Month: February 2019

HENTI KEMPEN PERSENDA AGAMA

Kenyataan Media Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada kenyataan Ketua Umno Bahagian Puchong Mohamed Satim Diman yang mengaitkan kematian wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebagai amaran daripada Allah kepada Pakatan Harapan. ABIM beranggapan kenyataan sedemikian adalah satu kenyataan yang bersifat mempersenda dan mempermainkan agama bagi memuaskan kepentingan politik. Kenyataan tersebut juga dilihat […]

BERPADA-PADALAH KALAU MAHU TUN MAHATHIR BERKUASA LEBIH LAMA!!!

Satu hal yang nampak ketara dan makin berkembang dalam Bersatu, tidak kira ketika ada PRK atau sebaliknya, ialah kecenderungan pihak-pihak tertentu dalam parti itu yang mahukan Tun Mahathir Mohamad terus menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang lebih lama lagi. Malah, sesetengahnya mahukan kalau boleh biarlah Tun Mahathir meninggal dunia di atas kerusi Perdana Menteri itu […]

SEMUA BERI SOKONGAN, HARAP TUN M LEBIH LAMA JADI PM DAN DOAKAN PANJANG USIA, TAPI SEBENARNYA…..

Satu demi satu kelompok dalam pembangkang tampil kebelakangan ini dengan kenyataan mahu Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri lebih lama daripada yang sepatutnya. Sebelum ini Pas hadir dengan surat sokongan untuk mempertahankan Tun Mahathir jika ada sebarang usul undi tidak percaya hendak dikemukakan terhadapnya. Dalam waktu yang sama, Pas secara terbuka berharap Tun Mahathir akan […]

TUN MAHATHIR TAK PERCAYA PAS, SIA-SIA SAJA HADI BERI SOKONGAN

Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia-sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad. Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak lebih sebagai ilusi kosongnya semata-mata, bahkan yang cukup memalukan lagi ialah Perdana Menteri sendiri langsung tidak mempercayai sokongan yang diberikannya […]

BILA PM TAK PUAS HATI DENGAN SPRM…..

Nampaknya ada rasa tidak puas hati yang ketara dalam diri Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap SPRM berhubung kenyataan Ketua Pesuruhjaya agensi tersebut, Shukri Abdull yang baru semalam mengesahkan tiada kemasukan dana RM90 juta daripada UMNO ke dalam akaun rasmi Pas. Kata Tun Mahathir, SPRM mungkin belum mendapat maklumat secukupnya berhubung siasatan perkara tersebut, selain […]

DUA PANCINGAN UNDI YANG TIDAK MENJADI…..

Setakat ini dalam usaha untuk memenangi PRK Semenyih, dua usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membeli hati dan jiwa pengundi. Pertama, mengumumkan bantuan sara hidup untuk orang bujang berjumlah RM100 dan kedua, memaklumkan cadangan mahu memperkenalkan mekanisme baru berkaitan kutipan tol. Kedua-dua langkah yang diambil kerajaan itu dengan sendirinya memperlihatkan bahawa PH, khususnya Bersatu sedang […]

SELEPAS DUA TAHUN TIDAKLAH PULA BERMAKNA SEHINGGA KE TARIKH PRU15…..

KENYATAAN MEDIA KEADILAN Menyokong Kerajaan Pakatan Harapan Di Bawah Kepimpinan Tun Dr Mahathir Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini. KEADILAN menegaskan perpaduan dan kesepakatan Pakatan Harapan harus dipertahan, dan menolak keras segala tohmahan yang cuba  melaga-lagakan pimpinan dan melemahkan kerjasama erat di kalangan Pakatan Harapan. KEADILAN berpegang teguh kepada persetujuan yang […]

SETELAH USUL TAK PERCAYA TIDAK MENJADI, APA LAGI HELAH PAS UNTUK MENYELAMATKAN DIRI SELEPAS INI?

Segala-galanya kini sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak ada sesiapa daripada PH mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Penafian Anwar Ibrahim, pemimpin yang disebut-sebut mahu melakukan usul tersebut bahawa tiada rancangan sama sekali daripada dalam PH untuk berbuat demikian, dengan sendirinya menjadikan isu ini berakhir begitu saja. Kata Anwar, […]

TOL PERCUMA HANYA ANTARA 11 MALAM HINGGA 5 PAGI, KAKI DISKO DAN GRO SAJA YANG UNTUNG!!!

Sebagaimana yang dijanjikan oleh Muhyiddin Yassin sebelum ini, kerajaan akhirnya mengumumkan langkah pertama berhubung janji penghapusan tol bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Dalam pengumuman yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, kerajaan mengumumkan telah memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih empat lehuhraya bertol yang dimiliki syarikat tersebut. Lebuhraya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong […]

NASIB BAIK ADA PRK, INGAT JUGA PH JANJI-JANJI YANG BELUM DITUNAIKAN LAGI…..

Menurut kata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, kerajaan akan membuat pengumuman penting berkaitan tol dalam masa terdekat ini. “Kita baru berbincang dalam kabinet….mungkin dalam sehari dua ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan oleh menteri berkaitan,” jelas beliau. Muhyiddin berkata  demikian dalam  program kempen di Semenyih semalam. Isu berkaitan penghapusan tol, meskipun bukan merupakan salah satu […]

MENYOKONG TUN MAHATHIR, ADAKAH BERERTI PAS MENERIMA DAP ATAU INI SATU LAGI PEMBOHONGAN?

