PEGUAM NEGARA CETUS KRISIS PERLEMBAGAAN TERBARU?

1.  Pada 24.01.2019, KOSMO! ONLINE bertajuk “Tubuh tribunal siasat tuduhan serius membabit ahli SPR” telah melaporkan :

“Satu tribunal ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan serius membabitkan enam Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka dalam persiapan dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ketika sebelum dan hari pengundian pada 9 Mei 2018.”,

“Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, tribunal itu dianggotai lima hakim bersara yang pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 114(3), 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Persekutuan.”,

“Katanya, mereka terdiri daripada Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong selaku Pengerusi dan dianggotai oleh Tan Sri Zaleha Zahari, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham.”, dan

“Tribunal akan bersidang di Mahkamah Klang pada pukul 10 pagi, 28 Januari ini untuk menimbang teliti hal perkara berhubung mandat daripada Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan enam anggota SPR iaitu bekas Timbalan Pengerusi SPR; Tan Sri Othman Mahmood, Datuk Md. Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K. Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.”

(Link Laporan : http://www.kosmo.com.my/terkini/tubuh-tribunal-siasat-tuduhan-serius-membabit-ahli-spr-1.828689)

2. Namun, pada hari pertama persidangan TRIBUNAL berkenaan pada 28.01.2019, Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan Laporan MALAYSIAKINI bertajuk ” ‘Tribunal siasat dakwaan salah laku enam ahli SPR hanya akademik’ ” yang melaporkan :

“Tribunal khas untuk menyingkirkan enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi keliru selepas seorang peguam yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara berkata tindakan itu adalah perkara akademik memandangkan semua mereka telah meletak jawatan.”,

“Pada hari pertama pendengaran itu, peguam M Puravelan yang mewakili Badan Peguam Malaysia memberitahu panel lima anggota berkenaan bahawa tujuan ditubuhkan tribunal itu telah diambilalih oleh perletakan jawatan enam anggota SPR itu yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.”, dan

” “Dari segi perkembangan, sebagai pegawai di mahkamah ini, kita bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa, itulah kedudukan perundangan Undang-undang Malaysia dan Undang-undang Am,” katanya pada permulaan tribunal itu, yang bersidang hari ini.”

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/462039)

3. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah Kenyataan Peguam Negara TOMMY THOMAS seperti dalam Laporan MALAYSIAKINI 30.01.2019 bertajuk “AG jelaskan mengapa tribunal bukan sekadar akademik” yang melaporkan :

“Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini tampil mempertahankan isu penubuhan tribunal bagi menyiasat enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menurut sesetengah pihak hanya bersifat akademik.”,

“Ini termasuk kenyataan oleh pengerusi tribunal itu sendiri, Steve Shim Lip Kiong yang mempersoalkan penubuhan itu memandangkan semua enam anggota SPR berkenaan telah meletak jawatan pada 1 Januari lalu.”,

“Menerusi satu kenyataan media, Thomas menjelaskan semua mereka tidak kebal daripada penelitian dan siasatan tribunal semata-mata kerana mereka telah meletakkan jawatan.”,

“Pertuduhan-pertuduhan (salah laku) ini amat serius, dan sekiranya dibuktikan, akan menunjukkan kesalahan diri anggota-anggota SPR dalam cara pengelolaan PRU-14.”, 

“Tempoh yang relevan yang ditugaskan untuk siasatan Tribunal ialah pada hari mengundi (9 Mei 2018)”,.

“Anggota-anggota ini masih memegang jawatan dalam SPR pada masa tersebut, dan tindakan mereka pada masa itulah yang disiasat,” katanya sambil menjelaskan  tribunal itu mempunyai dua mandat yang berasingan”, dan

“Tommy berkata jika tribunal berpuas hati sebegitu, maka mereka perlu membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong tentang tindakan yang boleh diambil, termasuk memecat anggota SPR berkenaan.”

(Laporan lengkap MALAYSIAKINI 30.01.2019 di Ruang Bawah)

4. Malangnya, rentetan peristiwa dan latarbelakang penubuhan dan prosiding TRIBUNAL itu, seperti yang dirumuskan di Perenggan 1 hingga 3 di atas, telah pada dasarnya menimbulkan satu lagi KRISIS KEPERLEMBAGAAN yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kesemua pihak untuk dielakkan dan dihindarkan dalam era “MALAYSIA BARU ” ini. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah ianya telah diakibatkan dan tercetus dari Pejabat Peguam Negara TOMMY THOMAS sendiri, sedangkan antara tanggungjawab utamanya adalah sebagai PENASIHAT UNDANG-UNDANG Kerajaan !!

