubungi kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir Mohamad sekarang yang menyebabkan sokongan rakyat kian merudum hari demi hari. Pertama, janji-janji manifesto yang gagal ditunaikan, malah sesetengahnya tiada iltizam tinggi daripada kerajaan sendiri untuk melaksanakannya. Kedua, hala tuju kerajaan yang tidak jelas serta tidak komited dalam agenda reformasi dan ekonomi yang […]

KERANA NURUL IZZAH, TUN M MENGALAH JUA AKHIRNYA….

Jika sebelumnya ini, Tun Mahathir Mohamad agak keras pendiriannya berhubung kedudukan jawatan Pengerusi PAC, kekerasan hatinya kini nampaknya sudah mulai mengendur. Dalam perkembangan terbaru, beliau menyatakan kesediaannya untuk menimbang melantik pengerusi baru PAC daripada pembangkang bagi menggantikan Ronald Kiandee yang kini telah menyertai Bersatu. “Ya, kita akan menimbangkannnya. Kita akan mencari calon yang bagus. “Ia […]

SYABAS NURUL IZZAH…..

Sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar semalam mengumumkan perletakan jawatannya sebagai anggota PAC. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berbuat demikian berikutan perubahan pendirian PH, terutamanya berikutan kenyataan Perdana Menteri selepas Pengerusi PAC sedia ada, Ronald Kiandee menyertai Bersatu. Salah satu janji manifesto PH ketika kempen PRU14 ialah melantik Pengerusi PAC atau Jawatankuasa […]

SAMA SEPERTI NAJIB DULU, SUDAH ADA YANG TUTUP SIARAN BILA TUN M MUNCUL DI TV….

Sejak dua hari lalu saya berada di Terengganu bersama beberapa rakan yang kebanyakannnya berasal dari Kelantan. Sehingga urusan ini selesai, saya dijangka berada di negeri ini sampai hari Ahad nanti. Daripada perbualan mengenai pelbagai isu dengan beberapa kelompok penduduk negeri Terengganu yang ditemui, isu mengenai politik tentunya tidak pernah diketepikan. Tetapi, yang paling menarik ialah […]

MANA SATU YANG BETUL TENTANG LAPANGAN TERBANG KULIM?

Dalam lawatannya ke Kedah baru-baru ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali mengumumkan tujuh projek yang telah diluluskan oleh kerajaan Pusat untuk negeri tersebut. Salah satunya ialah Lapangan Terbang antarabangsa baru di Kulim dengan kos pembinaan sebanyak RM1.6 bilion. Bagaimanapun sebaik pengumuman itu dibuat, ramai pihak melahirkan rasa tidak setuju dengan langkah kerajaan itu atas […]

SEPATUTNYA GUAN ENG ATAU AZMIN, BUKANNYA DAIM….

Kerajaan nampaknya tidak ada pilihan lain selain meneruskan projek ECRL atau Laluan Keretapi Pantai Timur berikutan terikat dengan perjanjian dengan China, selain tidak mahu berlaku pembaziran kerana sebahagian kerja-kerja telah pun dilaksanakan. Bagaimanapun, kerajaan mahu melaksanakannya dalam kos yang munasabah lantaran jumlan RM55 bilion yang dipersetujui sebelum ini dianggap terlalu tinggi dan akan membebankan kerajaan […]

PERLUKAH SEBUAH MAHKAMAH KHAS RASUAH DI NEGARA KITA?

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad semalam mengumumkan rancangan kerajaan untuk mewujudkan sebuah mahkamah khas untuk kes-kes rasuah di negara ini. Katanya, mahkamah khas itu diperlukan supaya kes-kes melibatkan rasuah dapat dibicarakan dengan cepat. Tambah Tun Mahathir lagi, rancangan itu juga selaras dengan inisiatif pelan antirasuah nasional di mana mahkamah khas itu dapat menumpukan kepada kes-kes […]