Barangkali Pas adalah satu-satunya parti politik yang pelik, celaru dan memeningkan kepala yang masih wujud di dunia ini. Sementara semua perjuangan parti politik adalah berasaskan kebenaran, Pas sebaliknya menjadi pelik, celaru dan memeningkan kepala kerana ia kini membenarkan pembohongan, walaupun Islam adalah perjuangannya. Ada pemimpinnya berkata, dia berbohong setelah mendapat kebenaran dan izin daripada Tuan […]

KALAU TUN M BERHENTI SEKARANG, KEMELUT POLITIK PH AKAN TAMAT DENGAN SENDIRINYA

Kenapa PH sentiasa bergolak? Mengapa topik utama yang timbul dalam PH sejak awal lagi lebih banyak berkisar mengenai persoalan politik berbanding isu-isu lain? Ini adalah persoalan umum yang biasa kedengaran di mana-mana, termasuk daripada kalangan pengundi PH sendiri yang mula berasa muak serta kecewa dengan apa yang berlaku dalam negara pasca tumbangnya BN ini. Sejujurnya […]

"BAGI MAHATHIR, INI ADALAH KERAJAAN MAHATHIR – ANWAR, BAGI ANWAR, INI ADALAH KERAJAAN ANWAR – MAHATHIR "

Baru-baru ini beberapa pihak telah mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi punca masalah yang dihadapi Pakatan Harapan (PH). Walaupun beliau tidak sempurna, tidak tepat untuk melabel beliau sebagai penghalang agenda reformasi. Keputusan bersejarah bekas parti pembangkang untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir dibuat berdasarkan pertimbangan berikut: Dengan penyatuan perdana menteri ketika itu, Najib Razak dan […]

MELAWAN FENOMENA ‘MALU APA BOSSKU’ YANG DIBAWA NAJIB, RASANYA TUN M PERLU TURUN SAMA BERKEMPEN DI SEMENYIH

Tiada siapa dapat menafikan populariti Najib Razak begitu melonjak tinggi ketika ini. Beliau yang dulunya dibenci sehingga dijatuhkan pengundi, kini lebih popular berbanding dulunya. Ke mana saja beliau pergi, sekurang-kurangnya ratusan, malah ada ketikanya ribu-ribu orang menyambutnya. Terutama yang ramai menyambut serta memberi sokongan kepada Najib sekarang ini adalah anak-anak muda yang dilihat begitu seronok […]

PAS ‘KEKASIH’ YANG TAK SETIA ATAU HANYA MAHU MEMECAH-BELAHKAN PH?

Secara nyata dan difahami umum, Pas adalah rakan kerjasama kepada UMNO, walaupun tidak secara rasmi dan tidak juga dengan cara masuk menyertai BN. Sebelum PRU14 lalu, kerjasama itu dilakukan dengan cara menjadi kuasa ketiga serta bertanding bersendirian dengan harapan dapat memecahkan undi yang akhirnya akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN mengekalkan kuasanya. Pertimbangan menjadi […]

MENJAWAB FITNAH SUBKY LATIF KONONNYA NABI IBRAHIM BERBOHONG

Perkara utama yang perlu disedari bahawa para Nabi tidak pernah melakukan tindakan terkeji sehingga mencacatkan status kenabian sebagai penyampai risalah dan wahyu. Maka dengan sebab itu, ciri-ciri Nabi yang disepakati ulama adalah Siddiq (benar), Amanah, tabligh (menyampaikan) dan Fatanah (kebijaksanaan). Berbohong merupakan sifat-sifat tercela. Justeru, mustahil para Nabi mempunyai sifat tercela. Apatah lagi, sifat tercela […]

TIDAK PERNAH ADA RANCANGAN USUL UNDI TAK PERCAYA TERHADAP TUN M, KENAPA PAS PERLU TERHEGEH-HEGEH?

Pas akhirnya mendedahkan perkara sebenar mengenai pertemuan dan perbincangan Hadi Awang bersama dua lagi pemimpinnya dengan Tun Mahathir Mohamad hanyalah berkenaan sokongan kepada Perdana Menteri jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang turut ada dalam pertemuan itu bersama Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, itulah yang menyebabkan sepucuk […]

SETIA KEPADA PERJUANGAN, BUKAN KEPADA PARTI – ISYARAT TUN M MAHU MENUKAR BERSATU KEPADA UMNO 2.0

Semalam, ketika berucap di Pesta Demokrasi di Petaling Jaya,  Tun Mahathir Mohamad menyeru mereka yang bergelar penyokong agar tidak buta-buta menjadi setia kepada mana-mana parti. Mereka sebaliknya, kata Perdana Menteri, hendaklah setia kepada perjuangan sesebuah parti itu. Walaupun tidak meyebut secara khusus, kata-kata Tun Mahathir itu dipercayai sebagai merujuk dan mengalu-alukan kemasukan bekas Ahli Parlimen […]

URUSAN POLITIK TAK PERLU PERJANJIAN BERTULIS, TAPI MENGAPA HADI AWANG SANGGUP BERBUAT DEMIKIAN?

Sehingga ini kedua-dua pihak, UMNO dan Pas terlihat masih sukar menerima apa yang didedahkan Tun Mahathir Mohamad semalam sebagai suatu kebenaran. Dalam pendedahannya itu, Tun Mahathir berkata, Hadi Awang telah membuat perakuan kepadanya bahawa Pas tidak akan membantu UMNO dalam PRK Semenyih pada 2 Mac depan. Tambah beliau lagi, perakuan Presiden Pas itu juga dibuat […]