5. Persoalan PERLEMBAGAAN terpenting ?? !! :

” Adakah PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, membenarkan penubuhan TRIBUNAL di bawah PERKARA 114(3) yang perlu dibaca bersesama PERKARA 125(3), terhadap anggota Suruhanya Pilihan Raya (SPR) setelah mereka sudahpun MELETAK JAWATAN dan peletakan jawatan DITERIMA ataupun TIDAK DIBANTAH pada atau sebelum tarikh efektifnya, iaitu 01.01.2019 ?? !! ”

6. Pembacaan satu (1) frasa yang menjadi kata kunci kepada Persoalan di atas adalah perkataan ” If the Prime Minister, … represents to the Yang di-Pertuan Agong that a judge of the Federal Court (digantikan dengan ‘a member of the Election Commission’ menurut Perkara 114(3)) OUGHT TO BE REMOVED … “, yang wujud di PEKARA 125(3) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, yang dengan jelas memberi JAWABAN bahawa seseorang anggota SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) yang ingin dilucutkan jawatan semestinyalah masih dalam jawatan pada masa penubuhan TRIBUNAL berkenaan !!

7. Walhal, bukankah peguam yang dilantik oleh TOMMY THOMAS untuk mewakili Pejabat Peguam Negara, iaitu  M Puravelan sendiri telah mengakui di hadapan TRIBUNAL berkenaan pada hari pertama prosiding bahawa tugasan TRIBUNAL itu sudah menjadi isu akademik sahaja, disebabkan peletakan jawatan kesemua anggota SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) itu telahpun berkuatkuasa pada 01.01.2019, iaitu sebelum penubuhan rasmi TRIBUNAL itu ??!!

8. Bagaimanakah Peguam lantikan TOMMY THOMAS sendiri mempunyai pendapat yang bercanggah dengan pendapat TOMMY THOMAS akan kerelevenan TRIBUNAL ini untuk diteruskan ??!! Percanggahan yang memalukan seperti ini yang melibatkan isu berkaitan PERLEMBAGAAN, TIDAK BOLEH dibenarkan berlaku sama sekali !!

9. Secara alternatif, sekiranyalah  Peguam Negara TOMMY THOMAS sememangnya telah berhasrat untuk adakan TRIBUNAL berkaitan alegasi salahlaku yang ditampilkan terhadap kesemua anggota SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) berkenaan, maka kenapakah Peguam Negara TOMMY THOMAS tidak menasihati Kerajaan (Perdana Menteri) untuk menasihati KeBawah Duli Yang Maha Mulia YDPA supaya surat-surat peletakan jawatan kesemua anggota SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) berkenaan pada ketika itu, samada :

(a) TIDAK DITERIMA sama sekali sehingga penubuhan dan keputusan TRIBUNAL berkenaan ??!!, ataupun

(b) DITERIMA bersyaratkan kepada keputusan TRIBUNAL berkenaan ??!!;

10. Walhal kesahihan pendapat peguam lantikan Pejabat Peguam Negara, iaitu  M Puravelan bukan sahaja disokong oleh peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (seperti yang dinyatakan di Perenggan 6 di atas), malah peletakan jawatan kesemua anggota SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) berkenaan, tidak langsung menutup jalan PERLEMBAGAAN dan PERUNDANGAN sebenar untuk TOMMY THOMAS teruskan dengan hasrat beliau untuk meneliti dan mengambil tindakan berkaitan kesemua alegasi terhadap anggota-anggota SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) berkenaan, melalui nasihat yang wajar kepada Kerajaan (Perdana Menteri) untuk menasihati KeBawah Duli Yang Maha Mulia YDPA untuk menubuhkan satu SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) dengan terma-terma rujukan alegasi berkaitan, supaya SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) dapat membuat rekomendasi yang sewajarnya berhubung tindakan lanjut yang perlu diambil di sisi  PERLEMBAGAAN dan PERUNDANGAN  terhadap anggota-anggota SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) berkenaan, sekiranya alegasi salahlaku tersebut adalah terbukti kelak !!

11. Perlu juga dinyatakan bahawa tindakan TOMMY THOMAS dalam mengeluarkan Kenyataan yang bertentangan dengan Hujah peguam yang dilantik oleh TOMMY THOMAS sendiri, untuk mewakili Pejabat Peguam Negara, iaitu  M Puravelan semasa prosiding hari pertama di hadapan TRIBUNAL berkenaan, yang kini sebenarnya telah ditangguhkan untuk KEPUTUSAN isu yang sama, adalah tidak mmematuhi tatasusila dan peradaban mana-mana pihak yang terlibat dalam prosiding berbentuk KEHAKIMAN yang menanti KEPUTUSAN, kerana boleh berbentuk “salah campur dalam urusan keadilan” (“interference with the course of justice”), dan boleh dalam budibicara mutlak pihak berkenaan dianggap secara lanjut sebagai penghinaan terhadap TRIBUNAL berkenaan  !!

12. Walau apa sekalipun, ianya kini adalah KEWAJIBAN diri TOMMY THOMAS mengambil segala langkah yang perlu di sisi PERLEMBAGAAN dan PERUNDANGAN untuk memperbetulkan segala kesalahan dan kekhilafan yang memalukan dan menjengkelkan ini, dan seterusnya untuk MEMINTA MAAF kepada Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia di atas pelaksanaan tugas berhubung isu TRIBUNAL ini, yang sememangnya amat memalukan dan menjengkelkan ini!!

Haniff Khatri Abdulla
Peguam.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:13 pm
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments